Sunday, July 26, 2015

DATUK LIOW : ZELC TELAH NYATAKAN BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN TREN ELEKTRIK BEROPERASI DALAM KEADAAN SELAMAT


Setelah perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) KL-Padang Besar dilancarkan pada 10 Julai lepas oleh Menteri Pengangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai, beberapa isu telah dimainkan di media di mana kekeliruan telah timbul di antara pihak KTMB dan SPAD.

Namun kekeliruan ini telah pun mendapat penyelesaiannya apabila Datuk Liow telah mengumumkan bahawa kereta api baru yang sepatutnya beroperasi masih diuji dan belum lagi digunakan.

Dua set kereta api baru yang dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) dari China masih lagi belum mendapat kelulusan SPAD tetapi oleh kerana permintaan yang menggalakkan untuk mencuba perkhidmatan ETS ini, maka KTMB masih menggunakan kereta apai yang sedia ada.

Pihak SPAD telah pun memaklumkan bahawa kelewatan kelulusan 2 gerabak keretapi dari negara China itu masih dinilai ciri-ciri keselamatan dan sedang bekerjasama dengan pasukan teknikal KTMB. Oleh itu tidak timbul masalah tetapi memerlukan sedikit pelarasan kepada sistem keselamatan perlindungan automatik kereta api.

Walaubagaimanapun, pihak ZELC di dalam kenyataan medianya telah memberi jaminan ke atas penghantaran kedua-dua gerabak ETS tersebut di dalam keadaan selamat dan mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Pihak ZELC juga memahami bahawa kelulusan perlu diperolehi sebelum beroperasi dan perlu mematuhi beberapa ujian yang telah ditetapkan.

Proses yang sedang dijalankan melibatkan keserasian tainset dengan landasan kereta api yang telah dibina termasuk isyarat, pengurusan dan krew kereta api. Keselamatan penumpang juga akan dipatuhi dan pihak ZELC akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Setelah melalui beberapa ujian, ZELC mendapati masalah yang timbul bukan dari trainset tetapi berpunca dari kerosakan 'balise' iaitu alat isyarat balas yang telah dipasang.

ZELC bersama-sama pembekal ATP dan pelanggannya, KTMB sedang menjalani beberapa siri ujian saintifik dan lasak bagi memastikan kedua-dua trainset ETS ini dibekalkan di dalam keadaan serta pekhidmatan yang selamat.

Berikut adalah kenyataan media dari pihak ZELC;


Saturday, July 25, 2015

TUGAS DAN OPERASI PENGUATKUASA SPAD SEBELUM DAN SEPANJANG AIDIL FITRI


Demi menjamin pengguna pengangkutan awam selamat ke destinasi dan pulang dengan senyuman di musim perayaan Aidilfitri, pihak SPAD telah pun mengumumkan pada awal bulan Julai, akan menggerakkan 300 pegawai penguatkuasa bagi operasi Aidilfitri di seluruh negara.

Operasi selama dua minggu ini yang lebih giat pada tiga hari sebelum dan empat hari selepas Aidilfitri di mana tumpuan penguatkuasa SPAD adalah di terminal bas utama. Perhatian pegawai penguatkuasa adalah untuk memastikan pengusaha-pengusaha bas ekspres memiliki lesen yang sah dan menjual tiket dengan tambang yang sepatutnya.

Di antara nasihat yang diberikan oleh Ketua Penguatkuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad, semua penumpang perlu memastikan tiket mereka adalah sah dan dicetak secara elektronik dengan maklumat seperti syarikat bas, destinasi, harga tiket dan juga masa berlepas.



Dan sekiranya terdapat pemandu membawa bas ekspres melebihi had laju, ataupun keadaan bas yang mencurigakan, Datuk Che Hasi menasihatkan penumpang agar tidak teragak-agak melaporkan kepada SPAD.

Walaubagaimanapun, sebanyak 547 buah bas tambahan telah mendapat kelulusan Lesen Perkhidmatan Sementara (LPS) dari SPAD bagi memastikan tiada kekurangan bas di musim perayaan ini.

Di dalam kempen keselamatan jalan raya lalu, penguatkuasa SPAD telah pun ditugaskan untuk memantau penjualan tiket haram dan lanun-lanun teksi tertutama di sekitar Lembah Klang. 

Oleh itu, penguatkuasa SPAD telah menjalankan Operasi Khas Parasit (Ulat Tiket) di Pudu Sentral dan 10 ulat tiket telah ditangkap serta dilanjutkan dengan Ops Serkap apabila beberapa teksi sapu juga telah disita kerana mengguna kereta peribadi untuk menerima upah dari penumpang melalui pesanan talian telefon.


Di ibu negeri lain, SPAD juga giat membuat operasi. Seperti di Johor Bharu, 20 orang termasuk 'ulat tiket' dan pemandu teksi yang melakukan pelbagai kesalahan ditahan dalam operasi 3 hari pada 9 Julai lalu.

3 teksi sapu telah disita ketika operasi SPAD pada 7 Julai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan ini termasuk Proton Wira, Proton Saga dan
Toyota Hiace. 


Sementara, penguatkuasa SPAD di bahagian Pantai Timur telah melakukan 'walk-about' di beberapa Terminal Bas seperti di Terminal Bas MBKT Kuala Terengganu, Terminal Bas Ekspres Lembah Sireh, Kota Bharu dan Terminal Sentral Kuantan(TSK) sambil menyebarkan risalah Hak-Hak Pengguna Bas Ekspres, pengagihan pek berbuka puasa kepada penumpang bas ekspres, meninjau operasi bas ekspres dan kaunter tiket bas ekspres.

NAFSU SEORANG NEGARAWAN DI USIA 90an

Belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Jadi kepada negarawan Dr Mahathir Mohammad. Namun di usia 90an... nampaknya nafsu Dr Mahathir untuk diraikan usianya terserlah...


Apakah ini rahsia Mahathir untuk sentiasa bertenaga?




APA BEZANYA NAFSU MAHATHIR DENGAN JHO LO? NAFSU DI USIA 90an NAFSU ANAK MUDA...

 

Thursday, July 23, 2015

"CERITA KEBENARAN" DARI INSAN KERDIL UNTUK PERDANA MENTERI - #KekalNajib

Selamat UlangTahun kepada Perdana Menteri Najib Razak...

Luahan perasaan ... nukilan seorang rakyat kerdil dari Kota Tinggi maka terhasil klip video yang berkongsi rasa dugaan seorang insan yang bernama Najib Razak di dalam menerajui kepimpinannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sedang menempuh dugaan besar dari pelbagai sudut.

Insan kerdil dari Kota Tinggi ingin bukan ingin mengembar-gemburkan atau mendabik dada dengan pencapaian DS Najib, tetapi mesej sebenar adalah untuk kita sama-sama memahami perasaan Perdana Menteri yang sedang melalui perang persepi samada dari dalam dan luar negara.

Hayatilah sajak ini juga dengan penuh rasa kasih dan sayang serta kefahaman kita kepada Perdana Menteri;



Kepada Perdana Menteri Najib Razak... Selamat Hari Jadi yang ke 62 dan nukilan insan kerdil Kota Tinggi ini membuktikan bahawa... YOU ARE NEVER ALONE SIR! Oleh kerana itu... kami berhasrat untuk #KekalNajib


JAWAPAN TEPAT KEMENTERIAN PENGANGKUTAN SELAR TUDUHAN GUAN ENG



Menuding jari apabila sesuatu isu tidak mampu diatasi adalah kegemaran dan kelaziman Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kini apabila Star Cruises SuperStar Libra menamatkan perkhidmatan mereka di Pulau Pinang dan berpindah ke tempat asal mereka di Hong Kong, Guan Eng dengan tabiat semulajadinya terus menuduh Presiden MCA dan juga Menteri Pengangkutan mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang.

Perangai Guan Eng yang gemar menuding jari ini telah juga diperkatakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA, Tan Teik Cheng sebagai sesuatu kelaziman dan semulajadi. Ini sekali gus telah membuktikan yang tabiat Guan Eng akan mendabik dada dengan apa saja pencapaian di Pulau Pinang tetapi pantas menuding jari dan menyalahkan orang lain jika terdapat kegagalan atau kesilapan.

Sebenarnya keputusan Star Cruise untuk menamatkan perkhidmatan di Pulau Pinang sejak 15 Julai adalah keputusan perniagaan di mana mereka ingin menumpukan laluan pelayaran di antara Taiwan-Jepun.

Tuduhan Guan Eng yang ia menjejaskan industri pelancongan dan penyumbang kepada ekonomi Pulau Pinang juga tidak benar apabila maklumat industri mendapati penumpang Star Cruise hanya melebihi 20% daripada kapal pelancongan lain.

Guan Eng seperti ada agenda yang tersembunyi apabila dia bersungguh-sungguh membesarkan isu Star Cruise ini. Apa saja yang berlaku di Pulau Pinang samada baik atau buruk pasti dijadikan isu politik dan seperti biasa, perkara-perkara positif akan dikaitkan dengannya dan segala yang negatif perlu diletak kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan BN terdahulu.

SuperStar Libra telah berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang selama lima tahun sejak tahun 2010. Malangnya, pendapatan tambahan yang telah diperolehi tidak pernah mendapat perhatian Guan Eng. Begitu juga dengan usaha dan ihsan dari Kerajaan Persekutan menempatkan Star Cruise di Pulau Pinang juga tidak diwar-warkan Guan Eng. Namun apabila ia meninggalkan Pulau Pinang, dengan mudah Guan Eng menuding jari ke Kementerian Pengangkutan pula.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari Kementerian Pengangkutan menjawab segala dakwaan Guan Eng;

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Dengan merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng baru-baru ini , Ketua Menteri Pulau Pinang, menuduh Kementerian Pengangkutan mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung dengan penamatan Star Cruises dari Pulau Pinang, Kementerian Pengangkutan ingin menyatakan dengan jelas, fakta-fakta seperti berikut:

1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik.

2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran.

3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas.

4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia.

5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran.

6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf.

7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT.

8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera.

9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan.

10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran.

11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan.

12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga.

13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab.

14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur.

[TAMAT]