Showing posts with label pengangkutan awam darat. Show all posts
Showing posts with label pengangkutan awam darat. Show all posts

Saturday, February 03, 2018

PENGANGKUTAN AWAM - JANJI KERAJAAN BN YANG DITEPATI UNTUK TINGKAT HIDUP RAKYAT


Laporan berita ini jelas melihatkan apa yang dijanjikan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional, pasti akan ditepati terutamanya dalam pengangkutan awam darat demi keselesaan rakyat. Sekali gus, ia juga telah membuktikan yang rakyat bukan saja ingin memanfaatkannya malahan mensyukuri janji yang di tabur Barisan Nasional adalah janji untuk ditunaikan dan bukan sekadar gula-gula janji pilihanraya.

Pada tahun lalu saja, Malaysia telah berada di kedudukan ke-11 daripada 138 negara di dunia dalam industri pengangkutan awam dan ini telah diiktiraf di dalam Forum Ekonomi Dunia, Indeks Kompetitif Global 2016-2017. Ini merupakan pengiktirafan kepada kualiti infrastruktur pengangkutan di Malaysia.

Lantas, ia merupakan satu pengiktirafan dunia dan penghargaan terhadap usaha dan dasar kerajaan BN di dalam mengutamakan keperluan rakyat.

Rangkaian perhubungan untuk rakyat ini diberi penekanan secara peribadi oleh PM Najib dan kini rakyat Malaysia telah mendapat nilai terbaik yang telah pun mengatasi Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Hari ini, kerajaan BN telah memberikan rakyat Malaysia perjalanan yang lebih efisien dengan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) yang telah pun mula beroperasi dan pada masa akan datang, perjalanan rakyat Malaysia akan sempurna apabila projek ECRL untuk pantai timur dan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) KL-Singapura siap nanti.

Kerajaan BN mengambil pendekatan yang Sabah dan Sarawak tidak boleh dipinggirkan agar negara berjaya dalam transformasi landskap sosioekonomi. Maka Lebuh Raya Pan Borneo tanpa tol dibina menerusi Sabah dan Sarawak agar mereka dapat menikmati kualiti dan sistem pengangkutan yang baik dan rakyat hidup, bekerja dan berniaga di sana lebih terurus.

Kini kerajaan telah dan masih menjalankan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara sejak enam tahun lagi bagi mentransformasikan penggunaan pengangkutan awam darat, di mana hari ini menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang harian kepada 1.1 juta. Maka MRT adalah penanda arasnya termasuklah perancangan masa depan penangkutan awam.

Saban tahun, bajet negara tetap memberikan peruntukan dan perhatian utama dalam pengangkutan awam. Sebagai penyelaras dan pemantau perkembangan transformasi pengangkutan awam darat, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang diberi tanggungjawab, sentiasa memastikan ia berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan mengikut jadualnya.

Oleh itu, pihak SPAD akan memastikan pengangkutan awam darat dan kesemua projek infra-rakyat yang telah ditunaikan kerajaan Barisan Nasional ini menjadi agenda utama pembangunan negara dan berada di kedudukan untuk menjadi pilihan utama rakyat.



Yang pasti, janji kerajaan Barisan Nasional adalah janji untuk ditepati!



Wednesday, April 13, 2016

KEMPEN KESEDARAN S.P.A.D KURANG MENDAPAT PERHATIAN RAKYAT?



Pengangkutan Awam Darat adalah sebenarnya tanggungjawab bersama di antara syarikat pengendalinya, institusi penguatkuasaannya dan juga penggunanya iaitu kita sebagai rakyat. Kenderaan seperti teksi, bas dan keretapi adalah pengangkutan awam darat yang sering mendapat perhatian ramai tetapi adakalanya terlupa akan nilai-nilai murni dan keprihatinan umum ketika mengguna pengangkutan awam ini.

Pihak SPAD telah sering menyalurkan maklumat-maklumat mengenai pengangkutan awam seperti jika ada penambahbaikan, pembaharuan dan juga peringatan. Namun ramai di antara kita yang mengambil sikap mudah dan mungkin tidak ingin ambil tahu sehingga sesuatu berlaku, maka barulah kita akan bertindak. Lebih malang apabila kita hanya sedar untuk menuding jari dan meletakkan kesalahan kepada badan berkuasa seperti S.P.A.D.

Apa kata sebagai rakyat di mana kita yang memainkan peranan penting untuk menjaga dan memastikan setiap pengangkutan awam dijaga dengan baik dan bersama-sama S.P.A.D menyebarkan kesedaran dan prihatin serta sikap bertanggungjawab kita.

Di antara kempen kesedaran dan prihatin yang telah dijalankan baru-baru ini di Facebook SPAD yang boleh disebarkan dan dikongsi untuk faedah bersama dan di antaranya adalah;

Bersama-sama menjaga kebersihan dan keselesaan bas ......






Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing....








Masa yang terluang ketika menunggu, lebih berfaedah jika....




Hubungi mereka sekiranya...








Perkara yang mungkin kita terlepas pandang.....








S.P.A.D juga memudahkan pengguna pengangkutan awam dengan menyalurkan maklumat-maklumat penting seperti;





Pelbagai maklumat yang telah disalurkan pihak S.P.A.D. dan baru-baru ini sistem perjalanan bas henti-henti di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah dikemaskini dan setiap perubahan boleh diperolehi di laman Facebook rasminya.

Di samping itu, pihak S.P.A.D juga telah sering membuat pengumuman setiap polisi pengangkutan awam darat yang telah diluluskan kerajaan seperti kenaikan tambang teksi dan bas ekspres serta keputusan-keputusan kerajaan untuk memberikan diskaun kepada pengguna bas henti-henti.

Pihak S.P.A.D bukanlah sekadar sebagai penguatkuasa dan pelaksana setiap polisi kerajaan tetapi institusi ini juga berkongsi kesedaran dan prihatin kepada rakyat betapa pentingnya peranan kita dalam memastikan setiap perjalanan kita sentiasa berjalan lancar dan dalam keadaan selamat serta selesa.

Oleh itu, di antara kita yang sering melayari media sosial hampir setiap masa dan setiap hari, apa kata kita bersama-sama berkongsi dan menyebarkan kempen-kempen dan maklumat-maklumat dari S.P.A.D seluas-luasnya demi menjadikan pengangkutan awam sebagai mod keutamaan kita bersama.

Akhir sekali...