Showing posts with label banjir 2014. Show all posts
Showing posts with label banjir 2014. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

KONVOI YAYASAN MESRA DALAM MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN


Apabila cubit peha kiri, peha kanan pasti terasa dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

Itulah yang dirasakan oleh semua rakyat Malaysia apabila saudara-saudara kita di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sedang menghadapi musibah banjir yang dikatakan paling teruk dalam sejarah.

Ketika banjir sedang melanda, hanya doa yang dapat dihulurkan agar mereka segera dapat diselamatkan.

Namun setelah banjir semakin surut, inilah ketikanya bantuan dihulur dan disalurkan kepada mereka. Pada 8hb lalu, konvoi Yayasan Mesra telah bergerak ke Tanah Merah, Kelantan dengan muatan seberat 10 tan. 

Destinasi konvoi bantuan telah menuju ke Dewan Insaniah, Kg Kelewek, Kelantan di bawah Parlimen Tanah Merah dan disambut ahli Parlimen Tanah Merah, YB Datuk Ikmal Hisham.



Bertepatan dengan misinya "Khidmat Mesra", Yayasan Mesra telah bersama-sama meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Di antara bantuan yang dibekalkan adalah beras, minyak masak, biskut, maggi dan telor 'special-one'.




Selain dari Gua Musang dan Kuala Krai, Tanah Merah juga paling teruk terjejas di mana ia adalah di antara daerah yang dilalui Sungai Kelantan.
semua bandar yang dilalui Sungai Kelantan
semua bandar yang dilalui Sungai Kelantan

Selain dari bantuan, kakitangan Yayasan Mesra juga telah mengadakan ziarah mesra ...



Bantuan yang dihulurkan, sekurang-kurangnya dapat meringankan kesulitan mangsa-mangsa banjir dan rasa kesyukuran terserlah di wajah-wajah mereka...




Prihatin seorang pemimpin ... inilah yang dikatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin juga turut sama-sama membantu menguruskan bantuan.



Apabila peha kanan dicubit, peha kiri pun terasa peritnya, maka syabas kepada warga Yayasan Mesra kerana prihatin terhadap saudara-saudara yang sedang menghadapi musibah banjir. Semoga prihatin mereka menjadi contoh kepada kita, bersama-sama menghulurkan bantuan dan inilah semangat rakyat Malaysia sebenarnya.

 

Wednesday, January 07, 2015

TOKEY BALAK NAFI TETAPI GOOGLE EARTH MEMBUKTIKANNYA

Tonton dahulu video ini dan tanya diri kita, apa yang kita faham!



Sedikit maklumat :
Kemusnahan hutan di Kelantan - kawasan tadahan semulajadi dimusnahkan dengan skala yang begitu dahsyat sekali. Dengan menggunakan google earth, video ini menyusuri dari Kota Bharu sehingga ke Lojing untuk melihat sejauh mana kemusnahan hutan di Kelantan atas tujuan pembalakan/pertanian.

Kisah hutan negeri Kelantan diganyang semahunya tokey-tokey balak bukan sesuatu yang baru tetapi setelah menonton video di atas, timbul rasa belas kasihan terhadap alam semulajadi di bumi ini.

Sultan Kelantan pernah bertitah;


Teringat satu ketika dahulu sekitar tahun akhir 2012, apabila kerajaan Kelantan telah anugerahkan kepada 2 sepupu pemimpin DAP Perak ini. Tidak susah untuk mencari maklumat yang hanya di hujung jari, akan keluar pelbagai laporan mengenai penglibatan Ngeh, Ngah dan Nik Aziz terhadap anugerah tanah balak di Gua Musang.

Salah satu blog yang melaporkannya adalah... Unspinners. Menariknya, bersungguh-sungguh menafikannya sehingga mengugut ;
Nga Kor Ming telah datang kemejanya lalu menuding jari dengan berkata "You dedah (revealed) you watch out I will go after you."
... tetapi akhirnya terpaksa mengaku juga terlibat dan Nik Aziz yang meluluskannya...



Bencana banjir yang sedang dihadapi rakyat Kelantan terutama di Gua Musang dan Kuala Krai hari ini adalah hasil dari kerakusan tokey-tokey balak dan ini tidak boleh dinafikan. Logiknya adalah setelah air banjir surut, yang tinggal kepada rakyat adalah limpahan lumpur. Sekiranya banjir berpunca dari air sungai, air empangan dan air laut, apakah membawa lumpur juga?

Maka, kedengaranlah juga penafian dari Raja Balak PAS, si Husam Musa yang berusaha mencari kambing hitam untuk mengelak dari dipersoal dan dipersalahkan.

Ini sebahagian dari kenyataan Husam...

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini??? Saya pohon TNB memberikan penjelasan segera...



Maka, TNB berikan penjelasan...




Apalagi alasan Husam selepas ini? 

Apakah ada kaitan Husam, 2 sepupu Ngeh dan Ngah... AIDC menjelaskannya.

Kini mengapa Kit Siang tiba-tiba menunjukkan prihatinnya terhadap rakyat Kelantan sehingga sanggup melancong ke Kelantan telah terjawab sepenuhnya. Alasan DAP yang prihatin terhadap rakan sepolitiknya hanyalah satu sandiwara. Dan alasan yang terpkasa dibuat Kit Siang untuk menutup kehilangan anaknya yang tidak dapat dihubungi kerana bercuti di Paris, juga sekadar alasan sampingan.

Yang nyata, pelaburan balak mereka perlu diawasi dan jangan sehingga rakyat tahu punca sebenar malapetaka banjir besar 2014.

Rakyat Kelantan perlu bertanya kepada diri mereka... apabila hasil bumi Kelantan diratah habis-habisan, ia milik PAS dan DAP tetapi ketika rakyat menimpa musibah akibat perbuatan mereka... APAKAH RAKYAT KELANTAN TIDAK BOLEH MENYEBUT NAMA-NAMA MEREKA?

Saturday, January 03, 2015

KERANA DS NAJIB, KEDUTAAN CHINA HULURKAN USD100,000

Kita tidak lupa ketika tragedi MH370, apabila hubungan antara China dan Malaysia hampir terjejas kerana terdapat suara-suara hasutan yang cuba menimbulkan ketegangan dan ingin melihat hubungan yang telah terjalin sekian lama semenjak era Tun Razak menjadi rengang.

Kini, apabila negara kita sedang berhadapan dengan bencana banjir terburuk dalam sejarah negara, kita tidak keseorangan. Kedutaan China ke Malaysia  telah menyumbang sebanyak USD100,000.

Apabila ditanya pemberita kenapa Duta China ke Malaysia Tuan Huang Huikang begitu prihatin dengan keadaan banjir di Malaysia, jawapannya adalah kerana terharu...



Melihat DS Najib yang berada di luar negara bergegas pulang untuk menangani bencana ini sambil mengarahkan jemaah menterinya membatalkan cuti dan pulang ke tanahair, menyaksikan para pemimpin mendampingi rakyat semasa bencana melanda dan mengkagumi semangat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum yang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir telah menimbulkan rasa terharu.

Para pemimpin MCA turut mendapat pujian Huang Huikang kerana telah turun padang menyertai operasi menolong dan menyelamat mangsa-mangsa banjir.

Pemimpin-pemimpin Negara China juga akan berada di sisi rakyatnya dan senario ini jarang berlaku di negara-negara lain. Duta China ke Malaysia juga berpendapat, adalah menjadi kewajipan samada kerajaan mahupun pemimpin politik, hendaklah hadir apabila rakyat memerlukan mereka. Di sinilah menunjukkan sebuah kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya.

Huikang menegaskan, China sentiasa bersedia menghulurkan bantuan di atas semangat persaudaraan dan bersiap sedia menolong MCA meringankan beban mangsa banjir sekiranya permintaan dikemukakan.

Tiga syarikat milik China memberikan sumbangan termasuk CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd yang menyumbang RM500,000, China Railway Construction Corporation Malaysia yang menyumbang RM300,000 beserta 10,000 batang lilin dan Beijing Urban Construction Group Malaysia yang menyumbang RM100,000.

Kementerian Luar China juga telah menghantar mesej takziah kepada Malaysia, manakala Red Cross Society of China juga telah menderma AS$100,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, dipercayai sumbangan kepada pertubuhan luar negara yang pertama. Ini menunjukkan betapa rapatnya rakyat kedua-dua negara. 

China tidak akan membiarkan Malaysia bersendirian menghadapi cabarannya.

Kedutaan China di Malaysia telah memperuntukkan RM50,000 kepada tiga kawasan bencana yang teruk seminggu yang lalu dan pasukan tarian China juga telah menyatakan akan mendermakan sebahagian perolehan daripada pertunjukannya di sini kepada mangsa banjir.

Beliau mengajak rakyat Malaysia mengambil aspirasi dari ‘bencana memupuk semangat waja’ dan mewakili kerajaan China mengucapkan selamat tahun baru. Beliau juga berharap tahun 2015 bakal membawakan keamanan, kemakmuran serta kesejahteraan kepada Malaysia.  

Seandainya negara gergasi seperti China menghargai dan terharu dengan pengorbanan dan tanggungjawab Perdana Menteri, apakah kita sebagai rakyat perlu mempersoal bakti yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir terutama di negeri Kelantan?

MCA sebuah parti politik bangsa Cina pula, tidak putus-putus memohon sumbangan dan bantuan, apakah perlu dipertikai solidariti mereka?

Inilah semangat 1Malaysia yang perlu dipertahankan dan bukan dipertikai terutama dari pihak pemimpin-pemimpin politik pembangkang.

Monday, December 29, 2014

DATUK HANAPI SUHADA TERAJU KESELAMATAN WARGA FELDA DI KAWASAN BANJIR

Warga Felda juga tidak terkecuali dari mengalami bencana banjir terutama yang berada di Gua Musang.



Baru-baru ini pemangku Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada telah membatalkan cutinya dan bergegas turun meninjau keadaan warga felda di beberapa kawasan termasuk Felda Chiku semenjak 24 Disember lalu. Dikatakan laluan KM 12 Jalan Chiku-Aring, Gua Musang telah putus hubungan dan kini telah ditutup untuk semua kenderaan darat.

Sebelum itu, Datuk Hanapi juga telah memastikan bantuan dan warga Felda di Chegar Perah 1 kemudian terus ke Gua Musang.


Memandangkan warga felda berada hampir di kesemua kawasan banjir, Datuk Hanapi telah bekerjasama erat dengan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad untuk memaklumkan maklumat terkini keadaan banjir serta merancang penghantaran bantuan.

Di antara beberapa kawasan felda yang dilanda banjir adalah;
Kelantan : Felda Chiku, Felda Seberang Tayor, Felda Chegar Perah, Felda Perasu, Felda Kemahang
Terengganu : Felda Seberang Tayor, Felda Cerul, Felda Aring, Felda Tenang, Felda Sg Tekam Getah
Pahang : Felda Jengka 14, Felda Chini 3,  Felda Kota Gelanggi
Perak : Felda Lasah,
Kedah : Felda Lubuk Merbau,
Negeri Sembilan : Felda Kepis, Felda Melang, Felda Selaru
Johor : Felda Palong Timur

Nampaknya di ketika ini, keadaan banjir di kebanyakan kawasan terutama di pantai timur masih belum beransur pulih kerana hujan masih lebat. Namun, yang penting sekali, pelbagai bantuan masih diusahakan oleh semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin kita.

Di dalam melaksanakan tanggungjawab, masih ada yang cuba mengambil kesempatan menabur pelbagai berita palsu dan tidak kurang juga mencemuh pemimpin-pemimpin kita.

Di dalam keadaan genting... dengarlah pesanan ini;


Bersabarlah pemimpn-pemimpin ku, namun segala yang diusahakan hanya untuk rakyat dan mereka berkhidmat bukan untuk nama tetapi demi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.