Showing posts with label hutang. Show all posts
Showing posts with label hutang. Show all posts

Saturday, May 21, 2016

MCA PULAU PINANG DEDAHKAN SIKAP GUAN ENG YANG TIDAK TAHU MALU


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bukan setakat gemar berbohong namun sering mendabik dada dan berlaku angkuh walaupun ia bukan pencapaian pentadbiran kepimpinannya.

Ketika menjawab soalan ADUN Teluk Bahang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Isnin (16 Mei), bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang mampu membayar hutang kepada kerajaan persekutuan, Guan Eng telah mengaku bahawa hutang Pulau Pinang adalah yang paling rendah dalam negara.

Jika mendengar kenyataan Guan Eng, seolah-olah pentadbirannya sangat efisien dan komited dalam menjelaskan hutang kepada kerajaan pusat. Namun, Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong telah mendedahkan yang Guan Eng telah sembunyikan beberapa fakta penting dengan sengaja.

Di dalam dakwaan Guan Eng yang mengaku hutang kerajaan negeri telah dikurangkan sehingga 90%, rupanya kerajaan pusat telah banayk membantu mereka.

Dr Tan mengingatkan Guan Eng yang beliau pernah mengaku terpaksa menandatangani perjanjian penstrukturan semula air dan maka itulah hutang Pulau Pinang berkurangan dari RM600 juta ke RM69.47. Kerajaan pusat telah menerima pemindahan semua aset air Pulau Pinang pada tahun 2011 dari PBAPP kepada PAAB untuk menstruktur semula hutang mereka.

Pada masa yang sama, Barisan Nasional telah menghadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang dengan meningkatkan bekalan air negeri sebanyak tiga kali ganda dengan membekalkan 80% air minuman di mana kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion untuk menaiktaraf Empangan Mengkuang.

Sedangkan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuli rakyat Pulau Pinang dengan menaikkan tarif air sebanyak 3 kali hanya dalam masa tujuh tahun.

Hutang Pulau Pinang yang dimaksudkan Guan Eng sebanyak RM69.47 juta itu adalah sejak dari 2011 dan kerana gagal menyelesaikannya, maka kerajaan pusat telah berbesar hati untuk membenarkan mereka membayar ansuran tanpa faedah selama 45 tahun.

Dr Tan juga mengkritik kerajaan kepimpinan Guan Eng kerana menyelesaikan perbelanjaan kerajaan negeri dengan menjual tanah-tanah di pulau tersebut.

Barulah kita tahu bagaimana Guan Eng bukan saja telah menggadai aset negeri malahan cuba berbohong kepada rakyat Pulau Pinang seolah-olah beliau prihatin dengan masa depan mereka.

Tanpa prihatin dan pendedahan dari MCA Pulau Pinang, bukan saja rakyat Pulau Pinang akan ditindas dan ditipu kerajaan DAP malahan seluruh rakyat Malaysia juga akan turut terjejas dengan ketidakcekapan kerajaan DAP di Pulau Pinang nanti.

Politik penipuan DAP sememangnya hebat tetapi dengan adanya MCA Pulau Pinang, segalanya akan pasti didedahkan.

Friday, October 31, 2014

1MDB MENJAWAB SOALAN TUN M DAN TUDUHAN LIAR RAFIZI


Terdahulu, Tun M telah mempersoal di dalam blognya;

  • Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99% sedangkan biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0% dan Petronas membayar 3.6% sahaja. 
  • USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.
  • Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini dan ia adalah terlalu tinggi.
  • Sebahagian wang yang dipinjam ini diguna untuk membeli stesyen janakuasa swasta. Ini dilapur dalam akhbar. Tetapi harga belian jauh lebih tinggi dari harga pasaran. Kenapa demikian?

Sebagaimana diminta Tun M, penjelasan perlu dibuat kepada rakyat dan kini di dalam kenyataan media 1MDB memberi penjelasan walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu.

Sangat berbeza sekali dengan kenyataan dari pihak pembangkang yang lebih kepada tuduhan-tuduhan yang hanya ingin mengambil kesempatan bagi kepentingan politik mereka.

Di dalam Suara Keadilan dengan tajuk "Hutang 1MDB ancaman besar kepada negara", Rafizi kononnya mengulas kritikan Tun M dan berpendapat bahawa dana 1MDB yang dikumpul daripada hutang dan bukan keuntungan yang dijana.

Pada pandangan politik Rafizi, siasatannya menunjukkan keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion adalah tanggungjawab sepenuh Kerajaan Malaysia dan sekiranya 1MDB gagal melunaskan hutang-hutang tersebut, kerajaan Malaysia bertanggungjawab melangsaikan hutang itu, dan sudah tentu ia menggunakan wang rakyat.

Kini, Perdana Menteri telah menjelaskan kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap. Hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima 'jaminan jelas' kerajaan Malaysia. "1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain. Seterusnya boleh dibaca ... DI SINI

1MDB memandang serius tuduhan yang dilemparkan.  
 
Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini, diberi penjelasan seperti ringkasan berikut dan sepenuhnya boleh dibaca ... DI SINI;

KADAR FAEDAH BON YANG TINGGI

Perbandingan yang tidak adil apabila kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009 dikatakan kadar faedah yang tinggi dibandingkan dengan Petronas yang telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.      

1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun manakala satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun.

 Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

MEMBAYAR KOMISEN DAN  FI

Keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar. 
    
Komisen dan fi yang ditanggung oleh 1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion. 

GOLDMAN SACHS

Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini.

Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan dengan tegas. 

Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”.  

HARGA BELIAN LEBIH TINGGI DARI HARGA PASARAN - STESEN JANAKUASA SWASTA

Ini telah ditimbulkan semula sekali lagi. IMDB hanya memperoleh aset apabila yakin bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan. Sejajar dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia, kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012.

Bacalah penjelasan dari 1MDB seterusnya... DI SINI

Nampaknya, isu-isu yang ditimbulkan pihak tertentu ditimbulkan secara berulang-ulang dengan niat ingin mempersoal kredibiliti Perdana Menteri dan beliau juga adalah Menteri Kewangan.

Namun, satu pendedahan yang telah mengundang kebimbangan pihak pembangkang di mana salah satu aktiviti utama 1MDB adalah membeli kebanyakan tanah yang berpotensi tinggi terutamanya di Kuala Lumpur dan ini seolah-olah cuba sedaya upaya cuba dimiliki kesemua tanah di Kuala Lumpur walaupun ianya merupakan tanah Rizab Melayu oleh satu bangsa tertentu iaitu peniaga Cina.... baca
seterusnya ... DI SINI