Friday, May 05, 2017

STRATEGI BARU DAP MENGHAPUSKAN ISLAM DARI PERLEMBAGAAN


Jika Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa lantang mengatakan dari dahulu lagi yang politik Kit Siang dan DAP berasaskan kebencian dan perkauman, sememangnya sukar untuk dinafikan dan ia adalah satu petanda bahaya kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. 

Kit Siang dan DAP bukan sekadar menanam kebencian terhadap bangsa Melayu tetapi lebih jelas, mereka juga menentang ugama Islam yang dianuti bangsa Melayu.

Pada hari ini Kit Siang dan DAP telah menukar strategi serangan mereka terhadap bangsa Melayu dan Islam di mana mereka tidak lagi secara terbuka melontarkan sebarang penentangan samada di pentas-pentas politiknya mahupun kenyataan rasmi mereka. Walau selicik mana pendekatan mereka, namun rakyat Malaysia dapat mengesannya.

Kit Siang dan DAP dikatakan telah menaja beberapa portal berita untuk menghasut rakyat Malaysia terutama di kalangan masyarakat Cina untuk mempersoal segalanya mengenai hal ehwal Melayu dan Islam. Terkini, The Malaysia Insight (TMInsight) adalah suara DAP. 

Ia terbukti apabila Kit Siang secara terbuka meraikan kelahiran The Malaysia Insight yang diterajui editor The Malaysian Insider Jahabar Sadiq, yang telah menutup portal TMI kerana berhadapan dengan pelbagai saman dari pihak kerajaan kerana menyiarkan berita-berita palsu. Justeru, TMI mengalami kerugian besar.

Baru-baru ini, TMInsight sengaja menyiarkan satu artikel bertajuk ‘Governments have no business meddling in Islam, says scholar Kassim’. Artikel ini jelas bertujuan untuk desakan menghapuskan Artikel 3 Perlembagaan Malaysia yang termaktub bahawa Islam sebagai ugama persekutuan. 

Antara lain provokasi yang ditulis dan sengaja diterbitkan TMInsight secara eksklusif adalah;

 “We have to amend the constitution, the federal religion in the constitution must be removed. A government must be just, a country doesn’t have a religion, (only) people have religion.”

 “Religion has nothing to do with government officials… they just have to govern collectively and fairly.”


Walaupun ini adalah pandangan peribadi yang radikal namun apabila TMInsight memberi ruangan yang cukup eksklusif untuk disebarkan, secara langsung ia mampu menghasut orang ramai dan mereka yang kurang arif apatah lagi yang anti-Islam akan mudah terpengaruh. 

Pandangan radikal Kassim ini jelas bertentangan dengan perlembagaan negara yang bakal menjejaskan segala yang berhubung-kait dengan institusi Islam termasuk bidang kuasa mahkamah syariah.

Lebih jelas apabila provokasi sebegini mampu memberi kesan kepada peranan dan kedudukan sultan-sultan Melayu.

Jangan kita leka, apabila  Artikel 3 berjaya dikeluarkan dari perlembagaan negara, ini adalah langkah pertama ke arah menjadikan Malaysia sebuah republik sekular. Bukankah ini adalah matlamat utama DAP untuk merealisasikan Malaysian Malaysia mereka? 

Apakah tidak benar apa yang dilantangkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Annuar Musa yang DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam tidak benar?

Janganlah kita pandang ringan dan leka apabila...


No comments: