Jika diteliti dari cara Timbalan Presiden Datuk Sri Wee Ka Siong melontarkan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, caranya amat berhemah lagi professional. Amat dikesali sekali apabila Guan Eng gagal menjawab dengan tepat tetapi berusaha keras berpusing-pusing menjawab dan akhirnya seperti biasa, Guan Eng akan polimikkan skandal projek terowong bawah laut.
Datuk Wee bertanya demi kepentingan rakyat tetapi Guan Eng memilih untuk pertahankan kroninya, kontraktor yang telah terbukti tidak berpengalaman, tiada modal kerja yang kuat dan yang sedang diketawakan rakyat, kontraktor yang dipilih Guan Eng adalah pakar dalam reka fesyen.
Guan Eng mempertikaikan tindakan SPRM menyiasat projek terowong bawah laut kerana logik baginya adalah bahawa Datuk Wee hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang telah salah menyatakan mengenai CRCC sebagai pemegang saham dan tidak mengaitkan apa-apa unsur rasuah atau sogokan dibuat. Jelas sekali, Guan Eng tidak memahami soalan Datuk Wee.
Mengetahui yang Guan Eng bukan seorang yang mampu menjawab soalan bertalu-talu, maka Datuk Wee membuat video bersiri agar Guan Eng mampu fokus dalam jawapannya. Di akhir klip video pertama, Datuk Wee telah berpesan yang lebih banyak soalan yang akan dilemparkan dan Guan Eng hanya perlu menjawab beberapa soalan saja mengenai CRCC dahulu.
Sebenarnya, ada isu yang lebih besar daripada soal CRCC yang perlu dipersoalkan dan telah diketengahkan. Dengan mempersoalkan soal CRCC, Datuk Wee telah membuktikan yang DAP akan menipu dan sentiasa cuba berbohong untuk menutup kesalahan yang sengaja dibuat mereka. Sebenarnya, semakin kerap DAP cuba berdolak-dalik, lebih terserlah pembohongan mereka.
Apabila telah dibuktikan yang CRCC dan BUCG dari China bukan pemilik saham dalam syarikat konsortium projek tersebut, barulah kerajaan negeri Pulau Pinang mengaku memberi maklumat salah mengenai modal berbayar dan dengan ini saja, ia tidak bermakna tiada langsung elemen rasuah. Guan Eng dan DAP perlu menjawab mengenai kertas kerja yang dibayar kerajaan negeri sebanyak RM305 juta pula.
Apakah kertas-kerja terowong yang boleh dikatakan termahal di dunia ini tidak langsung mencurigakan apabila projek ini hanya dimulakan dalam masa 5 tahun akan datang? Apakah tidak terdapat langsung pra-penjualan tanah negeri yang berjumlah RM2.83 bilion? Apabila tiada CRCC dan BUCG, maka pemegang saham utamanya kini adalah syarikat yang baru berusia 82 hari dengan modal berbayar hanya RM300,000 ketika projek RM6.34 bilion ini diserahkan kepada syarikat sepertimana yang diumumkan Guan Eng pada 14 November 2011.
Memang agak pelik apabila didapati yang kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP dan Guan Eng telah memberikan projek semahal RM6.34 bilion kepada syarikat kepada syarikat yang tidak mempunyai kekuatan kewangan serta tiada langsung dalam pembinaan. Ketua Menterinya pula sibuk mengelak untuk menjawab soalan Datuk Wee Ka Siong.
Oleh itu, apakah tidak jelas yang projek kerajaan Pulau Pinang ini satu penipuan dan apakah SPRM tidak perlu menyiasatnya?
No comments:
Post a Comment