Showing posts with label Dato Ehsan. Show all posts
Showing posts with label Dato Ehsan. Show all posts

Thursday, November 05, 2015

PERSOAL PERUNTUKAN PEMBANGUNAN JPM, DATUK EHSAN MENJAWAB

Ketika perbahasan Bajet 2016 oleh MP Kota Tinggi Datuk Ehsan, beliau menyentuh mengenai bajet Jabatan Perdana Menteri di mana ia merupakan salah satu daripada peruntukan yang agak besar di mana hampir RM45 bilion untuk pengurusan dan hampir RM20 bilion untuk pembangunan.

Malangnya, soalan yang diterima ketika perbahasan yang datang dari Ahli Parlimen DAP Kluang Liew Chin Tong sangat menjelekkan. Soalannya seperti di dalam hansard Parlimen;


Tentang peruntukan untuk JPM. Sebenarnya RM8.5 bilion dalam peruntukan pembangunan itu bukan untuk agensi tetapi untuk Perdana Menteri dan untuk beliau berikan kontrak ataupun projek secara budi bicara ataupun ikut suka hati. Minta komen.  

Jelas sekali Liew ingin menuduh yang PM sengaja wujudkan peruntukan pembangunan ini tanpa melihat pecahan peruntukan pembangunan. Samada sengaja diajukan soalan yang berbentuk tuduhan atau sekadar membuat provokasi, Datuk Ehsan menjelaskan pandangan yang jauh tersasar dari MP DAP seperti berikut;

Di antaran peruntukan pembangunan Bajet 2016 untuk agensi adalah;

RM5.6 bilion itu untuk UKAS atau Unit Kerjasama Awam Swasta bertujuan untuk menggalakkan penglibatan swasta bagi merancakkan pelaburan domestik tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan asing. Datuk Ehsan memberi contoh ketika membuat jalan raya yang bernilai RM1.1 bilion dari Johor Bahru ke Nusajaya yang telah dibiayai melalui UKAS. Akhirnya dengan wujudnya 'trunk road' yang lebar ini, pembangunan di Iskandar menjadi sangat rancak.

Datuk Ehsan juga menjelaskan pendekatan baru yang kerajaan perkenalkan sebagai 'facilitation fund' telah mendapat tambahan sebanyak RM3 bilion. Contoh yang diberi apabila ketika kerajaan membuat MRTdan LRT, kedudukan tanah kebanyakannya adalah di Selangor yang nilainya tersangat tinggi. Maka segala pembelian tanah juga tinggi dan memerlukan peruntukan yang dibiayai kerajaan dengan harga yang sangat tinggi.

Daripada tambahan tersebut, RM2.6 bilion adalah untuk pembanguan koridor seperti Iskandar, ECER dan SKOR yang mampu merancakkan ekonomi.

Apabila kerajaan berjaya merancakkan ekonomi, maka apakah Bajet 2016 tidak memberi sumbangan kepada rakyat? Apakah dakwaan DAP yang Bajet 2016 dengan sengaja memotong peruntukan untuk rakyat adalah tepat? DAP sekadar melihat kepada pembahagian angka dengan memberi contoh pengurangan peruntukan beberapa Kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti.

Seperti ulasan di atas dari Datuk Ehsan, DAP gagal melihat perancangan kerajaan dalam sekala yang lebih besar untuk dimanfaatkan rakyat di semua peringkat. Apa yang nak diharapkan DAP tetapi sekadar bermain politik sahaja. Pada masa yang sama, DAP juga seperti ingin menggagalkan ekonomi negara dirancakkan.

Jangan kata Kementerian-Kementerian itu saja yang akan memanfaatkan kerancakan ekonomi, DAP juga pasti akan merasakan dan pasti tidak lepas peluang mengambil kesempatan.

Peruntukan rakyat dipotong, peruntukan ‘Najib’ ditambah yang bakal dijaja DAP keseluruh negara bukan mudah untuk dihidu motifnya. Inilah juga akan menjadi alasan pembangkang untuk menolak Bajet 2016 dan sekali gus cuba untuk menjayakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Najib Razak.

Malangnya, para barisan ahli-ahli Parlimen Kerajaan seperti Datuk Ehsan awal-awal lagi telah berjaya menepis dan menggagalkan motif pembangkang. Kepada rakyat pula, sebelum telan bulat-bulat hasutan pembangkang, rujuklah kepada pemimpin-pemimpin seperti Datuk Ehsan untuk mendapatkanpenerangan yang lebih berfatka dan jujur.

Monday, February 16, 2015

MAKMAL TRANSFORMASI PLKN AKAN LAHIRKAN 'BLUE PRINT'


Perancangan kerajaan bagi mewujudkan satu makmal khas PLKN sebenarnya telah pun diumumkan dalam Bajet 2015 yang selaras dengan Pelan Transformasi Belia Negara. Inisiatif ini akan diketuai Pemandu dan juga telah mendapat persetujuan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Kewujudan Makmal Transformasi PLKN ini pada awalnya bertujuan sebagai berfungsi mengumpul maklumat dan menjalankan kajian pendapat bagi menambah baik modul PLKN yang sedia ada selaras dengan peredaran masa.

Setelah pengumuman Perdana Menteri bagi langkah-langkah kerajaan mengkaji semula Bajet 2015 untuk menstabilkan kewangan negara, salah satu langkahnya adalah menangguh PLKN 2015. Maka inilah masa terbaik program latihan khidmat negara teruskan perancangan makmal transformasi ini.



Pada 13 Februari lalu, pelancaran Makmal Transformasi Program Khidmat Negara (PLKN) telah diadakan dan akan berlangsung selama 5 minggu bermula 23 Februari sehingga 26 Mac.

Makmal ini akan melibatkan 85 orang akan yang mengambil kira pendapat pelbagai pihak terutama individu atau kumpulan yang dikenal pasti dapat memberikan idea yang bernas bagi menambah nilai dan tambah baik modul sedia ada. Mereka terdiri daripada wakil kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta, NGO, pemain-pemain industri, golongan muda, operator kem PLKN, Alumni PLKN, jurulatih PLKN, ibubapa dan sebagainya.

Kumpulan sasaran bagi kajian ini juga akan melibatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di seluruh negara.

Selain untuk mendapatkan maklumbalas, makmal ini juga akan menghasilkan satu resolusi yang akhirnya akan menjadi "blue print" transformasi PLKN.

3 fokus utama makmal ini menjurus kepada Modul Latihan, Pengurusan Sumber dan Penjenamaan & Komunikasi bagi mengukuhkan modul latihan yang baharu iaitu Patriotisme, Pembangunan Karakter dan Kesukarelaan.

Bagi menghadapi cabaran masa kini, di antara pengisian program akan menitikberatkan ancaman media sosial dan sebaran pengaruh-pengaruh negatif.

Penangguhan PLKN 2015 ini juga akan digunakan untuk melatih semula kesemua staf dan jurulatihnya sebagai persiapan untuk perlaksanaan PLKN pada tahun hadapan.

Diharap platform perbincangan di dalam makmal ini dapat menjana ide-ide penambahbaikan PLKN demi meningkatkan semangat patrotisme dalam kalangan pelatih, memupuk perpaduan dan integrasi nasional serta membentuk perwatakan positif pelatih melalui nilai murni.

Thursday, August 21, 2014

DATUK EHSAN BERKONGSI RINTIHAN RAKYAT GAZA DI KOTA TINGGI


Sempena hari program 'Muafakat Raya' dan 'Dakapan Gaza MH17 MH370' pemimpin dan warga Kota Tinggi dan Dato Ehsan berkongsi rintihan dan kesedihan tragedi Gaza serta MH17 dan MH370 di samping meraikan majlis Hari Raya.

Perasaan prihatin dan simpatinya telah diterjemahkan di dalam deklamasi sajaknya yang bertajuk... AKU PALESTIN





Cetusan ilham : YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi)
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Kiranya fanaku hancur
Luluh terbujur , usah disusur

Sesungguhnya roh juang tetap subur
Aku akan tetap tempur

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Dentuman , ledakan , membunuh , meruntuh
Tak ku gentar , tak ku gusar

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Anakku , cucuku , zuriatku
Terkorban bergelimpangan

Takku hiba , tidak ku nestapa
Inilah perjuangan , inilah perngorbanan

Wahai anak-anakku
Wahai cucu-cucuku 
Wahai zuriatku 
Kita Palestin
Wujud kita awalan , akhir kita abadan

Jangan tangis , jangan ratapi
Bukan belas ,  bukan simpati

Biar kami mati tetapi jangan sekali-kali berhenti
Biar kami lebur , biar kami hancur
Namun pantang berundur

Alhamdulillah , ku bersyukur 
Insha ALLAH , takkan luntur

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan






Sambil menyambut Hari Raya, pandangan dan ingatan rakyat Kota Tinggi tidak terlepas dari kejadian di Gaza serta tragedi MH17 dan MH370.

Dengan niat yang baik dari sikap rakyat yang prihatin dan mudah tersentuh dengan kejadian-kejadian kezamliman di Gaza serta tragedi kemalangan MH17 dan kehilangan MH370 yang menimpa rakyat Malaysia, kutipan sebanyak RM60,396 telah berjaya dikumpul dengan melepasi sasaran RM40,000.




Gerakan kutipan tabung telah diusahakan bersama dari Pejabat Pendidikan dan Yayasan Mesra, malahan kutipan dari masjid-masjid dan juga pengunjung pada hari tersebut.

Kutipan sebanyak RM24,000 telah dibuat di masjid-masjid, sekolah-sekolah, pejabat daerah kumpul  dan selebihnya dikutip pada hari tersebut. 

Pertandingan gerai tercantik oleh agensi kerajaan dan setiap hadiah kemenangan wang tunai didermakan semula kepada Tabung Gaza.

Inilah aspek sikap rakyat Malaysia yang perlu dipuji yang sentiasa terpanggil ke hadapan untuk menghulur bantuan.


Tuesday, July 15, 2014

RAJA GULA BUKAN LAGI ROBERT KUOK ATAU SYED MOKHTAR... TAPI SIAPA?


Mungkin ramai yang berpendapat 'Raja Gula' hari ini masih Robert Kuok tetapi hakikatnya industri gula di negara ini telah pun dikuasai Felda Global Ventures (FGV). Sejak 2009, FGV telah memiliki Malayan Sugar Manufacturing  Sdn Bhd (MSM), Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, sebanyak hampir 5,800 hekta tanah di Cuping, Perlis dan 20% saham di dalam Tradewinds (M) Bhd yang bernilai RM1.5 bilion ketika itu. MSM Holdings telah pun disenaraikan di papan utama Bursa Saham pada 28 Jun 2011.

Kini... RAJA GULA ADALAH MSM (Anak Syarikat Felda Global Ventures)!!!

62% pemasaran gula di Malaysia datangnya dari MSM di mana 80% pengeluaran gula untuk pasaran tempatan dan 20% pula dieksport ke negara-negara seperti Australia, New Zeland, Singapura, Pakistan dan Korea Selatan. Jenama gula MSM yang ada di pasaraya-pasaraya adalah "Gula Prai" dan "Gula Perlis" yang terdiri daripada gula halus putih dan gula perang.

Bagaimana pula dengan dakwaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menuduh Tan Sri Syed Mokhtar menguasai industri gula dan mampu mengawal harga gula sedangkan MSM adalah pengeluar utama?

Pembabitan Syed Mokhtar dalam Tradewinds hanyalah 37% dan selebihnya adalah milik MSM. Felda hanya memiliki saham dalam Tradewinds di antara 50-70%. Sekali lagi di mana dakwaan Anwar yang mengatakan Syed Mokhtar dan Tradewind yang menguasai industri gula.

Siapa yang mengeluarkan fakta ni? Sila tonton video tersebut...



 
Memang benarlah kata Dato Ehsan, Anwar cuba putar belit fakta dan kelirukan dewan. Ini mungkin kerana Anwar tak tau atau sengaja timbulkan kebenciannya terhadap Syed Mokhtar

Terima kasih juga kepada Dato Ehsan kerana dengan membetulkan fakta Anwar, maka hari ini kita mengetahui MSM (anak syarikat FGV) sebenarnya menguasai pasaran gula sekarang dan bukan seperti yang Anwar kata.