Monday, February 15, 2016

JANGAN DIHALANG SUMBANGAN KEBAJIKAN #MCDONALD'S KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN


Mungkin ramai di antara kita hanya mengenali McDonald's sebagai restoran yang menghidangkan pelbagai hamburger yang lazat untuk dinikmati bersama-sama keluarga. Pada masa yang sama McDonald's adalah sebuah organisasi yang sangat prihatin dan peka untuk membantu masyarakat sekeliling yang kurang upaya terutama di kalangan kanak-kanak dan juga merangkumi keluarga mereka.

Lebih mendangkalkan apabila ada sesetengah pihak yang berterusan cuba mengaitkan McDonald's Malaysia dengan Zionist, Jewish, Hamas, dan Palestinian sedangkan sumbangan syarikat ini kepada kebajikan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, sangat mengagumkan.
 
Hayati video ini dan nilailah sendiri...



Pada Februari tahun lepas sempena meraikan ulang tahun Ronald McDonald House Charities (RMHC) ke-25 di Malaysia, sebuah rumah banglo yang terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, telah diberi wajah yang lebih seri dengan suasana yang lebih segar. Rumah banglo ini adalah sumbangan RMHC khas untuk keluarga pesakit kanak-kanak menginap sementara anak-anak mereka menjalani rawatan di HUKM. Sebuah lagi Ronald McDonald House (RMH) terdapat di Lembah Klang.
Rumah McDonald (RMH) ini hanyalah salah satu daripada empat fokus badan amal Ronald McDonald (RMHC). Di antara lain termasuk "Ronald McDonald Gift of Smile", "Ronald McDonald Sensory Room dan "Ronald McDonald Scholarship Programme".

Sehingga hari ini, badan amal Ronald McDonald (RMHC) telah menyumbang sebanyak lebih dari RM11 juta sepanjang 25 tahun di mana lebih dari 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik telah mendapat manfaatnya melalui program-program amal McDonald's.

Kediaman RMH ini juga sudi memberi penginapan keluarga miskin dari luar kawasan yang jauh. Ini adalah bertujuan agar keluarga kanak-kanak ini sentiasa dan mudah untuk berada di samping anak-anak mereka yang sedang dirawat. Dengan adanya RMH, sekurang-kurangnya telah meringankan beban keluarga kanak-kanak ini daripada membayar penginapan di kawasan bandar yang pasti agak mahal.




Lihatlah saja betapa indahnya rumah kebajikan ini. Bukan sekadar indah, RMHC juga memastikan ia adalah selamat untuk kanak-kanak dengan menyediakan kerusi meja yang tidak berbucu tajam. Kemudahan lain termasuklah 19 buah bilik dengan bilik airnya sekali, dapur dan ruang makan yang sangat selesa, ruangan untuk kanak-kanak bermain dan juga bilik belajar serta dilengkapi dengan bilik laundry.

Selain daripada sumbangan yang lazim ini, RMHC juga telah berazam untuk memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Usaha untuk meletakkan tabung sumbangan di setiap lokasi restoran telah pun digerakkan dan McDonald's Malaysia juga telah bersetuju untuk mendermakan setiap ringgit yang diperolehi dari jualan kepada mangsa-mangsa banjir.

Dengan sumbangan yang sebegitu banyak kepada rakyat Malaysia, apakah kita masih ingin menafikan sumbangan kebajikan McDonald's Malaysia? Apakah pelobi yang ingin mengaitkan McDonald's dengan Israel juga berniat untuk menghalang kebajikan yang telah dan akan disumbangkan kepada kanak-kanak dan keluarga yang tidak bernasib baik ini? Siapa yang lebih berniat jahat, pelobi anti-Israel atau McDonald's itu sendiri?

No comments: