Showing posts with label Bajet 2015. Show all posts
Showing posts with label Bajet 2015. Show all posts

Saturday, March 05, 2016

INSENTIF DISKAUN 30% PERKHIDMATAN BAS DILANJUTKAN SEHINGGA AKHIR TAHUN


Diskaun 30% perkhidmatan bas antara bandar telah pun diperkenalkan pada 1 September tahun lalu dan sebagai kerajaan yang prihatin, insentif ini telah dilanjutkan mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Menyedari peningkatan kos sara hidup rakyat, lanjutan diskaun ini adalah bertujuan untuk meringankan kos perjalanan harian mereka terutama pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar. Pengguna bas bagi laluan Rawang, Klang dan Seremban yang bekerja di Kuala Lumpur adalah di antara mereka yang dapat menikmati diskaun 30% ini.

Pada masa yang sama, kerajaan juga ingin menggalakkan rakyat memilih pengangkutan awam secara lebih meluas disamping menikmati insentif diskaun 30% ini.

Berikut adalah jadual pas bulanan dan kadar 30% diskaun yang telah ditetapkan pihak SPAD:


Borang aplikasi juga boleh didapati samada di kaunter tiket pengendali bas ataupun dimuat turun ... DI SINI. Perlu diingatkan juga diskaun ini tertakluk pada terma dan syarat di mana ia terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja dan mereka-mereka yang bekerja di Kuala Lumpur dan menetap di Seremban, Klang dan Rawang.

Sejak pengumuman yang dibuat YAB Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia ketika pembentangan Bajet 2015 tahun lalu, rakyat telah memberi respon yang sangat positif dan ini telah pun menggembirakan pelbagai lapisan masyarakat.

Ada di antara mereka yang mampu menjimatkan perbelanjaan tambang bas sehingga mencecah RM100 setiap bulan bagi perjalanan harian dari Nilai ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Keseluruhan inisiatif mempertingkatkan pengangkutan awam yang dilaksana kerajaan jelas menunjukkan Malaysia semakin mengorak ke arah negara maju dan ia juga jelas memberi penekanan kepada rakyat dan selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentrasformasikan pengangkutan awam darat yang mensasarkan peningkatan mobiliti rakyat.

Friday, January 23, 2015

LIOW TIONG LAI : KEWANGAN NEGARA DIPERKUKUH DAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN


Apabila kerajaan mengkaji semula Bajet 2015 ia mencerminkan pandangan jauh Perdana Menteri dalam menimbang perubahan ekonomi global yang dihadapi dan bagaimana ia boleh dan akan memberi kesan kepada Malaysia. Itulah pandangan yang diberi Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebagai mewakili parti politik terbesar kaum Cina di dalam Barisan Nasional, DS Liow telah memuji tindakan yang diumumkan Perdana Menteri dan menganggapnya sebagai langkah pembukaan dalam berhadapan dengan perubahan ekonomi global agar dapat membantu dan memastikan daya tahan kewangan negara.

Bagi DS Liow walaupun kerajaan mengambil keputusan untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan negara sebanyak RM5.5 bilion, namun perbelanjaan ke atas pembangunan seperti infrastruktur pengangkutan awam dikekalkan. Perbelanjaan pembangunan yang dikekalkan pada RM48.5 bilion ini telah mencerminkan keupayaan kerajaan menguruskan perbelanjaan di samping menitikberatkan produktiviti bagi memastikan pertumbuhan ekonomi masa depan.

Beliau juga memuji keputusan Najib untuk menangguhkan tarif elektrik dan kenaikan harga gas yang dijadualkan.

Satu lagi usaha proaktif yang diambil ialah pemansuhan yuran visa untuk pelawat ke negara terutama dari China. Langkah yang tepat pada masa ini adalah kerana hubungan erat dengan negara China dari segi pelancongan dan juga perdagangan.

Ketika rakyat sedang bergelut menempuh ujian banjir yang luarbiasa di Pantai Timur terutama di Kelantan, DS Liow bersyukur apabila DS Najib telah memperuntukkan bantuan fiskal untuk membantu pembinaan semula di negeri-negeri yang terlibat. Sebanyak RM800 juta diperuntukkan untuk pembaikan dan pembinaan semula infrastruktur termasuk sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan dan RM893 juta lagi untuk projek-projek tebatan banjir.

Di dalam meneruskan usaha menuju ke arah mencapai status negara maju sepenuhnya, DS Liow yakin bahawa langkah-langkah awal yang dibentangkan DS Najib mampu memperkukuhkan daya tahan kewangan negara dan mengalakkan ekonomi domestik yang kukuh di samping memastikan kebajikan rakyat kekal sebagai keutamaan.

Monday, December 29, 2014

KE ARAH PENGAJIAN PONDOK MODEN

Pertemuan Tan Sri Muhyiddin dengan YPPM

Peruntukan RM25 juta yang diumumkan Perdana Menteri dalam Bajet 2015 untuk pengajian pondok sebenarnya adalah lanjutan daripada peruntukan RM100 juta kepada pembangunan sekolah agama rakyat yang telah diumumkan dalam bajet 2014.

Seperkara lagi, peruntukan ini akan diagihkan kepada sekolah pondok yang berdaftar dengan Kementerian Pendidian sahaja serta mengikuti kurikulum yang diluluskan kerajaan.

Langkah pertama yang diambil Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) adalah menjalankan kempen sepanjang tahun hadapan supaya lebih banyak sekolah-sekolah pondok berdaftar dengan Majlis Agama negeri bagi melayakkan mereka mendapat bantuan.

Kempen yang akan dijalankan ini bukan sekadar untuk melengkapkan direktori pondok tetapi bertujuan memberi penjelasan kepada pengasasnya bahawa pihak Majlis Agama tidak akan ambil alih atau mencampuri soal pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah pondok mereka.

YPPM sebenarnya telah membuat kajian selidik ke atas pondok yang tidak berdaftar dan di antara alasan yang diberikan termasuklah mereka tidak berasa ada keperluan untuk berbuat demikian dan pondok yang mereka uruskan adalah bersifat sementara.

Kajian awal YPPM ke atas profil dan status pondok di Malaysia juga telah digerakkan. Ia meliputi sejarah dan latar belakang, kurikulum dan sistem pengajian, tenaga pengajar dan pelajar, kemudahan asas dan infrastruktur, serta tahap penggunaan ICT.

YPPM perlu menyiapkan kajian ini dan diberi tempoh enam bulan untuk diserahkan kepada kementerian satu laporan komprehensif.

Walaubagaimanapun, di dalam masa yang sama pihak YPPM sedang mengkaji kriteria pondok yang bakal menerima bantuan dan akan diumumkan kelak.

Di dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 November lalu, beliau telah menyambut baik dalam usaha mentransformasi dan memodenkan pengajian pondok agar lebih maju dan berdaya saing sebagai sistem pendidikan Islam.

Sebuah jawatankuasa khas akan dibentuk dan wakil dari YPPM akan bersama-sama membincangkan kaedah serta memperincikan langkah bagi memperkemas kurikulum, memperkenalkan teknologi komunikasi dan maklumat di samping memantapkan pengurusan dan pentadbiran pondok.

Tan Sri Muhyiddin telah menggariskan 4 aspek kritikal dalam meningkatkan taraf institusi pengajian pondok;
Pertama, pengisian atau kurikulum yang standard, agar tahap dan mutu pembelajaran dapat dinilai. Ia juga mempertimbangkan subjek soft skills, termasuk keusahawanan, bahasa Inggeris dan Mandarin.

Kedua, mutu tenaga pengajar di pondok. Kementerian Pendidikan berkeupayaan memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran guru pondok.

Ketiga, persijilan dan masa depan lulusan pondok. Ini membuka peluang lebih baik kepada mereka yang berpendidikan pondok untuk mencebur diri dalam pelbagai bidang.

Keempat, perubahan sikap kalangan ulama, mudir, pengasas atau pemilik pondok yang harus berfikiran lebih terbuka dan berwawasan demi kelangsungan pondok mereka sendiri. Pondok tidak lagi wujud dalam era dinosaur, tapi dalam era ICT.

Bagi memantap dan memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan ilmu dan kemajuan negara, YPPM mencadangakan agar perpektif Islam diperluaskan ke universiti di negara kita.

Kini universiti seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin, sudah ada kursus yang mencantumkan Islam dengan perubatan, ekonomi dan perniagaan, serta undang-undang.

Blog ini juga telah menulis kemampuan pengajian pondok sehingga di bawa global di mana pondok-pondok di Indonesia dan Thailand telah pun dinaiktaraf ke peringkat universiti.

Wednesday, October 22, 2014

RESPON RAKYAT TERHADAP BAJET 2015 DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM


Setelah lebih seminggu bajet 2015 dibentangkan oleh Menteri Kewangan DS Najib Razak, nampaknya usaha kerajaan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam darat telah dapat menggembirakan pelbagai lapisan masyarakat terutama kepada mereka yang bergantung kepada pengangkutan awam di dalam perjalanan harian mereka.

Di antara peruntukannya adalah;
  • Rancangan perkhidmatan bas antara bandar bagi tiga laluan iaitu daripada Rawang, Klang dan Seremban.
  • Tawaran diskaun 30 peratus tambang bulanan bagi perkhidmatan bas antara bandar.
  • Pembinaan jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT) dari Selayang ke Putrajaya.
  • Perkhidmatan bas berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada melibatkan bandar raya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.
  • Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menghubungkan Ipoh, Perak ke Butterworth, Pulau Pinang yang mula beroperasi April tahun depan

Yang pasti pengguna tetap bas awam akan teruja apabila kawasan-kawasan sepeti Rawang, Klang dan Seremban diberi diskaun 30 peratus tambang bulanan. Bayangkan apabila mereka membelanjakan tambang bas yang mencecah RM100 setiap bulan perjalanan harian hanya dari Nilai ke KLIA dan kini mampu menjimatkan walaupun sedikit. Perjalanan mereka yang menetap di luar ibu kota juga dipermudahkan apabila bas keluar masuk antara tiga laluan seperti Rawang, Klang dan Seremban.

Bagi pengguna tetap perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) pula berpandangan yang mereka mampu menjimatkan kos tol dan minyak apabila di dalam bajet 2015 mengumukan pembinaan jajaran kedua Transit Aliran Massa (MRT) dari Selayang ke Putrajaya.

Beberapa ibu negeri akan menikmati penambahan perkhidmatan bas berhenti-henti. Perkhidmatan ini melibatkan bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar. Tambahan kekerapan perkhidmatan bas seperti di  Kuching, terutamanya kawasan kurang maju adalah satu manfaat yang ditunggu-tunggu dan di dalam bajet 2015, kerajaan tidak terlepas pandang.

Dengan pengumuman kerajaan di dalam bajet 2015 untuk menghubungkan Ipoh, Perak ke Butterworth melalui perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dapat menggalakkan orang
ramai menggunakan pengangkutan awam dan seterusnya mengorak ke arah negara maju.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid di dalam kenyataan medianya telah menyambut baik pengumuman bajet 2015 yang selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat dan seterusnya mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan serta meningkatkan mobiliti rakyat. Kenyataan Tan Sri adalah seperti berikut;
KENYATAAN AKHBAR

TAN SRI DATO' SERI DR. SYED HAMID ALBAR
PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

 KUALA LUMPUR: 11 Oktober 2014 - Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) menerima baik pengumuman belanjawan 2015 oleh YAB Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, ini merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada rakyat. Dari perspektif pengangkutan awam,  perancangan dan langkah- langkah yang diumumkan oleh YAB PM adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat.

Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam seperti peruntukan sebanyak RM70 juta bagi projek bas elektrik , projek pembinaan laluan LRT dari Bandar Utama- Shah Alam- Klang dengan peruntukan RM9 billion , projek MRT Selayang - Putrajaya dengan peruntukan RM 23 billion dan insentif untuk perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan KL ke Seremban, Rawang dan Klang,  ianya sudah pasti akan meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat. SPAD mensasarkan agar peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40%.

Bajet 2015 kali ini juga jelas memberi penekanan kepada rakyat yang mengguna pengangkutan awam di mana akses bagi mendapatkan perkhidmatan serta fasiliti rangkaian awam dipertingkatkan. Selain dari dapat menjimat kos sara hidup harian, usaha kerajaan juga adalah ingin memastikan rakyat akan selesa ke destinai yang dituju.

Tuesday, October 14, 2014

BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (BHGN AKHIR)

... bersambung dari Bahagian 3

 
STRATEGI KE-7 : MENSEJAHTERA RAKYAT
- Tahap kualiti dan kesejahteraan rakyat
- Meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan -   

  bantuan 100 ringgit seorang
- Pembelian buku-buku rujukan - Program Baucer Buku 

  1Malaysia - 250 ringgit seorang
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani - 6 bilion :
  i)   Pasar Tani Kekal dan Pasar Ikan yang beroperasi     

       setiap hari
  ii)  Program lelongan sayuran berkualiti dengan harga   

       berpatutan setiap minggu
iii)   Tanaman semula pokok buah-buahan tempatan -   

       Program Jom Bertani
iv)   Geran 100 juta kepada Lembaga Pertubuhan Peladang  

       untuk 4 kawasan Pembangunan Pertanian   Bersepadu

- Nelayan :
i)     Elaun sara hidup dinaikkan
ii)    Elaun nelayan darat
iii)   Aktiviti akuakultur
iv)   Memasang Automatic Identification System di bot-bot 

       nelayan
v)    Projek Khas Perumahan Nelayan

- KPDNKK :
i)     Tambahan KR1M
ii)    Kumpulan pemantau harga
iii)   Unit Penguatkuasaan GST, Unit Pemantauan Harga dan  

       Skuad Pengguna

- PENGANGKUTAN AWAM :
i)     Bas antara bandar untuk yang bekerja di luar Kuala  

       Lumpur. Tambang bulanan diskaun 30 peratus.
ii)    Electric Train Service atau ETS Ipoh-Butterworth
iii)   Perkhidmatan Bas Berhenti-henti melalui sistem 

       kontrak.

- PEKEBUN KECIL
i)     Getah - 100 juta untuk mekanisme kawal selia harga   

       dan 6.4 juta kepada koperasi pekebun kecil.
ii)    Kelapa Sawit - 41 juta untuk insentif penanaman baru 

       dan semula dan duti eksport dikecualikan.

- KESIHATAN RAKYAT
i)     2 buah hospital dan 20 klinik
ii)    30 Klinik 1Malaysia
iii)   30 juta untuk ganti mesin hemodalisis.
iv)   45.4 juta untuk ubat-ubatan pesakit kronik 

       hemodialisis.
v)    Pelepasan cukai ditingkatkan kepada 6,000 ringgit  

       dan termasuk pasangan dan anak.
vi)   Program pencegahan denggi.

- KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN 

  MASYARAKAT di mana 2.2 bilion untuk program tersebut:
i)    1.2 bilion bantuan untuk keluarga miskin, kanak-kanak, 

      warga emas dan OKU
ii)   Pelepasan cukai bagi setiap anak OKU ke 6,000
iii)  Pelepasan cukai bagi peralatan sokongan asas OKU ke 

      6,000
iv)  Kadar makanan harian di JKM kepada 16 ringgit
v)   Geran tahunan Majlis Kebangsaan OKU ke 1 juta
vi)  Tambahan 5 pusat aktiviti warga emas. Pengangkutan  

      percuma untuk warga emas ke hospital

- PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan




- PEMILIKAN RUMAH
Projek dan program, di antaranya;
i)   80 ribu unit PR1MA. Had kelayakan  dinaikkan hingga   

     10  ribu. Skim rent-to-own.
ii)  26 ribu Perumahan Rakyat
iii) 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah 

     Idaman Rakyat serta 20 ribu unit Rumah Aspirasi Rakyat.



- Rumah Pertama :
i)   Lanjutan pengecualian duti setem 50 peratus
ii)  Menaikkan had nilai harga rumah ke 500 ribu
iii) Kelayakan umur peminjan dinaikkan ke 40 tahun

- Perumahan Kos Rendah Awam :
i)   40 juta untuk penyelenggaraan - Program 

Penyelenggaran Perumahan Awam

- Perumahan Kos Rendah Swasta :
i) 100 juta untuk penyelenggaraan - Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia

- Luar Bandar di Sabah dan Sarawak :
i) 635 km jalan-jalan balak
ii) 15 ribu buah rumah untuk penyambungan elektrik
iii) 7,500 rumah untuk penyambungan bekalan air bersih
iv) 9,500 rumah untuk menambaik pulih rumah usang
v)  Perkhidmatan udara luar bandar
vi) Program pembangunan ekonomi, kemudahan infrastruktur dan taraf hidup orang asli
vii) Lampu jalan kampung ditambah

- Bekalan Air :
i) Bekalan air di Lembah Klang - pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2
ii) Zon kawalan kebocoran air

- Keselamatan dan Pertahanan Negara :
(17.7 bilion - ATM, 9.1 bilion - PDRM, 804 juta - Maritim)

PDRM
i)   11,757 tambahan perjawatan polis
ii)  14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis
iii) 1,000 unit rondaan bermotosikal
iv) Program NKRA
 

ATM
i)   Aset-Aset pertahanan
ii)  Kebajikan, kesihatan dan kediaman anggota tentera
 

Maritim
i)   APMM - tingkatkan kecekapan operasi
ii)  7 buah kapal peronda baru
 

RELA
i) Latihan dan bina upaya
 

NGO (Geran one-off 50 juta) 164
i) MyNGO2015

PUSAT PERCETAKAN AL QURAN (30 juta bagi tempoh 3 tahun) 172
- Di Putrajaya, kedua terbesar di dunia
- Sejuta naskah setahun
- Seni khat

SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM 173
- Tambahbaik 252 skim perkhidmatan sedia ada

PEGAWAI DAN KAKITANGAN KONTRAK
- KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan Seranta FELDA yang lebih  

  15 tahun berkhidmat dan tamat perkhidmatan, bantuan  
  bulanan 300 ringgit

RUMAH PENJAWAT AWAM
- Had pinjaman dinaikkan ke 120 ribu
- Had maksimum dinaikkan ke 600 ribu
- Wang pemprosesan dimansuhkan
- Rumah PPA1M ditingkatkan, diluluskan dan ditambahbaik;
i)   Turunkan harga ke 90 ribu seunit
ii)  Syarat kelayakan dinaikkan ke 10,000 ringgit
iii) Dana mudahcara sehingga 25 peratus untuk pemaju  

     PPA1M :
     -  500 juta untuk baiki dan selenggara kuarters tentera, 

        polis, guru dan kakitangan kesihatan
     -  105 juta untuk Program MyBeautiful Malaysia


BR1M
- 3,000 ke bawah
i) Ditingkatkan ke 950 ringgit.
ii) Dibayar 3 kali setahun mulai Januari, Mei dan September

- 3,000 ke 4,000
i) Ditingkatkan ke 750 ringgit
ii) Dibayar 3 kali setahun mulai Januari, Mei dan September

- Bujang 21 tahun dengan pendapatan 2,000 ke bawah
i) Ditingkatkan ke 350 ringgit
ii) Dibayar sekaligus

- Skim Khairat Kematian dengan bantuan 1,000 ringgit selama setahun

ELAUN AHLI PARLIMEN
- Ahli Dewan Rakyat dinaikkan bersamaan gred Jusa C
- Ahli Dewan Negara dinaikkan antara gred 54 dan Jusa C
- Termasuk YDP

BONUS
- Setengah bulan gaji kepada penjawat awam
- Pesara Kerajaan, bayaran bantuan khas 250 ringgit
 


dan...




BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (BHGN 3)

... bersambung dari Bahagian 2

 STRATEGI KE-5 : MEMARTABAT PERANAN WANITA




- Pergiatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan 
  keusahawanan
 

- 2.26 bilion untuk pembangunan dan operasi.
 

- Program-programnya:
a) Program Pengarah Wanita
b) 1Malaysia Support for Housewife
c) Talent Corp - Program Women Career Comeback
d) Membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita
e) Meneruskan Program keusahawanan
f) Usahawan wanita India
g) Cuti menjaga anak, anak angkat, anak tiri tanggungan
h) Lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis 

    pejabat swasta



STRATEGI KE-6 : MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BELIA NEGARA





- Pelan Transformasi Belia Negara - 320 juta. 


a) PLKN dikajisemula. Keperluan kemahiran dan   

    kenegaraan.

b) Tambahbaik program Rakan Muda dan perkenal program 

    Kem Uniti

c) Akademi Kepimpinan Belia


d) IM4U, MyCorp - program  sukarela


e) Keusahawanan melalui MaGIC, SME Bank dan AgroBank, 

    Online Resource Centre

f) Program Agropreneur Muda oleh FAMA


g) Program Transformasi IKBN dan Coding Bootcamp serta 

    PADU

h) 1Malaysia Youth City - Semenanjung, Sabah dan Sarawak


i) Skim Perumahan Belia di antara BSN, KWSP dan Cagamas :
   - Belia berkahwin dan pendapatan kurang 10,000
   - RM200 sebulan diberi untuk tempoh 2 tahun pertama
   - 50 peratus duti setem dikecuali
   - Pinjaman kerajaan sebanyak 10 peratus


j) Negara Bersukan - 103 juta :
    i)    Program Malaysian Talent di peringkat sekolah rendah
    ii)   Meningkat mutu sukan berprestasi tinggi
    iii)  Program FitMalaysia
    iv)  Hari Sukan Negara



Monday, October 13, 2014

BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (BHGN 2)

... bersambung dari Bahagian 1

STRATEGI KEDUA: MEMANTAP TADBIR URUS FISKAL bagi mencapai bajet berimbang.

1) Melaksana GST. Senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST.

  • 300 unit pertama eletrik tidak dikenakan GST.
  • Petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
  • 56 peratus barangan akan turun harga sehingga 4.1 peratus termasuk ubat-ubatan, barangan elektrik, tekstil, barangan plastik, perabot, lampin bayi, daging, telur ayam, minyak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran.
  • Shoppers guide untuk perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
GST membolehkan kurang beban cukai. Golongan berkeluarga berpendapatan 4,000 sebulan dilepaskan cukai dan kadar pendapatan bercukai dinaikkan kepada yang melebihi 400,000.

Pendapatan koperasi,  kadar cukai pendapatan syarikat serta kadar cukai syarikat kecil dan sederhana dikurangkan. Yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai dibenar potongan cukai.
 

Insentif, bantuan serta potongan cukai tambahan untuk peniaga yang menghantar latihan tentang GST, perisian ICT  dan perakunan serta  kos membeli alat.


2) Merasionalisasi Subsidi.

Kedudukan kewangan awam ditambah baik dengan rasionalisasi subsidi terutama petroleum untuk pastikan subsidi diberi kepada kumpulan sasar dan kurangkan ketirisan dan penyeludupan.
 

Satu mekanisme baru pemberian subsidi petroleum. 

3) Menyebar luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Lebih UTC, Latihan melalui program 1Malaysia Skills and Employability Scheme bagi sektor awam dan 1Malaysia Training Centre bagi sektor swasta. 



STRATEGI KETIGA : MENGUPAYA MODAL INSAN DAN KEUSAHAWANAN untuk meningkatkan komponen gaji ditingkatkan ke 40 peratus menjelang 2020.



a) Memantapkan profesionalisme perguruan dan prestasi      sekolah - 56 bilion
b) Program Sekolah Amanah dan Pembinaan Sekolah Baru
c) Pendidikan Teknikal dan Vokasional - 100 juta diluluskan
    serta merta dan MARA 50 juta. Syarikat swasta  
    mendapat potongan cukai kepada biasiswa pelajar di 
    peringkat pengajian pensijian vokasional dan teknik. 
    Potongan dua kali ke atas perbelanjaan syarikat dalam   
    program internship dan potongan tambahan ke atas 
    perbelanjaan latihan yang ditanggung majikan.
d) Fasiliti Pendidikan dalam aspek keselamatan dan 
    persekitaran pembelajaran termasuk pembayaran kos bil 
    elektrik sekolah-sekolah di bawah Kementerian     
    Pendidikan.
e)  Menaja Pelajaran melalui JPA, Kementerian Pendidikan 
    dan Kementerian Kesihatan.
f) Perluas program myBrain15 untuk PhD.
g) Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - PTPN.
h) Talent Corp membangunkan kurikulum program 
    internship serta latihan industri. Graduan berkomunikasi 
    dalam Bahasa Inggeris dalam MUET.
i) Kebajikan golongan pekerja - Akta Kerja 1955 dan Akta 
   Perburuhan dikaji semula. Portal JobsMalaysia 
   ditambahbaik. Sistem insurans pekerjaan melalui     
   bantuan saraan sementara serta peluang latihan semula. 
   Latihan teknikal dan bantuan pendidikan golongnan belia 
   India.
j) Perhebat program upskilling dan reskilling.
k) Tingkat program latihan kemahiran.
l) MaGIC untuk memulakan perniagaan untuk usahawan 
   ekspatriat.


STRATEGI KEEMPAT : MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTRA

Kontrak Sosial. Menjelang 2020, jumlah Melayu dan Bumiputera, Islam dan bukan Islam akan mencecah lebih 70 peratus.


Tindakan Pertama : Ekuinas untuk tingkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam swasta dan GLC.

Tindakan Ke-2 : Mantapkan Keusahawanan Bumiputera dengan langkah-langkah;
i)    Perkukuh INSKEN
ii)   Merancakkan program SUPERB ke Sabah dan Sarawak
iii)  Perkenal TERAS untuk pasaran antarabangsa
iv) Perluas program carve-out and compete untuk projek kerajaan dan penswastaan termasuk MRT jajaran kedua dan Lebuhraya Pan Borneo.
 

Tindakan Ke-3 : PKS Bumiputra
i)   LTHaji -Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank  

     Islam
ii)  Amanah Ikhtiar Malaysia
Tindakan Ke-4 : Modal Insan Bumiputera - MARA
i)    Tajaan MARA
ii)   Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera - biasiswa,   

      latihan dan bantuan kewanganiii) Pusat Perakaunan Profesional di UiTM dengan kerjasama 
      Institut Akauntan Negara

Sabah dan Sarawak
- Lebuh Raya Pan Borneo untuk Sabah dan Sarawak
- Mini UTC dan RTC akan dibuka
- Klinik Kesihatan dan naik taraf hospital
- Perkukuhkan keselamatan ESSZONE
- Memanjangkan landasan lapangan terbang Lahad Datu
- Penempatan semula perkampungan air di Semporna dan  

  Sandakan
- Seimbangkan harga barang keperluan antara 
  Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui pembiayaan  
  kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga  
  dan  KR1M ditambah.

 ... strategi seterusnya di blog ini, akan menumpu kepada wanita, belia dan kesejahteraan rakyat.

Sunday, October 12, 2014

BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT (BHGN 1)



RINGKASAN MUKADIMAH

1. Sejak dulu, kini dan selamanya, kerajaan mendahulukan kepentingan rakyat walaupun adakalanya tindakan dan keputusan diambil adalah tidak popular kerana ia perlu diambil oleh pihak kerajaan yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti.

2. Setelah 57 tahun, dari pertanian ke perindustrian moden, dari berpendapatan sederhana tinggi, kini melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dan pengetahuan.

3. Tiga Rancangan Jangka Panjang, kesemuanya berobjektif pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat serta transformasi kerajaan, ekonomi sosial serta politik.

4. Pada Mei 2015, bermula jendela Rancangan Malaysia ke-11, pendekatan Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian National Development Strategy atau MyNDS.

5. Bajet 2016 adalah pelonjak akhir memacu kepada High Income Advanced Economy yang berasaskan pengetahuan, kemahiran tinggi, kepakaran, kreativiti dan inovasi.

6. Bajet 2015 menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy yang disebut sebagai EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT atau EKR.

PENCAPAIAN NEGARA

Pencapaian dari 2009 hingga 2014:
a) 196 projek dari 12 NKEA dan SRI telah dilaksana
b) Jumlah pelaburan mencecah 219 bilion dan lebih     
    437,000 peluang pekerjaan.
c) Muktahir, KDNK sebanyak 6.3 peratus - tertinggi di 
    kalangan negara ASEAN
d) Indeks KLCI meningkat 114 peratus
e) Pertumbuhan modal pasaran meningkat 162 peratus.
f) Kadar defisit 6.7 peratus semenjak 2009 ke 3.9 peratus pada 2013 dan dijangka turun ke 3.5 peratus pada tahun ini. 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal 5-6 peratus.
g) Paras Indeks Bursa Malaysia tertinggi dalam sejarah negara dan catatan tertinggi kemasukan pelabur asing. 



BAJET 2015

Peruntukan Bajet 2105 ialah 273.9 bilion, 223.4 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan 50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Kutipan hasil kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak 235.2 bilion

GST pada 2015, kutipan dianggarkan 23.2 bilion dan baki dari kutipan ialah 5.6 bilion, di mana 4.9 bilion adalah untuk keperluan rakyat seperti tambahan BRIM.

7 STRATEGI EKR:

 

STRATEGI PERTAMA : MEMPERKUKUH PERTUMBUHAN EKONOMI bagi meningkatkan pelaburan domestik dan asing.

a) Merancakkan sektor perkhidmatan - Blueprint Sektor Perkhidmatan, Skim Jaminan PKS, Research Incentive Scheme, Dana Perkhidmatan Eksport, mengukuh Skim Pembangunan Francais. 

b) Pasaran Kewangan Islam diperkukuh. Kerajaan cadang diberi pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun berturut-turut bagi menggalakkan pelaburan dalam IAP.

c) Industri Perkapalan Tempatan - Kelab P&I Malaysia di bawah Exim Bank untuk pemilik kapal muatan kasar 300 tan ke bawah.

d) Menambahbaik pakej insentif bagi Koridor-koridor Ekonomi yang kurang maju.

e) 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun bagi insentif pengurusan kawasan perindustrian.

f)  Insentif Elaun Modal bagi industri yang bergantung kepada buruh yang tinggi.

g) Pakej galakan bagi pekerja berkelayakan tinggi dan berpengetahuan untuk projek-projek pelaburan berasaskan teknologi, inovasi dan pengetahuan.
 
h) Projek-projek infrastruktur yang akan dilaksanakan iaitu membina Lebuh Raya, menaik taraf landasan keretapi, pembinaan MRT Jajaran Ke2 dan LRT3. PPIPC (Pengerang) yang dijangka wujud 10,000 peluang pekerjaan dan industri pembuatan kenderaan elektrik.


m) IKS dicadangkan SME Investment Partner di peringkat start-up dengan jumlah 375 juta dalam bentuk pinjaman, ekuiti atau kedua-duanya. 80 juta untuk meningkatkan penggunaan teknologi baru.

TEKUN, tambahan dana 500 juta diagihkan seperti berikut;
  • 350 juta untuk peminjam baru.
  • 50 juta untuk Skim Pembiayaan Usahawan India.
  • 50 juta untuk Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional. 
  • 50 juta program Pembangunan Usahawan Bekas Tentera.
i) Penubuhan Hab Prinsipal untuk pusat operasi global syarikat multinasional dengan perkenal 'customised incentives'

j) Industri Kreatif - 100 juta

k) Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi,

l) Industri Pelancongan - sempena sambutan 'Malaysia - Year of Festivals 2015' - 316 juta untuk program tersebut.


m) IKS dicadangkan SME Investment Partner di peringkat start-up dengan jumlah 375 juta dalam bentuk pinjaman, ekuiti atau kedua-duanya. 80 juta untuk meningkatkan penggunaan teknologi baru. 

n) R&D melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - 1.3 bilion;
a) 360 produk inovasi berimpak tinggi
b) Penyelidikan bagi menjalankan aktiviti R&D&C
c) Menjenamakan semula SIRIM.
d) Public Private Research Network - 50 juta
e) Program Technology Commercialization Platform - 50 juta


... bersambung ke Strategi seterusnya.


Friday, October 10, 2014

APA ITU BAJET NEGARA?


Bajet 2015 akan dibentangkan di Dewan Rakyat petang Jumaat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdapat beberapa istilah dan ungkapan ekonomi khusus bagi menjelaskan butiran penting dalam bajet, yang perlu difahami umum.

Untuk membantu pemahaman ini, Bernama menemu bual seorang pakar ekonomi Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin (gambar) yang merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM).

S: Apakah sebenarnya bajet negara?
J: Bajet adalah rancangan perbelanjaan kerajaan yang melibatkan penerimaan wang, cukai serta duti lain dan wang tersebut digunakan dalam projek dan program pembangunan rakyat. Setiap tahun bajet dibuat satu kali dan merangkumi satu tahun fiskal yang bermula pada 15 Jan sehingga 15 Jan tahun berikutnya.

Bajet akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan bagi pihak Yang di-Pertuan Agong di Parlimen pada Jumaat terakhir bulan September atau Jumaat kedua, ketiga atau terakhir bulan Oktober.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan bajet seimbang?

J: Bajet seimbang bermaksud dapatan kerajaan seimbang dengan perbelanjaan. Dalam erti kata lain, kerajaan tidak meminjam dan berbelanja daripada apa yang dikutip (cukai). Namun begitu, bajet seimbang ada bahayanya kerana jika kutipan sedikit dan belanja juga sedikit, projek-projek mungkin dikurangkan. Oleh itu, rakyat jangan terlalu teruja dengan bajet berimbang.

Kita harap kutipan besar, bajet pun besar, seimbang dan tiada defisit serta kekurangan. Selain itu, belanjawan berimbang boleh dikaitkan dengan pemberian bantuan dan subsidi kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Jika semua rakyat meningkatkan perbelanjaan mereka, maka ia akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Jika kerajaan tidak beri BR1M, orang miskin tidak akan berbelanja. Namun pada masa sama, kita perlu ingat jika banyak belanja tanpa kawalan akan mengundang inflasi. Justeru, antara galakan penggunaaan wang dan usaha kawal inflasi perlu ada kebijaksanaan.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan bajet defisit?

J: Bajet defisit bermaksud negara berbelanja lebih daripada apa yang dikutip. Maknanya kita kutip cukai sedikit tetapi kita berbelanja banyak dalam mengurus dan pembangunan negara.

S: Apakah maksud istilah fiskal dan defisit fiskal?

J: Kita jarang guna istilah tersebut. Dalam bajet ada dua istilah iaitu fiskal dan monetori. Yang selalu disebut adalah fiskal. Monetori disebut secara tidak langsung kerana ia
dijalankan oleh Bank Negara secara bebas dan melibatkan kadar kaedah pasaran, kuantiti wang, syarat pinjaman bank dan sebagainya.

S: Bagaimana kerajaan boleh mengurangkan defisit bajet?

J: Amatlah penting bagi kerajaan untuk mengurangkan defisit bajet kerana jika dibiarkan defisit fiskal atau defisit bajet, lama-kelamaan akan menjejas mata wang negara. Di samping itu, ia juga akan menjejaskan keyakinan orang luar terhadap mata wang negara, nilai dan kekuatan Ringgit akan jatuh, import mahal, eksport murah dan banyak perkara lagi akan terjejas.

Apabila orang tidak yakin dengan mata wang kita, maka ia akan menjadi sesetengah mata wang negara lain seperti Rupiah dan sukar untuk kembali kukuh.

Faktor lain yang mungkin menyumbang kepada defisit bajet ialah defisit dalam imbangan bayaran antarabangsa di mana kita lebih banyak import berbanding eksport. Selain itu, ia berlaku disebabkan negara lebih banyak berbelanja berbanding apa yang kutip.

S: Apakah pula peranan rakyat dalam langkah pengurangan defisit ini?

J: Rakyat perlu berbelanja lebih di dalam negara, berjimat-cermat dan jangan mengelak daripada membayar cukai. Kakitangan awam pula perlu bekerja dengan lebih cekap dan telus serta jangan melibatkan diri dengan perkara yang tidak meningkatkan produktiviti, termasuk menjauhi rasuah.

S: Sejauh mana bajet boleh menentukan penarafan kredit negara?

J: Bajet yang dibentangkan esok akan dinilai dari segi sama ada kerajaan berhemat atau tidak dalam membelanjakan wang. Biasanya soalan pertama adakah kita mempunyai kemampuan untuk mengadakan projek kerana jika banyak projek, kita berkemungkinan akan meminjam duit dan akan menjejaskan kredibiliti negara.

Terdapat dua tempat pinjaman wang iaitu di dalam atau luar negara. Dalam negara boleh juga kalau hendak disorok-sorok namun jika luar negara, ia akan terdedah dalam pasaran terbuka. Justeru, bajet yang bagaimana yang boleh menentukan penarafan kredit negara ialah ia perlu seimbang dan produktif.

Jika boleh, subsidi dikurang dan kesan agihan ditingkatkan supaya orang miskin mendapat bantuan dan turut berbelanja serta membantu dalam pertumbuhan ekonomi.

S: Wajibkah ada 'goodies' dalam bajet?

J: Memang wajib. Ini kerana bajet memerlukan sokongan rakyat dan kita sentiasa mengharapkan sokongan itu dalam apa juga perkara yang kita rancang untuk negara.

Misalnya dalam pertumbuhan ekonomi atau pertumbuhan sektor pelancongan, kita mengharapkan rakyat sokong. Apa makna pelancongan jika pelancong datang ke negara kita yang dalam keadaan huru-hara, rakyat tunjuk perasaan kerana tidak cukup makan, tidak cukup gaji.

Kerajaan mesti adakan 'goodies'. Di Amerika dan Britain pun ada kerana itu memang tanggungjawab pemimpin. Sebut tentang 'goodies' selalunya diberikan kepada kakitangan kerajaan, memang tidak dinafikan ada pertikaian tentang perkara itu apabila ada pihak yang menganggap pihak lain mendapat lebih.

Masyarakat perlu dididik agar tidak mempunyai pemikiran negatif sebegitu. Orang miskin dapat subsidi atau dapat BR1M, orang yang bergaji tinggi akan tanya, sedangkan mereka golongan yang berkemampuan.

S: Apakah kesan bajet di peringkat individu?

J: Kesan bajet di peringkat individu bermaksud kesan sampingan bajet atau kesan langsung bajet. Seperti bantuan buku kepada individu dan dalam keluarga individu tersebut (dalam keluarga yang sama), ada juga yang menerima BR1M atau subsidi nelayan sebagai contoh.

Begitu juga dengan individu yang makan gaji dan membayar cukai, kita beri bonus setengah atau sebulan gaji. Jadi okaylah bila harga minyak naik, kerajaan bagi bonus, di situ ada penyesuaian.