Tuesday, August 04, 2015

TIADA WANG MASUK AKAUN NAJIB... AHMAD MASLAN BERCAKAP BENAR

Datuk Ahmad Maslan memang bercakap benar tetapi ...


Free Malaysia Today... Di Sini

Inilah kelebihan penulis bila ingin mencuri perhatian pembaca dalam satu-satu isu apabila ia melibatkan pemimpin-pemimpin negara yang ingin dilibatkan dengan skandal dan salah guna kuasa.

Siapakah mereka yang sangat berminat isu-isu sebegini? Pastilah musuh-musuh politik dan inilah satu cara terbaik untuk mengelirukan rakyat dan menimbulkan persepsi buruk agar kepimpinan negara sentiasa dilihat tidak bersih dan perlu disingkirkan.

Oleh kerana di alam maya terlalu banyak berita untuk dibaca, maka ada di antara kita yang hanya melihat pada tajuknya sahaja dan tidak berminat membaca isi kandungannya.

Melihat kepada kehendak pembaca inilah maka penulis-penulis portal berita pula memang sangat pandai menarik perhatian mereka. Ini adalah satu contoh terbaik, dengan hanya menulis tajuk yang lari dari mesej sebenar maka satu persepsi bertentangan pasti dapat diketengahkan dan mempengaruhi pembaca.

Maka terbinalah persepsi yang Datuk Ahmad Maslan membohongi rakyat dengan tajuk berita apabila SPRM telah mengesahkan sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan dari 1MDB. Pengesahan boleh dibaca ... DI SINI

Ini bukan kali pertama laporan portal-portal berita mengalihkan mesej-mesej utama tetapi terpulang kepada kebijaksanaan penilain kita sebagai pembaca meneliti sepenuhnya laporan mereka.

Jadilah pembaca yang mampu menilai sesuatu laporan jika kita ingin mencari kebenaran dan sebaliknya jika kita gemar mencari sekadar laporan separuh masak... silakan dan teruskan membaca tajuk berita sahaja!


No comments: