Friday, August 07, 2015

#MH370 : DATUK LIOW - HALA TUJU PENCARIAN TETAP DI LAUTAN HINDI


Selepas pengumuman mengesahkan flaperon yang terdampar di Reunion Island Perancis adalah MH370 telah dibuat YAB Perdana Menteri DS Najib Razak pagi tadi, Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai yakin hala tuju pencarian adalah di kawasan Lautan Hindi.

Ini adalah berdasarkan kepada penemuan sebahagian daripada bangkai pesawat MH370 yang telah disahkan. Dari sejak awal setelah pengumuman DS Najib Razak tahun lalu untuk memutuskan pencarian dihentikan di Lautan Hindi hingga hari ini, misi pencarian yang memasuki fasa kedua melebarkan kawasan ke 60ribu kilometer lagi.

Pencarian sebelum ini sudah menjangkau 85 peratusdan dengan tambahan 60ribu km persegi dan ini bermakna pencarian akan meliputi 95 peratus kawasan Lautan Hindi dan ini akan terus berlangsung sehingga hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Pada masa sekarang, aset negara iaitu dua vessel berada di Lautan Hindi dan negara China telah berjanji untuk menambah vessel yang baru.

Mesyuarat di antara tiga negara iaitu Australia, China dan Malaysia di peringkat menteri di dalam masa terdekat sedang diusahakan untuk membincangkan langkah seterusnya. Walaubagaimanapun, ini juga bergantung kepada cadangan dan pandangan dari pasukan pakar yang menyiasat dari awal lagi.

Pihak Australia juga telah melaporkan bahawa drift pattern yang ada dalam Lautan Hindi Selatan ini memungkinkan flaperon ini dibawa ke kawasan Reunion Island.

Kerajaan Malaysia sangat bersyukur apabila di dalam keadaan yang sangat memerlukan sokongan, negara-negara seperti China, Australia, USA, Peranchis, United Kingdom dan lain-lain telah sentiasa berada di samping kita. Datuk Liow juga menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kumpulan penyiasat serta pihak berkuasa Perachis yang membuat keputusan untuk meneruskan proses penyiasatan dan pengesahan.

Di dalam membuat pengesahan ini, ia adalah berdasarkan kepada laporan pakar kita dari DCA, MAS dan pasukan penyiasat. Mereka telah sahkan serpihan itu dari MH370.

Pengesahan dari kumpulan penyiasat Malaysia berpandukan rekod penyelenggaraan MAS, 'seal' yang terdapat di flaperon telah disahkan pihak pakar penyelenggaraan MAS. Warna dan maklumat teknikal adalah penunjuk utama.

Kerajaan menghormati peraturan dan undang-undang Peranchis apabila mereka menghendaki setiap bentuk penemuan yang dijumpai di pantai Reunion Island perlu mematuhi protokol negara tersebut. Dikatakan beberapa lagi penemuan serpihan telah dijumpai di sekitar kawasan pantai Reunion dan kita perlu tunggu keputusan dari pihak berkuasa Peranchis yang kini telah dibawa ke makmal untuk pengesahan seterusnya.

Tiada kata-kata yang mampu dihuraikan ketika keluarga mangsa MH370 berhadapan dengan kesedihan yang dialami selama hampir satu setengah tahun. Penemuan bukti fizikal ini diharap akan membawa kepada kebenaran dan pengakhiran pencarian.

Datuk Liow juga mengulangi bahawa sejak diumumkan kehilangan MH370, keluarga dan waris mangsa telah mula membuat tuntutan pampasan dan segalanya diuruskan oleh pihak MAS dan di pihak kementerian hanya boleh membantu sekiranya diperlukan.
 

Thursday, August 06, 2015

NAJIB RAZAK - SAH IA ADALAH #MH370


Apabila pihak berkuasa Perancis memaklumkan bahawa sebahagian daripada sayap pesawat telah terdampar di Pulau Reunion di Lautan Hindi pada 29 Julai lalu dan selepas 515 hari sejak kapal terbang hilang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa serpihan yang ditemui merupakan satu bukti fizikal dari bahagian pesawat MH370.

Ia adalah satu pengesahan muktamad dari pasukan antarabangsa pakar-pakar yang telah berkumpul di bandar Perancis dan penemuan ini akan mampu menyelesaikan kehilangan MH370. Penyiasat Perancis dan Malaysia telah mula memeriksa penemuan tersebut sejak Rabu lepas.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai telah pun menyatakan yang pengesahan dari pakar-pakar penerbangan tempatan dan antarabangsa diutamakan demi menjaga hati waris MH370 yang telah lama menunggu jawapan... DI SINI.

Pasukan penyiasat terdiri daripada agensi Perancis yang menyiasat kemalangan udara yang dikenali sebagai BEA, pasukan siasatan Malaysia, wakil teknikal dari China dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia di Toulouse, Perancis.

Penerbangan MH370 telah hilang pada 8 Mac 2014 di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi bahawa kerajaan komited untuk terus mencari maklumat ke atas apa sebenar yang telah berlaku walaupun pengumuman terdahulunya pada 24 Mac lepas menetapkan pencarian penerbangan tragis ini berakhir di Lautan selatan India.

Kesemua 239 penumpang dan anak kapal telah pun disahkan mati di mana dua pertiga adalah dari negara China.

Perdana Menteri juga telah berharap agar dengan pengesahan tersebut, walaupun ia sangat tragis dan memilukan, sekurang-kurangnya telah membawa kepada satu kepastian kepada penantian keluarga dan waris mangsa. Disamping itu, kerajaan Malaysia juga ingin menghulurkan doa dan simpati kepada mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Perdana Menteri bersama-sama Menteri Pengangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai, telah pun disiarkan secara langsung pada pukul 2.00 pagi tadi;


6 August 2015

PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370

On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.

The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26
nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the pain of those who could find no comfort.

Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.

Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.

We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.

This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.

The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.

I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370’s disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.



And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

ENDS

Wednesday, August 05, 2015

PABM 2015 : 71 PESERTA DARI 6 BENUA MULA BERPIDATO

2015 merupakan tahun yang ke 9 pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) dianjurkan dan pada tahun ini peningkatan peserta seramai 71 pemidato dari 6 benua akan menunjukkan kefasihan mereka berpidato dalam bahasa Melayu.

Di dalam ucapan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan rasa bangganya dengan penganjuran PABM ini dan kejayaan menghimpunkan wakil dari pelbagai negara menggambarkan bahasa Melayu kini mencapai tahap bahasa sejagat atau global.

Penganjuran PABM juga mampu melonjakkan imej Malaysia sebagai negara yang memiliki kekuatan jati diri dalam bidang bahasa dan budaya. Justeru, mampu membangunkan sosioekonominya juga.
 

Ketika meraikan peserta PABM 2015, Datin Seri Rosmah juga berharap agar pertandingan tahunan PABM ini dimanfaatkan untuk meningkatkan bahasa Melayu ke tahap yang lebih luas di peringkat antarabangsa.

 

Pada tahun ini seramai 71 peserta dari enam benua iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia, Afrika dan Oceania akan menyertai pertandingan PABM 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijadual menyaksikan pertandingan akhir pidato berkenaan pada Sabtu ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pertandingan tersebut terbahagi kepada tiga kategori dengan 10 peserta mengambil bahagian dalam Kategori Alam Melayu, 40 peserta Kategori Antarabangsa dan 21 peserta Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Pertandingan bagi ketiga-tiga kategori itu akan berlangsung di Hotel RHR di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi yang bermula dengan peringkat saringan esok, peringkat suku akhir (Rabu) dan peringkat separuh akhir pada Khamis.

Hadiah tempat pertama (setiap kategori) adalah piala pusingan, piala iringan dan wang tunai USD7,000 (RM27,000) manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang piala iringan, wang tunai USD5,000 (RM19,300), hadiah iringan dan sijil manakala pemenang tempat ketiga pula akan menerima piala iringan, wang tunai USD3,000 (RM11,500) dan hadiah iringan serta sijil.

Antara tema pidato tahun ini adalah peranan mahasiswa, keamanan dunia, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pembangunan ekonomi, kepelbagaian budaya, kepentingan pendidikan, kerjasama antara negara, kepentingan bahasa, perpaduan dan komuniti ASEAN 2015.

Juri pertandingan pula terdiri daripada wakil tempatan dan antarabangsa yang merupakan pakar bahasa dan bidang yang berkaitan dengan ilmu retorik.

Setiap sesi pertandingan iaitu peringkat saringan, suku akhir dan separuh akhir akan diadili oleh lima juri manakala peringkat akhir diadili oleh tujuh orang juri iaitu empat juri antarabangsa dan tiga juri tempatan.


SINDIRAN MAHATHIR MEMAKAN DIRINYA

Ramai yang mendabik dada bila menegur kerana tidak pandai memamahi kata-kata sindiran Mahathir. Di antaranya;


"Saya harap beliau bersara dengan aman dan menikmati persaraannya," kata Dr Mahathir kepada pemberita apabila ditanya mengenai ucapan ulang tahun kepada Najib di Hotel Berjaya malam tadi. - MalaysiaInsider

Apa yang tersirat dengan sindiran Mahathir kini telah memakan dirinya sendiri apabila beliau yakin Perdana Menteri Najib Razak akan diundurkan dari jawatannya dalam masa terdekat.

Sekilas membacanya, seperti Mahathir yakin perancangan mensabitkan PM dengan kemelut ciptaan sekutunya iaitu isu 1MDB, maka sindiran beliau akan menjadi kenyataan.

Malangnya, selepas menikmati majlis gilang gemilang yang ditaja Berjaya, impian Mahathir  telah dibenamkan Najib Razak apabila rombakan kabinet dilakukan dengan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya membuat perubahan ketara di dalam kabinet baru.

Lebih tidak dijangka apabila SPRM mengumumkan duit yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM, bukanlah dari sumber 1MDB tetapi dari penderma.

Dalam masa yang sama, satu gerakan telah disusun oleh Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang untuk membuat usul undi tidak percaya di persidangan Parlimen akan datang.

Segala berkaitan dengan sindiran Mahathir didalam ucapan harijadi Perdana Menteri hanyalah ingin mengaitkan Najib Razak dengan salah guna kuasa dan rasuah telah hancur.

Demonstrasi 'tangkap najib' yang cuba diadakan juga telah gagal dan bukanlah kerana penahanan 30 yang dibuat tetapi kehadiran yang terlalu kecil dari berpuluh ribu yang pernah hadir di perarakan lalu adalah satu tamparan.

Nampaknya ucapan harijadi untuk Najib Razak bukan sekadar sindiran tetapi ia adalah harapan dan impian Mahathir yang kini bukan sahaja memakan dirinya sendiri malahan telah menemui jalan GAGAL!

Maka, apakah 'grand design' yang bertujuan untuk merampas kuasa dan menjatuhkan pemerintahan hari ini tidak wujud?

Tuesday, August 04, 2015

BEKAS PEMENANG PABM BERKONGSI PENGALAMAN DAN TIPS KETIKA BERPIDATO

Fathiah Ibrahim
Johan PABM 2012- Kategori Alam Melayu
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri bukan sahaja mampu menghimpun pemidato hebat dari seluruh dunia malahan pertandingan ini memang dinanti-nantikan.

Peserta-peserta pidato melihat ia sebagai satu pengalaman yang pasti tidak akan mereka lupakan.

Beberapa bekas pemenang PABM lalu, sudi berkongsi apa yang telah mereka lalui ketika berpidato. Di antaranya adalah bekas juara PABM 2012 dalam kategori Nusantara, Fathiah Ibrahim.

Beliau masih terasakan sehingga hari ini ketika berada di atas pentas yang ditonton oleh ribuan penonton dan berasa sungguh bertuah apabila disaksikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Najib Razak.

Pengalaman beliau ketika membuat persiapan teks pidato dan dapat berjumpa dengan pemidato dari negara-negara lain juga tidak akan dapat dilupakan.

Bagi Fathiah, menghafal teks yang telah dibuat persiapan adalah sangat penting dan kawalan emosi juga perlu agar tidak cepat panik. Penyampaian ketika berpidato hendaklah dengan sepenuh hati.

PABM dijadikan wadah martabat bahasa Melayu ke persada dunia. Melalui PABM , bahasa Melayu dapat ‘dieksport’ dan diperkembang menggunakan saluran formal di institusi-institusi pengajian tinggi utama seluruh dunia.

Menurut Fathiah, PABM mesti diteruskan demi kelangsungan bahasa Melayu, justeru memartabatkan citra negara bangsa dan kedaulatan bahasa Melayu.

Impak kemenangan anak muda yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ini telah membuka peluang kepada dirinya untuk dipanggil oleh orang ramai terutama di kalangan guru untuk mendidik peserta-peserta pemidato yang bakal menyertai pertandingan.