Sebagai pengguna pengangkutan awam terutamanya bagi mereka yang menaiki bas, pasti keselesaan dan keselamatan akan kita utamakan.
Pihak SPAD telah membuat pengumuman pada 11 Februari lalu mengenai pemberhentian penggunaan hentian bas Greenwood sebagai hentian bas ekspres sementara akan dihentikan selepas 8 Mac, 2015.
Perlu kita semua ingat hentian bas Greenwood adalah berstatus 'sementara' walaupun ia telah beroperasi sejak 20 tahun lalu. Apabila ia berstatus sementara, maka pasti ada perancangan yang lebih baik untuk menggantikannya dan kerajaan telah pun menyediakan pilihan yang lebih baik.
Lagipun lokasi hentian bas Greenwood telah tidak sesuai lagi apabila turun naik penumpang di situ telah menyebabkan kesesakan jalan raya di kawasan tersebut dan risiko keselamatan pengguna jalanraya dan penumpang telah terjejas.
Penurunan dan pengambilan penumpang di hentian Greenwood juga menyumbang kepada kesesakan jalan raya di kawasan tersebut dan menambahkan risiko keselamatan terhadap pengguna jalan raya serta penumpang.
Semua perjalanan bas ekspres akan berpusat di TBS, dan pasti ramai akan tertanya-tanya bagaimana untuk sampai ke TBS bagi pengguna bas terutamanya.

Kita
tidak perlu risau dengan arahan pemindahan ini kerana sebagai agensi
kerajaan yang bertanggungjawab, SPAD telah mengambil beberapa langkah;
1. SPAD telah meminta pertambahan perkhidmatan bas RapidKL U2 ke TBS. Ini termasuk juga kepada mereka yang ingin ke Pantai Timur. Berikut adalah jadual perjalanan tambahan yang telah mula beroperasi sejak 1 Mac 2015 bagi penduduk di Gombak;
2. Penduduk Sentul terutamanya pengguna bas digalakkan mengambil LRT laluan Ampang di stesesn Sentul dan Sentul Timur atau perkhidmatan KTM Komuter di stesen Titiwangsa untuk ke TBS.
3. Mereka yang dari Batu Caves, Taman Wahyu, Kg. Batu, Batu Kentonmen dan Sentul boleh mengguna KTM Komuter ke KL Sentral dan berpindah ke laluan Seremban - Rawang yang terus ke TBS.
Kenapa perlu semuanya dipindahkan ke TBS?
Berpandukan komen-komen di atas, jelas sekali mereka lebih yakin dengan keselamatan apabila operasi keselamatan di TBS adalah 24 jam. Jika kita risau akan ketepatan waktu perjalanan bas, di TBS ada sistem tiket berpusat dengan pengumuman ketibaan dan pelepasan bas boleh dilihat di layar elektronik. Sekali gus kita tidak diganggu ulat tiket dan tidak perlu hadapi masalah bas lewat dan bas tidak ada.
Di TBS juga menyediakan keselesaan menunggu dengan kompleks yang berhawa dingin dan juga disediakan perkhidmatan loker barangan, mesin ATM, mini pasaraya dan juga pelbagai pilihan restoran untuk menjamu selera.
Sekarang terpulang kepada kita, kemudahan, keselamatan dan keselesaan yang disediakan kerajaan atau masih ingin bersusah payah dengan suasana kelam kabut, berasap-asap dan berhadapan dengan bas-bas ekspres yang sering kali ditunggu tetapi tak kunjung tiba tetapi yang seringkali diganggu ulat-ulat tiket?
Dari mula keluar rumah, kita naik bas yang berjadual kemudian naik LRT atau Komuter yang juga berjadual dan selesa sehinggalah kita akan terus senyum dengan perjalanan seterusnya. Teruskan senyuman dan keyakinan untuk keselamatan dan keselesaan di Terminal Bas Sepadu Bandar Tasik Selatan mulai hari ini!

No comments:
Post a Comment