Showing posts with label Anggota Penguatkuasa. Show all posts
Showing posts with label Anggota Penguatkuasa. Show all posts

Saturday, February 24, 2018

APA SPAD DAH LAKUKAN SEPANJANG CUTI TAHUN BARU CINA?



Seperti yang telah diumumkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pihak penguatkuasaannya akan melakukan operasi jalanraya sempena cuti Tahun Baru Cina bermula pada 9 Februari selama 17 hari dan berakhir pada 25 Februari 2018. Operasi ini seperti biasa adalah dengan kerjasama penguatkuasaan SPAD bersama Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kesalahan yang telah dicatitkan ialah 238 kesalahan daripada 3443 buah kenderaan yang diperiksa. Tiga kesalahan utama yang didapati adalah seperti tidak mempunyai kad pemandu untuk mod teksi, kegagalan mengemukakan permit kenderaan untuk bas dan juga termasuk kegagalan mengutamakan keselamatan terhadap penumpang & pengguna jalan raya yang lain seperti membawa muatan secara bahaya, tidak tutup muatan, membawa muatan melebihi paras sisi badan kenderaan untuk kenderaan berat.

Pada tahun ini, kesalahan melibatkan pengangkutan awam dan barangan seperti teksi, bas dan lori yang dikesan sepanjgan Op Tahun Baharu Cina telah menurun daripada 499 kes pada 2015 kepada 446 (2016) dan 221 kes tahun lepas.

Apa yang menyebabkan penurunan kesalahan jalanraya tersebut?

Yang pertama adalah kempen yang dilakukan pihak SPAD tanpa berhenti terutamanya di dalam memberi kesedaran kepada pemandu, syarikat pengendali dan juga penumpang. Di antara pengisiannya termasuklah saluran aduan yang dibuka 24 jam. Operasi bersepadu yang dilaksanakan juga dapat membantu mengurangkan kemalangan dan ia bukan sekadar diadakan di jalanraya tetapi di terminal bas utama juga.

Pihak SPAD telah mengambil langkah awal memberi surat pekeliling memberi pelbagai peringatan kepada syarikat pengendali untuk mematuhi ICOP (Industrial Code of Practice) dan syarat-syarat yang telah ditetapkan ini tidak akan dikompromi. Jika dilanggar, maka bukan saja pemandu berhadapan hukuman malahan syarikat pengendali juga turut terkesan.

Semua pihak dari peringkat menteri sehingga pegawai-pegawai kanan SPAD turut memainkan peranan dan komited dalam kempen keselamatan. di antaranya;

YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri terus meninjau suasana di lapangan terbang Langkawi dan berjumpa dengan pengusaha teksi di sana.




Di Terminal Bersepadu Selatan;



Operasi Pemeriksaan di Jalanraya;



 

SPAD juga telah memperkenalkan aplikasi untuk telefon pintar di mana had laju boleh diketahui penumpang dan jika ingin membuat aduan, aplikasi ini mudah saja digunakan. Aplikasi MeterOn yang telah diperkenalkan SPAD juga boleh menjejaki kenderaan melalui GPS dan termasuklah maklumat mengenai pengendali bas ekspres. Di samping itu, ketika operasi diadakan, penggunaan teknologi seperti kamera jarak jauh dan kamera litar tertutup digunakan untuk memantau pergerakan serta kesalahan  jalanraya yang melibatkan pengangkutan awam.

Hari ini, penumpang akan berasa lebih selamat dan pemandu bas akan lebih berwaspada kerana mengetahui dan menyedari pihak penguatkuasaan SPAD sentiasa memantau perjalanan mereka. Oleh itu...

 

Friday, February 03, 2017

PENGUATKUASA SPAD DAN ANGGOTA KESELAMATAN LAIN TERIMA PENGHARGAAN PM NAJIB


Di manakah kita ketika anggota keselamatan bertugas di musim cuti perayaan? Alangkah bertuahnya kita apabila keselamatan kita dijaga dan dipantau rapi sehingga kita dapat meraikan cuti perayaan bersama-sama keluarga dan rakan pada setiap kali musim cuti menjelang, manakala anggota keselamatan pula setia menjalankan tugas mereka.

Oleh itu, PM Najib Razak mengajak semua rakyat Malaysia bersama-sama menghargai pengorbanan yang mereka lakukan. Operasi bersama yang pasti dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dengan PDRM, JPJ dan agensi lain untuk memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam darat bagi memastikan mengelak sebarang tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa.

Penghargaan PM Najib kepada anggota keselamatan SPAD telah dinyatakan di dalam laman blog peribadinya - www.najibrazak.com sempena musim cuti perayaan Tahun Baru Cina yang pasti ramai akan pulang ke kampung dan tidak terkecuali bangsa Tionghua saja. Maka, operasi pemantauan jalan raya ini diharapkan dapat diadakan dengan lebih kerap walaupun dijalankan dari semasa ke semasa.

Sebagaimana yang kita ketahui, penguatkuasa SPAD bukan saja menjalankan tugas di musim perayaan sahaja malahan pada setiap masa. Di samping bersama-sama dengan anggota penguatkuasa keselamatan yang lain, SPAD juga akan sentiasa berada di terminal-terminal bas bagi memantau aktiviti ulat tiket tidak berlaku manakala di bandar-bandar, mereka sering menjalankan operasi untuk membenteras pemandu-pemandu teksi yang gemar melanggar undang-undang terutamanya mengenakan caj tambang yang melampau kerana enggan mengguna meter.

Di lapangan-lapangan terbang juga, pihak penguatkuasa SPAD sebenrnya bertugas selama 24 jam walaupun bukan pada hari-hari cuti perayaan untuk memastikan ulat-ulat teksi tidak akan mengambil kesempatan ke atas pelancung mahupun penumpang di lapangan terbang.

Begitulah gigihnya penguatkuasa SPAD dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu pengorbanan yang tinggi nilainya ini telah disarankan PM Najib betapa perlu dihargai dan seharusnya berterima kasih ke atas jasa mereka yang pasti mendahulukan tugas daripada bersama-sama keluarga.

Sunday, January 22, 2017

41 LAGI PEGAWAI PENGUATKUASA SPAD TAMAT LATIHAN

Jangan ada yang terperanjat apabila SPAD hanya ada 343 anggota penguatkuasaan di seluruh negara berbanding tugasan yang sangat mencabar perlu mereka hadapi dan laksanakan. Maka, baru-baru ini, satu majlis perbarisan tamat latihan untuk 41 anggota barunya di Kem Bumi Jati, Klang telah disempurnakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar Jaafar Albar.

Walaubagaimanapun, anggota penguatkuasa SPAD bukan calang-calang pegawai di mana mereka adalah pemegang ijazah dan juga diploma yang berumur di antara 23 dan 30 tahun. Mereka juga telah menjalani kursus intensif selama 2 bulan yang di antaranya menitikberatkan hal ehwal perundangan, penguatkuasaan dan operasi, tatacara pemeriksaan dan sekatan jalan raya, siasatan dan pendakwaan, Kod Amalan Industri Keselamatan (SPAD ICOP Safety), etika penguatkuasaan dan ilmu beladiri.


Sebagai Pengerusi SPAD, Tan Sri telah mengingatkan yang anggota penguatkuasa ini perlu memainkan peranan penting di dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan sebagai barisan hadapan, mereka perlu menunjukkan displin dan mempunyai integriti yang tinggi.

Sempena Tahun Baru Cina dan cuti panjang untuk rakyat Malaysia yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan Major Jeneral (B) Dato’ Paduka Che Hasni Che Ahmad telah memaklumkan yang anggota-anggota penguatkuasa yang baru tamat latihan ini akan menyertai operasi SPAD dengan kadar serta-merta.

Merkea akan ditugaskan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya bersama-sama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti JPJ, PDRM dan AADK di dalam Operasi Khas Tahun Baru Cina daripada 21 Januari sehingga 5 Februari. Penugasan anggota selama 24 jam akan hanya dilaksanakan pada 27 Januari sehingga 1 Februari nanti.

Di antara bidang tugas yang akan dilaksanakan mereka nanti termasuk pemeriksaan kaunter, pemantauan penjualan tiket dan ulat, pemeriksaan dokumen bas di terminal, pemantauan dan rondaan terhadap penggunaan meter teksi di pusat bandar, dan penyamaran di dalam bas ekspres.

Tahniah dan syabas kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana telah berjaya mengukuhkan pasukan penguatkuasa dengan lantikan 41 pegawai baru. Sempena perayaan Tahun Baru Cina, diharapkan walaupun hanya dengan tambahan 41 anggotanya, mereka akan terus dapat mengekang kemalangan jalanraya dan memerangai segala bentuk yang menyalahi undang-undang jalanraya.