Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

99% ACCURACY IN #MH370 SEARCH


The announcement earlier made by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on March 17, 2014 that flight MH370 ended in the southern of Indian Ocean is now almost completed in its search and investigations with 99% meet the expectations.

Since its disappearance two years ago, one thing that is certain is that our government’s commitment to continue the search for evidence despite too theory were submitted. These theories has lead to  massive operations involving 26 countries and covering a search and rescue (SAR) area of 2.24 million nautical miles has finally received assurance that MH370 had crashed in a more focused area in the Indian Ocean.

The SAR operations concentrated in the Indian Ocean has yielded the first confirmed MH370 wreckage found in the France Reunion Island within the Indian Ocean in July of last year.

And now the second evidence found landed in Mozambique shore was confirmed by Australian authorities on 23 March. The second proof of the verification process was conducted by the Malaysian team together with seven accreditated experts from different countries. They confirmed that the fragments received are from Boeing 777 flight and matched MH370 colors.

Meanwhile the third discovery was found stranded on the South Africa coast. Investigators are still waiting for approvals from the South Africa authorities to allow these debris to be brought to Australia for further study and thus confirming them.

In his recent statement, Transport Minister Datuk Liow Tiong Lai believes that MH370 search which focused in the Indian Ocean acrea that was annouced earlier by PM Najib Razak which is based on a flight path in the vicinity of 120 square kilometers, is accurate.

Hence Datuk Liow felt that there is a need to send a team to continue the search within the Mozambique island and South Africa shores too. For now the search area will be more focused in order to complete the quest when all responsible parties still remains hopeful that MH370 will be found since there are still an area of 10,000 square feet unexplored.

Flight 370 took off from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at 12:41 local time on March 8, 2014, with 227 passengers, ten crew members, two pilots and cargo weighing about 14 tonnes. Journey to the International Airport Beijing should take approximately 5 hours 34 minutes.

The Boeing 777 was last contacted through automated transmission system at 1.07 am, flown by captain Zaharie Ahmad Shah, has spoken to Malaysia air traffic control 12 minutes later handed over to Vietnam control. Zaharie last word was, “Good night Malaysian three seven zero … "

What mysteriously happened next was at 1.21am, halfway over the Gulf of Thailand, the plane disappeared from civilian radar, suggesting its transponder stopped functioning or had been turned off but it could still be seen on military radar. Suddenly it has diverted its flight path and headed back from where it came before heading west when it was detected by military radar in Penang at 1:40.

Notwithstanding the theories raised either from the social media or even from the aviation experts, no question about the investigation team and in particular the Malaysian government unwavering commitments are at their best to determine the real occurance on the disappearance of flight MH370.

The fate of the plane, its passengers and crew shall not remain one of aviation’s biggest unsolved mystery anymore.

sources : PRU14.tv

Sunday, March 27, 2016

MISTERI KEHILANGAN #MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI ADALAH TEPAT



Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 17 Mac 2014 bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi kini hampir diselesaikan 99% dan menepati seperti yang dijangkakan.

Sejak kehilangan pesawat MH370 dua tahun yang lalu, seperkara yang pasti ialah komitmen kerajaan Malaysia untuk mencari bukti berterusan dan pelbagai teori juga telah dikemukakan. Namun teori-teori yang telah dikemukakan sehingga membabitkan operasi besar-besaran SAR 26 negara dan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu nautika akhirnya mendapat kepastian yang MH370 telah terhempas di kawasan yang lebih fokus di sekitar Lautan Hindi.

Teori operasi SAR yang tertumpu di kawasan Lautan Hindi telah mendatangkan hasil apabila pertemuan serpihan pertama disahkan bangkai MH370 ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi pada bulan Julai tahun lalu.

Kini pertemuan kedua pula di perairan Mozambique telah disahkan pihak berkuasa Australia pada 23 Mac lalu. Proses pengesahan bukti kedua ini telah dilakukan oleh kumpulan pihak Malaysia bersama-sama 7 pakar-pakar yang diiktiraf dari negara-negara yang berbeza. Mereka mengesahkan yang serpihan mereka terima adalah dari bahagian Boeing 777 sepadan dengan warna pesawat MH370.

Manakala penemuan ketiga pula yang terdampar di selatan pantai Afrika Selatan. Pihak penyiasat masih menunggu kebenaran dari pihak berkuasa Afrika Selatan untuk membenarkan serpihan tersebut dibawa ke Australia untuk kajian lanjut bagi pengesahan seterusnya.

Menteri Pengangkutan Datuk Liow Tiong Lai di dalam pengumumannya yang terkini sangat berkeyakinan yang pengumuman pencarian pesawat MH370 difokus di sekitar Lautan Hindi oleh PM Najib Razak adalah tepat dan ia berdasarkan kepada jarak laluan pesawat di sekitar 120 kilometer persegi.

Oleh itu Datuk Liow merasakan yang ada keperluan untuk menghantar satu pasukan untuk meneruskan pencarian serpihan pesawat di sekitar pulau Mozambique dan juga di pantai Afrika Selatan. Kini tumpuan adalah lebih fokus untuk melengkapkan misi pencarian dan kesemua pihak yang diberi tanggungjawab tetap berharap yang pesawat MH370 akan ditemui kerana masih ada baki 10,000 batu kaki persegi Lautan Hindi yang belum diterokai.

Pesawat MH370 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12:41 waktu tempatan pada 8 Mac 2014, yang membawa 227 penumpang, sepuluh anak kapal, dua juruterbang dengan muatan kargo seberat lebih kurang 14 tan. Perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sepatutnya mengambil sekitar 5 jam 34 minit.

Kali terakhir Pesawat Boeing 777 dihubungi melalui sistem penghantaran automatik pada 1.07 pagi, dipandu kapten Zaharie Ahmad Shah, telah bercakap kepada kawalan trafik udara Malaysia 12 minit kemudian diserahkan kepada kawalan Vietnam. Zaharie telah berkata: "Selamat malam Malaysia tiga tujuh kosong.."

Apa yang berlaku seterusnya adalah pada 1.21 pagi, separuh perjalanan ke Teluk Thailand, pesawat itu telah hilang daripada radar awam dan transponder telah berhenti berfungsi atau mungkin telah dimatikan. Walaubagaimanpun ia masih kelihatan di radar tentera, namun secara tiba-tiba ia telah bertukar laluan penerbangan dan menuju kembali dari arah yang ia datang sebelum menuju ke sebelah barat dan telah dikesan oleh radar tentera Malaysia pada 1.40 pagi di Pulau Pinang.

Walau apa pun teori yang pernah dikemukakan samada di media sosial mahupun dari pakar-pakar penerbangan, namun yang pasti pasukan penyiasatan serta kerajaan Malaysia khususnya komited untuk melakukan yang terbaik dan mengenal pasti apa sebenar berlaku di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Monday, November 23, 2015

#MH370 : TAMBAHAN AUD20 JUTA DARI CHINA, MALAYSIA RAKAM PENGHARGAAN

3 penggerak utama dan pembuat keputusan dari Malaysia, Australia dan China

Lanjutan dari pertemuan PM Najib Razak dan Presiden Xi Jinping ketika persidangan APEC di Filipina, kerajaan China telah berjanji untuk menambah bantuan sebanyak AUD20 juta untuk meneruskan usaha pencarian MH370. Sumbangan ini telah diumumkan oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Li Keqiang pada hari Sabtu lalu semasa pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull di Kuala Lumpur, di mana pemimpin-pemimpin Asia Pasifik berhimpun untuk mengadakan sidang kemuncak serantau.

Bagi pihak kerajaan Malaysia, Menteri Pengangkutan Datuk Liow Tiong Lai  dalam satu kenyataan akhbarnya, menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada Perdana Menteri Li ke atas sumbangan tersebut dan tidak dinafikan bantuan ini sudah pasti akan membantu Malaysia dan Australia meneruskan dalam misi pencarian MH370.

Datuk Liow juga telah menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada rakan-rakan anggota ASEAN yang telah menyumbang kepada pencarian MH370. Ketika Malaysia di dalam keadaan yang sangat memerlukan, negara-negara jiran telah memberi sokongan padu yang tidak ternilai, dan ini membuktikan kepada hubungan rapat di antara negara-negara sahabat.

Sejak bulan Mac tahun lepas, segala usaha telah dilaksanakan dalam mencari MH370. Pasukan kumpulan strategi pencarian yang diketuai oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, yang terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai organisasi antarabangsa, telah bekerjasama untuk mengkaji semula secara bebas dan menghalusi semua data yang ada yang berkaitan dengan pencarian ini telah diperolehi.

Seperti yang diumumkan pada April 2015, Malaysia bersama-sama dengan China dan Australia telah komited sepenuhnya untuk melengkapkan pencarian di laut dan telah dilanjutkan ke zon carian seluas 120,000 kilometer persegi. Lokasi ke dasar laut yang sangat dalam dengan keadaan cuaca buruk, ia terus memberi cabaran. Walau bagaimanapun, kita akan tabah dan yakin pencarian ini akan berhasil.

Sokongan di luar jangka ini, kerjasama serta persefahaman yang telah diberikan oleh Kerajaan Australia dan China telah memainkan peranan penting ketika negara mengalami musibah ini. Datuk Liow sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan Malaysia akan terus komited untuk mencari bukti-bukti MH370 di mana jua ia berada.

Malaysia Airlines MH370 hilang lebih daripada setahun yang lalu, dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang telah terkorban di mana kebanyakannya adalah penumpang dari China. Pencarian pesawat itu telah melibatkan lebih daripada 20 negara yang telah menyumbang pesawat, kapal, kapal selam dan satelit dengan menelan belanja berjumlah USD120 juta.

Baru-baru ini pada bulan Julai, penyiasat Perancis telah mengenalpasti bahagian serpihan pesawat tersebut telah ditemui terdampat di sebuah pulau terpencil di Lautan Hindi sebagai sebahagian daripada Boeing 777.

Monday, August 10, 2015

PERSENDAKAN MH370 DAN CHARLIE HEBDO ULANGI SEKALI LAGI


Majalah jenaka Charlie Hebdo sekali lagi dikritik apabila baru-baru ini mereka mempersendakn mangsa MH370 dengan memaparkan di kulit majalah yang bertajuk 'Malaysia Airlines: Hope'. Lukisan sepasang tangan yang dikerat kelihatan terdampar di sebuah pulau sedang meraba-raba serpihan sepasang buah dada wanita manakala dua kartun di latar belakang seolah-olah gembira seolah-olah menyambut kemunculannya.

Lukisan kartun ini adalah untuk mengejek ke atas penemuan yang disyaki sebagai bangkai pesawat di Pulau Perancis Reunion, di Lautan Hindi, minggu lepas.

Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen mempersoalkan perasaan dan etika penerbitan majalah ini yang sepatutnya menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terdiri daripada 239 penumpang dan anak kapal MAS, dan tidak menganggap ia sama seperti sindiran yang selalu mereka lakukan.

Chai menyarankan penyokong yang berteriak "Je Suis Charlie Hebdo" yang membawa makna "Saya Charlie Hebdo' turut sama menyertai slogan ""Je Suis MH370 " disamping menggesa pihak berkuasa serta organisasi media di seluruh dunia untuk mengecam majalah tersebut apabila mereka menghina krew dan penumpang MH370.

Ibu pejabat penerbitan Charlie Hebdo di Paris sememangnya terkenal kerana menimbulkan kontroversi dengan lukisan kartun yang sering menimbulkan kemarahan. Pada bulan Januari tahun ini, mereka telah berhadapan dengan serangan maut di mana berpuluh-puluh termasuk ketua editor Stephane Charbonnier terbunuh berikutan karikatur Nabi Mohamad.

Lukisan kartun yang mengejek mangsa MH370 ini telah mencetuskan reaksi marah di kalangan pelayar Twitter yang antara lain menanggapnya sebagai biadap bukan sahaja kepada mangsa tetapi satu penghinaan terhadap profesion juruterbang. Terdapat juga yang menganggap lukisan di kulit majalah ini sebagai kejam dan ada yang menganggap cover majalah baru-baru ini sebagai kejam dan "biadap seperti biasa".

Penemuan flaperon  baru-baru ini yang terdapat di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa bahawa Boeing 777 adalah kapalterbang MH370 milik MAS, telah hilang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lalu.


Friday, August 07, 2015

#MH370 : DATUK LIOW - HALA TUJU PENCARIAN TETAP DI LAUTAN HINDI


Selepas pengumuman mengesahkan flaperon yang terdampar di Reunion Island Perancis adalah MH370 telah dibuat YAB Perdana Menteri DS Najib Razak pagi tadi, Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai yakin hala tuju pencarian adalah di kawasan Lautan Hindi.

Ini adalah berdasarkan kepada penemuan sebahagian daripada bangkai pesawat MH370 yang telah disahkan. Dari sejak awal setelah pengumuman DS Najib Razak tahun lalu untuk memutuskan pencarian dihentikan di Lautan Hindi hingga hari ini, misi pencarian yang memasuki fasa kedua melebarkan kawasan ke 60ribu kilometer lagi.

Pencarian sebelum ini sudah menjangkau 85 peratusdan dengan tambahan 60ribu km persegi dan ini bermakna pencarian akan meliputi 95 peratus kawasan Lautan Hindi dan ini akan terus berlangsung sehingga hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Pada masa sekarang, aset negara iaitu dua vessel berada di Lautan Hindi dan negara China telah berjanji untuk menambah vessel yang baru.

Mesyuarat di antara tiga negara iaitu Australia, China dan Malaysia di peringkat menteri di dalam masa terdekat sedang diusahakan untuk membincangkan langkah seterusnya. Walaubagaimanapun, ini juga bergantung kepada cadangan dan pandangan dari pasukan pakar yang menyiasat dari awal lagi.

Pihak Australia juga telah melaporkan bahawa drift pattern yang ada dalam Lautan Hindi Selatan ini memungkinkan flaperon ini dibawa ke kawasan Reunion Island.

Kerajaan Malaysia sangat bersyukur apabila di dalam keadaan yang sangat memerlukan sokongan, negara-negara seperti China, Australia, USA, Peranchis, United Kingdom dan lain-lain telah sentiasa berada di samping kita. Datuk Liow juga menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kumpulan penyiasat serta pihak berkuasa Perachis yang membuat keputusan untuk meneruskan proses penyiasatan dan pengesahan.

Di dalam membuat pengesahan ini, ia adalah berdasarkan kepada laporan pakar kita dari DCA, MAS dan pasukan penyiasat. Mereka telah sahkan serpihan itu dari MH370.

Pengesahan dari kumpulan penyiasat Malaysia berpandukan rekod penyelenggaraan MAS, 'seal' yang terdapat di flaperon telah disahkan pihak pakar penyelenggaraan MAS. Warna dan maklumat teknikal adalah penunjuk utama.

Kerajaan menghormati peraturan dan undang-undang Peranchis apabila mereka menghendaki setiap bentuk penemuan yang dijumpai di pantai Reunion Island perlu mematuhi protokol negara tersebut. Dikatakan beberapa lagi penemuan serpihan telah dijumpai di sekitar kawasan pantai Reunion dan kita perlu tunggu keputusan dari pihak berkuasa Peranchis yang kini telah dibawa ke makmal untuk pengesahan seterusnya.

Tiada kata-kata yang mampu dihuraikan ketika keluarga mangsa MH370 berhadapan dengan kesedihan yang dialami selama hampir satu setengah tahun. Penemuan bukti fizikal ini diharap akan membawa kepada kebenaran dan pengakhiran pencarian.

Datuk Liow juga mengulangi bahawa sejak diumumkan kehilangan MH370, keluarga dan waris mangsa telah mula membuat tuntutan pampasan dan segalanya diuruskan oleh pihak MAS dan di pihak kementerian hanya boleh membantu sekiranya diperlukan.
 

Monday, March 17, 2014

#PRAYFORMH370 : SAMAN TETAP SAMAN... TIAN CHUA DAN ANWAR?



Sesuatu yang menarik apabila Tian Chua buat sidang Akhbar di bilik gerakan utama PKR Kajang semalam. Sidang akhbar yang sepatutnya penerangan tentang PRK Kajang menjadi sidang akhbar penafian tentang laporan akhbar Britain tentng teori kemungkinan Pilot MH370, Capt zaharie Ahmad Shah seorang ahli PKR dan penyokong Anwar tegar terlibat dgn misteri kehilangan MH370. 

Jika imbas kembali, Tian Chua pernah berkata bahawa "Najib akan di jatuhkan dalam 5 bulan" sejurus selepas Anwar di jatuhkan hukuman pada pada 7 Mac 2014. 

Teresa Kok pula berkata " Kapal terbang di rampas pengganas Islam hanya beberapa hari selepas MH370 tidak mendarat di Beijing.. 

Aneh.... Bagaimana 2 pemimpin besar PR boleh bercakap perkara yg orang lain belum tahu.. Mungkin mereka dah pinjam teropong Tok Bomoh, Mahaguru Ibrahim Mat zin yang pernah ramalkan PR menang dalam PRU13 yang lalu. 

Tiada akhbar dalam Malaysia menuduh Capt Zaharie sebagai bersekongkol dengan Anwar ..yang ada cuma 2 buah akhbar luar negara yang begitu yakin dengan teori mereka. 

Baca di sini ; Baca di Mirror Online dan Sunday Daily Mail

Akhbar luar negara memang difahami selalu mencari sesuatu yang sensasi dan terkini. Namun mereka juga sangat faham bahawa mereka juga pasti terbuka luas kepada tindakan saman seandainya laporan mereka tidak benar dan fitnah. Bolehkah kita bayangkan seandainya laporan mereka adalah fitnah yang jahat, pastilah sesuatu perlu di lakukan oleh Anwar untuk membersihkan nama beliau dan juga imej Malaysia di mata dunia. 

Adakah wajar nyawa 227 penumpang dan 12 anak kapal menjadi taruhan dan membiarkan tohmahan yang tidak benar, pastilah mengguris hati dan perasaan anggota keluarga penumpang yang terlibat. Dapatkah kita rasakan keperitan mereka di kala ini yang tertanya- tanya dan ternanti - nanti suatu yang belum pasti dan terjawab. 

Suara-suara insan tersayang pasti sentiasa terdengar dalam tidur dan mimpi mereka. Kita harap Anwar dan Pakatan Rakyat saman segera 2 buah akhbar Britain tersebut. Tohmahan dan andaian mereka berniat jahat tetapi keyakinan mereka membuat andaian juga adalah satu misteri yang membuat kita tertanya- tanya. 

Semoga MH370 selamat dan sama sama kita berdoa untuk MH37.

Sunday, March 09, 2014

PESAWAT MAS HILANG... X klakar YB!

X klakar YB...Itulah yang ditulis oleh Aznil Nawawi, seorang selebriti TV membalas kenyataan YB Nizar Jamaluddin ketika cuba mempersendakan kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan Boeing 777 - MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.





Nizar berkata kegagalan pihak berkuasa mengesan pesawat itu beberapa jam selepas terputus hubungan sejak pukul 2.40 pagi Sabtu menunjukkan "Segitiga Bermuda yang baru telah dikesan di kawasan perairan Vietnam. Peralatan sofistikated yang lengkap tidak ada guna."

Tweetnya itu adalah sebagai reaksi kepada tweet penyampai berita CNN, Piers Morgan yang menyuarakan kehairanannya bagaimana sebuah pesawat besar yang berteknologi tinggi boleh "hilang" begitu saja.

Namun, kenyataan Nizar  terus mendapat reaksi dari Twitterjaya (TJ) seperti;







Dunia sedang bersedih;


Ini contoh rakyat yang rasional;

 

Siapa pemimpin PAS ini di mata rakyat Malaysia, sama-sama kita nilai dan sebaiknya menolak mentaliti seperti ini.
 
Kepada penyokong-penyokong PAS, sila nasihatkan Nizar supaya tidak terus-terusan mengeluarkan kenyataan yang pasti menampakkan perangai pemimpin PAS yang busuk hati dan tiada langsung perasaan simpati dan positif.