Tatkala ketua-ketua negara dunia termasuk PM Najib Razak menghadiri Forum 'the Belt and Road' di Beijing, ketika ini pula Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya sedang giat memperlekeh insentif negara China yang mampu memberi pulangan peluang perdagangan yang berjumlah USD900 bilion. Di antara lain yang turut hadir adalah President of the PBB, Presiden Bank Dunia, Ketua Pengarah World Trade Organization (WTO) dan juga Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF).
Sepertimana kata PM Najib dalam artikelnya yang telah disiarkan oleh the South China Morning Post bahawa;
"It may seem ridiculous to readers in China or other visitors at the forum, but there are some opposition politicians in my country who say we are selling our sovereignty by agreeing to such projects. But I make no apologies for wanting to build world-class infrastructure for Malaysia that will, with local ownership being preserved, open up huge swathes of our country, bringing more trade and opportunity to our people, thousands of new jobs, improved living standards and prosperity."
Bagi Datuk Liow Tiong Lai yang juga telah menyertai Forum ini selaku Menteri Pengangkutan dan juga Presiden MCA, jika kritikan datangnya dari blok pembangkang yang tidak pernah menerajui pemerintahan negara, kita faham apabila mereka tiada pengalaman tetapi apabila kritikan dan tuduhan liar datangnya dari seorang bekas Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang mengetahui dan memahami perlunya kerajaan hari ini memperbaiki ekonomi negara dan kehidupan rakyatnya, jelas segala kritikan adalah bermotif politik semata-mata.
Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin telah membuat beberapa kenyataan anti-China, seperti menyalahkan warga China untuk merampas dari periuk nasi rakyat Malaysia, mengkritik Kerajaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan mendakwa 700,000 warga China akan diberi kerakyatan Malaysia. Ini adalah jelas apabila mereka tidak memahami apa itu sebenarnya inisiatif "One Belt One Road" (OBOR), tetapi telah membuat pandangan semborono dan salah.
Bayangkan apabila inisiatif OBOR ini telah membuktikan kejayaan projek infrastruktur seperti rel China-Laos, projek keretapi laju Jakarta-Bandung, projek keretapi laju Nakhon Ratchasima-Bangkok; dan kini kerajaan sedang merencanakan Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), yang bakal mencetus perhubungan melalui pengangkutan yang lebih cekap dan menjimatkan masa di negeri-negeri Pantai Timur sehingga mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi kepada negeri-negeri yang agak perlahan prestasinya.
Di dalam usaha kerajaan di bawah kepimpinan PM Najib Razak untuk memacu terus perjalanan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi, inisiatif 'OBOR' ini akan memberi kelebihan besar dalam pasaran global yang semakin kompetitif. Malaysia sudah pun di dalam proses mengambil kesempatan daripada inisiatif ini, melalui pelaksanaan dua inisiatif utama - Rangkaian Rel Singapura-Kunming dan Gateway Melaka untuk disambungkan dari wilayah Yunnan China ke Singapura melalui Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja dan Laos.
Oleh yang demikian, ini juga merupakan pemacu utama bagi projek rel berkelajuan tinggi (HSR) kita sendiri yang sememangnya membuka peluang perdagangan, pelaburan, pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan. Manakala Gateway Melaka yang akan dijangka siap pada tahun 2025 akan menawarkan lebih banyak aktiviti maritim dan peluang di mana Selat Melaka dijangka meningkat bilangan kapal lebih daripada 40% yang akan melalui selat ini menjelang tahun 2020. Akhirnya, Gateway Melaka akan meletakkan dirinya sebagai salah sebuah pelabuhan utama perdagangan global.

Sebagai parti politik kerajaan memerintah, Datuk Liow telah berkongsi yang MCA telah diamanahkan pihak negara China dan juga kerajaan Malaysia untuk menerajui inisiatif OBOR di Malaysia. MCA telah menubuhkan Pusat Belt and Road Centre (MBrace) di Wisma MCA untuk mendidik usahawan tempatan mengenai inisiatif OBOR serta menyediakan perundingan dan pemadanan perniagaan. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan usahawan tempatan mengambil peluang sepenuhnya daripada inisiatif OBOR ini.
Pihak MCA juga telah bersungguh-sungguh menganjurkan dialog dan sesi perbincangan seperti OBOR 2015 & 2016: Dialog Perniagaan China-Malaysia di Beijing dan juga di Kuala Lumpur dan pertemuan mereka baru-baru ini dengan salah satu daripada syarikat-syarikat perkapalan terbesar di Asia - China Cosco Shipping Corp, untuk memastikan maklumat dan perkembangan yang up-to-date.
Datuk Liow menyarankan agar pihak pembangkang terutamanya Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menggunakan agenda politik peribadi apabila kerajaan yang diterajui Barsian Nasional di bawah kepimpinan PM Najib yang tegas membuat keputusan yang berpandangan jauh dan terus melihat ke hadapan walaupun di dalam keadaan yang agak sukar demi untuk faedah dan masa depan negara.
Segala yang dirancang dan direncanakan bukanlah projek-projek gajah putih seperti yang didakwa pembangkang tetapi merupakan daya yang sangat mantap yang mampu memacu ekonomi negara yang sedia memberi peluang mendedahkan potensi sebenar rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment