Friday, August 23, 2013

KREN RUNTUH... SPAD ARAH SIASAT SEGERA



Salah satu misi SPAD adalah memastikan sistem pengangkutan awam darat adalah selamat. Bertepatan dengan misi ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Al Abar telah mengarahkan untuk menyiasat dengan terperinci punca kejadian kren bina landasan LRT di Petaling Jaya yang runtuh, baru-baru ini.

Tan Sri juga telah menegaskan bahawa SPAD akan memastikan mereka yang terlibat akan diambil tindakan tegas sekiranya didapati melanggar  Akta Pengangkutan Awam 2010.

Kejadian kren runtuh yang telah menghempap sebuah kereta pada 17 Ogos lalu, telah mengakibatkan kereta tersebut remuk. Walaubagaimanpun, kita bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku.

Berikut adalah laporan kejadian - Astro Awani

Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit dekat sini, remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kita difahamkan oleh syarikat yang bertanggungjawab, bahawa 'handle' kren tersebut bengkok sebelum ia menghempap bumbung kereta itu yang remuk 90 peratus," katanya kepada pemberita.

Sani berkata bomba menerima panggilan pukul 6.17 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota tiba 30 minit kemudian.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) dalam kenyataan, berkata kren berkenaan dimiliki satu daripada kontraktor yang terbabit dalam Projek Penyambungan Laluan LRT (LEP) bagi laluan Kelana Jaya.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata Prasarana telah melancarkan siasatan berhubung kejadian dan akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia sebaik siasatan selesai.

"Prasarana telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada kontraktor utama, TRC. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya.

Namun, ini adalah sebahagian dari siasatan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kontraktor yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan projek-projek pembinaan termasuk Projek Penyambungan Landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Subang Jaya jika mereka di dapati bersalah.

“Hasil siasatan awal CIDB mendapati operator kren yang mengendali kren tersebut semasa kejadian adalah pemegang kad pendaftaran personel binaan dan mempunyai Sijil Pendaftaran Operator Kren yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), kedua-duanya masih mempunyai pendaftaran yang sah.
“Kren yang digunakan juga didapati mempunyai kelulusan pendaftaran Permit Mesin Angkat (PMA) juga yang masih sah di bawah seliaan JKKP,” kata Pengarah CIDB Selangor, Sr. Mohd Zaid Zakaria.
Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan siasatan ke atas insiden kemalangan ini.

Pada 17 Ogos, sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit  remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.- Astro Awani

Ini jaminan SPAD :

The project owner of the LRT Line Extension Project, Syarikat Prasarana Negara Berhad [SPNB] reported to Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat [SPAD] of the aforesaid incident at 18:00 hours on 17 August 2013.

As regulator of Land Public Transport, we view this incident very seriously as it involves the safety of the public.

SPNB will be submitting its Preliminary Report to SPAD today.

SPAD will review this report in great detail particularly on the root cause of the incident and will recommend measures that SPNB shall take in preventing recurrence of similar incident in future.

No comments: