Showing posts with label DS Liow Tiong Lai. Show all posts
Showing posts with label DS Liow Tiong Lai. Show all posts

Sunday, May 06, 2018

#PRU14 : DATUK LIOW TIONG LAI, SAHABAT SEJATI



Datuk Liow Tiong Lai, Presiden MCA dan juga penyandang di Parlimen Bentong, bukan muka baru malahan beliau telah dikenali rakan komponen Barisan Nasioanl sejak Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah Ketua Pemuda UMNO. 

 

Mendengar pengakuan Datuk Seri Hishamuddin sendiri, beliau mengakui sangat mengenali peribadi Datuk Liow yang bersih rasuah, jujur dan yang pasti, Datuk Liow adalah seorang ikhlas berkhidmat dan setiakawannya kepada UMNO tidak perlu diragui. 

Walaupun kehilangan suara kerana terlalu banyak berkempen, Datuk Hishamuddin sanggup datang ke Bentong dari Sembrong, Johor untuk memberi sokongan dengan hasrat untuk melihat Datuk Liow mendapat majoriti tinggi. 

Menyatakan yang MCA dan UMNO seperti “Wo men dou shi yi jia ren (We are one big family)”, perkara yang sangat merisaukan beliau bukanlah menang atau kalah tetapi jika BN menang tanpa sokongan dari semua bangsa, ia tidak dapat mencapai matlamat BN sepenuhnya. 

Setelah beramah-mesra bersama masyarakat Cina di Taman Desa, Bentong, dua sahabat ini pergi ke kawasan Felda Lurah Bilut di mana terdapat pengundi majoriti Melayu pula. Datuk Hishamuddin tegaskan yang BN sangat-sangat memerlukan barisan menteri dari pelbagai bangsa sebagaimana hasrat PM Najib yang sentiasa menegaskan tiada seorang rakyat Malaysia pun akan ditinggalkan. 

Felda Lurah Bilut adalah salah satu dari 8 yang terdapat dalam parlimen Bentong dan telah dibuka oleh ayahanda PM Najib pada tahun 1958. Di sini, ia agak unik kerana terdapat pelbagai kaum yang terdiri dari Melayu, Cina dan India yang benar-benar melambangkan 1Malaysia. Malahan, isu peneroka Felda dan juga pembangunan Felda telah dan akan sentiasa mendapat keutamaan PM Najib. 

Bantu-membantu telah menjadi amalan rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional sejak dahulu lagi dan kini diteruskan. Datuk Liow yang selalu mengingatkan semua penyokong BN dan juga pengundi Bentong agar bersatu hati membangunkan Bentong sepertimana yang sering dikatakan kepada ahli-ahli MCA... 'Stornger Together'. 

Bagi Datuk Liow, walaupun telah diajak berdebat berkali-kali dari pihak lawan untuk membentangkan manifesto masing-masing, 10 point yang dijaja calon PKR di Bentong tidak dapat mengatasi segala yang telah dilakukannya. Yang penting, bukan pandai bercakap tetapi lebihkan usaha dan bekerja untuk membela rakyat.

Friday, February 09, 2018

APABILA CRCC SENDIRI MEMBUAT PENGAKUAN, APA REAKSI DAP?


Sekiranya kita masih ingat pendedahan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, betapa berlagaknya Guan Eng dengan mengumumkan kepada dunia amnya dan rakyat Pulau Pinang khasnya (Artikel berkaitan ... Di sini dan Di sini), bahawa sebuah syarikat pembinaan gergasi iaitu China Railway Construction Corporation (CRCC) adalah kontraktor utama dan sebahagian daripada pemegang saham projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Itu sebelum PRU13 dan Guan Eng serta DAP telah memanfaatkan sepenuhnya untuk kempen pilihan raya mereka.

Tetapi hari ini, CRCC sendiri telah membuat penafian mereka untuk membuat penjelasan kepada Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Dato 'Sri Liow Tiong Lai selepas mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media.

CRCC tidak memberi kelulusan atau tidak tahu kenapa kerajaan Pulau Pinang menganggap syarikat ini sebagai pemegang saham bagi projek SPV ini. Syarikat itu berkata, mereka hanya menandatangani 'pengakuan komitmen' sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian projek itu, bahawa mereka akan melaksanakan projek itu dengan terbaik sekiranya diberi mana-mana bahagian projek oleh SPV.

CRCC menegaskan yang mereka tidak pernah memegang apa-apa saham di dalam syarikat SPV (Special Purpose Vehicle), Zenith Construction Sdn Bhd tetapi yang berlaku hanyalah menandatangani satu "Pengakuan komitmen" sebagai lampiran kepada perjanjian awal projek. Mereka telah bersetuju hanya sebagai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja EPC (engineering, procurement and construction - kejuruteraan, perolehan dan pembinaan) dan bukannya sebagai kontraktor utama.

Kontrak yang diberikan SPV adalah untuk membuat laporan reka bentuk terperinci yang berjumlah USD22 juta (RM85.7 juta) untuk tiga jalan raya dan terowong bawah laut. CRCC menegaskan yang senario berlaku hari ini tidak boleh dijadikan sebagai ukuran prestasi mereka.

Dalam mempertahankan dakwaan itu, Guan Eng sekali lagi memberi alasannya yang kontrak CRCC diberi secara tender terbuka oleh Konsortium Zenith dan perjanjian itu telah ditandatangani pada Oktober 2013 berserta perjanjian tambahan dengan kontraktor utama CRCC. Anehnya, apabila Datuk Wee Ka Siong berkeras agar Guan Eng mendedahkan perjanjian tambahan itu, beliau membisu dan ini menunjukkan yang ia tidak pernah berlaku.

Penjelasan CRCC ini dibuat ketika pertemuan mereka dengan Presiden MCA di majlis Asia Pacific Ministerial Conference on Civil Aviation. Ini bukanlah satu pertemuan yang telah disusun tetapi CRCC telah mengambil kesempatan bertemu Datuk Liow untuk memberikan penjelasan.

Bagi pihak DAP pula, mereka terus bermati-matian membuat jawapan balas walaupun dengan mudah boleh dipersoalkan dan yang pasti bercanggah. Guan Eng telah mula menafikan yang CRCC adalah pemegang saham SPV dan ini ditegaskan pula oleh Zairil Khir Johari, kononnya ia telah disalahtafsir oleh pihak Barisan Nasional.

Walaupun CRCC telah membuat penafian terbuka yang mereka bukan kontraktor utama tetapi Guan Eng dalam kenyataan rasminya kekal merujuk yang syarikat gergasi negara China ini sebagai kontraktor utama projek terowong Pulau Pinang. Oleh kerana gagal memberi penjelasan yang telus, akhirnya Guan Eng menuduh MCA dan Barisan Nasional cuba sabotaj projek ini.

Saturday, December 09, 2017

MCA YAKIN UMNO TERUS MENERAJUI BARISAN NASIONAL


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional, berpandangan yang ucapan Dasar Presiden UMNO mencerminkan betapa beliau  mementingkan masa depan negara dan perpaduan rakyat Malaysia. Sekali gus yakin yang UMNO mampu untuk bangkit dan meraih sokongan kaum Cina pada PRU14 nanti dan akan terus mampu memimpin komponen yang lain dalam mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia.

Sejak dari Perikatan dan kini Barisan Nasional, UMNO telah mengepalai gabungan parti-parti komponen di bawah naungannya dan sejak itu pelbagai tohmahan dan hasutan agar parti-parti komponen Barisan Nasional mengkhianati UMNO dan meninggalkan mereka keseorangan. Namun, di atas sifat yakin dengan kepimpinan PM Najib Razak yang dilihat mampu menerajui negara yang mempunyai pelbagai latarbelakang bangsa, kebudayaan dan ugama, UMNO terus diberi mandat mengetuai Barisan Nasional.

UMNO diberi kepercayaan menerajui BN oleh kesemua bukan saja kerana ahlinya yang begitu ramai tetapi corak kebijaksanaan kepimpinan Presidennya DS Najib Razak yang telah berjaya menangani kemelut dalaman UMNO dan 2 Perhimpunan Agong UMNO yang lalu, terserlah perpaduan dan sokongan dari semua peringkat dan bahagian di seluruh negara.

Semua yang berlaku di dalam UMNO pasti akan mendapat perhatian bukan saja dari pihak lawan, malahan ia dijadikan ukuran kekuatan Barisan Nasional oleh parti-parti komponen lain. Lebih penting, segala tutur ayat ucapan Presidennya akan pasti dinilai samada apakah UMNO layak diberikan mandat sekali lagi menerajui Barisan Nasional.

Justeru di dalam ucapan dasar Presiden UMNO, DS Najib pada awalnya menegaskan yang beliau bukan sekadar berucap sebagai Presiden UMNO atau Barisan Nasional, malahan intipati ucapannya adalah berlandaskan tanggungjawab dan tugas beliau as a Chief to the nation and taking the interest of 32 million Malaysians.

DS Najib telah menegaskan yang selagi UMNO adalah tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional, kepentingan seluruh lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, ugama dan budaya akan dikekalkan dan terus mendapat perhatian. Di antara lain, kaum Cina turut disalurkan peruntukan dalam pendidikan serta manfaat daripada pelbagai pinjaman perniagaan serta pengurangan cukai.

Manakala untuk pertama kalinya, masa depan kaum India telah termaktub di dalam 'Malaysian Indian Blueprint' di mana penekanan khusus ke atas sosio-ekonomi kaum India dirancang dan dilaksanakan dengan cara yang lebih komprehensif. Begitu juga dengan nasib rakyat di Sabah dan Sarawak, mereka akan lebih menikmati infrastruktur asas yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup.

Ucapan yang bersemangat mencerminkan seorang negarawan, Datuk Liow melihat ucapan Presiden UMNO yang mementingkan negara untuk masa depan rakyat sebagai ucapan yang cukup baik dan komprehensif di dalam memberi semangat yang baru bukan saja untuk ahli-ahli UMNO malahan ia juga penting untuk parti komponen BN. Justeru MCA telah bersiap sedia untuk berperang PRU akan datang.

Di antara persediaannya, MCA sentiasa turun padang dan pastikan calon yang dikemukakan MCA nanti adalah calon yang disukai rakyat.

UMNO sememangnya komited memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Bumiputera, pada masa sama tidak pernah meminggirkan kaum lain malah agenda pembangunan turut merangkumi semua kaum, termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak. Kesemua pemimpin parti-parti komponen di Sarawak juga turut yakin dengan kepimpinan DS Najib dan UMNO sebagai tunjang BN yang jelas tidak pernah meminggirkan mana-mana suku kaum.

Oleh yang demikian, tidak ada sebab mengapa parti-parti komponen BN lain perlu meninggalkan UMNO keseorangan dalam berhadapan pembangkang di dalam PRU14 nanti. Walaupun mereka pernah dipelawa dan dihasut, apa yang sedang berlaku di dalam Pakatan Harapan hanyalah satu wayang dan menyokong Pakatan Harapan samalah seperti membawa negara ini ke era zaman Mahathir yang ternyata sangat berkuku-besi dan akhirnya Malaysia dan rakyat akan kekal di bawah pemerintahan kuno kuku besi.

Monday, November 27, 2017

MUSANG KING KINI SUMBER KEKAYAAN RAKYAT BENTONG


"Durian bukan saja Raja segala buah-buahan tetapi kini telah dijadikan item penting sebagai hubungan persahabatan dan diplomatik di antara Malaysia dan negara China. Malahan, pelancong dari China telah sanggup terbang ke Bentong hanya untuk durian Musang King" - begitulah pesanan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya di Festival Durian Antarabangsa yang julung kali diadakan di Bentong, Pahang.


Ini adalah festival antarabangsa yang pertama kali diadakan di Bentong Pahang dan acara promosi terbesar durian Musang King di Malaysia dengan usaha Pusat Belt and Road MCA dan kerjasama Mango Entertainment of China's Hunan Broadcasting System Company, mensasarkan sekuran-kurannya 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara ke Bentong.

Setelah Musang King Malaysia berjaya mendapat sambutan luar biasa di Nanning Durian Festival di China pada awal November lalu, kini durian Musang King Bentong dan Raub pula dipromosi secara meluas di Festival Durian Antarabangsa agar bukan saja dapat promosi produk penduduk tempatan malahan dijadikan produk dan acara tahunan dalam kalender pelancongan negara dan khususnya untuk Bentong.

Mengimbas kenangan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China pada Mei lalu, beliau secara peribadi telah meminta supaya 43 buah durian paling enak dibawa bersama sebagai buah tangan menandakan hubungan persahabatan dan diplomatik selama 43 tahun kedua-dua negara. Bermula dari situ, Musang King telah mendapat tempat di negara China.

Sambutan luarbiasa di Nanning Cina ini dikongsi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut hadir di Festival Durian Antarabangsa ini. Di negara China, produk kedua paling laris dan sentiasa ditunggu-tunggu penduduk yang lebih dari 300 juta ini selain dari kedatangan telefon pintar iphone X, durian Musang King telah mendapat tempat di pasaran negara Cina.

Menurut Menteri Pertanian, sebelum ini produk durian Malaysia harus melalui Singapura untuk eksport ke neara China tetapi setelah lawatan PM Najib
berjaya meyakinkan yang durian Musang King adalah buah tempatan yang lazat dan bermutu tinggi serta promosi ketika Nanning Durian Festival, raja buah
ini akan dieksport terus tanpa melalui Sinapura.

Durian kini dianggap sumber kekayaan baharu, maka sebagai Ali Parlimen Bentong, beliau berpesan kepada warga Bentong dan jirannya Raub untuk bersiap-sedia berhadapan dengan perubahan besar yang bakal berlaku dalam tempuh 5 tahun akan datang apabila Musang King dijadikan produk utama untuk dieksport bagi memenuhi permintaan pasaran negara China nanti. Selain dari Musang King, Bentong juga terkenal dengan hasil tanaman halianya yang sangat bermutu tinggi.

Tambahan, Bentong dan Raub akan menikmati hubungan laluan rel dalam perancangan kerajaan di dalam transformasi ekonomi melalui projek bertaraf dunia East Coast Rail Link (ECRL). Kini produk tempatan penduduk Bentong terutamanya Musang King dan halianya pasti akan menembusi pasaran antarabangsa.

Bentong juga telah mendapat liputan luas stesen TV Hunan yang terkenal dengan persembahan realitinya seperti Where Are We Going, Dad? dan Super Voice Girls, kini bersetuju mempromosi Festival Durian Antarabangsa melalui pelbagai saluran termasuk di media sosial, radio dan stesen TV. Pada masa yang sama, Pusat Belt and Road MCA telah menandatangan perjanjian sebagai rakan strategik dengan Mango Entertainment untuk promosi perdagangan, pelancungan dan kebudayaan untuk lima tahun dan fokus mereka juga adalah Festival Durian Antarabansa di Bentong ini.


Hanya dengan kebijaksanaan dan keutamaan untuk berkhidmat kepada rakyat, Presiden MCA Datuk Liow yang juga Ahli Parlimen Bentong telah berjaya membawa perubahan besar dan mantap untuk rakyat Bentong. Bayangkan apabila Bentong pada masa terdekat dijadikan bandaraya hanya dengan hasil Musang King dan halianya nanti. Syabas MCA kerana berjaya membawa perubahan besar kepada warga Bentong!

Thursday, August 31, 2017

DATUK LIOW : JANGAN BERPUTUS-ASA, YAKINI "MALAYSIA NEGARAKU. SEHATI SEJIWA"


Apa yang boleh dikatakan setelah melihat klip cerita pendek bertajuk 'Citizen' yang dibintangi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, bolehlah dikatakan ia satu pendekatan berani beliau di ketika pengundi Cina kini masih lagi berada di persimpangan untuk meyakini MCA atau DAP. Filem pendek yang berdurasi selama hampir 6 minit ini telah diterbitkan oleh Pete Teo, seorang penerbit filem terkemuka di negara kita.

Bagi Pete Teo, mesej yang ingin disampaikan dalam filem pendek ini adalah untuk menyatakan realiti keikhlasan komitmen DS Liow untuk meneruskan perjuangannya tanpa ada sedikit pun rasa putus asa sebagai seorang Presiden parti dan Menteri kepada nasib dan masa depan bangsa Cina.

DS Liow yang memegang dua watak sebagai seorang menteri dari parti MCA dan seorang rakyat bangsa Cina yang penuh dengan kerisauan tentang masa depan generasinya. Tetapi jika diteliti dengan senario politik hari ini, apabila DAP telah terus-terusan meracuni pemikiran masyarakat Cina dengan menyemai api kebencian sehingga mereka sentiasa berasa curiga dan hilang keyakinan diri untuk bersama-sama dengan bangsa lain.

Hakikatnya, tanpa MCA masyarakat Cina akan tersasar lebih jauh dan akan lebih terpinggir dari kemajuan yang sedang dinikmati semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerana MCA menjadi suara perantaraan mereka di dalam kerajaan. Hakikatnya juga, DAP tidak akan mampu membela nasib masyarakat Cina yang tidak pernah berjaya merebut kerajaan persekutuan dari Barisan Nasional.

Jika ada di antara masyarakat Cina yang masih terpengaruh dengan dakyah DAP yang hanya bersandarkan kebencian, ia sebenarnya bukan satu kemenangan kepada mereka malahan satu kerugian besar apabila negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum terutamanya yang datangnya dari kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa yang lain akan mengisi kekosongan mereka untuk merebut setiap peluang yang disediakan kerajaan.

Sebenarnya tiada lagi istilah masyarakat Cina dipinggirkan di zaman ini sejak DS Najib Razak menerajui kepimpinan negara dan DS Liow adalah Presiden MCA bersama-sama DS Wee Ka Siong sebagai Timbalannya. Dengan transofrmasi politik MCA yang bertemakan 'Stronger Together', seharusnya masyarakat Cina bergabung tenaga dengan masyarakat lain dan meninggalkan segala pengaruh negatif yang dibawa DAP.

Sebagaimana yang diulas pegarah filem pendek ini Pete Teo, mesej utama yang ingin dibawa adalah pentingnya agar masyarakat Cina tidak berputus-asa dan perlunya sentiasa bersatu ketika menghadapi cabaran. Tetapi ramai yang mengkritik cerita pendek berdasarkan emosi politik mereka apabila filem ini hanyalah dilakonkan oleh seorang ahli politik dari MCA.

Namun, keberanian DS Liow membawa dua watak yang berbeza ini seharusnya mendapat pujian apabila beliau berjaya menyampaikan mesej seorang pemimpin yang tidak akan berputus-asa berjuang untuk rakyatnya walaupun telah disalahertikan kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan pada masa yang sama, beliau juga membawa watak seorang rakyat biasa yang sentiasa merasakan dipinggir dan akhirnya sedar dengan meyakini Malaysia tetap Negaraku dan hanya dengan sehati sejiwa bersama-sama semua masyarakat dari pelbagai kaum, maka kita akan hidup aman damai dan mampu berjaya berhadapan dengan apa jua rintangan.

Filem ini juga bertepatan dengan perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60, Malaysia Negaraku - Sehati Sejiwa.

Tuesday, May 23, 2017

KERANA KURANG FAHAM MENGENAI INISIATIF 'OBOR' CHINA, DR MAHATHIR DAN MUHYIDDIN TERUS MEREPEK


Tatkala ketua-ketua negara dunia termasuk PM Najib Razak menghadiri Forum 'the Belt and Road' di Beijing, ketika ini pula Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya sedang giat memperlekeh insentif negara China yang mampu memberi pulangan peluang perdagangan yang berjumlah USD900 bilion. Di antara lain yang turut hadir adalah President of the PBB, Presiden Bank Dunia, Ketua Pengarah World Trade Organization (WTO) dan juga Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Sepertimana kata PM Najib dalam artikelnya yang telah disiarkan oleh the South China Morning Post bahawa;

"It may seem ridiculous to readers in China or other visitors at the forum, but there are some opposition politicians in my country who say we are selling our sovereignty by agreeing to such projects. But I make no apologies for wanting to build world-class infrastructure for Malaysia that will, with local ownership being preserved, open up huge swathes of our country, bringing more trade and opportunity to our people, thousands of new jobs, improved living standards and prosperity."

Bagi Datuk Liow Tiong Lai yang juga telah menyertai Forum ini selaku Menteri Pengangkutan dan juga Presiden MCA, jika kritikan datangnya dari blok pembangkang yang tidak pernah menerajui pemerintahan negara, kita faham apabila mereka tiada pengalaman tetapi apabila kritikan dan tuduhan liar datangnya dari seorang bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang mengetahui dan memahami perlunya kerajaan hari  ini memperbaiki ekonomi negara dan kehidupan rakyatnya, jelas segala kritikan adalah bermotif politik semata-mata.

Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin telah membuat beberapa kenyataan anti-China, seperti menyalahkan warga China untuk merampas dari periuk nasi rakyat Malaysia, mengkritik Kerajaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan mendakwa 700,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia. Ini adalah jelas apabila mereka tidak memahami apa itu sebenarnya inisiatif "One Belt One Road" (OBOR), tetapi telah membuat pandangan semborono dan salah.

Bayangkan apabila inisiatif OBOR ini telah membuktikan kejayaan projek infrastruktur seperti rel China-Laos, projek keretapi laju Jakarta-Bandung, projek keretapi laju Nakhon Ratchasima-Bangkok; dan kini kerajaan sedang merencanakan Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), yang bakal mencetus perhubungan melalui pengangkutan yang lebih cekap dan menjimatkan masa di negeri-negeri Pantai Timur sehingga mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi kepada negeri-negeri yang agak perlahan prestasinya.

Di dalam usaha kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak untuk memacu terus perjalanan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, inisiatif 'OBOR' ini akan memberi kelebihan besar dalam pasaran global yang semakin kompetitif. Malaysia sudah pun di dalam proses mengambil kesempatan daripada inisiatif ini, melalui pelaksanaan dua inisiatif utama - Rangkaian Rel Singapura-Kunming dan Gateway Melaka untuk disambungkan dari wilayah Yunnan China ke Singapura melalui Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos.

Oleh yang demikian, ini juga merupakan pemacu utama bagi projek rel berkelajuan tinggi (HSR) kita sendiri yang sememangnya membuka peluang perdagangan, pelaburan, pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan. Manakala Gateway Melaka yang akan dijangka siap pada tahun 2025 akan menawarkan lebih banyak aktiviti maritim dan peluang di mana Selat Melaka dijangka meningkat bilangan kapal lebih daripada 40% yang akan melalui selat ini menjelang tahun 2020. Akhirnya, Gateway Melaka akan meletakkan dirinya sebagai salah sebuah pelabuhan utama perdagangan global.


Sebagai parti politik kerajaan memerintah, Datuk Liow telah berkongsi yang MCA telah diamanahkan pihak negara China dan juga kerajaan Malaysia untuk menerajui inisiatif OBOR di Malaysia. MCA telah menubuhkan Pusat Belt and Road Centre (MBrace) di Wisma MCA untuk mendidik usahawan tempatan mengenai inisiatif OBOR serta menyediakan perundingan dan pemadanan perniagaan. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan usahawan tempatan mengambil peluang sepenuhnya daripada inisiatif OBOR ini.

Pihak MCA juga telah bersungguh-sungguh menganjurkan dialog dan sesi perbincangan seperti OBOR 2015 & 2016: Dialog Perniagaan China-Malaysia di Beijing dan juga di Kuala Lumpur dan pertemuan mereka baru-baru ini dengan salah satu daripada syarikat-syarikat perkapalan terbesar di Asia - China Cosco Shipping Corp, untuk memastikan maklumat dan perkembangan yang up-to-date.

Datuk Liow menyarankan agar pihak pembangkang terutamanya Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menggunakan agenda politik peribadi apabila kerajaan yang diterajui Barsian Nasional di bawah kepimpinan PM Najib yang tegas membuat keputusan yang berpandangan jauh dan terus melihat ke hadapan walaupun di dalam keadaan yang agak sukar demi untuk faedah dan masa depan negara.

Segala yang dirancang dan direncanakan bukanlah projek-projek gajah putih seperti yang didakwa pembangkang tetapi merupakan daya yang sangat mantap yang mampu memacu ekonomi negara yang sedia memberi peluang mendedahkan potensi sebenar rakyat Malaysia.
 

Friday, January 27, 2017

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA PRESIDEN MCA : MENANGANI MASALAH RAKYAT, AGENDA UTAMA 2017


Bermain politik bukanlah agenda MCA semata-mata di mana sempena Tahun Baru Cina pada tahun ini, Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai menekankan yang MCA akan bersama-sama PM Najib Razak menguruskan keperluan rakyat di dalam berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup mereka ketika ekonomi negara sedang menghadapi kesan dari cabaran ekonomi dunia.

Itulah iltizam MCA sempena kedatangan tahun lunar baru masyarakat Cina 2017.

Di dalam ucapan dan amanahnya, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai juga menyeru agar rakyat Malaysia sentiasa bersatu membina semangat kesederhanaan, toleransi dan berfikiran ke depan serta sentiasa menghormati hak bersama, kepercayaan dan tradisi masing-masing. Bagi beliau, masyarakat yang berbilang kaum di negara ini adalah kekuatan kita dan perlunya mempertahankan keharmonian ini.

MCA sangat menekankan kepentingan pendidikan rakyat seperti yang telah pun diwujudkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Tunku Abdul Rahman University College (TAR UC), sementara MCA juga telah mengusahakan bantuan kewangan kepada usahawan-usahawan melalui Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi) khas untuk skim pinjaman di bawah perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Maka dengan inisiatif berterusan yang diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak, MCA yakin yang inisiatif ini akan akhirnya dapat meneguhkan ekonomi negara, lantas inilah sebabnya MCA terus bekerja keras untuk meningkatkan keperluan dan kesejahteraan rakyat.


Pada masa yang sama, MCA sangat berbangga dan berterima kasih apabila mendapat kepercayaan dari pihak kerajaan dan juga negara China untuk menerajui pelaburan bernilai beratus bilion dari negara China, negara kedua terbesar ekonomi dunia.

Di antara yang boleh dimanfaatkan rakyat Malaysia pastilah projek yang melibatkan pengangkutan awam seperti yang dirancang kerajaan iaitu rangkaian East Coast Rail (ECR). Kesemua rakyat Malaysia pasti dapat memanfaatkan kepakaran dari negara China ini yang bakal meningkatkan perhubungan di antara pantai barat dan timur Semenanjung Malaysia.

Selaku Menteri Pengangkutan, kementerian ini akan terus mengukuhkan industri logistik negara di bawah Pelan Induk Perdagangan Logistik Kebangsaan dan berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab logistik di rantau ASEAN. Yang pasti, segala inisitiaf kerajaan Barisan Nasional ini akan memberi manfaat kepada negara dan juga rakyat Malaysia.

Datuk Liow juga tidak lupa untuk mengingatkan rakyat Malaysia agar bersama-sama kerajaan membentras segala bentuk ekstrimisma dan perpecahan.

Inilah MCA pada hari ini yang sentiasa mengajak untuk mengelak dari perbalahan di antara kaum dan mengekalkan keharmonian di antara pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, MCA bukan sekadar berkata-kata kosong seperti DAP dan juga sekutunya di mana segala keperitan rakyat tetap diusahakan dan direalisasikan.

Pihak pembangkang hanya tau bermain politik pada setiap masa manakala MCA mengimbangi politik mereka dengan mendahulukan kepentingan dan juga masadepan rakyat Malaysia khasnya masyarakat Cina.

Selamat Tahun Baru dan Gong Xi Fa Cai dari Presiden serta seluruh warga MCA untuk rakyat Malaysia. 

Monday, January 09, 2017

MCA, NEGARA CHINA DAN PELABURAN BERBILION



Tatkala negara berjaya mendapatkan puluhan bilion pelaburan dari hasil lawatan PM Najib ke negara China, kita tertanya-tanya apakah hanya disebabkan beliau seorang anak bekas Perdana Menteri yang pertama menjalin hubungan diplomatik dengan China, maka mereka berterusan meletakkan kepercayaan?

Di samping perbezaan pertuturan bahasa, perbezaan budaya, pegangan ugama dan juga sistem pemerintahan yang berbeza, kesemua kepimpinan tertinggi negara China meyakini kita dan apakah rahsia sebenarnya?

Kepimpinan MCA yang diterajui Datuk Liow dengan Timbalannya Datuk Wee adalah hero-hero negara yang tidak didendangkan tetapi telah mendapat kepercayaan penuh kempimpinan Repulik ini dari Presiden Xi Jinping dan Perdana Menterinya Li Keqiang. 

Kekuatan dan kredibiliti kedua-dua pemimpin tertinggi MCA ini juga mendapat keyakinan PM Najib untuk mereka menerajui inisiatif pembangunan rangkaian ekonomi Republik China atau lebih dikenali sebagai OBOR atau One Belt One Road ke negara kita.

Walaupun hubungan diplomatik di antara Republik China dan Malaysia telah terjalin sejak sekian lama, namun hubungan ini telah diperkembangkan kepada hubungan perdagangan dua hala yang berjaya sehingga Malaysia diiktiraf sebagai rakan perdagangan utama di rantau ASEAN. 

Kepercayaan kerajaan Republik China terhadap MCA juga telah terserlah apabila pada suatu ketika negara dilanda banjir besar pada tahun 2014, sebahagian derma yang terbesar diterima MCA adalah dari Kedutaan Republik China.

Pentingnya peranan MCA di dalam menerajui pelaburan dari Republik China ini telah diperakui oleh Dr Heng Pek Koon seorang ahli akademi Washington di dalam satu forum bertajuk “The Malaysian Chinese Association: Past, Present and Future” di Wisma MCA anjuran MCA School of Political Studies. MCA bukan saja dijadikan orang tengah malahan rakan berunding untuk pihak usahawan Republik China.

Kesempatan ini perlu diambil sepenuhnya oleh kesemua lapisan pemimpin dan ahli-ahli MCA memperkukuhkan parti mereka serta kembalikan keyakinan masyarakat Cina yang telah ditipu DAP selama ini. 

Selain daripada kekuatan kepimpinan tertinggi MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan juga adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang mampu membantu usahawan di kalangan masyarakat Cina di negara kita.

Dr Heng juga sarankan MCA terus kekal bersama parti-parti komponen lain di dalam BN walaupun berhadapan dengan cabaran ditolak masyarakat Cina. Namun yang lebih penting, MCA perlu terus berkhidmat kepada rakyat, fokus ke atas pendidikan sekolah kebangsaan Cina dan lebih utama memulihkan cawangan-cawangan MCA di serata negara.

Dengan peluang dan amanah yang telah diberikan kepada MCA oleh Perdana Menteri serta kepimpinan tertinggi Republik China, MCA mampu melakukan apa yang DAP tidak dapat lakukan dan buktikan yang MCA adalah satu-satunya parti politik yang benar-benar dapat membela nasib masyarakat Cina khususnya dan rakyat jelata amnya.

 

Monday, January 02, 2017

PRESIDEN MCA : 2017 ADALAH TAHUN RAKYAT MENENTANG ELEMEN NEGATIF


Setelah berjaya mengharungi rintangan dan dugaan selama 12 bulan lalu, kini rakyat Malaysia diajak untuk menentang segala elemen negatif yang sengaja diada-adakan pembangkang dan menjelang 2017, semua rakyat Malaysia perlu bangkit untuk menentangnya. Itu adalah intipati ucapan tahun baru Presiden MCA, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai yang juga merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia.

MCA mengajak mengimbau kembali bagaimana kebijaksanaan kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menangani kemelut ekonomi yang bukan saja melanda negara malahan di seluruh dunia juga. Namun terbukti langkah-langkah yang tepat dan pro-aktif kerajaan yang diterajui Barisan Nasional telah mampu serta berjaya membawa masuk pelaburan langsung asing terutamanya dari negara-negara gergasi seperti Cina dan juga Jepun.

Kejayaan seperti inilah yang sangat ditakuti pembangkang apabila negara masih mempamerkan daya ketahanan dan seterusnya mengatasi apa jua cubaan sehingga menimbulkan keyakinan negara-negara gergasi membuat pelaburan yang bernilai berbilion ringgit. Malahan tuduhan negara bankrap yang sering dikatakan pembangkang telah ternyata meleset apabila kerajaan BN telah sempurnakan Fasa 1 MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang.

Malahan kesinambungannya pula, rakyat bakal menikmati kemudahan akses dengan pengumuman projek landasan kereta api di antara bandar seperti Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) serta projek antarabangsa seperti Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia - Singapura. Kesemua projek ini adalah agar rakyat dapat menikmati kemudahan akses dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup mereka melalui peluang perkembangan untukk perniagaan tempatan.

Di samping itu, Datuk Liow selaku Menteri Pengangkutan juga telah memaklumkan yang Fasa 1 untuk Pelan Logistik dan Perdagangn telah berjaya dilaksanakan yang merangkumi pelarasan pangkalan data logistik nasional dan penambahbaikan produktiviti pengangkutan fret. Kejayaan ini merupakan satu petanda yang sangat memberangsangkan untuk transformasi negara sebagai hab logistik yang berdaya saing di rantau ASEAN.

Perpaduan dan kekuatan politik di antara parti-parti komponen Barisan Nasional juga memainkan peranan penting di dalam meyakinkan pelaburan berbilion ringgit ini. Segala perancangan kerajaan BN tidak akan tercapai jika rakyat akan terikut-ikut dan termakan hasutan pembangkang yang sering memupuk sikap perpecahan dan permusuhan.

Hanya dengan sebuah parti politik seperti BN saja yang mampu membawa negara dan rakyat ke tahap yang lebih baik dan tiba masanya rakyat menentang segala elemen negatif yang dibawa pembangkang dan seterusnya menyemai semangat kesederhanaan dan kesatuan yang telah diterapkan oleh bapa-bapa pembangun negara dan ia adalah sangat penting demi kemajuan Malaysia.
 

Friday, December 09, 2016

DR MAHATHIR KUTUK MCA TETAPI SASARAN SEBENAR ADALAH PRESIDEN UMNO/BN


Apabila sudah berpaling tadah kepada UMNO dan ternyata gagal melemahkan dan seterusnya menghancurkan parti yang berpresidenkan DS Najib, segala yang berkaitan dengannya akan dikutuk dan dicari kelemahannya. Kini tiba giliran MCA dijadikan bahan kecaman politik Dr Mahathir.

Pada 4 Disember lalu ketika berada di majlis DAP, Dr Mahathir diletakkan di kerusi utama di pentas khas dalam Konvensyen Kebangsaan DAP. Beliau diberi penghormatan tertinggi oleh Kit Siang dan diletakkan bersebelahan Dr Chen Man Hin, salah seorang pengasas DAP. Maka tidak terperanjat apabila Dr Mahathir yang dikelilingi pemimpin-pemimpin DAP dan berhadapan dengan ahli-ahlinya, mengutuk MCA adalah perkara yang tepat sekali.

Pemimpin-pemimpin MCA hari ini sedar yang sasaran sebenar Dr Mahathir adalah untuk menghilangkan kepercayaan MCA terhadap kepimpinan DS Najib sebagai Presiden Barisan Nasional walaupun perkara-perkara yang disentuh agak remeh seperti membandingkan lagu parti di antara MCA dan DAP.

Dr Mahathir menyoal prinsip MCA yang bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menyebabkan Malaysia tersenarai dalam 10 negara paling korup di dunia. Itu intipati kecaman beliau.

Malang bagi Dr Mahathir apabila pemimpin-pemimpin MCA yang diterajui DS Liow Tiong Lai dan DS Wee Ka Siong tangkas memahami maksud sebenar Dr Mahathir yang tidak lebih daripada memainkan rekod buruk yang telah rosak secara berulang-ulang kali.

MCA juga menyedari, setelah ketiadaan Muhyiddin, Mukhriz dan Syafie Afdal termasuklah Dr Mahathir sendiri di dalam UMNO, Barisan Nasional (BN) semakin mantap dan DS Najib telah kembalikan kegemilangan BN. Ini telah terbukti dengan pilihanraya kecil serentak parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. BN bukan sekadar berjaya mengekalkan kerusi parlimen ini malahan mendapat undi majoriti yang teramat besar dan termasuklah peralihan pengundi bangsa Cina kepada BN dengan begitu ketara sekali.

Peralihan pengundi bangsa Cina kepada BN ini adalah hasil kerja keras MCA yang bergerak seiringan bersama-sama parti-parti komponen BN. Kekuatan BN yang bersatu di bawah kepimpinan utama DS Najib dan dimantapkan dengan kepimpinan MCA bersama DS Liow, telah membuatkan Dr Mahathir hampir hilang ingatannya, bahawa MCA bergerak dan sentiasa bertanding di bawah satu lambang iaitu dacing yang berlatarbelakangkan warna biru.

Seperkara yang menyebabkan kekecewaan Dr Mahathir adalah apabila beliau juga gagal untuk satukan parti-parti pembangkang seperti yang ingin ditirunya di dalam Barisan Nasional. Sejak penubuhan Perikatan, MCA adalah parti politik yang telah jelas termaktub mewakili bangsa Cina tetapi kerana ideologi politiknya yang berpaksikan fahaman kebangsaan, maka MCA dari dahulu sehingga sekarang kekal bergabung di dalam Barisan Nasional.

Ini berbeza dengan sejarah DAP yang kekal berpaksikan sosialis dan pada awalnya adalah serpihan pertubuhan yang berfahaman komunis. Kedua-dua gabungan fahaman sosialis komunis ini masih kekal diperjuangkan DAP walaupun mereka berkali-kali cuba untuk berpura-pura menjadi lebih Melayu. Malangnya, segala kepura-puraan mereka tidak pernah berjaya menawan hati majoriti Melayu.

Sekiranya Dr Mahathir telah lupa, MCA telah bertanding di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu dan mereka telah berjaya mengekalkan kerusi mereka. Contohnya Datuk Liow sendiri dan termasuklah Datuk Wee. Sehingga kini, kedua-dua kerusi di Bentong dan Ayer Hitam adalah kekal milik MCA. Jika bukan kerana prinsip politik MCA yang berteraskan kebangsaan, mana mungkin pengundi Melayu meyakini mereka.

Kejayaan MCA di kawasan Melayu ini juga diteruskan oleh kepimpinan DS Najib, malahan keyakinan kepimpinan DS Liow kepada DS Najib, pula menyebabkan peralihan kepercayaan pengundi Cina di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mahupun kejayaan berganda di pilihanraya negeri Sarawak.

Seandainya Dr Mahathir ingin mengaitkan kepimpinan DS Najib dengan rasuah, apakah Dr Mahathir sedang mencuci tangannya dengan kes rasuah terbesar di zamannya dengan skandal PKFZ? Apakah beliau tidak sedar yang kerana skandal PKFZ di bawah kepimpinan beliaulah, maka MCA telah terkesan kehilangan kepercayaan pengundi bangsa Cina. Kini beliau mempersoalkan mengenai rasuah?

Malahan, tiada bukti konkrit untuk menuduh Malaysia terletak di dalam tangga ke10 di dalam Indeks Rasuah Dunia.

DS Najib telah membuktikan kepimpinan yang tidak pilih kasih walaupun ketika 2 pilihanraya lalu, MCA telah menerima kesan peralihan kepercayaan bangsa Cina kepada DAP. Namun, menyedari pentingnya wakil suara bangsa Cina di dalam kerajaan, MCA diletakkan semula di dalam barisan kabinet menteri.

Jika Dr Mahathir ingin hapuskan kepercayaan dan keyakinan kepimpinan MCA terhadap DS Najib, beliau pasti akan kecewa sekali lagi. Kegagalan Dr Mahathir di luar BN/UMNO bukan saja terserlah malahan beliau semakin terdesak. Beliau bukan saja gagal memahami aspirasi MCA hari ini malahan beliau juga gagal memahami siapa itu pembangkang!

Tuesday, December 06, 2016

LIOW : DEMI DR MAHATHIR, DAP SANGGUP TIPU PENGUNDI CINA LAGI

DAP bukan saja telah hilang prinsip politiknya malahan sanggup menipu pengundi cina demi ingin bersekongkol dengan Dr Mahathir. Bagi Presiden MCA DS Liow Tiong Lai, walaupun tiada rakan atau musuh yang kekal di dalam politik tetapi prinsip perjuangan dan maruah parti perlu berterusan dan kekal selamanya.

Ini terbukti apabila pada awal Pakatan Rakyat, DAP menipu pengundi Cina dengan memberi sokongan padu kepada PAS. Sekarang bangsa Cina sekali lagi ditipu apabila menyokong orang yang telah melabelkan Kit Siang dan DAP sebagai rasis selama lebih 30 tahun. Dr Mahathir jugalah orangnya yang telah menghumbankan pemimpin-pemimpin DAP dengan undang-undang ISAnya.

Pada pilihanraya umum ke 13 lalu, DAP mengangkat PAS sebagai rakan politik sejati tetapi setelah berkelahi dan kutuk-mengutuk sehingga terkuburnya Paktan Rakyat dan timbul pula kerjasama dengan seorang yang pernah digelar sebagai diktator, Dr Mahathir adalah suci dari cacian DAP dalam sekelip mata.

Guan Eng jugalah yang menyeru pengundi Cina untuk memberi sokongan kepada calon PAS di PRU13 lalu sehingga terdapat peningkatan kerusi PAS dan kini setelah mereka bergaduh dan Pakatan Rakyat dikuburkan, DAP juga lepas tangan dengan RUU 315 yang dibawa Hadi Awang.

Pasti bangsa Cina akan tertanya-tanya, apa lagi yang Guan Eng akan tipu selepas memuji Dr Mahathir pula? Bagaimana DAP akan bersemuka dengan ahli-ahli keluarga pemimpin-pemimpin terdahulu yang menentang Dr Mahathir dan PAS? Apakah DAP masih ada moralnya?

Oleh itu, DAP tak perlu lagi menjaja kepada bangsa Cina dan penyokongnya mengenai prinsip dan etika di mana ia hanyalah retorik yang tiada lagi maknanya setelah berjaya menghumbankan segalanya demi kepentingan politik semata-mata.

Jika penyokong DAP yang terdahulu masih berprinsip, Datuk Liow sarankan agar mereka beramai-ramai tinggalkan parti ini yang semakin hari hilang maruah dan prinsip sebenar dalam perjuangan.

Di dalam DAP mengagongkan Dr Mahathir, ia hanyalah sikap pemimpin DAP hari ini yang hipokrit dan berterusan menipu pengundi Cina demi kepentingan kedudukan mereka di dalam parti saja kerana kedudukan Guan Eng dan Kit Siang tidak lagi sekukuh dan sekuat jika dibandingkan di masa lalu.



Sunday, November 20, 2016

MCA : BERSIH 5 MENYIMPANG JAUH DARI TUJUAN ASAL


Pada awalnya, pergerakan NGO yang menamakan kumpulan Bersih bertujuan untuk mendesak proses pilihanraya yang bersih dan adil telah memulakan perhimpunan di jalanraya bagi menghantar satu memorandum kepada YDP Agong. Malangnya hasrat mereka ini telah dicampuradukkan dengan pengaruh pemimpin pembangkang sehingga memorandum rakyat ini juga telah dirampas oleh Anwar Ibrahim.

Sejak daripada perhimpunan Bersih kedua sehingga perhimpunan yang terkini iaitu Bersih 5 yang baru berlangsung pada 19 November lalu, tujuan asal mereka telah jauh menyimpang dan lebih menurut kepada kehendak politik pembangkang.

Oleh kerana itu, maka MCA jelas tidak memberi sokongan kepada perjuangan Bersih ini. Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau melihat tidak ada apa yang diperjuangkan Bersih ini yang dilihat sebagai demokratik apabila perjuangan mereka adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses pilihanraya.

Amalan yang diteruskan Bersih untuk merampas kerajaan melalui jalanraya hanya akan mampu menggugat kestabilan keamanan negara dan niat mereka ini telah pun dizahirkan dengan ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin mereka serta ditambah lagi dari pemimpin-pemimpin pembangkang. Kita juga pernah menyaksikan aksi-aksi ganas dan kurang ajar peserta Bersih yang terpengaruh untuk menghina pemimpin negara sehingga ada yang telah berkasar dengan pihak polis, mencederakan mereka dan merosakkan kenderaan polis serta harta awam.

Segala perlakuan ini adalah hasil dari ucapan-ucapan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang ketika perhimpunan Bersih yang telah dibenarkan oleh Jawatankuasa Bersih 2.0. Bukankah dengan jelas ini membuktikan yang pergerakan Bersih ini sebagai alat kepada parti-parti pembangkang?

Bagi pihak MCA pula, mereka lebih memilih untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menstabilkan lantas meningkatkan prestasi ekonomi negara bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak. MCA tidak sekali-kali memihak mahupun menyokong kepada mana-mana kumpulan atau NGO yang ingin menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Jika masih ada yang tidak faham, MCA tidak sokong perjuangan Bersih!
 

Wednesday, November 16, 2016

DATUK LIOW : DAP GEMAR BERPERANGAI SEPERTI LAMPIN PAKAI DAN BUANG


Amalan kepentingan politik DAP ternyata gemar mengguna orang lain dan sekiranya tidak memenuhi kehendak mereka lagi, mereka akan disingkirkan sama seperti mengguna lampin yang setelah diguna, segala najis dan kekotoran melekat, ia terus dicampakkan jauh malahan ia perlu dihapuskan. Itulah perangai dan amalan DAP dari dahulu sehingga sekarang.

Suatu ketika DAP menyanjung tinggi PAS sebelum parti Islam ini dicampak dari pakatan pembangkang dan kini setelah dikuburkan Pakatan Rakyat, mereka beralih kepada Parti Amanah Negara yang terdiri daripada serpihan pemimpin-pemimpin PAS yang kecewa kerana kalah didalam pemilihan parti PAS.

Kini DAP telah menjalin hubungan dengan parti serpihan UMNO pula, yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Dr Mahathir telah keluar dari UMNO untuk kali ketiganya manakala Muhyiddin telah dibatalkan keahlian UMNOnya kerana melanggar displin parti. Drama kerjasama DAP dengan PPBM, kononnya adalah untuk meniru kerjasama parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.

Namun ia bakal tinggal sebagai sebuah drama memandangkan parti-parti pembangkang ini tidak pernah ada persamaan melainkan hasrat untuk merampas kuasa dari parti pemerintah BN. Kebersamaan mereka hanya sekadar untuk mengguna satu sama lain untuk kepentingan agenda politik masing-masing. Tidak pernah wujud keikhlasan dan persefahaman jitu di antara mereka. Ia hanyalah seperti satu 'mission impossible' untuk ketepikan perbezaan masing-masing untuk mewujudkan satu blueprint bersama, apatah lagi untuk bersama-sama bermimpi mentadbir negara.

Mengamalkan sikap 'guna dan buang' ini, parti Dr Mahathir juga bakal menerima nasib sepertimana yang telah DAP lakukan terhadap PAS tetapi bukan kerana prinsip yang berbeza tetapi PPBM dilihat gagal berfungsi dan kurang berkesan.

Survival sesebuah parti politik bergantung kepada sokongan rakyat. Pada pilihanraya ke13 lalu, 85% sokongan pengundi cina telah beralih kepada DAP dan termasuklah pakatan pembangkang yang hanya memberikan 7 kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN kepada MCA untuk perjuangkan hak bangsa cina. Apakah ia berkesan kepada bangsa cina dengan sokongan yang sangat tipis ini?

Malah, dengan sokongan bangsa cina yang 85% kepada DAP yang memberi mereka 38 kerusi parlimen dan 95 kerusi DUN, DAP gagal bersuara untuk isu pendidikan cina dan tidak pernah serius dalam menangani hak rakyat cina. DAP akan letak segala kesalahan kepada MCA. Malahan kini DAP mengaku yang mereka tidak boleh tumpu hanya untuk bangsa cina kerana parti mereka sekarang adalah untuk pelbagai kaum. Di mana logiknya, apabila DAP terlalu bergantung kepada undi bangsa cina tetapi tidak ingin berkhidmat untuk bangsa yang telah beri kemenangan kepada mereka?

Lihat saja apa yang telah dilakukan pembangkang di negeri-negeri tawanan mereka di Pulau Pinang dan Selangor.

Di Pulau Pinang, kerakusan dan kegagalan DAP menjaga ecosistem negeri sehingga menyebabkan banjir kilat tanpa henti-henti akibat daripada kegagalan pengurusan tanah runtuh, manakala di Selangor yang sibuk berebut jawatan Menteri Besar dengan drama 'Kajang Move' mereka tetapi telah gagal membela nasib rakyatnya sehingga krisis air sering berulang-ulang tetapi menyelesaikannya dengan cerita-cerita sensasi politik saja.

DAP dan rakan-rakan sepakatannya ternyata lebih pandai bercakap daripada bijak mengurustadbir negeri. Akhirnya, rakyat yang memberi undi kepada mereka yang menanggung segala penderitaan. Apakah bangsa cina juga ingin dijadikan politik lampin pakai dan buang DAP nanti?

Thursday, October 27, 2016

PEMILIHAN MCA BAKAL DILIHAT LEBIH INKLUSIF DENGAN LEBIH RAMAI YANG AKAN MENGUNDI


Kesungguhan MCA di dalam membuat transformasi politiknya, parti komponen BN ini akan menjadikan isu sistem pemilihan parti yang lebih inklusif sebagai agenda utama di perhimpunan agung tahunan mereka pada bulan depan. Ini telah ditegaskan Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika merasmikan Perhimpunan Pemuda MCA Selangor.

Ini bermakna sistem pemilihan parti akan diperluaskan daripada hanya bergantung kepada 2,400 perwakilan pusat dan kini kira-kira 40,000 ahli di peringkat bahagian akan turut mengundi nanti.

Hanya apabila parti telah menunjukkan kepada ahli-ahlinya dan masyarakat amnya yang MCA tekad untuk berubah dan terus bersatu, maka kemenangan akan berpihak semula kepada mereka.

Langkah ini akan memerlukan pindaan perlembagaan parti, yang hanya boleh dilakukan semasa mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan dipersetujui oleh majoriti perwakilan pusat yang berkemungkinan diadakan semasa perhimpunan agung pada 12 dan 13 Nov nanti.

Datuk Liow juga secara peribadi menyokong cadangan yang dibawa Pemuda MCA agar menerima ahli bersekutu bukan bangsa Cina di mana usul ini pula akan dibentangkan pada EGM lain. Walaupun MCA adalah parti berasaskan masyarakat, beliau berkata parti itu memperjuangkan sebuah negara Malaysia dan perlindungan kebajikan pelbagai kaum majmuk.

Keahlian bersekutu ini juga merangkumi badan-badan yang terdiri daripada kaum-kaum persekutukan lain di mana pada masa ini, di dalam perlembagaan MCA yang sediada hanya wujud untuk organisasi sekutu seperti Kelab MCA, tetapi tidak mempunyai peruntukan untuk keahlian sekutu.

Matlamat MCA bukan sekadar untuk mendapat sokongan dari bukan bangsa cina malahan dari semua rakyat Malaysia di mana perjuangan parti ini tidak saja tertumpu kepada bangsa cina saja. Ketika memperjuangkan nasib rakyat, kepimpinan parti MCA akan melihat setiap isu dari perspektif yang berbilang kaum agar perpaduan negara dapat tercapai dan sikap saling hormat menghormati satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.

Thursday, October 13, 2016

TOKEY LADANG SELURUH NEGARA PILIH BERTEMU MCA DAN BUKAN DAP


Betapa pentingnya MCA kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional dan seterusnya mempunyai suara mewakili bangsa Cina di dalam kerajaan. Kini, MCA sedang berusaha membela nasib petani yang sedang kebimbangan berhadapan dengan kekurangan pekerja di ladang-ladang sayur, bunga dan ternakan ayam.

Baru-baru ini, wakil-wakil peladang dari negeri Pahang, Kedah, Johor dan Perak telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bagi memohon prihatin dan tindakan mengatasi kekurangan pekerja asing di ladang-ladang mereka. Seramai 63,000 pekerja asing diperlukan segera atau mereka mungkin akan berterusan menghadapi kemerosotan pengeluran dan seterusnya mengalami kerugian.

Datuk Wee memberi contoh pengeluaran bunga chrysanthemum di Cameron Highlans yang merupakan pengeluar ketiga terbesar di dunia, telah mampu menyumbang sebanyak RM200 juta setiap tahun kepada eksport negara. Bayangkan jika tiba masa untuk dipetik, oleh kerana kekurangan pekerja ladang maka akan pasti pengeluarannya terjejas.

Pada masa yang sama juga, Datuk Wee mengambil maklum yang kerajaan telah membenarkan mengambil pekerja asing di sektor perladangan tetapi ia terhad kepada perladangan kelapa sawit sahaja.

Bayangkan apabila tiba masa musim hasil tanaman perlu dipetik dan dengan keadaan cuaca yang panas, ditambah pula dengan kekurangan pekerja, maka pasti segala hasil akan membusuk. Oleh itu kebimbangan berterusan ini telah dibawa kepada perhatian MCA untuk mendapatkan bilangan pekerja asing seperti berikut;

Ladang sayuran : 30,000
Ladang buah-buahan : 10,000
Ladang bunga : 10,000
Ternakan ayam :10,000
Cameron Highlands: 3,000

Justeru, sebagai parti politik yang mewakili bangsa Cina, Presiden MCA DS Liow Tiong Lai akan membawa kebimbangan mereka kepada pengetahuan PM Najib Razak dan juga TPM Zahid Hamidi dengan kadar segera.

Ini adalah salah satu bukti yang menunjukkan yang MCA sangat diperlukan bangsa Cina yang sememangnya terkenal di dalam industri perladangan.

Apabila diteliti peranan MCA, nampaknya kata-kata provokasi yang mereka tidak lagi relevan kepada politik bangsa Cina adalah tidak benar sama sekali. MCA bukan sekadar bermain politik semata-mata jika dibandingkan dengan DAP. MCA di bawah kepimpinan Datuk Liow lebih mementingkan untuk berkhidmat dan mewakili bangsa Cina untuk bersuara di dalam kerajaan.

Semoga segala usaha MCA ini mampu membuka mata pengundi Cina yang parti komponen BN sentiasa bersatu dan menepati slogan mereka... STRONGER TOGETHER!

Thursday, October 06, 2016

DATUK LIOW : DUNIA TERUS PILIH MALAYSIA DALAM MAJLIS ICAO


Untuk kali keempat, Malaysia sekali lagi terpilih menyertai Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa atau International Civil Aviation Organisation (ICAO) bagi penggal 2016-2019, di mana hanya 2 buah negara saja terpilih mewakili negara-negara di rantau ASEAN, selain Singapura. Berita kedua yang membanggakan negara adalah apabila Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman telah dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung (ICAO) ke-39.

Dari jauh di Montreal Canada, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berkongsi mesej di laman Twitternya yang sedang berlangsung mesyuarat Perhimpunan Agung ICAO sehingga 7 Oktober nanti.


Malaysia telah terpilih menyertai Majlis CIAO sejak 2007 sejak menyertai sebagai anggotanya pada tahun 1958. Ketika pemilihan, negara kita telah mendapat sebanyak 129 daripada 172 undi dari negara-negara ahlinya. Di antara negara-negara yang terpilih sebagai kumpulan negara-negara pembuat keputusan di PBB khusus untuk penerbangan awam termasuklah negara-negara maju dan negara membangun seperti Amerika, Australia, Japan, India and Mexico.

Kesungguhan sumbangan Malaysia yang berterusan di dalam merealisasikan visi ICAO bagi memastikan 'No Country Left Behind' di mana piawaian dan amalan antarabangsa perlu ditegaskan perlaksanaannya dan juga inisiatifnya dalam ‘Next Generation of Aviation Personnel’, negara akan terus memenuhi keperluan latihan komuniti penerbangan global melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Justeru, Datuk Liow telah menegaskan yang Malaysia tidak pernah kompromi di dalam usaha ke arah meningkatkan standard keselamatan dan juga jaminan keselamatan penerbangan awam di ruang udara global. Pada masa yang sama, selaku Menteri Pengangkutan Datuk Liow telah diberi penghormatan menyuarakan aspirasi Malaysia di dalam menangani masa depan penerbangan awam dunia ketika berucap di Perhimpunan ICAO kali ini.

Sebagai salah satu pemain utama di antara negara anggota ASEAN, Malaysia juga sentiasa menggalakkan kerjasama antarabangsa yang lebih erat di kalangan negara penerbangan awam di mana kerjasama ini mampu memberi peluang baru serta faedah sosio-ekonomi kepada semua negara anggota ICAO nanti.

Dengan perlantikan kali keempat ini juga, sekali gus menyatakan bahawa walaupun Malaysia sebuah negara kecil di pentas dunia, namun dengan kepakaran dan kesungguhan kerajaan di bawah kepimpinan yang diterajui Barisan Nasional, suara Malaysia bukan sekadar lantang malahan akan bersama-sama dengan negara-negara berkuasa dunia lain membuat keputusan.



Ini adalah pengiktirafan dunia kepada negara kita dan syabas kepada Datuk Liow yang telah menerajui negara sehingga mampu kekal dipilih menganggotai Majlis ICAO sebaris dengan negara gergasi yang lain.

Friday, September 30, 2016

DATUK LIOW: KEADILAN UNTUK #MH17 SEMAKIN HAMPIR


Di dalam usaha yang tidak henti-henti dan komitmen padu oleh kerajaan Malaysia untuk mencari kebenaran dan keadilan bagi mangsa-mangsa tragedi MH17 di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 lalu, ia seolah-olah segala usaha kerajaan kita bersama-sama dengan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) sedang menghampiri kejayaan untuk membawa penjenayah dan rangkaian mereka supaya mengaku bertanggungjawab dan seterusnya di bawa ke muka pengadilan.

Siasatan jenayah antarabangsa yang diketuai Belanda atau Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) telah sebelum ini mendedahkan kesimpulan pertama mereka bahawa pesawat negara MH17 ditembak jatuh dari udara oleh 9M38 siri BUK peluru berpandu milik puak pemisah Rusia yang berkemungkinan juga adalah Persekutuan Rusia, telah membunuh kesemua 298 penumpang dan anak-anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Melalui laporan interim yang dikeluarkan oleh JIT baru-baru ini, ia sekali gus mengesahkan bahawa peluru berpandu itu dilancarkan di dalam ladang pertanian berhampiran Pervomaiskiy, sebuah bandar di Kharkiv, Ukraine Timur di mana beberapa siasatan bebas juga telah mengesahkan bangkai MH17 telah terhempas. Hasil siasatan juga menyebut bahawa kira-kira 100 individu yang telah dikenal pasti dengan beberapa kemungkinan yang boleh melibatkan angkatan tentera Rusia, Kremlin dan Vladimir Putin sendiri.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan Dato 'Liow Tiong Lai, kerajaan Malaysia sememangnya akan terus mendesak untuk mendapatkan keadilan bersama-sama dengan rakan-rakan JIT lain iaitu, Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia. Difahamkan juga bahawa perjanjian JIT akan dilanjutkan sehingga Januari 2018 untuk membolehkan siasatan yang berterusan.

Satu resolusi untuk menubuhkan sebuah tribunal antarabangsa melalui Majlis Keselamatan PBB telah ditolak pada Julai tahun lepas di mana 11undi telah bersetuju, tiga berkecuali (Angola, China dan Venezuela) dan seperti yang dijangka satu undi menolah yang pastinya adalah dari Persekutuan Rusia.

Sekiranya ia diluluskan, Majlis, di bawah Bab VII Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan mengguna pakai Statut Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi pesawat Malaysia Airlines MH17 dan menuntut bahawa semua Negeri dan pelakun lain menjauhkan diri daripada tindakan keganasan terhadap pesawat awam. Ia akan menyeru semua negara dan pelaku di rantau ini untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan penyiasatan antarabangsa, sebagaimana yang dikehendaki oleh resolusi 2166 (2014).

Walau bagaimanapun, usaha kerajaan Malaysia dan JIT untuk mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan PBB tidak menemui kegagalan sepenuhnya apabila Majlis telah meminta JIT untuk terus serta sentiasa memberi maklumat mengenai kemajuan siasatan samada hasil laporan teknikal mahupun siasatan penjenayah yang disabitkan. Oleh itu, setelah mendapat bukti yang kukuh, langkah seterusnya adalah proses pendakwaan tanpa sebarang keraguan.

Bagi menyatakan kesungguhan kerajaan Malaysia, berikut adalah kenyataan rasmi Menteri Pengangkutan Dato' Liow Tiong Lai;



29 SEPTEMBER 2016
FOR IMMEDIATE RELEASE

MEDIA STATEMENT
BY YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT

Liow: A Step Closer to Bringing the Perpetrators to Justice

The interim report released by the Joint Investigation Team (JIT) for MH17 today confirmed the earlier technical report by the Dutch Safety Board (DSB) that the aircraft was undeniably hit by a surface-to-air 9M38 series BUK missile.

Furthermore, the report also concluded that the exact location of the launch site is an agricultural field near Pervomaiskiy, a city in Kharkiv, Ukraine – an area controlled by pro-Russian rebels at that time. The finding is consistent with DSB report based on material obtained from the United States and the European Space Agency.

While the report could not determine the perpetrators responsible for this tragic incident, the JIT has identified the identity of approximately 100 individuals that could be linked to the downing of MH17.

Malaysia together with our JIT partners, the Netherlands, Belgium, Ukraine and Australia have never wavered from our fight to seek justice. We laud the announcement that the JIT agreement will be extended until January 2018 to enable investigation to continue unabated.

Armed with both JIT and DSB report, Malaysia is ever more resolute to seek justice. As part of the JIT, Malaysia remains single-minded in our pursuit to prosecute those who are responsible in this unfortunate tragedy through appropriate effective prosecution mechanism.

Malaysia would like to record our gratitude to our colleagues in JIT for its detailed and transparent investigation that now enables us to move forward on a more solid ground.

During this trying time, our thoughts and prayers are with the next of kin and loved ones of the passengers and crew onboard MH17.

I have said many a times. The international community must stand united in the quest to make our skies safer. In the International Civil Aviation Organization (ICAO) 39th General Assembly yesterday, I reiterated my appeal to nations to enhance standards and strengthen international cooperation to improve safety and security in global civil aviation.

There must be mandatory timely reporting of relevant information on risks flying in conflict zones to ICAO by member states and ICAO must establish global protocol to disseminate this information to member states and airlines.

This is not optional. It will save lives.

[END]

Walaupun cubaan Malaysia dan JIT untuk mendapatkan keadilan pernah diketepikan Rusia di dalam Majlis Keselamatan PBB, yang pasti, laporan interim JIT dan pengesahan dari siasatan teknikal DSB, kita akan terus menuntut pembelaan ke atas mangsa-mangsa MH17 walaupun ia akan memakan masa lama.

Kepada mereka yang bersalah, walaupun ia melibatkan negara-negara besar seperti Rusia, tiba masanya mereka mengakui kesalahan jenayah mereka dan tidak berterusan menafikannya.

Monday, September 19, 2016

DATUK LIOW : JEFF OOI JANGAN ANGKUH DAN BERLAPANG DADA MOHON MAAF


Walaupun MCA yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli berbangsa Cina dan mereka sering membuat kritikan ke atas ideologi politik PAS, namun apabila ia menyentuh perihal kemanusiaan, semua itu dihadapi dengan penuh hormat dan hemah serta mereka mampu membezakan waktu untuk berpolitik dan masa untuk bersatu sebagai rakyat Malaysia.

Di dalam menghulurkan ucapan takziah kepada pemergian Mursyidul Am PAS Allahyarham Haron Din, saksikan perbezaan pendekatan pemimpin di antara 2 parti kaum Cina ini;



... dan ini pula respon dari Jeff Ooi (DA) yang dikritik kerana mengeluarkan kenyataan kurang sopan;




Benci mengatasi sikap perikemanusiaan pemimpin DAP dan perbuatan Jeff Ooi menyerlahkan kepada kita politik kebencian adalah permainan utama mereka sehingga hilang sifat-sifat baik seorang manusia.

Mungkin bagi Jeff Ooi mesej twitternya tidak menunjukkan yang beliau tidak sopan dengan ucapan Adios kepada seorang Islam apabila arwah Haron Din meninggal dunia. Lebih penting, undang-undang negara tidak meletakkan kesalahan dengan ucapan sedemikian. Persoalannya, apakah ia sesuai dengan ucapan sedemikian datangnya dari seorang pemimpin? Apakah Jeff Ooi akan berkata 'adios' kepada mendiang Karpal Singh juga dan jika Kit Siang mati, apakah adios juga diucapkan?

Apa yang DAP dan pemimpinnya tidak ketahui, dengan bahasa kurang sopan Jeff Ooi telah menjemput pelbagai komen menghina arwah Haron Din dari kalangan penyokong DAP. Apakah ini niat sebenar Jeff Ooi dan DAP?

Tidak dapat dinafikan yang DAP tidak menggemari arwah Haron Din kerana beliau adalah salah seorang yang mempertahankan perlaksanaan hukum hudud diluluskan di Kelantan dan arwah juga didapati seorang pemimpin yang mesra UMNO terutamanya PM Najib Razak jika dibandingkan dengan arwah Nik Aziz. Maka kebencian Jeff Ooi dan DAP diserlahkan didalam mesej Twitter beliau bukan dengan kata-kata kesat tetapi cukup sekadar untuk tidak menghormati arwah.

Berbeza dengan pendirian pemimpin-pemimpin MCA yang lebih matang yang meletakkan perpaduan kaum mengatasi polemik kepartian. Kita juga tahu yang MCA tidak pernah bersetuju dengna perlaksanaan hudud PAS di Kelantan namun mereka mampu menunjukkan rasa hormat dan mengutamakan peri kemanusiaan mengatasi perbezaan fahaman politik.

DAP mewakili suara bangsa Cina dan begitu juga MCA tetapi sebagai rakyat Malaysia, apakah pemimpin seperti DAP yang sering menggunakan taktik kebencian tanpa batasan dipilih mereka atau pemimpin-pemimpin MCA yang sering mengajak kita bersatu hati dalam apa keadaan sekali pun terutama ketika negara dilanda pelbagai dugaan seperti ekonomi dan juga serangan liar media asing.

Jadilah seperti pemimpin MCA yang faham apa itu susah bersama dan senang bersama dan sering hormat menghormati sebagai kawan setia kepada UMNO, maka tidak hairan apabila MCA masih kekal di dalam Barisan Nasional dari awal penubuhan Perikatan kerana percaya... STRONGER TOGETHER.

Wednesday, August 31, 2016

PRESIDEN MCA : SEHATI SEJIWA WUJUD PADA SETIAP RAKYAT MALAYSIA



Sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional yang mewakili bangsa cina di negara kita, kepimpinan MCA juga adalah merupakan kejayaan negara mencapai kemerdekaan. Justeru, sejak tertubuhnya MCA, mereka sentiasa dengan parti pemerintah bersama-sama meneraju untuk membawa negara kepada kejayaan demi kejayaan sehingga hari ini.

Dengan semangat setiakawan sebagai rakan parti Barisan Nasional, MCA juga telah bertanggungjawab mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara sehingga berjaya menyemai semangat solidariti dan jatidiri sebagai anak Malaysia telah ditunjukkan dalam apa jua keadaan serta dugaan yang dihadapi.

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 59, tema sehati sejiwa adalah sinonim dengan semangat solidariti MCA yang kini bersama-sama membawa kejayaan Malaysia di pelbagai peringkat termasuk sukan. Ketika berlangsungnya acara separuh akhir badminton di Olimpik Rio, telah terbukti semangat sehati sejiwa ini wujud apabila sokongan dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan bangsa.

Justeru, semangat sehati sejiwa telah dizahirkan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai di dalam ucapannya seperti berikut;
KENYATAAN AKHBAR
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN
PRESIDEN MCA
 
Perpaduan Antara Rakyat Pemacu Kejayaan Negara
 
Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.
 
Sempena kita menyambut Hari Kemerdekaan ke 59, luangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan negara sehingga ke hari ini.
 
Berlandaskan solidariti yang terbit dari kepelbagaian bangsa dan budaya, Malaysia kini adalah sebuah negara yang semakin disegani, dengan kejayaan di pelbagai peringkat. Kesungguhan dan kecekalan pejuang-pejuang negara telah menjadi asas kepada kejayaan yang dikecapi serta merupakan garis panduan dalam kita mengharungi rintangan dan cabaran.
 
Cita-cita dan azam ini jelas ditonjolkan oleh para atlet Olimpik negara pada awal bulan ini. Mereka telah menjulang nama negara di peringkat sukan antarabangsa berbekalkan kegigihan dan semangat kesukanan yang tinggi. Di tanah air pula, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet-atlet kita yang berjuang. Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia.
 
Kontinjen negara juga telah mengukir sejarah dengan membawa pulang lima pingat Olimpik. Sambil kita menyambut kemenangan mereka kita juga harus menyedari bahawa kejayaan setiap individu adalah kejayaan kita bersama dan ini merupakan tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri, demi kejayaan Malaysia secara kolektif.
 
Dalam kita mengejar impian negara, mari kita bersama-sama menghayati semangat Kemerdekaan sambil kita meraikan hari yang amat bermakna ini. Kesederhanaan, toleransi dan bertolak ansur adalah asas Rakyat Malaysia dahulu, kini dan selamanya.
 
Selamat Hari Merdeka dan selamat beristirehat bersama keluarga. Bagi pengguna jalan raya, ingatlah mereka yang tersayang dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Malaysia adalah sebuah negara yang sangat unik yang tidak wujud di mana-mana negara di dunia ini kerana pelbagai kaum yang mampu hidup secara aman damai tanpa berlakunya diskriminasi kaum. Namun, kesemua ini akan hilang jika parti pemerintah Barisan Nasional tidak wujud dan menyedari akan kepentingan perpaduan, maka MCA bersama-sama parti komponen lain terus menapak.

Dari mula lahirnya MCA sehingga hari ini, kita bersyukur dengan adanya kerjasama MCA di dalam Barisan Nasional sebagai penyambung perpaduan di antara kaum. Maka, hargailah kemerdekaan negara dan sentiasalah ... SEHATI DAN SEJIWA!

Saturday, August 06, 2016

DATUK LIOW : #MH370 - JANGAN MUDAH PERCAYA PELBAGAI TEORI DI INTERNET


Pelbagai teori dan pelbagai kisah kejadian ditulis mengenai tragedi MH370 sejak kejadian malang ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Berita terkini yang mula tersebar kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah iaitu pilot pesawat MH370 telah muncul semula di hospital Taiwan. Ia adalah tidak benar dan hanyalah berita palsu, demikian disahkan Menteri Pengangkutan Datuk Liow Tiong Lai.

Datuk Liow menegaskan yang sehingga kini, tiada pengesahan yang diperolehi dari Taiwan malahan konsulat negara di Taiwan pun menafikan laporan tersebut. Terdahulu, di dalam satu artikel dari portal berita World News Report Harian telah menulis yang Kapten Zaharie telah muncul secara tiba-tibadi hospital Taiwan dan sedang menderita amnesia iaitu sakit hilang ingatan.

Tetapi anehnya pada masa yang sama juga, WNDR menyatakan sebagai seolah-olah satu satira yang menyebut ...

"Semua watak-watak yang terdapat dalam artikel di laman web ini - malah mereka berdasarkan orang sebenar - sepenuhnya fiksyen dan apa-apa persamaan antara mereka dan mana-mana orang, hidup, mati, atau mayat hidup adalah semata-mata satu keajaiban".

Bukankah ini mengesahkan kenyataan Datuk Liow yang ia adalah tidak benar. Tetapi seperti biasa, peminat cerita ilusi ini telah tersebar meluas sehingga mencapai hampir 5,000 yang berkongsi di laman media sosial termasuklah Facebook mereka.

Oleh itu, Datuk Liow berharap agar rakyat Malaysia bijak membuat penilaian dan tidak membuat spekulasi seperti berita ini dan terus teruja untuk diviralkan di Internet. Seharusnya saranan Datuk Liow diberi perhatian agar lebih prihatin terhadap keluarga mangsa MH370 dengan perkhabaran yang tidak masuk akal.

Seperti yang disahkan pihak negara-negara yang terlibat, pesawat MH370 telah terhempas ke dalam Lautan Hindi dan pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pula telah mengetuai pencariannya, maka ada pula teori yang pesawat sengaja ditujukan ke Lautan Hindi juga adalah tidak benar.

Mesej jelas untuk rakyat Malaysia adalah agar lebih prihatin dan bijak menilai segala yang dibaca di Internet dan lebih tumpukan kepada pengesahan dari pihak berkuasa yang sentiasa membuat perincian bukti.