Monday, February 13, 2017

LUAHAN HATI PRESIDEN PERS1M TERHADAP IKHLAS MALAYSIA YANG 'DOUBLE-STANDARD'

Persaingan yang disarankan pihak SPAD kerana wujudnya perkhidmatan teksi yang lebih kompetitif oleh UBER dan GrabCar adalah semat-mata untuk meningkatkan industri ini ke satu tahap yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak penumpang di masa ini. Terlalu banyak rungutan yang diterima samada dari penumpang tempatan mahupun dari pelancong luar negara terhadap perkhidmatan teksi.

Walaupun segala usaha kerajaan telah dilakukan untuk memperbaiki perkhidmatan teksi terutamanya sikap pemandu-pemandu teksi, ramai yang masih enggan berubah. Di samping itu, pihak SPAD juga telah mengenalpasti yang sistem pajak teksi juga telah banyak membebankan pemandu-pemandu teksi.

Namun setelah pihak SPAD memberi sedikit kelonggaran ke atas perkhidmatan UBER dan GrabCar, di mana mereka telah bersetuju mematuhi undang-undang sediada, ada pula pihak yang sedang menangguk di air keruh bagi menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan pemandu-pemandu teksi yang sememangnya terjejas pendapatan mereka.

Inilah luahan hati pemandu-pemandu teksi;
PERJUANGAN MERAPU OLEH IKHLAS MALAYSIA.

Saya menyifatkan usaha Presiden IKHLAS Malaysia untuk mengada sidang media berhubung pemandu Grab yang ditindas syarikat kapitalis sebagai satu perjuangan yang merapu, tidak berasas, dan mungkin boleh disifatkan mencari popularity murahan.

IKHLAS Malaysia seharusnya menyedari bahawa aktiviti pemanduan Uber dan Grabcar (kereta sapu) adalah aktiviti satu perbuatan yang salah disisi Undang-Undang, dan membahayakan pengguna.

Mereka (pemandu-pemandu kereta sapu) selama ini bukan sahaja telah menimbulkan huru hara didalam industri teksi, dan mmerendahkan martabat SPAD dan JPJ, malah mereka dengan jelas telah melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Saya berpendapat sepatutnya IKHLAS Malaysia menyeru masyarakat/rakyat mematuhi undang-undang, dan bukannya bersekutu dengan mereka mencabuli undang-undang, saya rasa IKHLAS Malaysia ni dah tak ada kerja lain nak dibuat, itu yang dok merapu.



BERHUBUNG PENINDASAN.

Selama ini yang ditindas adalah pemandu teksi yang sah, tetapi persoalannya, dimana IKHLAS Malaysia dalam membela nasib pemandu teksi yang sah?

IKHLAS Malaysia sewajarnya faham, selama ini tidak ada mana-mana pihak pun yang memaksa mereka (pemandu kereta sapu) menghambakan diri kepada syarikat kapitalis seperti Grab, dan Uber, sebaliknya mereka sendiri yang selama ini memghulukan tengkuk mereka dan membangangkan diri menjadi barua Grab, so untuk apa President IKHLAS Malaysia memperbodohkan diri mengadakan sidang media membela nasib mereka yang selama ini mencabuli Kedaulatan Perlembagaan Negara...?



KAMARUDIN BIN MOHD HUSSAIN
Pengerusi PERS1M
Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia

Sebagai rakyat, kita pasti inginkan perkhidmatan yang terbaik. Walaubagaimanapun, IKHLAS Malaysia tidak perlu menambah sakit di parut yang telah sediada di kalangan pemandu teksi ini. Ramai di antara pemandu teksi yang telah sedar dan cuma segelintir saja yang masih berdegil untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Bagi pihak kerajaan pula, tidak akan selama-lamanya dapat membela nasib pemandu teksi tetapi bagi mereka yang benar-benar ingin menyahut saranan SPAD, pasti mereka mampu bersaing secara sihat dengan perkhidmatan teksi UBER dan GrabCar.

 

Saturday, February 11, 2017

MCA BERSEDIA DAN DIMULAKAN DI JOHOR


Sememangnya MCA telah bersedia dan seterusnya berazam untuk merampas semula kesemua kerusi dari DAP. Maka, selaku mengetuai barisan MCA untuk membuat persediaan berhadapan dengan PRU14 nanti, Datuk Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA telah mengarahkan 191 bahagian dan 4,000 cawangan di seluruh tanahair memperkasakan jentera pilihanraya.

Tumpuan MCA pastinya adalah pihak pengundi di mana beberapa isu telah dikenal pasti dan yang paling mustahak adalah mendepani dan menyelesaikan segala kerumitan masyarakat tempatan di samping membuat penerangan isu-isu nasional. Sudah pasti pengundi tempatan akan memilih samada wakil Parlimen mahu pun wakil rakyat yang mampu menyelesaikan masalah mereka. Ini pasti!

Di bahagian Ayer Hitam, Datuk Wee tegaskan untuk memberi pengetahuan mengenai hak seorang pengundi di mana pada masa lalu, pihak pembangkang telah sewenang-wenangnya memanipulasi isu ini sehinggakan ada yang terpedaya dengan pembohongan mereka.

Ramai pengundi terutamanya di kawasan luar bandar tidak pun mengetahui cara pengiraan undi dilakukan. Maka inilah kesempatan yang diambil pembangkang untuk menimbulkan keresahan pengundi sehingga ada yang terus mempercayai yang Barisan Nasional menipu ketika pengiraan undi. Ini jelas dengan dakwaan pembangkang di pilihanraya umum lalu di mana kononnya 40,000 rakyat Bangladesh telah dibawa masuk untuk kemenangan BN.

Tuduhan melampau pembangkang ini telah terbukti salah di mana ramai pengundi berbangsa Cina di Cheras dan Kuala Lumpur, peraih undi pembangkang telah menghalang mereka-mereka yang serupa rakyat Bangladesh tetapi terbukti mereka adalah rakyat Malaysia yang memegang MyKad yang sah. Kini, pembangkang sekali lagi cuba menimbulkan keresahan rakyat Malaysia dengan mendakwa yang 70,000 rakyat dari negara China datang ke Malaysia untuk mengundi BN.



Di Pengerang pula, Datuk Wee menasihatkan agar pengundi tempatan tidak lagi terpengaruh dengan taktik-taktik pembangkang apabila PRU bakal tiba. Pengundi di Pengerang seharusnya dapat menilai pembangunan pesat yang telah berlaku hasil dari usaha kerajaan BN membawa masuk projek Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) yang bernilai berbilion ringgit yang kini dinikmati rakyat tempatan juga.

Apakah masyarakat di Pengerang telah lupa bagaimana pembangkang cuba menggagalkan projek ini dengan membawa pemimpin mereka beserta peguam-peguam dan penyokong mereka untuk membantah projek ini? Isu yang dimainkan sekitar penempatan kubur dan kuil-kuil tetapi apabila Pengerang semakin maju, pembangkang terus cabut lari.

Pengundi Pengerang perlu sedar yang pembangkang ini datang ke rumah orang bukan untuk berkawan mahupun meningkatkan kemajuan di sekitar kawasan tetapi sekadar ingin meraih publisiti murahan untuk kepentingan politik mereka. Jangan sehingga bersorak menyokong pembangkang tetapi akhirnya kampung sendiri yang tergadai.

Manakala di Muar pula, Datuk Wee menerangkan yang hubungan bilateral yang diperkukuhkan kerajaan BN telah mampu meningkatkan harga komoditi negara terutamanya harga kelapa sawit yang akhirnya dapat memberi manfaat kepada rakyat. Pada masa lalu harga kelapa sawit hanyalah RM2,700 se tan tetapi hari ini ia telah melonjak sehingga RM3,300 se tan. Bukankah ini satu berita baik untuk 550,000 pekebun di negara dan terutamanya ramai yang berada di Johor?

Inilah hasilnya apabila PM Najib Razak telah mendapat keyakinan dan kepercayaan kepimpinan tertinggi negara China dan akhirnya mereka bersetuju untuk membeli hasil minyak sawit Malaysia. Kesemua kejaayaan yang membawa pulangan dan meningkatkan rezeki peladang akan mampu disalurkan untuk pendidikan anak-anak mereka juga.

Bagi parlimen Muar dan juga DUN yang berada di dalam kawasan ini, pasti akan mendapat calon tempatan. Datuk Wee menyelar pembangkang yang gemar meletakkan calon payung terjun yang hanya akan timbul untuk berkempen ketika musim pilihanraya. Oleh itu Datuk Wee menyeru pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli tempatan di Muar agar meningkatkan sokongan untuk BN sebagai persiapan PRU nanti.

MCA sememangnya serius dan berusaha gigih menyusun strategi untuk merampas semula kerusi-kerusi BN di Johor dari tangan pembangkang. Dengan penyusunan yang strategik yang diketuai Datuk Wee, tidak mustahil MCA akan memperolehi kejayaan cemerlang.

Sunday, February 05, 2017

MCA: PEMBANGKANG CUBA MALUKAN PM NAJIB DENGAN TARIAN SINGA


Pemimpin dan penyokong pembangkang seharusnya tahu untuk menghormati perayaan setiap kaum di negara ini dan bukan berpolitik sepanjang masa. MCA kesal dengan sikap mereka tatkala sambut hari kebesaran bangsa Tionghua, ada pula dari pihak penyokong pembangkang yang sengaja mengada-adakan cerita kononnya ketika PM Najib menyambut majlis Tahun Baru Cina parti Gerakan, singa yang menari telah menunjukkan protes kerana enggan menari di hadapan beliau.

Setelah mendapat pengesahan dari pihak parti Gerakan, ia tidak benar kerana penari yang sedang menundukkan kepala singa tersebut sedang mengupas buah limau istimewa untuk diberikan kepada tetamu khas iaitu PM Najih dan ini juga adalah tradisi yang diamalkan sebagai simbol muhibbah.

Sedangkan di laman Facebook PM Najib juga jelas menunjukkan penari tarian singa tersebut sedang menghulurkan limau yang telah dikopek bagi menunjukkan tanda hormat dan selamat datang kepada PM Najib sebagai tetamu khas parti Gerakan.


Malangnya, insiden ini telah sengaja dieksploitasikan dan diputarbelitkan oleh seorang blogger pro-Mahathir yang berniat jahat di mana beliau telah menuduh sebagai petanda buruk untuk PM Najib. MCA di dalam kenyataannya, menegaskan yang parti-parti komponen BN bukan seperti pakatan pembangkang yang tidak tahu menghormati hari perayaan pelbagai bangsa di negara ini.

MCA menasihatkan pihak pembangkang agar perlu ada ketikanya kita tidak berpolitik terutamanya semasa perayaan kebudayaan ataupun ugama kerana kesemua perayaan ini bertujuan untuk meraikan kegembiraan dan kesyukuran, kesihatan yang baik serta kemewahan, dan yang pasti menjauhi dari sebarang malapetaka serta musibah.

Inilah perangai buruk pihak pembangkang yang tidak pernah kenal erti hormat dan memilih untuk sentiasa mencari kesalahan orang lain. Walaupun setelah diperjelaskan, namun blogger pembangkang ini tidak memohon maaf dan seperti yang dikatakan MCA, pembangkang sememangnya tidak sensitif dengan sebarang perayaan dan begitu juga perasaan bangsa Cina di tanahair ini.
 

Friday, February 03, 2017

PENGUATKUASA SPAD DAN ANGGOTA KESELAMATAN LAIN TERIMA PENGHARGAAN PM NAJIB


Di manakah kita ketika anggota keselamatan bertugas di musim cuti perayaan? Alangkah bertuahnya kita apabila keselamatan kita dijaga dan dipantau rapi sehingga kita dapat meraikan cuti perayaan bersama-sama keluarga dan rakan pada setiap kali musim cuti menjelang, manakala anggota keselamatan pula setia menjalankan tugas mereka.

Oleh itu, PM Najib Razak mengajak semua rakyat Malaysia bersama-sama menghargai pengorbanan yang mereka lakukan. Operasi bersama yang pasti dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dengan PDRM, JPJ dan agensi lain untuk memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam darat bagi memastikan mengelak sebarang tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa.

Penghargaan PM Najib kepada anggota keselamatan SPAD telah dinyatakan di dalam laman blog peribadinya - www.najibrazak.com sempena musim cuti perayaan Tahun Baru Cina yang pasti ramai akan pulang ke kampung dan tidak terkecuali bangsa Tionghua saja. Maka, operasi pemantauan jalan raya ini diharapkan dapat diadakan dengan lebih kerap walaupun dijalankan dari semasa ke semasa.

Sebagaimana yang kita ketahui, penguatkuasa SPAD bukan saja menjalankan tugas di musim perayaan sahaja malahan pada setiap masa. Di samping bersama-sama dengan anggota penguatkuasa keselamatan yang lain, SPAD juga akan sentiasa berada di terminal-terminal bas bagi memantau aktiviti ulat tiket tidak berlaku manakala di bandar-bandar, mereka sering menjalankan operasi untuk membenteras pemandu-pemandu teksi yang gemar melanggar undang-undang terutamanya mengenakan caj tambang yang melampau kerana enggan mengguna meter.

Di lapangan-lapangan terbang juga, pihak penguatkuasa SPAD sebenrnya bertugas selama 24 jam walaupun bukan pada hari-hari cuti perayaan untuk memastikan ulat-ulat teksi tidak akan mengambil kesempatan ke atas pelancung mahupun penumpang di lapangan terbang.

Begitulah gigihnya penguatkuasa SPAD dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu pengorbanan yang tinggi nilainya ini telah disarankan PM Najib betapa perlu dihargai dan seharusnya berterima kasih ke atas jasa mereka yang pasti mendahulukan tugas daripada bersama-sama keluarga.

Monday, January 30, 2017

SPAD BERTUGAS DI SELURUH NEGARA SEPANJANG RAKYAT BERCUTI PADA TAHUN BARU CINA

Walaupun rakyat sedang menikmati cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, penguatkusa SPAD tetap menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab bagi memastikan setiap penumpang pengangkutan awam darat terutama yang menaiki bas akan terjamin keselamatan mereka dan sampai ke destinasi tanpa ada sebarang gangguan.

Sejak dilancarkan pelbagai kempen keselamatan jalanraya tatkala menjelang cuti Tahun Baru Cina, SPAD juga telah menjalankan operasi bersama-sama agensi lain dan di antaranya adalah;



SPAD Wilayah Selatan telah mengadakan program walkabout bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina di terminal Larkin Sental, Johor Bahru. Program ini turut disertai oleh beberapa agensi lain seperti JPJ, PDRM, PAJ, AADK,BPA, JKJR dan beberapa pengendali bas ekspres.

SPAD Timur, cawangan Kelantan dan UTC Pahang turut mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam Darat "Safe Journey For All" sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 yang telah diadakan di Terminal Bas Lembah Sireh dan bagi UTC Pahang di Terminal Sentral Kuantan.

SPAD Melaka telah menyertai Majlis Pelancaran Ops Selamat yang diadakan di Tol Simpang Ampat dan di Freeport A Famosa Oulet, Alor Gajah, Melaka. Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Lim Ban Bong, Exco Pengangkutan dan Datuk Abd Jalil - Ketua Polis Melaka. "Emergency Respond Team Ops Selamat turut dilancarkan yang melibatkan agensi-agensi seperti JPJ, SPAD, JBPM, PDRM, APM, Jab. Kesihatan, JKJR dan MKJR. yang bertujuan untuk memberikan bantuan jika berlaku sebarang kemalangan disepanjang lebuhraya.

SPAD Wilayah Tengah telah mengadakan program walkabout bagi Kempen Keselamatan Dan Hak Sebagai Pengguna Bas Ekspress Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 yang bertempat di Terminal Bas Klang Sentral. Sebanyak 100 beg "goodies" telah diedarkan kepada penumpang bas dan mereka turut diberi penerangan berkenaan hak dan tanggungjawab sebagai penumpang.

SPAD UTC Kedah telah mengadakan Kempen Kesedaran Pengguna Pengangkutan Awam. Kempen ini diadakan di Terminal Bas Shahab Perdana. Goodies dan flyers 'Hak Penumpang Bas Ekspres' telah diedarkan dimana kakitangan SPAD turut memberi penerangan berkenaan Hak Penumpang Bas Ekspres dan aplikasi MeterOn kepada penumpang bas ekspres serta pemandu bas Ekspres. Sewaktu kempen dijalankan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ Malaysia, Dato Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengadakan kunjungan serta penyerahan buah limau kepada kakitangan yg bertugas.Turut hadir bersama Pengarah JPJ Kedah, En IsmaSuhaimi Shariff.

Penumpang juga disarankan untuk membuat aduan ke talian bebas aduan SPAD 1800887723 atau membuat aduan terus dengan menggunakan aplikasi MeterOn jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pemandu bas. 

Pada masa yang sama, sepanjang operasi yang dijalankan, beberapa tangkapan telah di buat dan di antaranya;

 .... dan juga;