Tuesday, March 18, 2014

JIKA KOR MING KENCING BERLARI, PENGIKUT KENCING... MENGEPIT?

Kita masih ingat, cemuhan Nga Kor Ming menggelar calon PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan pelbagai gelaran dan sengaja memanggil Mei Fun dalam bahasa kantonis iaitu 'mee goreng'. Kor Ming juga telah mengaitkan Mei Fun sebagai pembantu rumah hanya kerana beliau memegang penyapu dalam satu gotong royong bersama masyarakat Kajang dan Mei Fun menggunakan objek seterika lama sebagai simbol di dalam mesejnya pada hari wanita sedunia.


Berikut adalah terjemahan lambang seterika tersebut;

"Renyuk kain menjadi kemas bukan kerana jenama seterika yang digunakan, tetapi kasih sayang yang mengalir dari tangan wanita yang menggunakan seterika itu. Terima kasih Wanita."

Dengan sabar Mei Fun hanya dapat mengatakan Kor Ming sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik dan bukan mencemuh tugas-tugas seorang wanita.

KOR MING KENCING BERLARI...

Perangai pemimpin DAP yang gemar mengguna pendekatan mencemuh pihak lawannya terutama seperti Nga Kor Ming inilah yang menjadi ikutan penyokong-penyokong mereka.

Memang benar kata Datin Paduka Chew Mei Fun, Kor Ming sepatutnya menjadi pemimpin contoh yang baik dan bukan sebaliknya.

Terkini, Mei Fun telah diserang sekali lagi dengan menyebar ilustrasi gambar yang tidak sopan di media sosial.


Wanita MCA telah mengutuk perbuatan hina 'cyber bullies' yang terang-terang bertujuan menjatuhkan maruah dan seterusnya merosakkan personaliti Mei Fun. Tingkah laku yang memalukan ini amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali.
 
Bagi menghalang perkara terkutuk ini berlaku lagi, pengundi Kajang hendaklah bersama-sama Datin Paduka Chew Mei Fun membela keadilan terhadap maruah wanita yang telah dicemuh pihak Pakatan Rakyat.

Berilah undi kepada Chew Mei Fun dan nayatakan secara terang-terangan
dengan mengatakan "TIDAK". Dengan ini kita sama-sama menunjukkan protes kepada perbuatan terkutuk terutama penganiayaan terhadap kaum wanita .



2 comments:

nadesmani said...

Nga Kor Meng suka mengiritik orang lain, seolah dia ini bersih sangat. Sila kritik dia dengan kata-kata yang lebih teruk,baru dapat dia belajar rasa orang lain.

kadiruuun said...

Aq respect cara MFChew berbahasa walaupon diserang dgn kata2 kesat. Patutnyer org melayu tunjuk adab mcm ni. Semoga BN berjaya disepang