Masyarakat Tiong Hua sedang meraikan ketibaan tahun baru lunar mereka dan pada tahun ini adalah tahun monyet. Monyet melambangkan seekor binatang yang pada pandangan masyarakat tionghua adalah seekor binatang yang bijak, cergas dan mampu melompat untuk membawa perubahan dan pastinya magik.
Itulah mesej Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang ingin disampaikan kepada ahli-ahli MCA dan masyarakat Cina lain yang mengajak bersama-sama keseluruhan rakyat Malaysia untuk melihat ke hadapan dengan harapan, keberanian dan keazaman merebut peluang dan magik yang menanti. Di tahun Monyet ini dan walaupun dengan cabaran yang menanti, sekiranya rakyat Malaysia bertekad untuk bersatu, pasti akan mampu membawa kejayaan yang lebih baik untuk semua.
Secara peribadi, Datuk Liow bersama-sama MCA bermatlamat untuk memperbaik kualiti hidup semua rakyat Malaysia terutama di dalam merebut peluang pertumbuhan ekonomi. Sebagai Menteri Pengangkutan pula, Datuk Liow sentiasa memperjuangkan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik untuk dimanfaatkan rakyat.
Beberapa langkah strategik Pelan Transformasi MCA telah pun digerakkan sejak tahun lepas dan hasil daripada inisiatif di bawah fasa ketiganya adalah inisiatif Belt & Road. MCA telah berjaya memudahkan hubungan perdagangan serta menarik pelaburan ke negara ini demi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi tempatan.
Sejak MCA diterajui kepimpinan Datuk Liow, parti politik yang mewakili masyarakat Cina ini bukan sekadar menangani isu politik malahan MCA lebih bersikap terbuka untuk menjadi wakil sebenar masyarakat Cina kepada yang lebih baik. MCA sangat aktif bersama-sama kerajaan dalam penubuhan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mempunyai potensi besar.
Datuk Liow juga ingin mengingatkan keselamatan dan keharmonian negara perlu dipertahan dan dikekalkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, ancaman bahaya radikal seperti ISIS perlu diberi perhatian dan rakyat Malaysia seharusnya bersama-sama berwaspada terhadap mereka yang mampu mengancam keamanan negara.

Datuk Wee Ka Siong yang merupakan gandingan terkanan MCA hari ini, sangat yakin dengan kepintaran dan kecergasan dari sikap semulajadi seekor monyet yang mampu menghadapi cabaran mendatang pada tahun baru lunar ini. Mengambil sikap seekor monyet yang mampu menyesuaikan dirinya di dalam apa keadaan pun, maka rakyat Malaysia juga mampu bersedia berubah untuk bersama-sama mengatasi rintangan dan cabaran mendatang.
Walaupun dijangkakan pada tahun 2016, kita akan berhadapan dengan suasana ekonomi dunia yang masih tidak stabil kerana kesan daripada harga minyak yang tidak ketentuan, namun Datuk Wee amat positif yang tuah di tahun lunar monyet ini akan memihak kepada negara dan rakyat Malaysia.
Ketika meraikan perayaan Tahun Baru Cina yang pertama di negara ini, MCA telah bersama-sama kepimpinan tertinggi negara dan juga rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Inilah kelebihan dan keistimewaan Barisan Nasional yang saling menyantuni dan meraikan perayaan kebesaran rakan parti komponen yang lain.
Semoga sifat gemar berkawan dan sentiasa bersatu pada seekor monyet ini, akan dapat mengekalkan setia kawan di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional serta magik yang mampu dibawa pada hari yang mendatang... dan Gong Xi Fa Cai atau Xi Nian Kuai Ler kepada semua.
No comments:
Post a Comment