Showing posts with label Dakapan Gaza. Show all posts
Showing posts with label Dakapan Gaza. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

DATUK EHSAN BERKONGSI RINTIHAN RAKYAT GAZA DI KOTA TINGGI


Sempena hari program 'Muafakat Raya' dan 'Dakapan Gaza MH17 MH370' pemimpin dan warga Kota Tinggi dan Dato Ehsan berkongsi rintihan dan kesedihan tragedi Gaza serta MH17 dan MH370 di samping meraikan majlis Hari Raya.

Perasaan prihatin dan simpatinya telah diterjemahkan di dalam deklamasi sajaknya yang bertajuk... AKU PALESTIN





Cetusan ilham : YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi)
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Kiranya fanaku hancur
Luluh terbujur , usah disusur

Sesungguhnya roh juang tetap subur
Aku akan tetap tempur

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Dentuman , ledakan , membunuh , meruntuh
Tak ku gentar , tak ku gusar

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Anakku , cucuku , zuriatku
Terkorban bergelimpangan

Takku hiba , tidak ku nestapa
Inilah perjuangan , inilah perngorbanan

Wahai anak-anakku
Wahai cucu-cucuku 
Wahai zuriatku 
Kita Palestin
Wujud kita awalan , akhir kita abadan

Jangan tangis , jangan ratapi
Bukan belas ,  bukan simpati

Biar kami mati tetapi jangan sekali-kali berhenti
Biar kami lebur , biar kami hancur
Namun pantang berundur

Alhamdulillah , ku bersyukur 
Insha ALLAH , takkan luntur

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan






Sambil menyambut Hari Raya, pandangan dan ingatan rakyat Kota Tinggi tidak terlepas dari kejadian di Gaza serta tragedi MH17 dan MH370.

Dengan niat yang baik dari sikap rakyat yang prihatin dan mudah tersentuh dengan kejadian-kejadian kezamliman di Gaza serta tragedi kemalangan MH17 dan kehilangan MH370 yang menimpa rakyat Malaysia, kutipan sebanyak RM60,396 telah berjaya dikumpul dengan melepasi sasaran RM40,000.




Gerakan kutipan tabung telah diusahakan bersama dari Pejabat Pendidikan dan Yayasan Mesra, malahan kutipan dari masjid-masjid dan juga pengunjung pada hari tersebut.

Kutipan sebanyak RM24,000 telah dibuat di masjid-masjid, sekolah-sekolah, pejabat daerah kumpul  dan selebihnya dikutip pada hari tersebut. 

Pertandingan gerai tercantik oleh agensi kerajaan dan setiap hadiah kemenangan wang tunai didermakan semula kepada Tabung Gaza.

Inilah aspek sikap rakyat Malaysia yang perlu dipuji yang sentiasa terpanggil ke hadapan untuk menghulur bantuan.


Thursday, August 14, 2014

2 HARI LAGI KE MUAFAKAT RAYA KOTA TINGGI ... APA ISTIMEWANYA?


Hanya tinggal 2 hari lagi warga Kota Tinggi akan meraikan Muafakat Raya bersama-sama YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor.

Tan Sri Muhyiddin  dan Dato Khaled Nordin dijangka hadir pada pukul 4 petang untuk bersama-sama meraikannya.

Disamping menghidangkan beberapa acara menarik, Muafakat Raya Kota Tinggi juga akan melancarkan program "Dakapan Gaza dan MH370 & MH17" di mana tabung gaza diedarkan sepanjang masa dan akan diserahkan kepada Media Prima pada malam tersebut. Tabung Gaza telah menyasarkan kutipan sebanyak 30 ribu dan pihak Yayasan Mesra telah mengesahkan menyumbang sebanyak 10 ribu.

Yayasan Mesra juga telah bermurah hati menaja hadiah pemenang keceriaan gerai sebanyak RM15,000 di mana terdapat 20-30 gerai makanan dari agensi-agensi kerajaan yang akan menghidangkan pelbagai juadah. Kesemua pemenang akan menyumbang semula kepada Tabung Gaza.

Kepada penderma yang bermurah hati untuk menghulurkan  lebih dari RM20.00 ke atas, mereka akan diberi mafla dan badge button.

Acara kemuncak hari tersebut akan dihidangkan dengan deklamasi sajak oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, Fazli Buyong. Selain itu, pengunjung akan dihiburkan seperti berikut pada malamnya oleh artis-artis berikut;


 

Jemputan ini bukan sahaja meliputi warga Kota Tinggi, malahan semua rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang berkesempatan, kita bermuafakat raya di Kota Tinggi sambil beramal dalam Dakapan Gaza, MH370 dan MH17... 2 hari lagi!