Saturday, May 02, 2015

#PRKRompin : KEMPEN BN MENDEKATI RAKYAT, KEMPEN PAS TETAP DI JALANRAYA


Berbekal beberapa hari lagi untuk menjalankan kempen pilihanraya kecil di Rompin, Barisan Nasional tetap memilih pendekatan berjumpa pengundi, kempen dari hati ke hati berbanding kempen agresif.

Lain pula cara PAS yang terbawa-bawa budaya demonstrasi jalanan iaitu flashmob. Lazimnya flashmob bertujuan untuk menunjukkan bantahan ke atas sesuatu isu dan pilihan kawasan selalunya di tepi jalanraya berdekatan trafik light.

Di Rompin, PAS telah merubah cara mereka berkempen dari ceramah kelompok memandangkan keluasan kawasan Rompin yang sangat luas dan kekuatan jentera kempen mereka yang tidak mencukupi.

PAS juga nampaknya lebih tertumpu kepada kepada kawasan penduduk nelayan di kawasan Pulau Tioman dan pengundi Orang Asli di kawasan Bukit Ibam.

Baru-baru ini, satu laporan dari portal berita online telah menyatakan betapa kecewanya mereka dengan penyampaian maklumat aktiviti kempen PAS yang berubah-ubah hingga ke saat akhir. Adakalanya, ceramah yang sepatut diadakan terpaksa dibatalkan setelah calon PAS tidak muncul ataupun terpaksa mengalihkan tempat ceramah di kawasan yang sangat terpencil.

Akhirnya, samada wartawan yang sepatut melaporkan kandungan ceramah tetapi berakhir dengan laporan suasana di tempat ceramah. Ada juga di antara mereka tidak langsung pergi ke tempat ceramah kerana samada perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang sangat jauh dalam masa singkat atau tiada penunjuk arah ke kawasan tersebut.

Walaupun  PAS cuba menumpukan kempen mereka di kawasan Felda, namun dengan aktiviti kempen mereka yang tidak tersusun, adakalanya ceramah mereka tidak mendapat sambutan dan ada di antaranya dihadiri tidak lebih dari 50 orang sahaja seperti yang berlaku di Muadzam Shah.

Agak pelik juga jika selain menggunakan pendekatan flash-mob, PAS ingin berkempen melalui media sosial kerana dengan kawasan pendalaman yang agak jauh dan internet agak sukar, mana mungkin mesej-mesej kempen mereka mampu disampaikan.

Berbanding BN, strategi komunikasi interpersonal dirasakan lebih berkesan. Kempen BN bukan sahaja digerakkan dengan kekuatan jentera UMNO malahan parti komponen MCA dan MIC juga turut membantu terutama di kawasan masyarakat nelayan. Mereka akan memastikan semua pengundi akan keluar pada 5 Mei ini dan berpihak kepada BN.

Walaubagaimanapun, memandangkan kawasan Parlimen Rompin yang sangat luas dan ada juga yang jauh di pendalaman, seorang penganalisis politik Prof Madya Dr Ismail Sulaiman berpandangan pendekatan mengguna strategi kempen bersemuka untuk meraih undi adalah lebih tepat dan berkesan berbanding pendekatan ceramah berkelompok mahupun cara flash-mob.

No comments: