Showing posts with label terowong Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label terowong Pulau Pinang. Show all posts

Saturday, March 17, 2018

RAKYAT PULAU PINANG BAKAL MENANGGUNG RM20 BILION UNTUK KEUNTUNGAN SYARIKAT LANTIKAN GUAN ENG



Ramai yang berminat saksikan penerangan pemimpin No. 2 MCA rupany a sehinggakan Ronnie Liu pun bertanya soalan dalam ruangan komen Facebookketik a diadakan siaran langsung penerangan mengenai skandal terowong Pulau Pinang pilihan Lim Guan Eng. Kali ini Datuk Wee Ka Siong menimbulkanpersoalan yang rakyat Pulau Pinang bakal menanggung RM20 billion.

Ronnie Liu dan ramai lagi ingin tahu apa rasional Datuk Wee meletakkan jumlah setinggi RM20 bilion tersebut dan yang pasti ia bukan satu retorik atau dipetik sesuka hati sebagaimana yang sering dilakukan pakatan pembangkang. Sebagai seorang yang amat teliti dalam memberi hujahnya, Datuk Wee juga adalah seorang jurutera bertauliah dan pakar runding binaan profesional.

Justeru, ini adalah jawapan bertulis rasminya yang diringkaskan seperti berikut;
1. Projek cadangan terowong dasar laut Pulau Pinang kebanggaan Guan Eng telah menerima bantahan dari pelbagai NGO Pulau Pinang dan termasuklah Penang Forum. Alasan mereka, terowong ini dan 3 jalan berkaitan tidak akan mampu mengurangkan kesesakan trafik di pulau itu dan kemampuan jambatan pertama dan kedua yang telah dibina masih menjadi penyelesaian utama. Sedangkan jambatan kedua hanya digunakan di bawah 50% kemampuannya.

2. Jumlah nilai projek ini adalah RM6.34 bilion dan Datuk Wee cuba kembalikan ingatan pakatan pembangkang terutamanya DAP Pulau Pinang, mereka berjanji untuk menghapuskan tol dalam kempen PRU13 dan sebelumnya. Namun apa yang berlaku, Guan Eng dan DAP Pulau Pinang telah memberi syarikat SPV terowong ini, 30 tahun konsesi tol terowong sepertimana kadar tol jambatan ke 2.

3. Lazimnya, syarikat yang berjaya mendapat projek konsesi tol, mereka akan menanggung perbelanjaan pembinaan jalan mahupun terowong dengan pinjaman dan seterusnya dibenarikan mengutip tol untuk membayar semula pinjaman dan seterusnya membuat keuntungan. Dalam kes terowong Pulau Pinang, ia sangat berbeza di mana kerajaan DAP Pulau Pinang telah membiayai sepenuhnya kos pembinaan terowong dan 30 tahun mengutip tol pula diberikan kepada syairkat SPV.

4. Syarikat SPV lantikan Guan Eng ini bukan saja mengaut untung dari duit Pulau Pinang malahan mereka akan mengaut untung tambahan dari hasil kutipan tol selama 30 tahun. Bagi Datuk Wee, inilah perjanjian konsesi yang paling pelik dan luar dari amalan biasa kontrak konsesi yang pernah dilaksanakan. Contoh mudah, kontraktor yang membina rumah kita dengan wang ringgit kita sendiri, kemudian mereka dibenarkan mengutip sewa selama 30 tahun. Hanya Guan Eng saja yang melakukan sedemikian.

5. Bagaimana Datuk Wee dapat angkat RM20 bilion yang akan ditanggung rakyat Pulau Pinang nanti?
 
- RM6.34 bilion : Kos projek hari ini jika tiada peningkatan kos pembinaan;
- RM3 billion : 30 tahun konsesi tol jika berdasarkan kutipan purata tol biasa adalah RM100 juta setahun;
- RM 2.2 billion : Dari kenaikan harga tanah menjelang 2023. Guan Eng menilai projek terowong berdasarkan nilai tanah semasa pada 2013 dengan harga RM1,300 kaki persegi. Jika kenaikan nilai tanah naik 5% menjelang 2023, projek ini bakal melambung sehingga RM5.8 bilion nanti. Perbezaannya adalah RM2.2 bilion;
- RM9 billion : Dana dan aset negeri Pulau Pinang akan digunakan untuk membina infrastruktur bagi projek syarikat persendirian ini. RM7.5 bilion dariPan Island Link, Pelabuhan Gurney dan juga sebanyak RM400 juta untuk 8 laluan jalan gurney. Akhirnya, syarikat SPV bakal mengaut keuntungan sebanyak RM15 bilion.

Apabila dicampur kesemuanya di atas, rakyat Pulau Pinang bakal menanggung sebanyak RM20.54 bilion nanti. Jelas, kerajaan DAP-Pulau Pinang sangat bermurah hati kepada syarikat yang dilantik Guan Eng.

Maka kita sekarang faham mengapa kerajaan DAP-Pulau Pinang tidak langsung mengambil tindakan ke atas syarikat yang dilantik apabila mereka telah melengah-lengahkan projek terowong ini dan apabila ada di antara pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh meminta agar SPRM menghentikan siasatan, apakah ia tidak mencurigakan?

Inilah juga mengapa Datuk Wee mendesak agar Guan Eng berani terima cabaran untuk berdebat dengan beliau, apabila SPRM cuba disogok dengan RM22 juta oleh pihak tertentu. Tidak ada sebab mengapa Guan Eng tidak berani melainkan segala yang diperkatakan dan dianalisa pemimpin No. 2 MCA ini tidak benar dan satu rekaan.

Oleh itu, apakah rakyat Pulau Pinang akan terus menanggung RM20 bilion ini agar syarikat lantikan Guan Eng mendapat keuntungan besar?
 

Tuesday, February 13, 2018

GUAN ENG SEMAKIN GABRA, DATUK WEE KA SIONG DENGAN MUDAH SAJA MENERJAH


Semakin Guan Eng cuba menjawab kontroversi yang didakwa Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, semakin jauh Ketua Menteri-DAP Pulau Pinang, tanpa disedari beliau semakain jauh membelitkan dirinya sehingga terpaksa mengaitkan isu lain yang tidak langsung mempunyai kaitan dengan projek terowong Pulau Pinang.

Lebih kasihan apabila sikap Guan Eng ini terpaksa ditegur Datuk Wee yang jelas bukanlah sepertimana seorang Ketua Menteri perlu bertindak dan lebih memalukan apabila Guan Eng sentiasa melaungkan polisi CAT (Competency, Accountability, Transparent) Pulau Pinang yang jelas bercanggah dan tidak langsung dipatuhi Guan Eng sendiri.

Datuk Wee nampaknya terpaksa melayan tuduhan Guan Eng yang jelas menunjukkan beliau telah nyanyuk di usia mudanya. Guan Eng mendakwa yang kesemua hujahnya berkaitan projek RM6.3 bilion adalah tidak tepat langsung.

Pertamanya, Guan Eng dakwa yang Datuk Wee menuduh Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) telah diberi projek ini melalui saluran yang tidak betul dengan alasan ia telah berjaya melalui proses tender terbuka. Persoalannya, apakah Datuk Wee benar-benar mengguna isitilah 'saluran tidak betul' sedangkan soalannya adalah mengapa Zenith Construction yang ditubuhkan hanya beberapa bulan sebelum dijemput menyertai RFP (Request for Proposal).

Seterusnya, Datuk Wee dakwa Zenith telah menubuhkan konsortium pada 6 Julai 2012, sehari sebelum kerajaan Pulau Pinang hantar penyertaan RFP.

Apakah kedua-dua dakwaan Datuk Wee boleh dikira sebagai layak memenangi tender terbuka melalui saluran betul? Jika ini adalah kriterianya, Guan Eng perlu kemukakan perincian dan juga minit mesyuarat proses RFP.

Keduanya, Guan Eng mendakawa yang Datuk Wee menuduh syarikat fesyen yang membina terowng Pulau Pinang dan menafikannya serta mengesahkan CRCC adalah kontraktor utama.

Sejak pertama kali bersuara mengenai skandal ini pada bulan Januari, Datuk Wee mempersoalkan bagaiman pemegang saham SPV dengan mudahnya diubah-ubah? Jawapan Guan Eng, sesiapa saja boleh melabur dalam projek ini termasuklah syarikat fesyen. Di samping itu, Jawatankuasa tender Pulau Pinang pula telah mengumumkan yang CRCC adalah di antara pemegang saham SPV.

Ini telah termaktub di dalam lidah rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang pada 4 Mac 2013 bahawa CRCC adalah sebahagian dari pemegang saham SPV dengan gabungan modal berbayar sebanyak RM4.5 bilion. Guan Eng sendiri telah mengulangi kenyataan ini secara terbuka sekurang-kurangnya di 4 majlis yang berlainan. Tiba-tiba hari ini, Guan telah menukar kenyataan mendakwa CRCC adalah kontrator utama sahaja dan bukan pemegang saham. Lebih memeranjatkan apabila pada Januari 2018, sebuah syarikat fesyen yang sedang mengalami kerugian untuk beberapa tahun, tiba-tiba didafar dalam SSM sebagai pemegang saham SPV.

Guan Eng mungkin gagal mengetahuinya atau sengaja sembunyikan fakta ini. Syarikat fesyen Vertice Bhd yang terdahulu dikenali sebagai VOIR, hari ini memegang saham sebanyak 13.21% dalam SPV. Di mana saham CRCC atau semua dakwaan Guan Eng yang CRCC adalah pemegang saham SPV sebenarnya satu berita palsu?

Ketiga, Guan Eng dakwa yang Datuk Wee telah menyatakan peranan CRCC tidak lagi penting kerana syarikat ini bukan lagi pemegang saham SPV dan masih bersama dengan Zenith Consortium dan telah pun menandatangani perjanjian dalam 'Acknowledgement of Commitment' dengan kerajaan Pulau Pinang untuk memulakan projek ini.

Persoalannya, bila Datuk Wee pernah membuat kenyataan sepertimana didakwa Guan Eng mengenai CRCC? Sedangkan, selama ini Guan Eng dan kerajaan negeri yang telah mewar-warkan yang CRCC adalah kontraktor utama dan juga pemegang saham tetapi hari ini CRCC hanyalah kontraktornya saja.

Perjanjian "Acknowledgement of Commitment" yang ditandatangani CRCC hanyalah satu lampiran dan tidak terdapat dalam mana-mana perjanjian yang  telah dimeterai yang telah ditontonkan Guan Eng kepada media. Ini adalah kerana perjanjian terdahulu telah pun dimeterai di antara SPV dan kerajaan Pulau Pinang. Oleh kerana CRCC bukan pemegang saham, maka CRCC tidak terlibat dalam perjanjian secara sah. Lagipun, CRCC telah mengesahkan yang mereka tidak pernah memeterai apa-apa perjanjian secara langsung dengan kerajaan Pulau Pinang.

Apa yang ingin Datuk Wee ingin pertikaikan adalah, pada tahun 2013, Guan Eng menyebut yang kerajaan negeri Pulau Pinang bukan saja memeterai perjanjian dengan SPV tetapi dengan setiap pemegang sahamnya. Sekarang, Datuk Wee menuntut siapakah setiap pemegang saham itu? Bagi Datuk Wee, jika Guan Eng dakwa dia bercakap benar, sila tunjukkan bukti!

Keempat, Guan Eng dakwa kenyataan Datuk Wee yang "Acknowledgement of Commitment" yang ditandatangani CRCC adalah tidak sah kerana tidak dimeterai dan yang sebenarnya ia telah pun dimeterai secara sah. Persoalannya, bilakah Datuk Wee pernah katakan ia tidak sah? Apa yang sebenarnya diperkatakan adalah perjanjian itu tidak terikat secara sah dan ia sesuatu yang jauh berbeza maksudnya. Ini adalah kerana apa yang ditandatangani bukan termaktub dalam perjanjian asal tetapi sekadar dijadikan sebagai satu lampiran.

Ia juga telah disahkan oleh Menteri Penangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sepertimana yang telah dituntut oleh pihak CRCC.

Kelima, Guan Eng juga menuduh yang Datuk Wee menipu tentang kejayaan syarikat SPV yang berumur 82 hari mendapatkan projek terowong Pulau Pinang dan syarikat ini tidak mempunyai modal berbayar RM4.5 bilion sepertimana yang diakui kerajaan negeri. Apabila disemak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Januari 2018 baru-baru ini, modal berbayar Zenith Construction Sdn Bhd hanyalah RM15juta.

Ia adalah Guan Eng sendiri yang mengumumkan modal berbayar minima untuk SPV mestilah sekurang-kurangnya RM381 juta yang bersamaan dengan 6% dari jumlah projek seperti yang telah ditentukan kerajaan negeri. Oleh itu bagaimana ZCSB boleh dipilih sedangkan modal berbayar mereka hanyalah RM15 juta? Kemudian, CCRC bukan pemegang saham SPV dan bagaimana kerajaan negeri Pulau Pinang mengakui yang modal berbayar SPV ialah RM4.5 bilion?

Di mana yang Datuk Wee menipu atau Guan Eng yang sengaja wujudkan fitnah ini?

Keenam, Guan Eng dakwa yang Datuk Wee sengaja kelirukan rakyat yang CRCC dan BUCG adalah pemegang saham syarikat SPV. BUCG pernah menjadi pemegang saham tetapi telah keluar dari SPV. Di antara Ogos dan September 2016, Guan Eng, Zenith dan kerajaan negeri sendiri telah buat kenyataan yang BUCG telah diarahkan meninggalkan SPV secara paksa. Oleh itu, kenyataan Guan Eng pada 2 Februari lalu yang menyatakan BUCG dibenarkan berundur diri dari SPV adalah agak tidak benar.

Ketujuh, Guan Eng menuduh Datuk Wee yang berkata bahawa Zenith Consortium tidak mempunyai RM381 juta modal berbayar seperti disyaratkan kerajaan Pulau Pinang dan kononnya Datuk Wee lupa bahawa Zenith Consortium telah menang projek terowong ini melalui tender terbuka. Justeru, tidak akan ada ruang bagi ahli-ahli politik Pulau Pinang mendapat sogokan yang dikatakan RM10 juta.

Tuduhan ini sememangnya tidak berasas. Yang dikatakan Datuk Wee adalah Zenith Consortium bersama-sama pemegang saham terkini, modal berbayar mereka tidak mencapai RM381 juta seperti yang ditetapkan kerajaan Pulau Pinang. Datuk Wee dengan jelas mengatakan yang ketika syarikat konsortium dianugerahkan projek ini, mereka gagal mengadakan modal berbayar sebanyak RM4.5 bilion sepertimana yang didakwa Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Lagipun, Datuk Wee tidak pernah mensabitkan apa-apa sogokan yang bakal diterima ahli-ahli politik Pulau Pinang. Ia hanya ditulis pihak media dan bukan Datuk Wee.

Kelapan, Guan Eng tuduh Datuk Wee buat kenyataan yang kedudukan kewangan Zenith Consortium adalah lemah ketika dianugerah projek terowong ini pada 2013. Kononnya Guan Eng tidak masuk campur hal ehwal syarikat lain tetapi pada masa yang sama dia membuat penilaian sendiri dengan keputusan jawatankuasa tender seolah-olah ia adalah keputusan bijak kerana syarikat yang dikatakan lemah itu kini masih wujud.

Satu penilaian yang melucukan. Apakah justifikasi yang dikatakan bijak itu bergantung kepada kekuatan kewangan dan kekuatan pengalaman teknikal atau kerana Zenith Consortium masih wujud setelah lima tahun? Apakah syarat untuk melantik Zenith Consortium begitu rendah sekali? Segala yang dikatakan Datuk Wee adalah merujuk kepada laporan odit yang menekankan kerisauan samada syarikat tersebut mampu meneruskan operasi memandangkan kedudukan kewangan mereka. Apakah Guan Eng sebagai seorang akauntan tidak memahami maksud laporan odit itu?

Seterusnya yang kesembilan, Guan Eng mendakwa yang Datuk Wee katakan perjanjian perlu ditandatangani pada setiap helai dan barulah ia sah. Guan Eng juga mendakwa yang Datuk Wee cuba memutar-belit kononnya menukar kenyataan yang perjanjian tidak ditandatangani di muka hadapan tetapi bertukar  di lampiran yang ditandatangani CRCC. Pokoknya, bila Datuk Wee berkata yang dokumen perlu ditandatangani di setiap helai perjanjian dan barulah ia sah? Yang dikatakan dengan jelas Datuk Wee adalah, 'Acknowledgement of Commitment' yang dijadikan lampiran tidak boleh dianggap sebagai satu perjanjian yang sah mengikut undang-undang. Adalah salah jika Guan Eng mendakwa, perjanjian asal yang ditandatangai maka lampiran juga adalah sah.

Yang kesepuluh pula, Guan Eng mendakwa selagi perjanjian telah ditandatangani dan dicop CRCC, ini bermaksud sememangnya ada syarikat dengan keupayaan kewangan yang komited dalam projek terowong ini. Apa yang ingin disampaikan Guan Eng adalah tidak kira dalam apa juga keadaan, modal berbayar CRCC boleh dimanipulasi sebagai modal berbayar SPV. Jika inilah justifikasi Guan Eng, bagi Datuk Wee, adalah lebih baik Guan Eng juga ambil rizab kerajaan negeri sebagai modal berbayar untuk menjadikan modal berbayar SPV hingga berbilion ringgit.

Bagi Guan Eng, apabila perjanjian telah ditandatangani, dicop dan dimeterai, apa-apa perubahan dalam pegangan saham SPV bukan masalah kerajaan negeri Pulau Pinang. Apabila semakan dilakukan dengan SSM yang modal berbayar Zenith Consortium telah menurun ke RM26.5 juta pada 22 Januari 2018, apakah ini tidak menimbulkan keraguan dan kebimbangan kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?

Akhir sekali yang kesebelas, Guan Eng mendakwa yang projek yang diumumkan pertama kali sebelum pilihanraya umum 2013, keputusan telah menunjukkan yang semua rakyat Pulau Pinang memberi sokongan kepada projek terowong dasar laut ini dan Barisan Nasional tidak seharusnya sabotaj kerana ini adalah suara rakyat Pulau Pinang.

Oleh itu, apakah Guan Eng sebenarnya mengaku yang di antara Mac dan April 2013, beliau telah memanipulasi modal berbayar CRCC sebagai kekuatan SPV untuk menipu pengundi Pulau Pinang?
 

Friday, February 09, 2018

APABILA CRCC SENDIRI MEMBUAT PENGAKUAN, APA REAKSI DAP?


Sekiranya kita masih ingat pendedahan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong, betapa berlagaknya Guan Eng dengan mengumumkan kepada dunia amnya dan rakyat Pulau Pinang khasnya (Artikel berkaitan ... Di sini dan Di sini), bahawa sebuah syarikat pembinaan gergasi iaitu China Railway Construction Corporation (CRCC) adalah kontraktor utama dan sebahagian daripada pemegang saham projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Itu sebelum PRU13 dan Guan Eng serta DAP telah memanfaatkan sepenuhnya untuk kempen pilihan raya mereka.

Tetapi hari ini, CRCC sendiri telah membuat penafian mereka untuk membuat penjelasan kepada Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan Dato 'Sri Liow Tiong Lai selepas mengeluarkan kenyataan akhbar kepada media.

CRCC tidak memberi kelulusan atau tidak tahu kenapa kerajaan Pulau Pinang menganggap syarikat ini sebagai pemegang saham bagi projek SPV ini. Syarikat itu berkata, mereka hanya menandatangani 'pengakuan komitmen' sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian projek itu, bahawa mereka akan melaksanakan projek itu dengan terbaik sekiranya diberi mana-mana bahagian projek oleh SPV.

CRCC menegaskan yang mereka tidak pernah memegang apa-apa saham di dalam syarikat SPV (Special Purpose Vehicle), Zenith Construction Sdn Bhd tetapi yang berlaku hanyalah menandatangani satu "Pengakuan komitmen" sebagai lampiran kepada perjanjian awal projek. Mereka telah bersetuju hanya sebagai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja EPC (engineering, procurement and construction - kejuruteraan, perolehan dan pembinaan) dan bukannya sebagai kontraktor utama.

Kontrak yang diberikan SPV adalah untuk membuat laporan reka bentuk terperinci yang berjumlah USD22 juta (RM85.7 juta) untuk tiga jalan raya dan terowong bawah laut. CRCC menegaskan yang senario berlaku hari ini tidak boleh dijadikan sebagai ukuran prestasi mereka.

Dalam mempertahankan dakwaan itu, Guan Eng sekali lagi memberi alasannya yang kontrak CRCC diberi secara tender terbuka oleh Konsortium Zenith dan perjanjian itu telah ditandatangani pada Oktober 2013 berserta perjanjian tambahan dengan kontraktor utama CRCC. Anehnya, apabila Datuk Wee Ka Siong berkeras agar Guan Eng mendedahkan perjanjian tambahan itu, beliau membisu dan ini menunjukkan yang ia tidak pernah berlaku.

Penjelasan CRCC ini dibuat ketika pertemuan mereka dengan Presiden MCA di majlis Asia Pacific Ministerial Conference on Civil Aviation. Ini bukanlah satu pertemuan yang telah disusun tetapi CRCC telah mengambil kesempatan bertemu Datuk Liow untuk memberikan penjelasan.

Bagi pihak DAP pula, mereka terus bermati-matian membuat jawapan balas walaupun dengan mudah boleh dipersoalkan dan yang pasti bercanggah. Guan Eng telah mula menafikan yang CRCC adalah pemegang saham SPV dan ini ditegaskan pula oleh Zairil Khir Johari, kononnya ia telah disalahtafsir oleh pihak Barisan Nasional.

Walaupun CRCC telah membuat penafian terbuka yang mereka bukan kontraktor utama tetapi Guan Eng dalam kenyataan rasminya kekal merujuk yang syarikat gergasi negara China ini sebagai kontraktor utama projek terowong Pulau Pinang. Oleh kerana gagal memberi penjelasan yang telus, akhirnya Guan Eng menuduh MCA dan Barisan Nasional cuba sabotaj projek ini.

Tuesday, February 06, 2018

BUKTI SETERUSNYA... PROJEK TERANCANG TIPU RAKYAT PULAU PINANG


Walaupun Guan Eng berusaha untuk menjawab keraguan Datuk Wee Ka Siong terhadap projek terowong Pulau Pinang, yang pasti, Guan Eng hanya mampu bermain dengan sentimen seolah-olah MCA cuba sabotaj projek ini. Hakikatnya, Guan Eng terpaks membelitkan dirinya. Kini Datuk Wee mengeluarkan lagi bukti bagaimana projek berbilion ringgit ini sebenarnya adalah projek menipu rakyat Pulau Pinang.

Guan Eng mungkin rasakan dirinya bijak memutar-belit kenyataan orang lain tetapi kini satu lagi penerangan dari Datuk Wee yang dapat menjelaskan yang projek mega terowong Pulau Pinang ini sebenar-benarnya adalah satu penipuan yang terancang. Dalam siri ini, Datuk Wee menerangkan bagaimana syarikat konsortium digunakan sebagai syarikat untuk kepentingan sekumpulan kecil.

Apabila terdapat perbezaan ketara antara kenyataan Guan Eng dan Kerajaan Pulau Pinang di antara tahun 2013 dan 2018 berkaitan dengan pemegang saham untuk projek terowong Pulau Pinang dan tiga jalanraya berkaitan, Datuk Wee mendapati terdapat perubahan kepada syarikat projek khas ini, yang melibatkan seperti tersebut;

Syarikat konsortium bertukar menjadi syarikat kumpulan kecil yang berkepentingan, rangkaian antarabangsa menjadi kumpulan kecil, pakar kini membaut kerja 'freelance' dan dari syarikat yang mempunyai aliran tunai yang baik kini semakin menyusut. Itulah senario yang ada kini.

Perubahan yang paling besar berlaku apabila CRCC dan BUCG tidak lagi berada di dalam syarikat Konsotium tetapi telah dimanipulasi kerajaan DAP-Pulau Pinang untuk kepentingan politik mereka. Apabila kedua-dua syarikat gergasi China itu tiada, modal-berbayar untuk syarikat Konsortium yang dibanggakan Guan Eng yang berjumlah RM4.5492 bilion, adalah tidak sah.

Guan Eng sedaya upaya cuba menonjolkan yang syarikat konsortium yang dipilihnya mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh iaitu Consortium Zenith BUCG tetapi jika CRCC di dakwa adalah pemegang saham dan mempunyai modal berbayar terbanyak di antara pemegang saham yang lain, mengapa CRCC tidak disebut langsung?

Jelas sekali Guan Eng pernah mengumumkan yang tiga jalan raya yang berhubung di dalam temuramah bersama BBC China akan mula dibina pada tahun 2016 dan jelas ia tidak berlaku. Persoalan yang dilontarkan Datuk Wee, bagaimana Guan Eng boleh katakan ini tender ini dimenangi syarikat 'China-bidded' jika BUCG hanya memegang 10% ekuiti Consortium Zenith BUCG dan CRCC bukan pun pemegang-sahamnya?

Bagi Datuk Wee, bukan sukar untuk mengetahui mengapa Guan Eng terdesak menonjolkan syarikat Consortium Zenith BUCG sehingga terpaksa menipu yang CRCC ada bersama-sama. Segalanya adalah untuk menunjukkan kononnya syarikat ini mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh.

Sekali lagi pada September 2016, apabila berlakunya kemalangan di tapak pembinaan CRCC yang melibatkan kematian, Guan Eng berkeras agar BUCG digugurkan dari projek tersebut. Dia telah memberi jaminan yang projek terowong ini tidak akan terkesan kerana kononnya syarikat gergasi CRCC masih lagi kontraktor utama.

Pada tahun 2018, satu rombakan besar telah berlaku di mana menurut Datuk Wee, syarikat konsortium ini bertukar menjadi anak syarikat Zenith Construction dan Vertice Berhad memiliki lebih dari separuh ekuiti dan pemegang saham terbesar, bersama-sama syarikat agen lain yang penuh dengan misteri. Juteras Sdn Bhd pula yang pada mulanys memiliki ekuiti sebanyak 10% tetapi kini hanya tinggal 0.75%.

Dari syarikat gergasi di bawah nama konsortium kini beralih kepada syarikat kecil yang ada kepentingan dan syarikat ini gagal memiliki modal-berbayar yang telah ditentukan. Jika ini bukan satu manipulasi, apa lagi yang boleh dikatakan dengan permainan mereka ini? Inilah elemen-element yang Datuk Wee percaya terdapatnya satu bentuk pembohongan dan putar-belit yang disengajakan.

Datuk Wee juga mengingatkan Guan Eng akan surat terbuka yang ditulisnya kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang pada 21 Mac 2013, di mana beliau tegas tidak akan menandatangani kontrak dengan konsortium dan juga 4 syarikat lain dalam konsortium tersebut. Tetapi hari ini, kerajaan Pulau Pinang dengan mudahnya membenarkan konsortium tersebut membuat pindaan pemegang saham. Apakah kontrak ini benar-benar wujud?

Jika Datuk Wee salah, Guan Eng perlu tunjukkan buktinya dan juga buktikan kepada rakyat Penang yang beliau tidak berbohong.
 

Sunday, February 04, 2018

PENIPUAN PROJEK TEROWONG PULAU PINANG, DATUK WEE KA SIONG MINTA KITA BERFIKIR


Jika diteliti dari cara Timbalan Presiden Datuk Sri Wee Ka Siong melontarkan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, caranya amat berhemah lagi professional. Amat dikesali sekali apabila Guan Eng gagal menjawab dengan tepat tetapi berusaha keras berpusing-pusing menjawab dan akhirnya seperti biasa, Guan Eng akan polimikkan skandal projek terowong bawah laut.

Datuk Wee bertanya demi kepentingan rakyat tetapi Guan Eng memilih untuk pertahankan kroninya, kontraktor yang telah terbukti tidak berpengalaman, tiada modal kerja yang kuat dan yang sedang diketawakan rakyat, kontraktor yang dipilih Guan Eng adalah pakar dalam reka fesyen.

Guan Eng mempertikaikan tindakan SPRM menyiasat projek terowong bawah laut kerana logik baginya adalah bahawa Datuk Wee hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang telah salah menyatakan mengenai CRCC sebagai pemegang saham dan tidak mengaitkan apa-apa unsur rasuah atau sogokan dibuat. Jelas sekali, Guan Eng tidak memahami soalan Datuk Wee.

Mengetahui yang Guan Eng bukan seorang yang mampu menjawab soalan bertalu-talu, maka Datuk Wee membuat video bersiri agar Guan Eng mampu fokus dalam jawapannya. Di akhir klip video pertama, Datuk Wee telah berpesan yang lebih banyak soalan yang akan dilemparkan dan Guan Eng hanya perlu menjawab beberapa soalan saja mengenai CRCC dahulu.

Sebenarnya, ada isu yang lebih besar daripada soal CRCC yang perlu dipersoalkan dan telah diketengahkan. Dengan mempersoalkan soal CRCC, Datuk Wee telah membuktikan yang DAP akan menipu dan sentiasa cuba berbohong untuk menutup kesalahan yang sengaja dibuat mereka. Sebenarnya, semakin kerap DAP cuba berdolak-dalik, lebih terserlah pembohongan mereka.

Apabila telah dibuktikan yang CRCC dan BUCG dari China bukan pemilik saham dalam syarikat konsortium projek tersebut, barulah kerajaan negeri Pulau Pinang mengaku memberi maklumat salah mengenai modal berbayar dan dengan ini saja, ia tidak bermakna tiada langsung elemen rasuah. Guan Eng dan DAP perlu menjawab mengenai kertas kerja yang dibayar kerajaan negeri sebanyak RM305 juta pula.

Apakah kertas-kerja terowong yang boleh dikatakan termahal di dunia ini tidak langsung mencurigakan apabila projek ini hanya dimulakan dalam masa 5 tahun akan datang? Apakah tidak terdapat langsung pra-penjualan tanah negeri yang berjumlah RM2.83 bilion? Apabila tiada CRCC dan BUCG, maka pemegang saham utamanya kini adalah syarikat yang baru berusia 82 hari dengan modal berbayar hanya RM300,000 ketika projek RM6.34 bilion ini diserahkan kepada syarikat sepertimana yang diumumkan Guan Eng pada 14 November 2011.

Memang agak pelik apabila didapati yang kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP dan Guan Eng telah memberikan projek semahal RM6.34 bilion kepada syarikat kepada syarikat yang tidak mempunyai kekuatan kewangan serta tiada langsung dalam pembinaan. Ketua Menterinya pula sibuk mengelak untuk menjawab soalan Datuk Wee Ka Siong.

Oleh itu, apakah tidak jelas yang projek kerajaan Pulau Pinang ini satu penipuan dan apakah SPRM tidak perlu menyiasatnya?