Tuesday, February 09, 2016

KETIBAAN TAHUN LUNAR MONYET, MCA YAKINI MAGIK YANG MENDATANG


Masyarakat Tiong Hua sedang meraikan ketibaan tahun baru lunar mereka dan pada tahun ini adalah tahun monyet. Monyet melambangkan seekor binatang yang pada pandangan masyarakat tionghua adalah seekor binatang yang bijak, cergas dan mampu melompat untuk membawa perubahan dan pastinya magik.

Itulah mesej Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang ingin disampaikan kepada ahli-ahli MCA dan masyarakat Cina lain yang mengajak bersama-sama keseluruhan rakyat Malaysia untuk melihat ke hadapan dengan harapan, keberanian dan keazaman merebut peluang dan magik yang menanti. Di tahun  Monyet ini dan walaupun dengan cabaran yang menanti, sekiranya rakyat Malaysia bertekad untuk bersatu, pasti akan mampu membawa kejayaan yang lebih baik untuk semua.

Secara peribadi, Datuk Liow bersama-sama MCA bermatlamat untuk memperbaik kualiti hidup semua rakyat Malaysia terutama di dalam merebut peluang pertumbuhan ekonomi. Sebagai Menteri Pengangkutan pula, Datuk Liow sentiasa memperjuangkan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik untuk dimanfaatkan rakyat.

Beberapa langkah strategik Pelan Transformasi MCA telah pun digerakkan sejak tahun lepas dan hasil daripada inisiatif di bawah fasa ketiganya adalah inisiatif Belt & Road. MCA telah berjaya memudahkan hubungan perdagangan serta menarik pelaburan ke negara ini demi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi tempatan.

Sejak MCA diterajui kepimpinan Datuk Liow, parti politik yang mewakili masyarakat Cina ini bukan sekadar menangani isu politik malahan MCA lebih bersikap terbuka untuk menjadi wakil sebenar masyarakat Cina kepada yang lebih baik. MCA sangat aktif bersama-sama kerajaan dalam penubuhan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang mempunyai potensi besar.

Datuk Liow juga ingin mengingatkan keselamatan dan keharmonian negara perlu dipertahan dan dikekalkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, ancaman bahaya radikal seperti ISIS perlu diberi perhatian dan rakyat Malaysia seharusnya bersama-sama berwaspada terhadap mereka yang mampu mengancam keamanan negara.


Datuk Wee Ka Siong yang merupakan gandingan terkanan MCA hari ini, sangat yakin dengan kepintaran dan kecergasan dari sikap semulajadi seekor monyet yang mampu menghadapi cabaran mendatang pada tahun baru lunar ini. Mengambil sikap seekor monyet yang mampu menyesuaikan dirinya di dalam apa keadaan pun, maka rakyat Malaysia juga mampu bersedia berubah untuk bersama-sama mengatasi rintangan dan cabaran mendatang.

Walaupun dijangkakan pada tahun 2016, kita akan berhadapan dengan suasana ekonomi dunia yang masih tidak stabil kerana kesan daripada harga minyak yang tidak ketentuan, namun Datuk Wee amat positif yang tuah di tahun lunar monyet ini akan memihak kepada negara dan rakyat Malaysia.


Ketika meraikan perayaan Tahun Baru Cina yang pertama di negara ini, MCA telah bersama-sama kepimpinan tertinggi negara dan juga rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Inilah kelebihan dan keistimewaan Barisan Nasional yang saling menyantuni dan meraikan perayaan kebesaran rakan parti komponen yang lain.


Semoga sifat gemar berkawan dan sentiasa bersatu pada seekor monyet ini, akan dapat mengekalkan setia kawan di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional serta magik yang mampu dibawa pada hari yang mendatang... dan Gong Xi Fa Cai atau Xi Nian Kuai Ler kepada semua.

Monday, February 08, 2016

WALAUPUN DISERANG BERTUBI-TUBI, PEKERJA #MCDONALD'S TETAP SETIA... RAHSIANYA?


Ketika ada pihak yang cuba menabur keburukan dan menyebar fitnah mengenai McDonald's Malaysia, rupa-rupanya ramai di antara pekerja mereka yang masih kekal dan setia berkhidmat sejak McDonald's ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu. Apah rahsianya?

Di dalam sejarah McDonald's, nama seperti Ray Kroc adalah sumber inspirasi kepada setiap pekerja di McDonald's. Beliau telah memperkenalkan satu pendekatan yang telah digunakan sehingga hari ini termasuk di Malaysia iaitu "We are not a hamburger business serving people, but we are a people business serving hamburgers" dan "Take care of our people and the business will take care of itself". Dengan perkataan yang lebih mudah adalah McDonald's bukan sekadar menjalankan bisnes hamburger tetapi mereka mempunyai tumpuan penuh kepada pekerja yang bekerja untuk mereka sebagai tunggak bisnes mereka.

McDonald's percaya dalam merealisasikan kejayaan visi syarikat, pekerjanya perlu dilibatkan sama dan dijadikan aset yang berharga. Setiap pekerja McDonald's akan dihargai dan yang pasti mereka sendiri akan merasakan diri mereka dihargai. Berpegang kepada prinsip itu, maka ia dijadikan inspirasi agar pelanggan-pelanggan McDonald's sentiasa berpuas hati dengan layanan krew restoran McDonald's.

McDonald's Malaysia pernah dianugerah sebagai Majikan Terbaik Aon Hewitt di dalam satu kajian di antara 8 majikan terpilih di Malaysia. Ini adalah hasil daripada strategi hubungan majikan dan pekerja yang fokus di dalam meningkatkan imej jenama McDonald's dengan melonjakkan EVP (Employee Value Proposition) atau pernyataan penilaian dari pekerja mereka.

Di dalam menilai McDonald's sebagai majikan mereka, pekerja-pekerja telah menetapkan 3F iaitu (Family, Flexibility and Future) atau Kekeluargaan, Fleksibiliti dan Masa Depan sebagai faktor mereka memilih untuk kekal bekerja di McDonalds dan menjadikan McDonald's sebagai majikan yang hebat.

Seterusnya gabungan majikan dan pekerja yang hebat, maka akhirnya akan memberi kepuasan yang tinggi kepada pelanggan dan juga perniagaan mereka.

Di dalam kajiselidik, 3 ahli krew yang telah terpilih sebagai duta McDonald's Malaysia berkongsi kisah apa yang dimaksudkan sebagai 3F tersebut;


KEKELUARGAAN DAN RAKAN KERJA

Ia adalah berteraskan budaya kemesraan sesama rakankerja di McDonald's di mana sesama mereka bekerja di dalam suasana yang menyeronokkan danpenuh tenaga. Akhirnya mereka pasti merasakan yang mereka sentiasa berada di dalam satu pasukan.


Alice - "Saya sangat suka bekerja dengan rakan kerja saya"

Beliau datang dari sebuah keluarga yang besar dan sangat rapat di antara mereka. Pertama kali tiba di Kuala Lumpur, beliau merindui suasana riang dan riuh daripada ahli keluarganya yang ramai. Apabila mula menyertai McDonald's sebagai krew sambilan, tujuannya hanyalah untuk mengisi ruang waktu lapang di antara kelas yang perlu dihadirinya di kolej.

Tidak disangka yang beliau berada di dalam sebuah keluarga besar yang lain di McDonald's yang penuh keriangan dan tidak pernah terasa terasing. 

Kemesraan dan prihatin yang ditunjukkan oleh pengurus serta sesama krew, serta merta membuat Alice merasakan beliau adalah sebahagian daripada keluarga McDonald's. Ada sesuatu yang lebih istimewa tentang suasana bekerja di McDonald's iaitu semangat untuk bersama-sama. Budaya yang sangat unik inilah yang membuat setiap hari sebagai pengalaman yang menyeronokkan. 

Kita pasti tidak akan merasakan perjalanan masa dengan pantas apabila kita bersama-sama mereka yang kita sayang dan pastinya ia di McDonald's.


FLEKSIBILITI

Waktu bekerja yang fleksible di antara krew dan pengurus dan juga tugasan yang pelbagai telah meletakkan McDonald's sebagai sebahagian daripada cara kehidupan mereka.


Aruni - "Saya adalah seorang yang suka dengan cabaran" 

Beliau akan memastikan setiap hari dipenuhi dengan pelbagai pengalaman yang berbeza agar kehidupan hariannya tidak akan sama pada setiap hari.

Jawatannya sebagai pengurus restoran adalah satu rahmat. Waktu bekerja yang fleksible telah memudahkan beliau merancang waktu hariannya kerana pada masa yang sama beliau juga adalah seorang siswa Diploma di dalam 'Human Resource' di salah sebuah univerisiti tempatan. Malahan, tugasan yang pelbagai juga telah memberi pengalaman yang berbeza setiap hari.

Aruni pernah diberi peluang menyertai bersama-sama ribuan krew McDonald's dari seluruh dunia di Sukan Olimpik London apabila telah memenangi program Juara Olimpik McDonald's. Beliau telah berpeluang menghidangkan makanan untuk atlit-atlit terkemuka dunia and bersahabat dengan mereka dari pelbagai latarbelakang dan budaya. Ini adalah pengalaman keemasan sekali seumur hidupnya.

Mungkin ada di antara mereka yang memilih kestabilan waktu untuk mencapai impian, tetapi bagi Aruni waktu yang fleksible yang memberi keseronokan di dalam kehidupannya.


MASA DEPAN

Di McDonald's masa depan seseorang pekerja terbentang luas untuk memajukan diri dan karier mereka. McDonald's akan bersama-sama membantu pekerjanya sehingga potensi mereka tercapai ke tahap yang tinggi dalam merebut peluang ke peringkat yang lebih berjaya.

Hong Chin - Saya tidak meninggalkan kampung halaman untuk mengejar peluang, kerana di sini saya memiliki kesemuanya.

Kira-kira 20 tahun yang lalu, apabila ramai yang seusianya meninggalkan kampung halaman mengejar impian mereka, Hong Chin mengambil keputusan untuk terus bekerja sebagai krew di McDonald's kerana seronok bekerja dan beliau juga tidak mahu meninggalkan keluarganya. Beliau tidak sekali menyesal dengan keputusan ini.

McDonald's telah membuka peluang yang sangat luas untuk beliau mengembangkan karier dan memperbaiki dirinya dengan proses pembelajaran yang berterusan. Memulakan kariernya hanya sebagai krew yang melakukan pelbagai tugasan restoran sehingga berjaya mencapai ke peringkat sebagai Perunding Operasi yang kini perlu meliputi 7 buat restoran lagi. Beliau juga berpeluang ke luar negara seperti Amerika untuk menghadiri kursus-kursus peningkatan karier seperti yang ditetapkan oleh syarikat ini.

Suaminya juga bekerja bersama dan di McDonald's ia merupakan rumah keduanya. Sebuah keluarga riang dan karier yang bagus adalah kepuasan peribadinya. Ia hanya diperolehi di McDonald's!

#VIDEO NETIZEN BANTU #SPAD BERTINDAK TEGAS DAN PANTAS

Cuba lihat gelagat pemandu bas ini dan sekiranya pihak SPAD mengambil tindakan tegas, apakah netizen akan terus salahkan SPAD?


Terima kasih juga kepada mereka yang telah upload video ini, dan inilah cara kita membantu SPAD di dalam membuat aduan.

Justeru, dari video yang telah pun diviralkan ini, pihak SPAD segera mengambil tindakan untuk menyiasat kejadian yang sangat tidak boleh kita kompromi. Berikut adalah tindakan SPAD yang telah diambil;

1. Siasatan lengkap oleh pihak SPAD di dalam tempuh 1 minggu sahaja

2. Keputusan diambil seminggu selepas siasatan lengkap

3. Suruhanjaya mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)  yang dimiliki pemandu 

4. Siasatan melibatkan saksi, pemandu dan juga syarikat bas ekspres

5. SPAD juga mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat pengendali bas

6. Tiada kompromi ke atas pemandu kenderaan awam yang melanggar etika

7. Tiada kompromi ke atas syarikat bas yang melanggar syarat-syarat lesen
Kenyataan Media 
SPAD MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGENDALI DAN PEMANDU BAS YANG TERBABIT DALAM KEJADIAN SALAH LAKU YANG DIPAPARKAN
DI DALAM VIDEO VIRAL 


6 Februari, 2016 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian salah laku seorang pemandu bas ekspres terhadap penumpang ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 yang telah dipaparkan di dalam sebuah video viral.
 
Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas. 

SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu yang terbabit. Ini bermakna pemandu tersebut tidak akan dibenarkan memandu kenderaan pengangkutan awam darat di masa akan datang.

Ekoran itu, pemandu berkenaan disahkan sebagai telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas terlibat. Sementara itu, SPAD akan meneruskan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang masih sedang berjalan terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu. 

Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa SPAD melihat kejadian salah laku seumpama ini, sebagai satu perkara yang amat serius. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan yang diambil terhadap pemandu dan pengusaha bas akan menjadi peringatan keras kepada industri bagi memastikan pengusaha bertanggungjawab atas kelakuan pemandu dan untuk terus memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang. 

Kami menggesa orang ramai yang telah mengalami kejadian seumpama ini agar segera menghubungi kami melalui emel: aduan@spad.gov.my atau hotline ADUAN SPAD: 1-80088-7723 (SPAD) bagi membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya.

Dengan maklumat yang tepat, kami boleh memastikan pemandu yang tidak bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan. 
- Tamat -

Saturday, February 06, 2016

7 LALUAN BAS KORIDOR DISUSUN SEMULA, BENARKAH NETIZEN TIDAK PUAS HATI?


Kenyataan 7 laluan susunan semula bas telah diwar-warkan sejak 29 Januari lalu, namun masih ada yang tidak pasti apakah laluan-laluan tersebut. Seperti yang telah diterangkan oleh pihak SPAD, ia adalah untuk perkhidmatan bas yang lebih baik dan lebih sistematik.

Maka 2 koridor yang terlibat adalah koridor Sungai Besai dan Jalan Klang Lama dan di sini disenaraikan 7 laluan bas yang terlibat dan perubahan ini berkuatkuasa 1 Februari 2016;

1) Laluan 523 (Dengkil - IOI City Mall melalui Putrajaya/Cyberjaya)
   - Dikendalikan oleh Nadi Putra
   - Disusunsemula sebagai laluan 521
   - Bermula dari Dengkil ke IOI City Mall melalui Putrajaya
   - Operasi dari 6.30 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit

2) Laluan 608 (IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti)
    - Dikendalikan oleh Nadi Putra
    - Disusunsemula sebagai laluan 503
    - Bermula dari IOI Mall Puchong ke Putrajaya Sentral melalui Pulau Meranti
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit

3) Laluan 541 (Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - Bermula dari Flat Enggang Kinrara - Pasar Borong Selangor - KTM Serdang
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan permulaan 40 minit
    - Boleh menukar ke Laluan 671 di Flat Enggang Kinrara untuk ke IOI Mall Puchong

4) Laluan 671 (Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - dari Flat Enggang Kinrara ke HAB Pasar Seni melalui IOI Mall Puchong
    - Operasi dari 6:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan permulaan 45 minit. 

5) Laluan T570 (UPM - KTM Serdang melalui Serdang Jaya)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - Perkhidmatan terus dari UPM ke KTM Serdang  
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 30 minit
  
6) Laluan T601 (Puchong Prima – Saujana Puchong melalui Puchong Utama)
    - Dikendalikan oleh RapidKL
    - T601 : Laluan Puchong Prima - Puchong Utama
    - T602 : Laluan Saujana Puchong - Puchong Utama
    - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit.
 
7) Laluan 670 (PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni)
     - Dikendalikan oleh RapidKL
     - Digabungkan dengan laluan T651
     - Bermula dari Taman OUG – PPR Muhibbah – HAB Pasar Seni
     - Operasi dari 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit

Usaha yang dilakukan SPAD ini bukanlah sesuatu yang statik dan dengan sikap terbuka SPAD untuk sentiasa mengkaji semula dan menambah baik laluan-laluan bas dalam rangkaian BNR juga adalah setelah mendapat maklum balas dan permintaan dari pengguna bas.

Apabila dibaca respond netizen di FB SPAD, kebanyakan aduan yang dikemukakan mereka didapati maklumat yang tidak lengkap terutamanya aduan mengenai perkhidmatan bas.

Di antaranya;




Oleh itu adalah dinasihatkan agar beberapa maklumat perlu disertakan sebelum membuat aduan seperti;
a. Laluan bas
b. Nombor pendaftaran kenderaan - bas
c. Gambar sebagai bukti (jika ada)

Di antara contoh aduan yang lengkap dari netizen;


Pihak SPAD juga didapati segera memberi respon kepada setiap aduan penumpang dan sekaligus dapat meredakan keresahan mereka. Namun, ada juga di antara netizen yang sengaja mengambil kesempatan dengan aduan-aduan yang tidak relevan dan tidak bertanggungjawab. Lebih dikesali apabila ruangan ini disalahgunakan mereka untuk mengecam dan mengutuk sikap terbuka SPAD.

Perlu kita ingat, SPAD tidak akan dapat bertindak sekiranya aduan tidak lengkap dan apabila SPAD kemukakan soalan untuk mendapat maklumat terperinci, ada di antara mereka yang tidak respon pula.

Seharusnya usaha SPAD ini perlu dipuji yang bukan sekadar membuat perubahan tetapi bertanggungjawab memberi penerangan dan yang paling utama respon dan bertindak dengan pantas dan penuh tanggungjawab. 

Ubahlah sikap kita agar lebih bertanggungjawab dan bersama-sama pihak SPAD memperbaiki sistem laluan BRN ini dan juga perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan kepada pengusaha-pengusaha bas dilaksanakan dengan penuh hemah dan displin.

Tuesday, February 02, 2016

PENERANGAN TPPA KE PENTAS WARGA KOTA TINGGI


Jika ada di antara rakyat di sesuatu kawasan Parlimen masih ada yang keliru atau pun tidak tahu apa itu perjanjian TPP serta kebaikan-kebaikannya, salahkan ahli-ahli Parlimennya. Sebagai ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat setempat, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli parlimen membuat 'engagement' dengan warga kawasan parlimen mereka setelah pihak kerajaan telah pun mengadakan beberapa siri penerangan sehingga didebatkan di Parlimen sebelum kerajaan membuat keputusan menandatangani beberapa hari lalu bersama-sama 11 negara lain.


Ini tidak berlaku di Parlimen Kota Tinggi apabila satu program Sembang Santai Orang Muda - TPPA anjuran Pusat Khidmat Kota Tinggi dan BNBBC, dengan kerjasama JKKK Kg. FELDA Air Tawar 2 telah diadakan pada akhir bulan lalu. Program ini adalah inisiatif yang telah diambil ahli parlimennya YB Datuk Ehsan Harun Rashid dengan menjemput tiga anak muda daripada BNBBC dan MANTAP sebagai ahli panel.

Memahami naluri anak muda yang sentiasa mempunyai sikap ingin tahu serta pendedahan maklumat di era internet, Datuk Ehsan mengambil kesempatan ini bersoal jawab secara bersemuka untuk mendekati rakyat di Kota Tinggi terutamanya golongan belia yang majoritinya didakwa menolak perlaksanaan TPPA.

Respon yang telah diterima di sepanjang sesi program ini telah jelas menunjukkan yang golongan belia di Kota Tinggi memahami mengenai apa itu perjanjian TPP dan usaha kerajaan di dalam melonjakkan lagi ekonomi negara di samping itu melindungi serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Di antara kebimbangan yang terjawab adalah menyentuh isu seperti Industri kecil dan sederhana (IKS) yang takut pembabitan syarikat besar transnasional dan multinasional dalam TPPA akan menelan perniagaan kecil. Daripada aspek sumber manusia pula, wujud kebimbangan mengenai nasib beribu-ribu pekerja kerana TPPA memberi persaingan tinggi terhadap pekerja berkemahiran dengan spara kemahiran.

Antara kebimbangan lain juga termasuk kesan yang akan berlaku terhadap Dasar Ekonomi Baru dan hak keistimewaan orang Melayu berikutan TPPA.

Sebagai wakil Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsan bangga dengan pemahaman warga Kota Tinggi mengenai TPPA memandangkan soalan yang dikemukakan adalah berkualiti dan dengan adanya sesi penerangan ini, maka sekaligus setiap tuduhan pembangkang dan maklumat-maklumat kurang tepat di internet telah mampu ditangkis dan seterusnya diperjelaskan satu persatu tanpa ditolak secara membabi buta.