Walaupun Lim Kit Siang dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi Gelang Patah pada pilihanraya umum ke 14 nanti, namun ia bukan sekadar satu berita baik buat MCA selagi penamaan calon belum dimuktamadkan. Bagi Pengarah PRU14 MCA selaku Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, beliau memilih untuk lebih realistik daripada pepatah Inggeris katakan, "counting one's eggs before they hatch".
MCA tidak perlu terburu-buru kepada sesuatu sebelum ia berlaku dan akan kecewa jika terlalu bergantung kepada perkhabaran sahaja. Berbeza dengan perangai pembangkang terutamanya DAP yang gemar mengumumkan sesuatu perkara yang lebih bertujuan menakutkan pihak lawan. Di antaranya, DAP terlebih awal mengumumkan untuk memenangi 10 dari 26 kerusi DUN di Johor dan seterusnya menawan Johor tetapi bagi MCA, bekerja untuk menang lebih baik daripada sekadar bercakap sahaja.
Apabila tiba masa yang sesuai, MCA akan umumkan calon-calonnya tetapi yang paling utama adalah bekerja untuk menang dan mereka sangat-sangat berterima kasih kepada Menteri Besar Johor kerana telah bersetuju untuk kembalikan kerusi Parlimen Gelang Patah kepada MCA semula. Di dalam memilih calonnya, adakalanya MCA mempunyai lebih dari seorang yang layak dan ada pula yang tidak perlu diumumkan namanya tetapi rakyat telah pun mengetahui mereka.
Secara tradisinya pemilihan calon-calon di Johor berubah-ubah di setiap PRU bagi mengemukakan muka-muka baru yang layak dalam peremajaan parti yang sentiasa subur. Oleh itu, setakat yakin untuk menang belum lagi mencukupi tetapi dengan bekerja keras adalah lebih penting untuk mendapatkan undi.
Datuk Wee juga menegaskan yang hubungan di antara MCA dan UMNO di Johor adalah erat kerana semangat Barisan Nasional adalah seperti sebuah keluarga di mana segalanya dibincangkan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Bukankah ini jauh bezanya dengan parti-parti pembangkang yang sentiasa berebut kerusi untuk bertanding dan kita akan sentiasa menyaksikan di antara mereka berebut dan menunjuk-nunjuk kehebatan perebutan ini.
Pada masa yang sama, calon di kerusi panas Gelang Patah perlu mampu bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain di mana MCA ingin mewujudkan satu sinergi di kerusi parlimen ini untuk 'team' Johor. Setakat ini, MCA Gelang Patah telah dapat meyakinkan Datuk Wee selaku Ketua MCA Johor dengan strategi dan kerusi parlimen ini adalah di antara 10 target MCA untuk direbut semula.
Walaupun pada PRU13 lalu, Lim Kit Siang telah merebutnya dari mantan Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman, namun MCA akur dengan keputusan pucuk kepimpinan BN dan kini, Gelang Patah perlu direbut semula samada Kit Siang kekal bertanding ataupun tidak. Lebih mustahak, kerja keras untuk memenangi hati pengundi yang telah sekian lama ditinggalkan Kit Siang yang hanya ingin bertanding untuk menang dan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.
Apa pun muslihat dan tipu daya DAP dan Kit Siang, MCA tidak semudah itu terpedaya dengan perangkap mereka kerana MCA tidak ada alasan untuk terburu-buru di dalam memilih calonnya. Lebih mustahak adalah saranan Datuk Wee agar MCA Gelang Patah dan MCA Johor sentiasa bersedia dan bekerja keras memenangi hati pengundi.

No comments:
Post a Comment