Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

Wednesday, April 13, 2016

KEMPEN KESEDARAN S.P.A.D KURANG MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT?



Pengangkutan Awam Darat adalah sebenarnya tanggungjawab bersama di antara syarikat pengendalinya, institusi penguatkuasaannya dan juga penggunanya iaitu kita sebagai rakyat. Kenderaan seperti teksi, bas dan keretapi adalah pengangkutan awam darat yang sering mendapat perhatian ramai tetapi adakalanya terlupa akan nilai-nilai murni dan keprihatinan umum ketika mengguna pengangkutan awam ini.

Pihak SPAD telah sering menyalurkan maklumat-maklumat mengenai pengangkutan awam seperti jika ada penambahbaikan, pembaharuan dan juga peringatan. Namun ramai di antara kita yang mengambil sikap mudah dan mungkin tidak ingin ambil tahu sehingga sesuatu berlaku, maka barulah kita akan bertindak. Lebih malang apabila kita hanya sedar untuk menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada badan berkuasa seperti S.P.A.D.

Apa kata sebagai rakyat di mana kita yang memainkan peranan penting untuk menjaga dan memastikan setiap pengangkutan awam dijaga dengan baik dan bersama-sama S.P.A.D menyebarkan kesedaran dan prihatin serta sikap bertanggungjawab kita.

Di antara kempen kesedaran dan prihatin yang telah dijalankan baru-baru ini di Facebook SPAD yang boleh disebarkan dan dikongsi untuk faedah bersama dan di antaranya adalah;

Bersama-sama menjaga kebersihan dan keselesaan bas ......






Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing....








Masa yang terluang ketika menunggu, lebih berfaedah jika....




Hubungi mereka sekiranya...








Perkara yang mungkin kita terlepas pandang.....








S.P.A.D juga memudahkan pengguna pengangkutan awam dengan menyalurkan maklumat-maklumat penting seperti;





Pelbagai maklumat yang telah disalurkan pihak S.P.A.D. dan baru-baru ini sistem perjalanan bas henti-henti di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah dikemaskini dan setiap perubahan boleh diperolehi di laman Facebook rasminya.

Di samping itu, pihak S.P.A.D juga telah sering membuat pengumuman setiap polisi pengangkutan awam darat yang telah diluluskan kerajaan seperti kenaikan tambang teksi dan bas ekspres serta keputusan-keputusan kerajaan untuk memberikan diskaun kepada pengguna bas henti-henti.

Pihak S.P.A.D bukanlah sekadar sebagai penguatkuasa dan pelaksana setiap polisi kerajaan tetapi institusi ini juga berkongsi kesedaran dan prihatin kepada rakyat betapa pentingnya peranan kita dalam memastikan setiap perjalanan kita sentiasa berjalan lancar dan dalam keadaan selamat serta selesa.

Oleh itu, di antara kita yang sering melayari media sosial hampir setiap masa dan setiap hari, apa kata kita bersama-sama berkongsi dan menyebarkan kempen-kempen dan maklumat-maklumat dari S.P.A.D seluas-luasnya demi menjadikan pengangkutan awam sebagai mod keutamaan kita bersama.

Akhir sekali...


Wednesday, May 06, 2015

#PRKPermatangPauh : HARI TERAKHIR KEMPEN PENUH KEGANASAN


PRK Rompin telah pun berakhir semalam dan sepanjang kempen di antara parti yang bertanding BN dan PAS telah berjaya melakukan kempen secara harmoni dan proses demokrasi berjalan lancar. Ada yang mengatakan, jika tiada DAP dan PKR dalam kempen pilihanraya, maka tidak adalah insiden keganansan. Betulkah?

Di PRK Rompin, PAS keseorangan tanpa mendapat sokongan rakan sekutu mereka DAP dan PKR. Sepanjang tempoh berkempen ini, tidak kedengaran apa-apa laporan insiden keganasan tetapi yang ada ialah beberapa siri ceramah yang gagal memohon permit.

Namun, berlainan yang berlaku di Permatang Pauh. Di hari-hari terakhir dalam tempoh berkempen, beberapa insiden keganasan telah berlaku ke atas program dan bahan kempen BN seperti billboard.

Di dalam satu sesi penerangan MCA, penceramahnya telah diserang dan dicederakan. Terdapat billboard dan banner BN dikoyak dan diconteng. Malahan ada terdengar Timbalan Menteri diserang penyokong ketika mengadakan aktiviti sukan.

Yang paling tidak bermoral dan terdesak kempen PKR apabila memfitnah Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie yang sengaja meletakkan billboard di kawasan pengundi Melayu dengan perkataan ... Melayu Bayar Lebih GST.

Berikut adalah ringkasan kenyataan rasmi Datuk Heng Seai Kie;

1. Kenyataan Datuk Heng telah sengaja dieksploit DAP dan PKR untuk dikaitkan dengan sentimen perkauman.

2. China Press telah memohon maaf dan memberi keterangan kerana salah tafsir.

3. PKR dan DAP terkesan dan terdesak dengan kajiselidik yang menunjukkan mereka akan kalah.

4. PKR dan DAP tidak perlu kaitkan GST dengan sentimen perkauman untuk meraih undi.

5. Pihak MCA telah membuat aduan kepada SPRM dan laporan polis.

Seterusnya ialah kenyataan penuh Datuk Heng;
Press statement by Wanita MCA Chairman Datuk Heng Seai Kie

DAP & PKR: Stop twisting my words & playing racist politics

I am saddened that my remarks on the goods and services tax (GST) during an interview with China Press were spun out of context by DAP and PKR whereby Pakatan has stooped to racialise my comments merely to recoup votes as evidently, even PKR’s survey indicates confidence lacking in retaining Permatang Pauh.

Since China Press has already explained, given a clarification and apologised for misquoting me, it is absolutely unbecoming of the Opposition to twist and add ‘salt and pepper’ to my comments

There should be no racial profiling related to GST, and it is despicable of DAP and PKR to play up the racial card by linking GST to ethnicity to score political mileage.

We have since filed a complaint with the Election Commission besides lodging a police report on this matter.

We also appeal to the Election Commission and the police to take stern action against any political party who play up the racial card in any form or material during any election.

To readers who might have been affected by the misrepresentation of my comments by DAP and PKR, I humbly express my deep regrets.

It is time to put the issue to rest. What is the ulterior motive of DAP and PKR to still harp and twist my comments to center on race?

Datuk Heng Seai Kie
Wanita MCA National Chairman

Disamping berkempen untuk PKR di pilihanraya kecil Permatang Pauh, DAP sememangnya telah terkesan dengan peningkatan jumlah undi Cina kepada BN di PRK Rompin.

Ini telah terbukti apabila 3 PDM yang mempunyai pengundi Cina paling ramai di  Bandar Rompin, Kuala Rompin dan Tanjung Gemuk di mana PDM Kuala Rompin bertambah majoriti, dari PRU13 30 undi dan di PRK ini 156 undi. Manakala di PDM Bandar Rompin, BN telah kalah PRU 13 dengan majoriti 131 undi tetapi di PRK menang majoriti 36 undi. Di Tanjung Gemuk pula, PRU kita menang majoriti 166, ketika PRK Rompin, BN telah tambah majoriti jadi 254 undi.

Benarlah mereka kata, hanya apabila PKR dan DAP maka pasti ada keganasan. Betapa sinonimnya keganasan dan fitnah dengan kedua-dua parti politik ini.

Saturday, May 02, 2015

#PRKRompin : KEMPEN BN MENDEKATI RAKYAT, KEMPEN PAS TETAP DI JALANRAYA


Berbekal beberapa hari lagi untuk menjalankan kempen pilihanraya kecil di Rompin, Barisan Nasional tetap memilih pendekatan berjumpa pengundi, kempen dari hati ke hati berbanding kempen agresif.

Lain pula cara PAS yang terbawa-bawa budaya demonstrasi jalanan iaitu flashmob. Lazimnya flashmob bertujuan untuk menunjukkan bantahan ke atas sesuatu isu dan pilihan kawasan selalunya di tepi jalanraya berdekatan trafik light.

Di Rompin, PAS telah merubah cara mereka berkempen dari ceramah kelompok memandangkan keluasan kawasan Rompin yang sangat luas dan kekuatan jentera kempen mereka yang tidak mencukupi.

PAS juga nampaknya lebih tertumpu kepada kepada kawasan penduduk nelayan di kawasan Pulau Tioman dan pengundi Orang Asli di kawasan Bukit Ibam.

Baru-baru ini, satu laporan dari portal berita online telah menyatakan betapa kecewanya mereka dengan penyampaian maklumat aktiviti kempen PAS yang berubah-ubah hingga ke saat akhir. Adakalanya, ceramah yang sepatut diadakan terpaksa dibatalkan setelah calon PAS tidak muncul ataupun terpaksa mengalihkan tempat ceramah di kawasan yang sangat terpencil.

Akhirnya, samada wartawan yang sepatut melaporkan kandungan ceramah tetapi berakhir dengan laporan suasana di tempat ceramah. Ada juga di antara mereka tidak langsung pergi ke tempat ceramah kerana samada perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang sangat jauh dalam masa singkat atau tiada penunjuk arah ke kawasan tersebut.

Walaupun  PAS cuba menumpukan kempen mereka di kawasan Felda, namun dengan aktiviti kempen mereka yang tidak tersusun, adakalanya ceramah mereka tidak mendapat sambutan dan ada di antaranya dihadiri tidak lebih dari 50 orang sahaja seperti yang berlaku di Muadzam Shah.

Agak pelik juga jika selain menggunakan pendekatan flash-mob, PAS ingin berkempen melalui media sosial kerana dengan kawasan pendalaman yang agak jauh dan internet agak sukar, mana mungkin mesej-mesej kempen mereka mampu disampaikan.

Berbanding BN, strategi komunikasi interpersonal dirasakan lebih berkesan. Kempen BN bukan sahaja digerakkan dengan kekuatan jentera UMNO malahan parti komponen MCA dan MIC juga turut membantu terutama di kawasan masyarakat nelayan. Mereka akan memastikan semua pengundi akan keluar pada 5 Mei ini dan berpihak kepada BN.

Walaubagaimanapun, memandangkan kawasan Parlimen Rompin yang sangat luas dan ada juga yang jauh di pendalaman, seorang penganalisis politik Prof Madya Dr Ismail Sulaiman berpandangan pendekatan mengguna strategi kempen bersemuka untuk meraih undi adalah lebih tepat dan berkesan berbanding pendekatan ceramah berkelompok mahupun cara flash-mob.