Showing posts with label Tahun Baru Cina 2015. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru Cina 2015. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

MB JOHOR BERTERIMAKASIH KEPADA WEE KA SIONG



"Maka sebenarnya, kita tidak memerlukan parti pembangkang kerana MCA boleh mewakili kaum Cina di negeri kita pada hari ini... "

Itulah kata-kata YAB Datuk Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dalam satu majlis bersama rakyat meraikan Tahun Baru Cina di Batu Pahat.

Datuk Wee Ka Siong selaku Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor telah mengutarakan beberapa masalah rakyat Johor dan di antaranya adalah isu kenaikan cukai harta daerah Yong Peng yang melambung tinggi sehingga 7500%. Datuk Wee juga sarankan agar semakan perlu dibuat terhadap penilaian harta yang tidak munasabah ini di mana nilai harta di kawasan luar bandar lebih tinggi daripada nilai harta di bandar.

Selain dari itu, Datuk Wee juga telah memohon jalan Air Hitam ke Gemas dibaikpulih kerana terlalu banyak jambatan dan pembahagi di tengah jalan persekutuan yang telah mengakibatkan banyak kemalangan jiwa.

Kesemua aduan rakyat yang dibawa Datuk Wee ini, telah mendapat perhatian MB Johor secara langsung dan YB MB sangat berterima kasih apabila dibawa ke pengetahuannya. Ini jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin MCA di semua peringkat negeri Johor mempunyai hubungan baik dan peka dengan suara masyarakat Tionghua.

Inilah transformasi MCA yang dikatakan apabila masyarakat tionghua khususnya kembali semula kepada MCA. Peranan penting yang dimainkan setiap parti komponen BN terutama MCA, yang merealisasikan kerajaan negeri Johor terbentuk pada hari ini. YB MB juga diberi peluang untuk menilai dan melihat sendiri kekuatan masyarakat tionghua kepada MCA pada malam itu.

Menjawab permohonan Datuk Wee, YB MB sarankan kerajaan pusat perlu beri pertimbangan wajar walaupun Johor dikategorikan sebagai negeri yang sudah membangun dan maju. Dengan adanya di kalangan ahli parlimen Johor menduduki di dalam barisan kabinet kerajaan Malaysia, maka sepatutnya permohonan untuk menaik taraf jalanraya persekutuan Air Hitam ke Gemas mendapat perhatian yang baik.

YB MB bersedia beri perhatian serius kepada apa yang sedang berlaku di Majlis Daerah Yong Peng apabila cukai harta melambung tinggi dan beliau berharap agar isu ini dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, YB MB meminta penduduk yang terjejas agar menyertai proses rayuan yang perlu dilalui di dalam melakukan penilaian semula cukai pintu dalam kawasan PBT.

Begitu juga dengan projek keretapi laju KL-Singpura yang bagi pandangan Datuk Wee akan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Bagi kerajaan negeri Johor, tidak ada halangan jika laluan keretapi laju ini melalui mana-mana daerah asalkan penduduk tempatan bersetuju.

Inilah muafakat di antara setiap kaum dengan kaum yang lain yang akan menentukan negeri Johor kekal berjaya, maju dan cemerlang, sebuah negeri yang paling kuat dan kukuh ekonominya dan ini adalah tanggungjawab semua rakyat Johor tanpa kira bangsa.

Sebagai parti yang mewakili kaum Tionghua, MCAlah parti politik yang sentiasa mampu membawa suara rakyat kepada kerajaan negeri. MCA dan kerajaan negeri tidak perlu tunggu hanya waktu pilihanraya untuk selesaikan masalah rakyat. Inilah kerjasama di antara parti-parti komponen BN yang sentiasa berganding bahu bagi memastikan rakyat terbela dan suara mereka diberi perhatian dan diambil tindakan.

Saturday, February 28, 2015

OPS SPAD SEPANJANG KEMPEN TAHUN BARU CINA 2015

Bulan Februari adalah bulan perayaan dan sambutan Tahun Baru Cina juga diraikan dalam bulan ini. Kebetulan pula rakyat Malaysia akan bercuti panjang dan
rakyat Malaysia tidak kira bangsa akan mengambil kesempatan untuk balik kampung atau mungkin melancong.

Ketika inilah, jalanraya samada di lebuhraya atau jalan persekutuan akan dipenuhi kenderaan. Keselamatan di jalanraya adalah langkah utama yang diberi perhatian kerajaan. Namun, pihak berkuasa juga melihat bukan saja faktor keselamatan perlu dibendung di jalanraya saja tetapi keselamatan penumpang-penumpang pengangkutan awam juga perlu diambil perhatian.

Maka sepanjang bulan Februari ini, penguatkuasa SPAD telah melipat gandakan operasi seperti berikut;

12 Feb - Ops Tegas : Sebanyak 82 buah teksi disita gara-gara degil dan enggan menggunakan meter dalam 'Ops Tegas' yang telah dijalankan sejak 21 Januari. SPAD memberikan tumpuan kesalahan teksi tidak menggunakan meter kerana menerima aduan tertinggi.

Operasi dijalankan di beberapa lokasi ‘panas’ seperti pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

15 Feb - Operasi bersepadu di di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin bersama PDRM, JPJ, AADK, Puspakom, Majlis Keselamatan Jalan Raya, JKJR dan Skuad Muda JPJ telah dirasmikan Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Datuk Lim Ban Hong. Di dalam operasi ini 9 motosikal manakala sebuah kereta yang diubah suai secara melampau telah disita dan 2 lagi kenderaan diberikan notis arah periksa.

16 Feb - Ops Terminal di Stesen Bas Ekspres dan Teksi di Bukit Lagi, Perlis meliputi bas dan teksi di  di sini hari ini. Operasi dijalankan secara bersepadu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan AADK. Tujuan operasi ini adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran di kalangan masyarakat khususnya di musim perayaan.

26 Feb - Ops Target : Operasi bas ekspres di 29 terminal bas utama seluruh negara bersama AADK, polis dan JPJ. Sebanyak 18 pemandu bas ekspres didapati gagal ujian saringan yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sempena sambutan Tahun Baharu Cina, yang bermula 12 Feb lalu. 

Daripada 18 pemandu terbabit, empat orang ditahan di Selangor manakala tiga di Perak dan Sabah, dua di Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak, serta masing-masing satu di Kedah dan Pulau Pinang.

Operasi TGM - Dikenali keraja teksi yang tidak mengguna meter. Sejak operasi dijalankan pada Januari lalu, daripada 102 teksi 15 buah telah disita. Tindakan sita ini lebih berkesan kerana jika dikeluarkan notis sahaja, mereka akan ambil mudah. Antara lokasi teksi TGM adalah sekitar Bukit Bintang, Sunway, KLCC, Mid Valley malah menjangkau hingga ke Rawang dan Kajang.



Sepanjang kempen keselamatan jalanraya sempena Tahun Baru Cina 2015 ini, SPAD juga telah diberi tugas mengawal kegiatan 'ulat tiket' dan penjualan tiket bas dan pemeriksaan lesen perubahan sementera bermual 12 Februari sehingga 27 Februari.

Selain itu, SPAD juga telah mengeluarkan sebanyak 140 Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada syarikat bas di seluruh negara sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. Tambang bas ekspres pula ditetapkan kekal seperti biasa walaupun harga diesel mengalami penurunan baru-baru ini.

Pengumuman operasi hentian sementara bas ekspres di Grenwood, Gombak telah dibuat dan akan ditamatkan selepas 8 Mac depan dan mereka telah diarahkan berpindah ke ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan.

Statistik kemalangan jalan raya pada tahun 2013 dan 2014 itu, terdapat penurunan sebanyak 241 kes kematian. Dengan itu prihatin di kalangan pengusaha bas ekspres mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi menyediakan perkhidmatan awam yang terbaik demi keselamatan di jalanraya dan rakyat dapat meraikan cuti Tahun Baru Cina.

Thursday, February 26, 2015

"KAI GONG" MCA BUKAN SEKADAR UPACARA DAN KEPERCAYAAN


Bangsa cina kaya dengan adat resam dan di dalam meraikan Tahun Baru Cina, mereka juga akan memulakan pekerjaan atau perniagaan mereka. Ketika ini mereka akan memilih satu tarikh yang sangat sesuai yang dinamakan "kai gong da ji" di mana mereka percaya permulaan di Tahun Baru yang akan membawa kejayaan dan tuah yang mendatang.

MCA sebagai parti politik bangsa cina tidak ketinggalan berharap agar kejayaan dan kemakmuran menyebelahi mereka dan satu acara "kai gong" diadakan pada hari pertama mereka memulakan pekerjaan dengan dentuman paluan irama gong dan simbal. MCA memilih hari kelima di tahun kambing ini dan upacara ini diadakan di Wisma MCA, Jalan Ampang.


Upacara "kai gong" tidak akan bermakna tanpa disertai dengan tarian singa dan naga. Datuk Sri Liow sebagai Presiden MCA dan Timbalannya Datuk Wee Ka Siong telah mengetuai upacara ini dan sebagai tradisinya, mereka akan memberi 'ang pau' sebagai penghargaan kepada kakitangan MCA.

Untuk menyebarkan kemakmuran, tenaga positif, kerjasama padu dan kesihatan yang baik untuk semua pemimpin dan kakitangan MCA, mereka mengiringi Datuk Liow ke setiap tingkat pejabat. Bagi menjalin hubungan mesra di antara kakitangan MCA pula, pemimpin-pemimpin MCA turut mengadakan sambutan 'yee sang'. Seramai 50 kakitangan ibu pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) telah menyertainya.

Di antara pemimpin-pemimpin MCA yang telah hadir termasuk Setiausaha Agong Dato' Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie dan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA.

Inilah kekayaan sebenar Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Perayaan "kai gong" ini telah menarik perhatian pelancung dari luar negara dan juga rakyat tempatan di mana mereka turut serta bergambar dan menonton persembahan tarian singa dan naga.

Kita juga seronok dapat mempelajari serba sedikit adat kaum Cina untuk lebih mengenali mereka. Dikatakan upacara "kai gong" ini, dimulakan dengan menyalakan lampu warna warni dan hidangan makanan manisan seperti gula-gula, kek atau biskut dan elakkan dari makanan yang pedas atau masam. Mereka juga percaya sekiranya di hari permulaan mereka bekerja terdapat jual beli, maka ini adalah petanda tuah.

Sebagai rakyat Malaysia, bukan saja MCA yang memohon untuk mendapat tuah dan kemakmuran tetapi doa mereka juga adalah untuk kita semua.