Friday, August 21, 2015

3 LALUAN BAS KE KUALA LUMPUR MENIKMATI DISKAUN 30%

Ehsan - Arena Kereta

Dalam kenyataan SPAD pada 14 Ogos, bermula 1 September 2015, pengguna bas yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang tetapi bekerja di bandaraya Kuala Lumpur akan menikmati diskaun 30%.

Diskaun ini disediakan untuk 3 laluan utama iaitu Seremban – Kuala Lumpur, Klang – Kuala Lumpur dan Rawang – Kuala Lumpur termasuk laluan Bus Expressway Transit 5 dan 6 (BET).

Jadual diskaun tambang 30% bagi mereka yang membeli pas bulanan adalah seperti berikut;



Terma dan syarat untuk menikmati diskaun ini adalah individu yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan berulang-alik untuk bekerja di Kuala Lumpur dengan mengguna perkhidmatan bas di lauan terlibat. 


Bagi menikmati diskaun ini, mereka juga dikehendaki mengisi borang permohonan semasa membeli pas bulanan di kaunter-kaunter tiket pengendali bas yang terlibat atau boleh saja dimuat turun dari laman web SPAD.

Bagi mengurangkan kos sara hidup, ini merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan ia juga selaras dengan usaha SPAD untuk meningkat dan mengalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam yang bertujuan untuk kemudahan dan keselesaan mereka.

Secara langsung, penduduk yang tinggal di pinggir bandar dan bekerja di Kuala Lumpur dapat menikmati manfaat ini di samping dapat menggalakkan rakyat memilih pengangkutan awam sebagai mod pilihan utama mereka.

Sila layari  www.spad.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini.

No comments: