Nampaknya sukan lasak seperti 'mountain bike' semakin popular di negara kita dan kini tiba masanya Parlimen Kota Tinggi menganjurkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa dalam Pasak International MTB Jamboree 2015.
Kira-kira
seramai 1,200 peserta tempatan dan juga dari luar negara seperti
England, Taiwan, Jerman, Filipina, Singapura dan juga Indonesia dan ada
di antara mereka terdiri daripada pelumba basikal profesional.
Pertanding antarabangsa mountain bike di Felda Pasak ini telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid tepat jam 8.30 pagi. Bagi Datuk Ehsan, kayuhan sejauh 40 kilometer ini mempunyai cabaran tersendiri di mana mereka akan berhadapan dengan laluan yang berbukit bukau dan pasti tidak rata, denai berair, laluan berdebu ditambah dengan laluan yang mengelirukan serta cuaca panas terik.
Kota Tinggi yang mempunyai kelab sendiri yang terdiri daripada Pasak Cycling Club telah menganjurkan pertandingan antarabangsa ini bersama-sama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Yayasan Mesra.
Apabila mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, pertandingan ini dikatakan bakal dijadikan acara tahunan. 5 kategori akan dipertandingkan iaitu Junior, Master, Terbuka, Veteran dan Wanita serta pelbagai peringkat usia dengan tawaran hadiah wang tunai serta hadiah iringan dan juga cabutan bertuah.
Yang pasti, ia bukan sekadar satu pertandingan tetapi mampu menyemai semangat menempuh cabaran di kalangan anak muda di samping satu bentuk aktiviti rakyat yang mengutamakan kesihatan fizikal dan mental.
Parlimen Kota Tinggi juga telah manfaatkan perlumbaan antarabangsa ini apabila dapat memperkenalkan keindahan alam semulajadi untuk tarikan pelancongan dan sekali gus telah meletakkan peta Kota Tinggi di dalam acara antarabangsa.

Pasak Intl MTB Jamboree 2015.....1200 pserta...Lasak@Pasak!
Posted by Ehsan Harun Rashid on Monday, May 4, 2015
No comments:
Post a Comment