Tuesday, March 03, 2015

"PERPADUAN" MESEJ UTAMA LIOW DAN MUHYIDDIN


Sekali lagi rakyat Malaysia diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia dan kali ini sempena Tahun Baru Cina, telah diadakan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Perak. Majlis Rumah Terbuka Malaysia adalah anjuran bersama Kementerian Pelancungan dan Kerajaan Negeri Perak.

Selain dari kehadiran Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri mewakili parti politik Cina juga turut hadir dan di antaranya Dato’ Mah Siew Keong Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan.

Di dalam ucapan TPM, tiada lain yang dimintanya melainkan mengingatkan rakyat di mana kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara bergantung kepada keharmonian kaum yang wujud di kalangan rakyat. Rakyat diajak untuk bersatu dalam apa jua keadaan yang dihadapi oleh mereka untuk memastikan kejayaan dan kemakmuran pada masa akan datang.

Namun apa pula mesej Presiden MCA, Dato Seri Liow Tiong Lai? Berikut adalah ringkasannya...

1. Usaha pengukuhan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum telah ditunjukkan pemimpin tertinggi negara dan negeri.

2. Kehadiran tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan telah terjemahkan aspirasi 1Malaysia.

3. Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina juga telah diangkat sebagai perayaan utama negara sejak tahun 2001 bermatlamat untuk mengeratkan perpaduan dan keharmonian kaum tanpa dihalang pertentangan pendapat, perbezaan ideologi, kelainan politik dan perbezaan anutan agama.

4. Ini adalah satu produk pelancongan negara yang berjaya.

5. Hanya di Malaysia saja perayaan Tahun Baru Cina diraikan pelbagai bangsa.

6. Bajet 2015 untuk Malaysia Year of Festivals (MyFEST2015) mensasarkan 29.4 juta pelancong.

7. Pelbagai program dan aktiviti "Endless Celebration" sepanjang tahun untuk melonjakkan ikon Malaysia "Malaysia Truly Asia" akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mesti dilawati.

8. Walaupun 2014 adalah tahun cabaran dan dugaan, namun dengan kerjasama dan mengukuhkan perpaduan saja mampu mencapai hasrat Kementerian Pelancongan mencapai sasaran.

Teks ucapan Datuk Liow seterusnya;


Salam Sejahtera, Salam Harmoni, Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia dan Gong Xi Fa Cai,

YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia; dan

YABhg. Puan Sri Hajah Norainee bt Abdul Rahman;

YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zamry bin Abdul Kadir,
Menteri Besar Perak; dan isteri, YABhg. Datin Seri Saripah Zulkifli;

YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

YB Dato’ Mah Siew Keong
Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan

Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan serta para hidirin dan hadirat sekalian.

1. Terlebih dahulu bagi pihak YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, saya ingin melahirkan rasa gembira saya di atas kesempatan ini untuk kita berkumpul pada malam yang indah ini untuk meraikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015.

2. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dan isteri, YABhg. Puan Sri Hajjah Norainee bt Abdul Rahman yang sudi merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015 dan seterusnya memeriahkan suasana acara sambutan. Kehadiran YAB Dato’ Seri dan YABhg. Datin Seri menunjukkan komitmen pemimpin tertinggi negara dan negeri dalam merealisasikan usaha pengukuhan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, selari dengan prinsip gagasan 1Malaysia iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

3. I would like to take this opportunity on behalf of the Malaysia Chinese New Year Open House 2015 Organising Committee, to extend a warm welcome to, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, the Deputy Prime Minister of Malaysia and his wife to this celebration.

4. Selamat Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai saya ucapkan kepada semua yang hadir, tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan kerana sudi bersama-sama meraikan acara sambutan Tahun Baru Cina pada malam ini, yang menterjemahkan aspirasi 1Malaysia. Saya berbangga kerana dapat bersama-sama anda semua pada malam ini dan merasai kemeriahan sambutan ini! Semoga Tahun Kambing memberikan lebih inspirasi kepada kita semua untuk lebih berdaya maju dan berjaya sepanjang tahun 2015.

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

5. Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina dan Majlis Rumah Terbuka Malaysia bagi perayaan lain yang telah diangkat sebagai perayaan utama negara, iaitu Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali, Krismas, Gawai Dayak dan Tadau Kaamatan ini telah dianjurkan sejak tahun 2001. Matlamatnya ialah untuk mengeratkan perpaduan dan keharmonian kaum supaya pertentangan pendapat, perbezaan ideologi, kelainan politik dan perbezaan anutan agama tidak mengganggu gugat visi dan misi kerajaan dalam memastikan keamanan negara tercapai. Pemimpin negara juga dapat turun padang berjabat tangan dengan rakyat marhain secara lebih dekat dan mesra. Selain itu, pemahaman silang budaya antara kaum juga dapat diwujudkan dan seterusnya mereka dapat mempelajari adat budaya kaum yang berbeza latar belakang, budaya dan agama. Malah, perayaan-perayaan ini juga telah menjadi satu produk pelancongan yang berjaya menarik perhatian pelancong untuk datang ke Malaysia.

6. Nevertheless in keeping with the spirit of unity in Malaysia, all Malaysians irrespective of race, religion and culture have joined in the celebrations. The practice of visiting one another has been in place since way past and that tradition is continued till today with great enjoyment by all. The Malaysian Open House enables the people of various races and religions to join the Malaysia Chinese New Year Open House 2015 celebrations. Although we are from different cultures and faiths, the tradition of holding open houses is uniquely Malaysian and cannot be found elsewhere in the world.  Hence it has to be preserved. Let this Malaysia Chinese New Year Open House 2015 celebration strengthen our commitment to permanently preserve this spirit of unity amongst diversity and ensure that nothing erodes it.

Tuan/puan, saudara/saudari yang saya kasihi sekalian,

7. Sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Bajet 2015, kerajaan akan melaksanakan“Malaysia Year of Festivals” (MyFEST2015) yang bertujuan untuk menonjolkan dan meraikan kepelbagaian dan keunikan budaya dan perayaan sebagai daya tarikan kepada pelancong. Kempen ini mensasarkan penerimaan pelancong seramai 29.4 juta orang dengan anggaran nilai pendapatan sebanyak RM 89 bilion. Ia juga menjadi pelengkap kepada Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia yang mensasarkan jumlah kehadiran pelancong seramai 36 juta dengan pendapatan bernilai RM 168 bilion pada tahun 2020.

8. Bagi menjayakan misi nasional yang bertemakan “Endless Celebrations” ini, pelbagai program dan aktiviti yang menyeronokkan telah diatur.Antaranya termasuk festival kebudayaan mengikut tema tertentu, acara kekeluargaan, sukan, ekstravaganza membeli-belah, persembahan muzik dan hiburan, kraftangan, promosi makanan dan masakan dan sebagainya yang memenuhi kalendar setiap bulan sepanjang tahun 2015.  Usaha penggembelingan tenaga secara kolektif ini bakal melonjakkan jenama ikon Malaysia, “Malaysia Truly Asia” agar terus tersemat kukuh di hati pelancong di seluruh dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara yang mesti dilawati.

Sidang hadirin sekalian,

9. Rakyat negara ini juga seharusnya memainkan peranan penting dengan terus mengekalkan sikap toleransi, bertolak-ansur dan saling memahami amalan budaya dan beragama. Ini penting bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara ini kerana nilai-nilai inilah yang sebenarnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan menarik untuk dikunjungi. Bersempena dengan Tahun Kambing dalam kalendar qamari Tahun Baru Cina pada tahun ini, semua kaum seharusnya mengambil kesempatan untuk merapatkan perpaduan, mengeratkan persahabatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

10. Kita maklum bahawa terlalu banyak cabaran dan dugaan yang kita hadapi sepanjang tahun 2014, namun saya percaya sekiranya semua pihak memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi, hasrat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk terus meningkatkan jumlah pelancong akan tercapai dengan jayanya.Bersama-samalah kita saling bekerjasama memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan agenda pelancongan negara dapat memberikan impak sebagaimana yang diharapkan.

11. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan isteri yang sudi hadir merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015 dan seterusnya memeriahkan suasana acara sambutan. To all of our visitors, I’d say “Selamat Datang ke Malaysia”. It is my ardent hope that your stay here would be the best moments that you will never forget.

12. Terima kasih juga saya kalungkan kepada semua pihak yang bekerja keras menjayakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2015 ini, terutamanya Kerajaan Negeri Perak yang sudi menjadi tuan rumah selama dua tahun berturut-turut.

Sekian, terima kasih.

No comments: