Ketika ditanya sama ada kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan digunakan untuk menempatkan pelarian Rohingya, Perdana Menteri telah menegaskan bahawa keputusan akan dibuat atas dasar kemanusiaan tetapi ini tidak bermakna, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk.
Ini dituruti pula dengan mesej Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishamuddin yang menjawab didalam akaun Twitternya bahawa 2 kem PLKN yang kosong telah dikenalpasti untuk menempatkan pelarian Rohingya bagi memberi perlindungan sementara.
Walaupun secara rasminya arahan belum diterima, namun Ketua Pengarah Datuk Mohamed Asri Yusof, pihak PLKN telah bersedia dan segala bentuk keperluan asas juga telah disediakan dan hanya menunggu keputusan kerajaan.
Setakat ini, hanya 2 kem yang diperlukan kerajaan sementara menunggu proses ekstradisi dan dokumentasi. Pada masa yang sama, pihak PLKN sangat berbesar hati untuk membantu kerana jumlah kem PLKN sebanyak lebih dari 80 pasti tidak menjadi masalah untuk menempatkan pelatih PLKN apabila sesi bermula.
Secara langsung, kem PLKN yang kosong dapat membantu pengendali agar tidak mengalami kerugian ketika latihan dihentikan buat sementara.
Setiausaha Agung PBB telah menghubungi Dato Seri Najib Razak untuk menyatakan kebimbangannya dan mesej untuk bersama-sama mengatasi malapetaka kemanusiaan ini juga perlu ditangani semua negara dan bukan dibebani pemimpin-pemimpin Asean sahaja. Malahan, Malaysia yang mempengerusikan Asean ketika ini sekadar membantu di atas prinsip kemanusiaan dan punca masalah pelarian ini berikutan masalah dalaman negara Myanmar yang Malaysia mengambil pendirian untuk tidak campurtangan.
PBB akan menawarkan bantuan yang disalurkan menerusi Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR).
Dikatakan seramai 1,158 warga Bangladesh dan etnik Rohingya telah tiba di perairan Langkawi dan dilaporkan lebih dari 5,000 lagi warga Bangladesh dan Rohingya sedang menunggu giliran mereka untuk belayar ke Malaysia.
Setakat hari ini, Malaysia telah pun dibanjiri dengan lebih daripada 120,000 pendatang tanpa izin dari Myanmar dan adalah tidak benar jika kerajaan Malaysia tidak memainkan peranan besar dalam menampung dan mengurangkan masalah kemanusiaan kerana punca pelarian bukan dari negara kita.
Kerajaan hanya mampu berunding dengan negara Myanmar dan berusaha cari penyelesaian menerusi jaringan ASEAN bagi mengelakkan tragedi kemanusiaan yang lebih besar dan dahsyat.

No comments:
Post a Comment