Showing posts with label Yayasan Mesra. Show all posts
Showing posts with label Yayasan Mesra. Show all posts

Wednesday, December 02, 2015

KERAJAAN BN PRIHATIN, ANAK-ANAK KOTA TINGGI YANG UNTUNG


Jika ingin melihat kerajaan prihatin, pasti ia datang dari kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan jika ingin melihat wakil parlimen yang mementingkan kebajikan dan keperluan rakyatnya, Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin adalah orangnya.

Setiap kali di hujung tahun, pelbagai bantuan keperluan sekolah pasti dihulurkan kepada ibu bapa di Parlimen Kota Tinggi dan pada tahun ini, lebih dari 1,000 kanak-kanak daripada 25 sekolah kebangsaan yang bakal memulakan darjah satu sesi persekolahan 2016 telah menerima bantuan peralatan sekolah di program "Back 2 School". Selain bantuan beg dan peralatan sekolah, mereka juga menerima sumbangan kewangan.

Program "Back 2 School" juga telah mendapat sokongan dari NGO Yayasan Mesra yang telah menyumbang sebanyak RM70 ribu untuk kali keduanya. Di antara lain, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah turut serta meyumbang kepada 200  asnaf yang bakal memulakan persekolahan tahun depan.


Di kesempatan program ini, Datuk Ehsan telah berpesan bahawa kejayaan murid-murid bergantung kepada faktor tiga serangkai yang membabitkan kerjasama di antara ibubapa, guru-guru dan murid-murid. Beliau juga menyarankan kepada ibubapa agar tidak kedekut berbelanja untuk pendidikan anak-anak yang menjadi tanggungjawab dan satu pelaburan masa depan. Setiap anak yang berjaya, pasti akan membantu ibubapanya dan inilah yang dimaksudkan sebagai pelaburan ibubapa.

Di dalam pembentangan Bajet 2016 yang lalu, peruntukan di bidang pendidikan dan pelajaran adalah sebanyak RM41 bilion dan saban tahun ia diberi peruntukan yang paling besar. Dengan jelas menunjukkan prihatin kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan pendidikan rakyatnya dan sekali gus beban ibubapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dapat diringankan.

Kerajaan Barisan Nasional tetap beri perhatian kepada anak-anak yang kurang cemerlang dalam pelajaran mereka. Ini terbukti apabila kerajaan menyediakan peluang kemahiran atau vokasional. Menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan 1.5 juta pekerjaan berkemahiran TVET di mana lebih dari 400 ribu pelajar yang tidak berjaya ke pengajian tinggi akan mengikuti latihan di mana-mana institusi TVET yang kini berjumlah sebanyak 545 institusi.

Datuk Ehsan juga menerangkan jika dibandingkan dengan negara-negara lain, peruntukan bajet mereka lebih tertumpu kepada pertahanan negara untuk mengelak dari ancaman musuh dan keganasan. Oleh kerana negara kita masih dalam kedudukan aman dan terkawal, ramai pelabur telah meyakini kestabilan negara, justeru ramai yang datang untuk melabur dan ini bermakna mereka telah memberi pendapatan kepada negara.

Hasil daripada pendapatan-pendapatan seperti ini maka kerajaan Barisan Nasional dapat membantu ibubapa dan sekiranya rakyat tidak memberi kepercayaan kepada kerajaan sediada, maka berkemungkinan ibubapa terpaksa menanggung sendiri pendidikan anak-anak mereka.

Friday, September 18, 2015

YAYASAN MESRA : KESEDARAN ANCAMAN JENAYAH SIBER

Tahukah kita disebabkan jenayah siber, Malaysia telah kerugian RM1 bilion dan meletakkan negara di tangga ke 6 mudah diserang jenayah siber, menurut laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2014. Malaysia telah disenaraikan bersama-sama beberapa negara, termasuk Hong Kong, Taiwan, Thailand, China, India dan Indonesia.


Di atas kenyataan itulah maka Yayasan Mesra telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan "Program Jenayah Siber: Ancaman dan Kesan kepada Masarakat" kepada warga pendidik di Kota Tinggi. Program ini adalah anjuran bersama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, PIBK Parlimen Kota Tinggi dan Biro Pendidikan Kota Tinggi.



Golongan pendidik merupakan golongan sasaran yang perlu ditingkatkan kesedaran dan diberi pengetahuan memandangkan ia perlu dimulakan di kalangan remaja dan guru adalah penyampai maklumat yang paling berkesan.

Sebelum itu pada 30 April lalu, Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi bersama PDRM Daerah Kota Tinggi telah mengadakan program serupa tetapi disasarkan kepada murid-murid sekolah di Kota Tinggi.

Maklumat di hujung jari yang diharapkan kita sebagai tepat dan cepat sering kali di eksploitasi penjenyah siber, contohnya kejadian yang pernah dialami negara apabila berlakunya tragedi MH370 dan MH17, pelbagai rekaan cerita boleh didapati sehingga masyarakat tidak dapat bezakan di antara berita palsu dan benar.

Di antara ancaman keselamatan dari organisasai jenayah antarabangsa pula melibatkan pelbagai aktiviti haram merentasi sempadan pula adalah seperti pengedaran dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan serta penggubahan wang haram.

Jika kita masih ingat serangan maya pada tahun 2003 oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai "Anonymous" telah melancarkan serangan ke atas laman-laman web kerajaan di seluruh dunia. Penggodam-penggodam ini telah membanjiri laman-laman web sasaran dengan limpahan data tidak berguna tanpa henti.

Sememangnya agak sukar untuk mengesan punca serangan-serangan dari penggodam memandangkan kepintaran mereka membuat rangkaian di pelbagai kedudukan yang tidak setempat di serata dunia. Di samping inisiatif memberi kesedaran kepada masyarakat melalui program-progaram seperti yang di anjurkan Yayasan Mesra, adalah penting jika mana-mana pengguna atau agensi, jabatan dan syarikat membuat laporan kepada Cybersecurity Malaysia di talian siber999 jika mengesan tanda ancaman siber.

Menyedari akan ancaman siber ini juga, ketegasan menteri baharu bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Keruak, yang tanpa berselindung mahukan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 direalisasikan segera adalah sangat-sangat dialukan.

Saturday, July 18, 2015

KAMI PUN NAK RAYA DARI WARGA KOTA TINGGI



Ucapan Aidil Fitri dari warga Kota Tinggi lain dari yang lain... Dendangan lagu raya khas untuk warga Kota Tinggi; 


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin
Posted by Ehsan Harun Rashid on Monday, July 13, 2015
 


Yang pasti warga Kota Tinggi sangat bertuah mendapat seorang pemimpin seperti Datuk Ehsanuddin yang  ingin berkongsi keceriaan dan keriangan Aidil Fitri bersama-sama warga Kota Tinggi...


Disamping itu, kemeriahan Aidil Fitri di Kota Tinggi telah diberi peluang bersiaran langsung pihak RTM1 di dalam program "Kami Pun Nak Raya bersama warga Kg Sentosa, Kg Gembut, Kg Sayang dan sekitarnya di Legaran Air Gemuruh...



Sunday, May 10, 2015

PASAK INTERNATIONAL MTB JAMBOREE BERAKSI DI KOTA TINGGI



Nampaknya sukan lasak seperti 'mountain bike' semakin popular di negara kita dan kini tiba masanya Parlimen Kota Tinggi menganjurkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa dalam Pasak International MTB Jamboree 2015.

Kira-kira seramai 1,200 peserta tempatan dan juga dari luar negara seperti England, Taiwan, Jerman, Filipina, Singapura dan juga Indonesia dan ada di antara mereka terdiri daripada pelumba basikal profesional.

Pertanding antarabangsa mountain bike di Felda Pasak ini telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid tepat jam 8.30 pagi. Bagi Datuk Ehsan, kayuhan sejauh 40 kilometer ini mempunyai cabaran tersendiri di mana mereka akan berhadapan dengan laluan yang berbukit bukau dan pasti tidak rata, denai berair,  laluan berdebu ditambah dengan laluan yang mengelirukan serta cuaca panas terik.

Kota Tinggi yang mempunyai kelab sendiri yang terdiri daripada Pasak Cycling Club telah menganjurkan pertandingan antarabangsa ini bersama-sama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Yayasan Mesra.

Apabila mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, pertandingan ini dikatakan bakal dijadikan acara tahunan. 5 kategori akan dipertandingkan iaitu Junior, Master, Terbuka, Veteran dan Wanita serta pelbagai peringkat usia dengan tawaran hadiah wang tunai serta hadiah iringan dan juga cabutan bertuah.

Yang pasti, ia bukan sekadar satu pertandingan tetapi mampu menyemai semangat menempuh cabaran di kalangan anak muda di samping satu bentuk aktiviti rakyat yang mengutamakan kesihatan fizikal dan mental.

Parlimen Kota Tinggi juga telah manfaatkan perlumbaan antarabangsa ini apabila dapat memperkenalkan keindahan alam semulajadi untuk tarikan pelancongan dan sekali gus telah meletakkan peta Kota Tinggi di dalam acara antarabangsa.






Pasak Intl MTB Jamboree 2015.....1200 pserta...Lasak@Pasak!
Posted by Ehsan Harun Rashid on Monday, May 4, 2015

Sunday, January 11, 2015

KONVOI YAYASAN MESRA DALAM MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN


Apabila cubit peha kiri, peha kanan pasti terasa dan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

Itulah yang dirasakan oleh semua rakyat Malaysia apabila saudara-saudara kita di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sedang menghadapi musibah banjir yang dikatakan paling teruk dalam sejarah.

Ketika banjir sedang melanda, hanya doa yang dapat dihulurkan agar mereka segera dapat diselamatkan.

Namun setelah banjir semakin surut, inilah ketikanya bantuan dihulur dan disalurkan kepada mereka. Pada 8hb lalu, konvoi Yayasan Mesra telah bergerak ke Tanah Merah, Kelantan dengan muatan seberat 10 tan. 

Destinasi konvoi bantuan telah menuju ke Dewan Insaniah, Kg Kelewek, Kelantan di bawah Parlimen Tanah Merah dan disambut ahli Parlimen Tanah Merah, YB Datuk Ikmal Hisham.



Bertepatan dengan misinya "Khidmat Mesra", Yayasan Mesra telah bersama-sama meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Di antara bantuan yang dibekalkan adalah beras, minyak masak, biskut, maggi dan telor 'special-one'.




Selain dari Gua Musang dan Kuala Krai, Tanah Merah juga paling teruk terjejas di mana ia adalah di antara daerah yang dilalui Sungai Kelantan.
semua bandar yang dilalui Sungai Kelantan
semua bandar yang dilalui Sungai Kelantan

Selain dari bantuan, kakitangan Yayasan Mesra juga telah mengadakan ziarah mesra ...



Bantuan yang dihulurkan, sekurang-kurangnya dapat meringankan kesulitan mangsa-mangsa banjir dan rasa kesyukuran terserlah di wajah-wajah mereka...




Prihatin seorang pemimpin ... inilah yang dikatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin juga turut sama-sama membantu menguruskan bantuan.



Apabila peha kanan dicubit, peha kiri pun terasa peritnya, maka syabas kepada warga Yayasan Mesra kerana prihatin terhadap saudara-saudara yang sedang menghadapi musibah banjir. Semoga prihatin mereka menjadi contoh kepada kita, bersama-sama menghulurkan bantuan dan inilah semangat rakyat Malaysia sebenarnya.

 

Friday, December 12, 2014

MENSEJAHTERAKAN RAKYAT : WAJAH-WAJAH BERSYUKUR ANAK-ANAK KOTA TINGGI


Lazimnya pada akhir tahun anak-anak akan mula berkira-kira untuk mendapatkan persiapan serba baru ke sekolah dan ibubapa pula akan resah untuk mencari perbelanjaan lebih atau membuat peruntukan khas demi memenuhi kehendak anak-anak.

Ahli Parlimen Kota Tinggi

Tetapi ini tidak berlaku kepada ibubapa warga Kota Tinggi apabila bantuan kelengkapan ke sekolah bagi meringankan perbelanjaan mereka telah disempurnakan di dalam satu majlis "Penyampaian Sumbangan Bantuan Kelengkapan Sekolah Parlimen Kota Tinggi" bersama-sama JPMM, DUN Sedili, DUN Johor Lama dan Yayasan Mesra dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad pada 10 December 2014 lalu, seramai 500 orang kanak-kanak sekolah telah mendapat bantuan peralatan ke sekolah.

Bantuan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin dan dengan jelas telah menyahut saranan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2015 yang bertemakan "Mensejahtera Rakyat". Di antara kata-kata Perdana Menteri adalah;
"Sebenarnya, kemakmuran sesebuah negara bergantung juga kepada kemampuannya untuk menyediakan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibubapa dan penjaga pelajar, khususnya golongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan..."

Prihatin badan-badan korporat seperti PLUS dan NGO seperti Yayasan Mesra dalam menunaikan tanggungjawab sosial (CSR) mereka, inisiatif ini perlu dicontohi dan dialu-alukan.

Saksikan wajah riang anak-anak yang telah mendapat beg sekolah baru serta beberapa kelengkapan asas yang lain bersama-sama ibubapa mereka. 








Prihatin Ahli Parlimen Kota Tinggi pasti akan dikenang dan disyukuri bukan sahaja oleh pelajar tetapi ibubapa mereka juga turut berasa lega apabila sekurang-kurangnya bantuan ini telah pun mengurangkan beban mereka. Sekaligus, saranan Perdana Menteri telah disambut Datuk Ehsanuddin bagi ... MENSEJAHTERAKAN RAKYAT KOTA TINGGI

Thursday, August 21, 2014

DATUK EHSAN BERKONGSI RINTIHAN RAKYAT GAZA DI KOTA TINGGI


Sempena hari program 'Muafakat Raya' dan 'Dakapan Gaza MH17 MH370' pemimpin dan warga Kota Tinggi dan Dato Ehsan berkongsi rintihan dan kesedihan tragedi Gaza serta MH17 dan MH370 di samping meraikan majlis Hari Raya.

Perasaan prihatin dan simpatinya telah diterjemahkan di dalam deklamasi sajaknya yang bertajuk... AKU PALESTIN





Cetusan ilham : YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid (Ahli Parlimen Kota Tinggi)
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Kiranya fanaku hancur
Luluh terbujur , usah disusur

Sesungguhnya roh juang tetap subur
Aku akan tetap tempur

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Dentuman , ledakan , membunuh , meruntuh
Tak ku gentar , tak ku gusar

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan

Anakku , cucuku , zuriatku
Terkorban bergelimpangan

Takku hiba , tidak ku nestapa
Inilah perjuangan , inilah perngorbanan

Wahai anak-anakku
Wahai cucu-cucuku 
Wahai zuriatku 
Kita Palestin
Wujud kita awalan , akhir kita abadan

Jangan tangis , jangan ratapi
Bukan belas ,  bukan simpati

Biar kami mati tetapi jangan sekali-kali berhenti
Biar kami lebur , biar kami hancur
Namun pantang berundur

Alhamdulillah , ku bersyukur 
Insha ALLAH , takkan luntur

Sebab
Aku Palestin
Wujudku awalan , akhirku abadan






Sambil menyambut Hari Raya, pandangan dan ingatan rakyat Kota Tinggi tidak terlepas dari kejadian di Gaza serta tragedi MH17 dan MH370.

Dengan niat yang baik dari sikap rakyat yang prihatin dan mudah tersentuh dengan kejadian-kejadian kezamliman di Gaza serta tragedi kemalangan MH17 dan kehilangan MH370 yang menimpa rakyat Malaysia, kutipan sebanyak RM60,396 telah berjaya dikumpul dengan melepasi sasaran RM40,000.




Gerakan kutipan tabung telah diusahakan bersama dari Pejabat Pendidikan dan Yayasan Mesra, malahan kutipan dari masjid-masjid dan juga pengunjung pada hari tersebut.

Kutipan sebanyak RM24,000 telah dibuat di masjid-masjid, sekolah-sekolah, pejabat daerah kumpul  dan selebihnya dikutip pada hari tersebut. 

Pertandingan gerai tercantik oleh agensi kerajaan dan setiap hadiah kemenangan wang tunai didermakan semula kepada Tabung Gaza.

Inilah aspek sikap rakyat Malaysia yang perlu dipuji yang sentiasa terpanggil ke hadapan untuk menghulur bantuan.


Tuesday, August 19, 2014

MUAFAKAT RAYA KOTA TINGGI DEMI MENGHARGAI RAKYATNYA


Apabila amalan "Bersatu Teguh" dan "Muafakat bawa Berkat" telah diterjemahkan oleh pihak Majlis Daeran Kota Tinggi, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Tinggi, Agensi-agensi Kerajaan Kota Tinggi dan kerjasama dari pihak Yayasan Mesra, rakyatnya telah diraikan dengan majlis Muafakat Raya Kota Tinggi 2014 pada Sabtu lalu.














Program ini adalah tanda penghargaan kepada rakyat Kota Tinggi di mana mereka benar-benar diraikan dengan juadah yang dihidangkan untuk mereka. Jika dilihat konsep majlis ini, rakyat pada hari itu adalah bagai raja di mana sambil menjamu selera, mereka dihidangkan alunan muzik dan nyanyian dari artis-artis tempatan.

Semua yang hadir bukan sahaja dihidang dengan juadah dan hiburan, malahan mereka telah saksikan pekan di Kota Tinggi bertukar menjadi sangat sibuk dan ceria pada hujung minggu itu. Warga Kota Tinggi dari pelbagai bangsa dari sekitar Johor juga telah beramai-ramai berkunjung tanpa henti sehingga malam.

Lebih mengkagumkan ialah kemesraan di antara pemimpin-pemimpinnya bersama rakyat yang terserlah eratnya di antara mereka. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut turun padang bermesra dengan warga Kota Tinggi tanpa merasa kekok sekali dan hampir semua yang hadir mengenali beliau.











Tetamu istimewa pada hari itu ialah kehadiran Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor yang turut menemui dan bermesra dengan warga Kota Tinggi.

Terdapat sebanyak lebih kurang 20 buah gerai makanan dan juga gerai pameran yang telah dihiasi dengan pelbagai konsep serta hiasan yang menarik. 









Di antara gerai yang paling menarik adalah dari Majlis Daerah Kota Tinggi yang telah berjaya memenangi gerai tercantik. Dengan berkonsepkan tradisional yang dihiasi dengan atap rumbia dan lampu pelita serta perkakas-perkakas tradisional yang lain.



   
Kehebatan yang dibanggakan adalah komitmen dari kakitangan MDKT dengan mengekalkan amalan 'berewang' ataupun gotong royong tanpa mengeluarkan perbelanjaan besar dan sekadar mengguna bahan-bahan yang dikitar semula.

Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima. Tangan yang menerima pula sentiasa bersyukur dengan nikmat muafakat dan keharmonian bersama.  Akhirnya, semua dapat merasa dari pemimpin sehingga rakyatnya... telah berjaya diterjemah pada majlis Muafakat Raya Kota Tinggi.

Terima kasih dan Syabas kepada pihak penganjur terutama Yayasan Mesra menjemput kami dan berjaya mengadakan program semeriah ini. Pengalaman ini pasti tidak akan dilupakan terutama kami yang dari luar Kota Tinggi...