Wednesday, March 11, 2015

CEO FIC DITAHAN SPRM, JELAS FELDA TEGAS DAN TELUS

Sehari selepas SPRM umumkan bagi mengesahkan tangkapan ke atas CEO anak syarikat FELDA pada 1 Mac 2015, tanpa lengah portal pembangkang mula menulis pelbagai andaian dan tohmahan terhadap Felda dan terutamanya Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusinya. Lebih mendangkalkan penulisan
mereka terus membuat pelbagai spekulasi dan tuduhan melampau.

 
Ada juga usaha cuba untuk mensabitkan Tan Sri Pengerusi apabila anaknya juga terlibat membantu untuk memberi kenyataan dan portal pro-pembangkang melaporkan sebagai ditangkap pula.

Apa yang mereka tidak faham, selepas Felda menandatangani ikrar integriti pada 2012 dan PAC telah umumkan Felda bebas dari rasuah, penahanan CEO Felda Investment Corporation adalah wajar sekiranya pihak pengurusan tertinggi mendapati samada salah guna kuasa atau rasuah diamalkan disiasat pihak SPRM.

Mereka juga dengan mudah melemparkan kononnya pengurusan kewangan Felda lemah yang mengakibatkan saham FGV jatuh dan terus dikaitkan dengan penahanan CEO FIC. 

Ada juga yang kaitkan penahanan CEO FIC berkait dengan pembelian  hotel di London. Jika dibaca kenyataan SPRM, ia adalah dua isu yang berbeza di mana, penahanan CEO FIC melibatkan pembelian sebuah hotel di Port Dickson dan dengan jelas, kejatuhan FGV adalah akibat kejatuhan harga sawit dunia jatuh dan senario ini adalah di luar kawalan Felda.

Malahan Felda yang mengalami kerugian akibat banjir luarbiasa yang melanda negara kita pada akhir tahun lalu juga mampu memberi kesan kepada
prestasi kewangan FGV.

Usaha Felda menegakkan integriti pengurusannya tidak perlu diperlekehkan, malahan perlu diterima baik kerana Felda telah menyatakan bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan ini. Tindakan pengurusan Felda juga perlu diberi sokongan moral dari rakyat kerana berani mendedahkan penyelewengan walaupun melibatkan pengurusan tinggi.

Pihak SPRM tidak akan melakukan siasatan jika tiada pihak yang melaporkannya dan jika kita ingin pertikaikan ketelusan dan ketegasan Ahli Lembaga dan pengurusan Felda, maka apa perlu Felda nyatakan kerjasama bersama SPRM untuk siasatan ini?

Biarkan siasatan dijalankan dahulu sebelum kita menghukumnya dan jadikan ia satu pengajaran bahawa tiada tolak ansur bagi sesiapa yang mengamal perbuatan rasuah terkeji ini walau sesiapa pun dan walau apa pun pangkatnya.

2 comments:

Anonymous said...

Kitas telah siasat dan didapati tidka ada apa apa salahan.

Anonymous said...

salam untuk rakyat malaysia dan selamat sejahtera juga saya ucapkan.kita sebagai rakyat malaysia,hanya boleh melihat sejauh mana ketelusan dan kebenaran dari jabatan yg telah di lantik oleh kerajaan kita.saya sendiri mengharap dari pihak sprm supaya jujur demi rakyat malaysia.ini membabit kan wang rakyat malaysia yg berkerja kuat untuk felda dan rakyat malaysia.rakyat malaysia kita ada mata dan pelajaran.jangan di perbodoh kan rakyat yg berkerja demi ugama bangsa dan negara.hanya satu pengharapan dari saya.bersatu lah kita untuk keamanan semua rakyat dan negara.