Monday, August 26, 2013

BAS SEKOLAH 1 MALAYSIA ... KINI TIBA MASANYA


148. Keduanya, penyediaan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit. Usaha ini akan memanfaatkan seramai 2 juta pelajar dengan perlindungan maksimum sebanyak 100 ribu ringgit dan kos premium sebanyak 40 juta ringgit untuk tempoh 2 tahun yang akan diselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat.

Bagi merealisasi dan menepati janji kerajaan kepada rakyat yang mementingkan keselamatan penumpang, murid serta orang awam dalam Bajet 2013 lalu, “Skim Pinjaman Mudah Sewa Beli Bas Sekolah 1 Malaysia” telah diluluskan khusus bagi pengusaha bas sekolah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Model Transcom"
SPESIFIKASI Placer –X •  RM102,988 (atas jalan sahaja)
•  16 tempat duduk penumpang (muatan 25 orang murid)
•  Pintu boleh dibuka lebar (membolehkan 2 penumpang 
    keluar dan masuk)
•  DK4 enjin diesel turbo intercooler Euro III, sistem rekaan   
    ‘high pressure common rail’ teknologi Jepun, pembakaran  
    minyak efisien.

Placer •   RM65,688 (atas jalan sahaja)
•   13 tempat duduk penumpang (muatan 21 orang murid)
•   Enjin turbo Euro II teknologi Jepun, pembakaran minyak  
     efisien

TERMA DAN SYARAT
 

SKIM SEWABELI PEMILIK BAS SEKOLAH BARU 1MALAYSIA (SPB1M)

Walaubagaimanapun Pengerusi SPAD ingin memaklumkan bahawa bermula daripada Januari 2015, pengusaha bas yang gagal menukar kenderaan yang telah melebihi 30 tahun ke atas akan diambil tindakan. Tempoh 2 tahun yang diberi akan berakhir pada hujung tahun hadapan (2014) dan pihak SPAD tidak akan melanjutkan semula tempoh berkenaan.

Tan Sri Syed Hamid juga berkata, "Jika mereka (pengusaha bas) ingkar untuk ikut peraturan yang kita tetapkan, SPAD akan dakwa mereka di mahkamah, tarik balik lesen supaya mereka tidak boleh lagi beroperasi secara sah.

"Undang-undang membenarkan SPAD membuat peraturan serta prosedur dan kami boleh ambil tindakan jika ia gagal dipatuhi kerana soal keselamatan penumpang terutama kanak-kanak amat penting," katanya.

Oleh yang demikian, kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah ambillah peluang terbaik ini dari kerajaan dan tragedi Genting Highlands baru-baru ini perlu dijadikan iktibar.

 

No comments: