Showing posts with label SpadChannel. Show all posts
Showing posts with label SpadChannel. Show all posts

Saturday, November 09, 2013

@SPADChannel : BERTAMBAH LAGI PERMATA DI KALANGAN MEREKA ... TAHNIAH!

Berita gempar beberapa hari lalu di mana seorang kanak-kanak telah diculik kini telah pun ditemui semula .... Alhamdulillah dan berita seterusnya DI SINI

Yang lebih dibanggakan ialah kanak-kanak tersebut telah dijumpai oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan telah melalui laluan di Taman Tasik Ttitwangsa.






Pemandu lori, Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, adalah contoh kebanggaan rakyat Malaysia.

Walaupun kita sering mendengar dan menyaksikan pelbagai rungutan rakyat mengenai pemandu-pemandu teksi dan pemandu-pemandu lori yang tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang, kini terbukti masih ada permata di kalangan mereka.

Tanpa menoleh kiri dan kanan, En Hamid dan En Haris perlulah diberi penghargaan di atas sikap tanggungjawab kemanusiaan mereka.

Kebetulan, SPAD sedang mencari-cari calon-calon permata ini untuk diketengahkan di Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013. Maka, nampaknya bertambah lagi 'success stories' untuk dikongsi kepada rakyat.

Kepada En Hamid dan En Haris, kamu telah memberi satu harapan serta kebanggaan di kalangan pemandu-pemandu teksi dan lori dan kamu telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Maka, jelaslah nila yang setitik di kalangan pemandu-pemandu teksi dan lori ini sebenarnya memang hanya setitik dan janganlah kerana mereka permata yang bernilai turut ditenggelami mereka.

SYABAS DAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI!

 

Thursday, August 29, 2013

INFO TRAFIK DARI SPAD UNTUK ... Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Jika kita tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau yang datang menuju ke arah Kuala Lumpur, yang ingin sama-sama menyambut perayaan hari merdeka pada 31 Ogos nanti, sila rujuk panduan ini bagi laluan trafik...

Demi Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

 

LENCONGAN/PENUTUPAN JALAN

Lencongan / Penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Jam 6.00 pagi pada 27 hingga 31 Ogos 2013 dan akan dibuka semula setelah acara selesai pada setiap hari.

Sesetengah jalan akan ditutup seawal jam 10.00 malam pada 30 Ogos 2013 bagi tujuan persiapan. Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut;

1. JALAN TRAVERS/ JALAN DAMANSARA
2. JALAN MAHAMERU/JALAN DAMANSARA (CARCOSA SERI NEGARA)
3. JALAN LEMBAH/JALAN PERDANA (MASJID NEGARA)
4. BULATAN HISYAMMUDDIN/JALAN LEMBAH
5. JALAN TEMBUSU/JALAN LEMBAH
6. JALAN CENDERASARI/JALAN PERDANA
7. JALAN KINABALU/SUSUR BUKIT AMAN
8. JALAN KINABALU/BULATAN HISHAMUDDIN
9. JALAN RAJA/JALAN HISHAMUDDIN
10. LEBOH PASAR BESAR/JALAN HISHAMUDDIN
11. LEBOH AMPANG/JALAN TUN PERAK
12. BULATAN DATO ONN/JALAN PARLIMEN
13. JALAN PARLIMEN/JALAN RAJA LAUT
14. JALAN SULTAN ISMAIL/JALAN T.A RAHMAN
15. JALAN MUNSYI ABDULLAH/JALAN DANG WANGI
16. JALAN DANG WANGI/JALAN TA.RAHMAN
17. LEBOH PASAR BESAR/JALAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN
18. JALAN T.A RAHMAN/JALAN RAJA

Bas awam akan diberi keutamaan semasa penutupan jalan agar perkhidmatan pengangkutan awam tidak tengendala. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa laluan bas RapidKL yang akan terjejas pada waktu tersebut, iaitu U4, U13, U5, U12, U23, U3, U6, U8, U209, U222, U2, U2A, U11, U14, dan U224.
 
Orang ramai digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada waktu tersebut, terutamanya perkhidmatan rel seperti Komuter, LRT, ERL dan Monorail yang akan beroperasi seperti biasa.

LALUAN KE DATARAN MERDEKA DAN TEMPAT LETAK KENDERAAN 

Tempat letak kenderaan :
  • VVIP/Menteri - Jalan Leboh Pasar Besar
  • Tim. Menteri/Duta-Duta - Belakang Mahkamah
  • Urusetia (Petugas)/ jemputan - Bawah Dataran Merdeka
  • Bas – bas peserta - Jalan Sultan Salahuddin, Masjid Wilayah, Tasik Titiwangsa
  • Orang ramai - Taman Tasek Perdana, Parking awam sekitar Jalan TAR, Sekitar Jalan Raja Laut



BERITA BAIK...Pengendali-pengendali pengangkutan awam darat, terutamanya dari sektor rel dan bas telah mengumumkan perkhidmatan tambahan. Ianya diringkaskan seperti berikut :


Perkhidmatan tambahan ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan bagi membolehkan rakyat Malaysia menyambut serta meraikan sambutan Ambang Merdeka yang dianjurkan disekitar Kuala Lumpur seperti Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang dan sebagainya.

Para pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n’ Go bagi mengelakkan kesesakan di kaunter dan mesin tiket.
 
Bagi maklumat lanjut sila hubungi :
RapidKL : www.myrapid.com.my; twitter: MyRapidKL atau Helpline 03 7885 2585


KTM : www.ktmb.com.my; atau Pusat Panggilan 1300 88 5862


ERL : www.kliaekspres.com


SPAD : www.spad.gov.my


Berikut pula adalah info dari KTMB mengenai perjalanan keretapi;


KTM : www.ktmb.com.my; atau Pusat Panggilan 1300 88 5862
  
Bersama-samalah kita manfaatkan infomasi ini demi menjaga keharmonian perayaan merdeka kita ke 56 ini untuk.... Malaysiaku berdaulat: 
Tanah tumpahnya darahku

Friday, August 23, 2013

KREN RUNTUH... SPAD ARAH SIASAT SEGERA



Salah satu misi SPAD adalah memastikan sistem pengangkutan awam darat adalah selamat. Bertepatan dengan misi ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Al Abar telah mengarahkan untuk menyiasat dengan terperinci punca kejadian kren bina landasan LRT di Petaling Jaya yang runtuh, baru-baru ini.

Tan Sri juga telah menegaskan bahawa SPAD akan memastikan mereka yang terlibat akan diambil tindakan tegas sekiranya didapati melanggar  Akta Pengangkutan Awam 2010.

Kejadian kren runtuh yang telah menghempap sebuah kereta pada 17 Ogos lalu, telah mengakibatkan kereta tersebut remuk. Walaubagaimanpun, kita bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Berikut adalah laporan kejadian - Astro Awani

Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit dekat sini, remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kita difahamkan oleh syarikat yang bertanggungjawab, bahawa 'handle' kren tersebut bengkok sebelum ia menghempap bumbung kereta itu yang remuk 90 peratus," katanya kepada pemberita.

Sani berkata bomba menerima panggilan pukul 6.17 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota tiba 30 minit kemudian.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) dalam kenyataan, berkata kren berkenaan dimiliki satu daripada kontraktor yang terbabit dalam Projek Penyambungan Laluan LRT (LEP) bagi laluan Kelana Jaya.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata Prasarana telah melancarkan siasatan berhubung kejadian dan akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia sebaik siasatan selesai.

"Prasarana telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada kontraktor utama, TRC. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya.

Namun, ini adalah sebahagian dari siasatan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kontraktor yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan projek-projek pembinaan termasuk Projek Penyambungan Landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Subang Jaya jika mereka di dapati bersalah.

“Hasil siasatan awal CIDB mendapati operator kren yang mengendali kren tersebut semasa kejadian adalah pemegang kad pendaftaran personel binaan dan mempunyai Sijil Pendaftaran Operator Kren yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), kedua-duanya masih mempunyai pendaftaran yang sah.
“Kren yang digunakan juga didapati mempunyai kelulusan pendaftaran Permit Mesin Angkat (PMA) juga yang masih sah di bawah seliaan JKKP,” kata Pengarah CIDB Selangor, Sr. Mohd Zaid Zakaria.
Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan siasatan ke atas insiden kemalangan ini.

Pada 17 Ogos, sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit  remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.- Astro Awani

Ini jaminan SPAD :

The project owner of the LRT Line Extension Project, Syarikat Prasarana Negara Berhad [SPNB] reported to Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat [SPAD] of the aforesaid incident at 18:00 hours on 17 August 2013.

As regulator of Land Public Transport, we view this incident very seriously as it involves the safety of the public.

SPNB will be submitting its Preliminary Report to SPAD today.

SPAD will review this report in great detail particularly on the root cause of the incident and will recommend measures that SPNB shall take in preventing recurrence of similar incident in future.

Monday, August 05, 2013

@SPADchannel : KERESAHAN ULAT TIKET DIJAWAB

Menjawab keresahan En Kabir Mohammad:

Terima kasih kepada yang prihatin terhadap nasib rakyat terutama menjelang Hari Raya ini apabila ramai yang akan pulang ke kampung mengguna perkhidmatan kenderaaan darat awam terutamanya bas dan keretapi.

Kebetulan, sebenarnya pada hari yang sama artikel oleh En Kabir disiarkan di The Mole, Pengerusi SPAD iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar serta CEO SPAD sedang melakukan walkabout di Pudu Sentral manakala pegawai-pegawai operasi SPAD sedang mengadakan operasi khas iaitu Ops Ulat AidilFitri dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Operasi sebegini bukanlah bermusim, malahan operasi sebegini dijalankan dari semasa ke semasa malahan harian, cuma pada musim perayaan operasi SPAD diadakan lebih kerap lagi. 

Kiri: En Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO SPAD. Tengah: Tan Sri Syed Hamid, Pengerusi SPAD, Kanan: Dato Che Hasni, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasa dan Operasi SPAD


Ops Aidilfitri telah bermula pada 1 Ogos dan akan berterusan sehingga 18 Ogos. Operasi bersepadu ini dijalankan 24 jam bersama-sama pihak PDRM, AADK dan JPJ.

Adalah menjadi hasrat Tan Sri dan SPAD bagi memastikan semua rakyat yang akan pulang ke kampung merasa selamat dan menaiki bas yang baik, maka Ops Ulat AidilFitri diadakan dengan agresif.

OPERASI ULAT AIDIL FITRI

Menurut laporan dari Dato Che Hasni Che Ahmad, Mej. Jen. (B) Datuk Paduka Che Hasni bin Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD, operasi khas untuk membanteras kegiatan ulat tiket di Pudu Sentral ini dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu pada jam 10 pagi-12 tengahari dan 8.30 -10.30 malam. Di dalam operasi ini sahaja, 24 ulat tiket telah berjaya ditangkap dan pihak SPAD akan meneruskan operasi dari semasa ke semasa untuk memastikan rakyat yang akan pulang ke kampung tidak tertipu dengan kegiatan ulat tiket ini.


Untuk membanteras kegiatan ulat, SPAD perlukan kerjasama dengan semua pihak. Kebanyakannya ulat-ulat ini sebagai “usherer” yang membawa penumpang pergi ke kaunter dan kaunter-kaunter tiket adalah ejennya. Ejen kaunter yang tidak bertanggunjawab inilah yang telah menggalakkan wujudnya ulat-ulat tiket. Walaubagimanapun, pengusaha-pengusaha bas juga terlibat secara langsung di mana mereka yang bertanggungjawab melantik ejen yang membuka kaunter di dalam terminal.

SPAD telah memberi jaminan untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha bas yang terlibat kerana mereka adalah punca sebenar ulat.

Kebanyakan yang menjadi ulat adalah budak-budak muda yang tiada pekerjaan. Tan Sri di dalam temuramahnya telah menyatakan kebimbangan aktiviti ulat-ulat tiket ini dan berharap agar pengusaha-pengusaha bas mengambil pembantu-pembantu ini dengan cara yang betul supaya golongan ini ada sumber pendapatan. Telah dikenalpasti, ada di antara pengusaha-pengusaha bas mencari jalan singkat dengan menjual semua tiket kepada ulat dan selepas itu ulat-ulat ini akan menjual tiket kepada orang ramai. Pengusaha akan menjual dengan harga yang ditetapkan SPAD tetapi ulat yang akan menaikkan harga tiket dan ini yang menyebabkan harga lebih mahal daripada yang ditetapkan.


E-TICKETING MERUPAKAN SALAH SATU CARA PENYELESAIAN

SPAD telah menyarankan dan sangat menggalakkan rakyat dan pengusaha-pengusaha bas menggunakan sistem e-ticketing di mana sistem ini telah berjaya membenteras kegiatan ulat seperti di Terminal Bas Bersepadu (TBS). Penumpang harus ke kaunter dan mereka hanya akan mendapat tiket mereka tanpa perkhidmatan mana-mana ulat. Menerusi e-ticketing juga, kaunter tidak boleh menipu harga dan ulat-ulat ini tidak boleh meletak harga sendiri. 

Lawatan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif SPAD ke Pudu Sentral... DI SINI

Semua kaunter yang menjual tiket bas, mengguna bas-bas yang dilesenkan SPAD. Sekiranya bas tidak mencukupi, mereka akan memohon LPS (Lesen Perubahan Sementara). SPAD telah mengeluarkan sebanyak 437 LPS untuk bas tambahan pada perayaan AidilFitri tahun ini.

Bas-bas yang mendapat LPS ini telah diperiksa di PUSPAKOM dan selamat. Pihak SPAD juga akan membuat snap untuk menentukan bas-bas yang ada LPS sahaja digunakan untuk musim AidilFitri. Bas-bas LPS ini juga mestilah mengeluarkan 'computerized' ticket bagi membuktikan ia adalah bas yang sah. Selain daripada memantau kegiatan ulat tiket, SPAD juga tegas membuat pemeriksaan keadaan fizikal bas seperti lampu, viper dsb untuk memastikan ia dalam keadaan baik.

OPERASI SPAD

Walaupun kekuatan bilangan pegawai penguatkuasa SPAD masih dianggap kecil yang hanya mempunyai seramai 317 pegawai di seluruh negara, tetapi kehadiran mereka sudah mula dirasai dan dapat dilihat di mana-mana.

Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah memulakan operasi pada 31 Jan 2011 dengan keanggotaannya terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti bekas tentera dan juga mereka yang pernah bertugas di bahagian-bahagian penguatkuasa lain.

Bertepatan dengan misi bahagian penguatkuasaan SPAD - Untuk Menguatkuasakan Peraturan Dan Undang-Undang Yang Berkesan, Komited Dan Berhemah, mereka merupakan barisan hadapan dalam membantu mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat negara.
 
Mereka akan sentiasa turun padang melakukan pemantauan serta memberi tindakan segera terutamanya yang membabitkan aduan daripada orang awam. Selanjutnya... DI SINI

Bagaimana SPAD menjalankan operasi... DI SINI

Harapan Pengerusi SPAD ...

1. PENDEKATAN PENGERUSI SPAD BERJIWA RAKYAT ... DI SINI

2. SINDIKET ULAT TIKET BAS  ... DI SINI

3. WALAUPUN BERUSIA 3 TAHUN, DIYAKINI ANTARABANGSA ... DI SINI

Akhir sekali, semoga dengan penjelasan di atas dapat memberi jawapan kepada atikel En Kabir dan prihatin rakyat yang ditunjukkan seperti En Kabir untuk sama-sama memajukan perkhidmatan awam darat diberi pujian dan dihargai. Sekiranya masih mendapat masalah, diharap jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak SPAD di hotline 1-800-88-SPAD (7823) kerana pihak SPAD juga telah memberi jaminan talian hotline akan berfungsi walaupun cuti hariraya dan pegawai-pegawai SPAD juga akan bertugas ketika rakyat bercuti dan meraikan Aidilfitri.