Terdahulu, Tun M telah mempersoal di dalam blognya;
- Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99% sedangkan biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0% dan Petronas membayar 3.6% sahaja.
- USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.
- Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini dan ia adalah terlalu tinggi.
- Sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?
Sebagaimana diminta Tun M, penjelasan perlu dibuat kepada rakyat dan kini di dalam kenyataan media 1MDB memberi penjelasan  walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang 
diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu. 
Sangat berbeza sekali dengan kenyataan dari pihak pembangkang yang lebih kepada tuduhan-tuduhan yang hanya ingin mengambil kesempatan bagi kepentingan politik mereka.
Di dalam Suara Keadilan dengan tajuk "Hutang 1MDB ancaman besar kepada negara", Rafizi kononnya mengulas kritikan Tun M dan berpendapat bahawa dana 1MDB yang dikumpul daripada hutang dan bukan keuntungan yang dijana.
Pada pandangan politik Rafizi, siasatannya menunjukkan keseluruhan 
hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion adalah tanggungjawab sepenuh Kerajaan 
Malaysia dan sekiranya 1MDB gagal melunaskan hutang-hutang 
tersebut, kerajaan Malaysia bertanggungjawab melangsaikan hutang itu, 
dan sudah tentu ia menggunakan wang rakyat.
Kini, Perdana Menteri telah menjelaskan kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia 
Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap. Hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima 'jaminan jelas' kerajaan Malaysia.
"1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain. Seterusnya boleh dibaca ... DI SINI
1MDB memandang serius tuduhan yang dilemparkan.  
Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang
 tidak berasas ini, diberi penjelasan seperti ringkasan berikut dan sepenuhnya boleh dibaca ... DI SINI;
KADAR FAEDAH BON YANG TINGGI
Perbandingan yang tidak adil apabila kadar faedah 5.75% yang dikenakan
 kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009 dikatakan kadar faedah yang 
tinggi dibandingkan dengan Petronas yang telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60%
 untuk bon pada masa yang sama.       
1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun manakala satu-satunya bon berkaitan Petronas yang 
dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon 
RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun. 
 Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk 
pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih 
panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.
MEMBAYAR KOMISEN DAN  FI
Keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan dibayar kepada 
para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi 
terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk
 mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar 
kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar. 
Komisen dan fi yang ditanggung oleh 1MDB untuk terbitan dua hutang 
tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk US$1.75 billion 
dan US$3.0 billion.  
GOLDMAN SACHS
Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini.
Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu 
tuduhan yang kami nafikan dengan tegas. 
Goldman Sachs telah menyatakan 
secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang 
menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 
1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan 
transaksi-transaksi ini, dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau 
sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”.  
HARGA BELIAN LEBIH TINGGI DARI HARGA PASARAN - STESEN JANAKUASA SWASTA
Ini telah ditimbulkan semula sekali lagi. IMDB hanya memperoleh aset apabila yakin bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan. Sejajar dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga 
Malaysia, kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012.
Bacalah penjelasan dari 1MDB seterusnya... DI SINI 
Nampaknya, isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu ditimbulkan secara berulang-ulang dengan niat ingin mempersoal kredibiliti Perdana Menteri dan beliau juga adalah Menteri Kewangan.
Namun, satu pendedahan yang telah mengundang kebimbangan pihak pembangkang di mana salah satu aktiviti utama 1MDB adalah membeli kebanyakan tanah yang berpotensi tinggi terutamanya di Kuala Lumpur dan ini seolah-olah cuba sedaya upaya cuba dimiliki kesemua tanah di Kuala Lumpur walaupun ianya merupakan tanah Rizab Melayu oleh satu bangsa tertentu iaitu peniaga Cina.... baca
seterusnya ... DI SINI
 

 
 























