Showing posts with label MB Johor. Show all posts
Showing posts with label MB Johor. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

MB JOHOR BERTERIMAKASIH KEPADA WEE KA SIONG



"Maka sebenarnya, kita tidak memerlukan parti pembangkang kerana MCA boleh mewakili kaum Cina di negeri kita pada hari ini... "

Itulah kata-kata YAB Datuk Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor dalam satu majlis bersama rakyat meraikan Tahun Baru Cina di Batu Pahat.

Datuk Wee Ka Siong selaku Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor telah mengutarakan beberapa masalah rakyat Johor dan di antaranya adalah isu kenaikan cukai harta daerah Yong Peng yang melambung tinggi sehingga 7500%. Datuk Wee juga sarankan agar semakan perlu dibuat terhadap penilaian harta yang tidak munasabah ini di mana nilai harta di kawasan luar bandar lebih tinggi daripada nilai harta di bandar.

Selain dari itu, Datuk Wee juga telah memohon jalan Air Hitam ke Gemas dibaikpulih kerana terlalu banyak jambatan dan pembahagi di tengah jalan persekutuan yang telah mengakibatkan banyak kemalangan jiwa.

Kesemua aduan rakyat yang dibawa Datuk Wee ini, telah mendapat perhatian MB Johor secara langsung dan YB MB sangat berterima kasih apabila dibawa ke pengetahuannya. Ini jelas menunjukkan pemimpin-pemimpin MCA di semua peringkat negeri Johor mempunyai hubungan baik dan peka dengan suara masyarakat Tionghua.

Inilah transformasi MCA yang dikatakan apabila masyarakat tionghua khususnya kembali semula kepada MCA. Peranan penting yang dimainkan setiap parti komponen BN terutama MCA, yang merealisasikan kerajaan negeri Johor terbentuk pada hari ini. YB MB juga diberi peluang untuk menilai dan melihat sendiri kekuatan masyarakat tionghua kepada MCA pada malam itu.

Menjawab permohonan Datuk Wee, YB MB sarankan kerajaan pusat perlu beri pertimbangan wajar walaupun Johor dikategorikan sebagai negeri yang sudah membangun dan maju. Dengan adanya di kalangan ahli parlimen Johor menduduki di dalam barisan kabinet kerajaan Malaysia, maka sepatutnya permohonan untuk menaik taraf jalanraya persekutuan Air Hitam ke Gemas mendapat perhatian yang baik.

YB MB bersedia beri perhatian serius kepada apa yang sedang berlaku di Majlis Daerah Yong Peng apabila cukai harta melambung tinggi dan beliau berharap agar isu ini dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, YB MB meminta penduduk yang terjejas agar menyertai proses rayuan yang perlu dilalui di dalam melakukan penilaian semula cukai pintu dalam kawasan PBT.

Begitu juga dengan projek keretapi laju KL-Singpura yang bagi pandangan Datuk Wee akan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Bagi kerajaan negeri Johor, tidak ada halangan jika laluan keretapi laju ini melalui mana-mana daerah asalkan penduduk tempatan bersetuju.

Inilah muafakat di antara setiap kaum dengan kaum yang lain yang akan menentukan negeri Johor kekal berjaya, maju dan cemerlang, sebuah negeri yang paling kuat dan kukuh ekonominya dan ini adalah tanggungjawab semua rakyat Johor tanpa kira bangsa.

Sebagai parti yang mewakili kaum Tionghua, MCAlah parti politik yang sentiasa mampu membawa suara rakyat kepada kerajaan negeri. MCA dan kerajaan negeri tidak perlu tunggu hanya waktu pilihanraya untuk selesaikan masalah rakyat. Inilah kerjasama di antara parti-parti komponen BN yang sentiasa berganding bahu bagi memastikan rakyat terbela dan suara mereka diberi perhatian dan diambil tindakan.

Tuesday, August 19, 2014

MUAFAKAT RAYA KOTA TINGGI DEMI MENGHARGAI RAKYATNYA


Apabila amalan "Bersatu Teguh" dan "Muafakat bawa Berkat" telah diterjemahkan oleh pihak Majlis Daeran Kota Tinggi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi, Agensi-agensi Kerajaan Kota Tinggi dan kerjasama dari pihak Yayasan Mesra, rakyatnya telah diraikan dengan majlis Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 pada Sabtu lalu.














Program ini adalah tanda penghargaan kepada rakyat Kota Tinggi di mana mereka benar-benar diraikan dengan juadah yang dihidangkan untuk mereka. Jika dilihat konsep majlis ini, rakyat pada hari itu adalah bagai raja di mana sambil menjamu selera, mereka dihidangkan alunan muzik dan nyanyian dari artis-artis tempatan.

Semua yang hadir bukan sahaja dihidang dengan juadah dan hiburan, malahan mereka telah saksikan pekan di Kota Tinggi bertukar menjadi sangat sibuk dan ceria pada hujung minggu itu. Warga Kota Tinggi dari pelbagai bangsa dari sekitar Johor juga telah beramai-ramai berkunjung tanpa henti sehingga malam.

Lebih mengkagumkan ialah kemesraan di antara pemimpin-pemimpinnya bersama rakyat yang terserlah eratnya di antara mereka. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut turun padang bermesra dengan warga Kota Tinggi tanpa merasa kekok sekali dan hampir semua yang hadir mengenali beliau.











Tetamu istimewa pada hari itu ialah kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor yang turut menemui dan bermesra dengan warga Kota Tinggi.

Terdapat sebanyak lebih kurang 20 buah gerai makanan dan juga gerai pameran yang telah dihiasi dengan pelbagai konsep serta hiasan yang menarik. 









Di antara gerai yang paling menarik adalah dari Majlis Daerah Kota Tinggi yang telah berjaya memenangi gerai tercantik. Dengan berkonsepkan tradisional yang dihiasi dengan atap rumbia dan lampu pelita serta perkakas-perkakas tradisional yang lain.



   
Kehebatan yang dibanggakan adalah komitmen dari kakitangan MDKT dengan mengekalkan amalan 'berewang' ataupun gotong royong tanpa mengeluarkan perbelanjaan besar dan sekadar mengguna bahan-bahan yang dikitar semula.

Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Tangan yang menerima pula sentiasa bersyukur dengan nikmat muafakat dan keharmonian bersama.  Akhirnya, semua dapat merasa dari pemimpin sehingga rakyatnya... telah berjaya diterjemah pada majlis Muafakat Raya Kota Tinggi.

Terima kasih dan Syabas kepada pihak penganjur terutama Yayasan Mesra menjemput kami dan berjaya mengadakan program semeriah ini. Pengalaman ini pasti tidak akan dilupakan terutama kami yang dari luar Kota Tinggi...


Thursday, August 14, 2014

2 HARI LAGI KE MUAFAKAT RAYA KOTA TINGGI ... APA ISTIMEWANYA?


Hanya tinggal 2 hari lagi warga Kota Tinggi akan meraikan Muafakat Raya bersama-sama YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor.

Tan Sri Muhyiddin  dan Dato Khaled Nordin dijangka hadir pada pukul 4 petang untuk bersama-sama meraikannya.

Disamping menghidangkan beberapa acara menarik, Muafakat Raya Kota Tinggi juga akan melancarkan program "Dakapan Gaza dan MH370 & MH17" di mana tabung gaza diedarkan sepanjang masa dan akan diserahkan kepada Media Prima pada malam tersebut. Tabung Gaza telah menyasarkan kutipan sebanyak 30 ribu dan pihak Yayasan Mesra telah mengesahkan menyumbang sebanyak 10 ribu.

Yayasan Mesra juga telah bermurah hati menaja hadiah pemenang keceriaan gerai sebanyak RM15,000 di mana terdapat 20-30 gerai makanan dari agensi-agensi kerajaan yang akan menghidangkan pelbagai juadah. Kesemua pemenang akan menyumbang semula kepada Tabung Gaza.

Kepada penderma yang bermurah hati untuk menghulurkan  lebih dari RM20.00 ke atas, mereka akan diberi mafla dan badge button.

Acara kemuncak hari tersebut akan dihidangkan dengan deklamasi sajak oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, Fazli Buyong. Selain itu, pengunjung akan dihiburkan seperti berikut pada malamnya oleh artis-artis berikut;


 

Jemputan ini bukan sahaja meliputi warga Kota Tinggi, malahan semua rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang berkesempatan, kita bermuafakat raya di Kota Tinggi sambil beramal dalam Dakapan Gaza, MH370 dan MH17... 2 hari lagi!