Wednesday, May 13, 2015

SPAD DI LANDASAN TEPAT UNTUK CAPAI 40% MENJELANG 2030



Menjelang 2030, sasaran 40% penggunaan pengangkutan awam mampu diperolehi dan SPAD optimis. Ia bermula apabila persepsi rakyat telah menunjukkan tanda-tanda penerimaan positif terutama di kalangan generasi muda di bandar dan sekitar Lembah Kelang.

Penggunaan rel juga adalah pilihan utama apbila Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan bahawa pengguna KTM Komuter, LRT, Monorail dan ERL telah meningkat secara mendadak dan target 25% mod pengangkutan awam akan tercapai pada hujung tahun ini.

Walaupun transformasi pengangkutan awam hanya bermula di sekitar 2010, peningkatan telah mula menampakkan keberkesannya di kawasan bandar pada tahap 19.6% pada tahun 2012 dan seterusnya meningkat lagi pada 2013 sebanyak 20.8%.

Prasarana Malaysia Bhd adalah pihak yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan integrasi pengangkutan rel berjalan lancar dan memberi perkhidmatan rel yang berkesan di dalam sistem pengangkutan awam di negara.

Penerimaan positif ini adalah hasil daripada perancangan dan komitmen kerajaan di dalam 'master plan' pengangkutan awam yang meletak keutamaan perkhidmatan yang cekap, mudah diakses, memenuhi kemampuan dan sentiasa mampan bagi meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan kualiti hidup rakyat.

Pada masa yang sama, plan induk pengangkutan awam ini juga meliputi seluruh negara dan SPAD sedang mengusahakan kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Kejayaan pencapaian pengangkutan awam ini akan lebih lancar apabila SPAD bakal memperkenalkan sistem tiket bersepadu kepada pengguna nanti setelah MRT1 mula beroperai pada 2017.

Pilihan generasi muda pula adalah kerana perkhidmatan rel didapati berkesan dan tambangnya pula sangat berpatutan berpadanan dengan kemampuan mereka.

Dengan penerimaan yang sangat merangsangkan ini terutama pengguna muda di bandar, Tan Sri Syed Hamid yakin yang SPAD berada di landasan yang tepat menuju pencapaian 40% pengangkutan awam menjelang 2030.

1 comment:

Anonymous said...

Yes, Malaysia has everything that developed countries have in terms of public transport. Taxi Yes, Bus yes, LRT Yes, MRT yes, MONORAIL Yes, COMMUTER yes, SCHOOL BUS yes, PADESTRIAN WALK yes, BUS LANE yes, LRT yes, KERETA MEWAH yes. Macam macam ada. Semua ada. Bezanya qulity sahaja bila banding dengan Negara Negara lain.