Showing posts with label KDN. Show all posts
Showing posts with label KDN. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

PENJELASAN MENTERI KDN TIADA TANGKAPAN KE ATAS DR MASHITAH


Berani kerana benar, takut bila terasa dan memang bersalah! Itu adalah jawapan terbaik kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang sembunyikan diri atau mungkin berasa besar kepala untuk hadir ke balai polis setelah dipanggil untuk disoalsiasat.

Ini tidak terjadi kepada Dr Mashitah yang telah hadirkan diri secara sukarela dan bekerjasama dengan pihak polis untuk memberi keterangan. Namun, mengikut sumber dari Agenda Daily, nampaknya pihak pembangkang masih tidak puas hati dengan tindakan polis dan membawa isu ini ke parlimen.

Yang ingin pembangkang buktikan adalah tuduhan-tuduhan mereka seperti yang pernah didakwa Ketua Polis Negara, PDRM tunduk dan bertugas untuk UMNO.

Tetapi penjelasan Menteri KDN adalah seperti berikut... AgendaDaily;
Polis tidak menahan Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berhubung kes mengeluarkan kenyataan sensitif seperti yang dilakukan terhadap pemimpin pembangkang kerana kenyataan beliau dapat dirakam dalam tempoh 24 jam selepas aduan dibuat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu demikian kepada Dewan Rakyat Selasa bagi menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya kenapa pemimpin UMNO tidak ditahan berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkan.

Bukan setakat kenyataan Dr Mashitah dirakamkan tetapi beliau dengan rela hati telah tampil ke balai polis untuk bekerjasama di dalam siasatan polis pada 8 Disember lalu dan pada 10 Mac, Menteri KDN telah pun umumkan siasatan polis telah lengkap dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Di dalam isu ini, yang penting ialah pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa beri kerjasama di dalam siasatan polis berbanding pemimpin-pemimpin pembangkang. Terdapat kejadian di mana pemimpin pembangkang cuba mencabar atau menghalang siasatan polis dengan menyembunyikan diri ataupun tidak mengendahkannya. Akhirnya bila polis bertindak, polis pula dikatakan zalim dan diberi pelbagai tuduhan.

Pemimpin pembangkang nampaknya tidak tahu membezakan di antara ditangkap atau ditahan. Apabila seseorang suspek ditangkap di atas kesalahan tetapi apabila seseorang ditahan, ini adalah kerana meminta seseorang itu tampil setelah tidak hadir seperti diarahkan polis untuk memberi keterangan.

Datuk Dr Mashitah tidak menghalang, tidak lari, tidak mencabar arahan polis, maka apa perlu beliau ditangkap mahupun ditahan?

Baca di sini... penjelasan polis pula.

Wednesday, October 29, 2014

KDN BENARKAN PENGUATKUASA SPAD BAWA SENJATA API

Pasukan penguatkuasa SPAD mungkin baru tetapi risiko yang mereka hadapi ketika menjalankan tugas agak merbahaya juga di mana mereka akan berhadapan dengan pelbagai aktiviti keganasan ketika menegakkan undang-undang.

Benarlah kata CEO SPAD, masih terdapat mereka yang tidak biasa dengan undang-undang yang dikuatkuasakan. Mendidik pemandu-pemandu teksi, lori dan bas bukan satu perkara mudah dan boleh diperolehi kejayaannya dengan sekelip mata tetapi ia adalah proses berterusan sehingga ia dijadikan satu budaya dan tatacara bekerja.

Lanjutan daripada insiden di Langkawi, apabila ada kejadian mengugut pegawai penguatkuasa SPAD dengan senjata api, maka dilihat adalah perlu bagi mereka mempersiapkan keselamatan diri mereka.


Walaupun KDN telah memberikan kebenaran untuk pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD membawa senjata api ketika bertugas semenjak bulan Julai lalu, pihak SPAD lebih memilih agar sikap di kalangan rakyat memahami dan akur untuk mematuhi undang-undang.

Untuk pegawai penguatkuasa SPAD dilengkapkan dengan senjata api adalah jalan terakhir kerana di setiap operasi dilakukan, SPAD masih bergantung kepada kerjasama yang kukuh dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti  pasukan polis.

SPAD bukan mengambil tugas polis kerana menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaannya, Datuk Che Hasni Che Ahmad senjata api akan hanya dibawa untuk beberapa jenis operasi tertentu dan hanya beberapa petugas saja yang akan dibenarkan.

Kita masih ingat bagaimana pegawai penguatkuas SPAD pernah diugut tonto-tonto lori, dikasari ulat-ulat tiket dan diancam pemandu-pemandu teksi sapu, yang semua ini mampu mengancam keselamatan mereka. Namun apa yang lebih penting adalah... RAKYAT MEMBUDAYAKAN PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG.

Tuesday, September 10, 2013

ISLAM VS KRISTIAN... APA KESUDAHANNYA?

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.
 
Ini adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31 Disember 2009.

Permohonan kali ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, namun Mahkamah Rayuan telah mengenepikan permohonan rayuan pihak gereja tersebut pada 22 Ogos yang lalu - AIDC
 
Ini pula yang sedang berlaku di Istana Mahkamah Putrajaya, hari ini;






Yang pasti menarik;




Akan diupdate dari semasa ke semasa....

Friday, August 30, 2013

SILA SEMAK... ANDA BERADA DALAM GENG APA?


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertaI kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:
 
1. Geng 04 : Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
 
2. Geng 08 : Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3. Double 7 : Seluruh Semenanjung Malaysia

4. Tiga Line : Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5. Geng 30 : Seluruh Semenanjung Malaysia

6. Geng 38 : Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru

7. Geng 24 : Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8. Geng 18 : Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9. Geng 36 : Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10. Geng 21 : Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11. Ang Soon Thong : Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

12. Wah Kee : Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor

13. Sio Sam Ong : Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor

14. PNEH : Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15. Hong Hong San : Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur

16. Hai San : Aktif di Perak

17. Siang Ang Bin : Aktif di Kuala Lumpur

18. New Cell 20 : Aktif di Perak

19. Jit It Hai : Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20. Sio Koon Tong : Bergiat di satu kawasan saja iaitu di Johor

21. Gee Lam Kor : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

22. Gee Ah Eng : Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

23. Loh Kuan : Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

24. Tiang Yee Tong : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

25. Geng Leng Hor : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

26. Geng 35 : Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang

27. Geng 303 : Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor

28. Geng Satu Hati : Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air

29. ATAP : Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

30. Hung Ann : Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah

31. Sui Yuk : Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah

32. Otai : Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

33. Borneo Red EMP : Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah

34. Ah Ngau : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

35. Batu Tiga : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

36. Ah Feng : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

37. Batu 10 : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

38. Sibu Ti : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

39. Ah Seng : Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak

40. Ah Chin : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

41. Lee Lung : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

42. Lo Han : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

43. Sg Merah : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

44. Sg Badut : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

45. Ting Ching Lee : Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak

46. Tua Cak Lee : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

47. Teksi Station : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

48. Pintu Merah : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

49. Krokop : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan  Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

P/S : Nampaknya kebanyakan geng-geng ni berkumpul di kawasan-kawasan bandar  dan di situlah DAP menang majoriti besar.... DAP dapat popular vote di kawasan gangster!!!