Monday, March 16, 2015

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-66 MCA DIRAIKAN DENGAN SEMANGAT UNTUK HADAPI KEGAGALAN


Kegagalan demi kegagalan dan hampir ditolak terus bangsa yang diwakilinya, siapa yang tidak akan putus harapan setelah sekian lama mencurahkan bakti dan dedikasi untuk kaum Cina. Namun semangat dan erti putus asa tiada dalam kamus MCA.

Di dalam ucapan Presiden MCA Dato 'Sri Liow Tiong Lai, ketika meraikan ulang tahun MCA ke 66 pada 15 Mac lalu, di Dewan San Choon yang penuh dengan sejarah jatuh bangun MCA ini, beliau berharap dan beriltizam agar angka yang mengikut kepercayaan kaum Cina bakal membawa tuah dan kejayaan yang mendatang.

Menyingkap sejarah MCA, kesukaran dan kegagalan MCA pernah dilalui pada pilihanraya tahun 1969 di mana kekalahan yang dialami MCA sehingga mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Kabinet. Akhirnya masyarakat Cina juga yang terpaksa mengalami kesusahan kerana tiada satu wakil dari MCA yang boleh membantu mereka apabila berurusan dengan kerajaan.

Sesungguhnya, pemimpin-pemimpin MCA terdahulu seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin, Tan Sri Lee San Choon telah pun menetapkan contoh malahan mereka telah berjaya bangkit dari kekalahan dan kesukaran. Oleh itu, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MCA seramai 1 juta hari ini tidak mempunyai sebab untuk takut menghadapi apa jua kesukaran dan kesulitan.

Perjuangan MCA bukan sekadar perjuangan politik tetapi MCA telah mencatat rekodnya tersendiri bersama-sama menyumbang di dalam pendidikan dan ekonomi negara. Apakah semua ini perlu terus MCA lemah dan melupakan apa yang pernah parti ini terajui untuk masyarakat Cina khususnya dan rakyat Malaysia amnya?

Dengan pelan transformasi parti dan perangsang semangat kecergasan, MCA sedang menuju ke arah pemulihan. Di dalam ucapan Datuk Liow, beliau memohon agar dikembalikan kecemerlangan dan kekuatan parti yang merupakan hadiah paling berharga untuk ditawarkan. 

Misi dan tanggungjawab kepimpinan MCA hari ini adalah untuk kebangkitan semula dan menggerakkan MCA ke peringkat yang lebih aggresif untuk semua kumpulan etnik dan seluruh negara. Berbekalkan "Bersama-sama lebih kukuh dan rangka kerja "Medan Innovasi 1Malaysia", ia bukan sahaja agenda penting untuk MCA, malahan ia perlu bagi membantu dalam transformasi politik, ekonomi dan kebudayaan negara. Ini mampu digerakkan untuk direalisasikan dengan kesedaran dan komitmen dari persatuan-persatuan Cina dan veteran-veteran MCA juga.

Tema sambutan ulang tahun ke 66 ini ialah "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme" yang merangkumi ide untuk MCA ditadbir dan berhubung dengan masyarakat majmuk. Walaupun pada sekali imbas ia seolah-olah berbeza namun sebenarnya ia berkait rapat dan saling melengkapi antara satu sama lain di mana secara pragmatiknya, jika keadaan meruncing, MCA akan memilih untuk menyokong kesederhanaan dengan sikap yang tegas.

Bersikap sederhana bukan bermakna MCA takut atau tunduk kepada setiap rundingan dan isu yang dihadapi tetapi sikap MCA saling menghormati untuk semua kumpulan etnik dalam perkongsian kuasa agar keharmonian yang rakyat kecapi sentiasa kekal dan dipertahankan. Ini sajalah satu-satunya cara kita rakyat Malaysia berurusan ketika menghadapi situasi tegang dalam sesuatu krisis.

Bercakap mengenai pragmatisme, MCA percaya kepada kata-kata "Belajar daripada orang lain membuatkan seseorang berjaya" dan seseorang yang pragmatikadalah cara yang betul untuk parti terus diterima rakyat dan berkembang. Jika disingkap semula kisah seorang ahli falsafah China yang terkenal iaitu Gu Whu di sekitar 300 tahun lalu, beliau pernah berkata, "Kata-kata boleh menghancurkan negara" dan ambil juga kata-kata yang pernah dikeluarkan oleh Deng Xiaoping yang merupakan ketua akitek pembaharuan ekonomi dan pemodenan sosialis negara China bahawa "Bercakap kosong membahayakan negara, tindakan praktikal membantu ia berkembang maju", maka semua ahli MCA perlu belajar untuk berdiri sama tinggi sebelum mereka boleh berjalan ke hadapan.

Dengan semangat sebagai sebuah keluarga harmoni dan bersatu, hari gelap untuk MCA pasti akan berlalu dan sinar harapan baru pasti akan timbul.

Ulang tahun ini, perkataan "Double Six" (ke-66) yang kebetulan dengan sambutan Tahun Baru Cina memberi makna satu tahun yang baik, dan ini harus menjadi titik perubahan agar MCA lebih maju dan berjaya.

No comments: