Monday, February 13, 2017

LUAHAN HATI PRESIDEN PERS1M TERHADAP IKHLAS MALAYSIA YANG 'DOUBLE-STANDARD'

Persaingan yang disarankan pihak SPAD kerana wujudnya perkhidmatan teksi yang lebih kompetitif oleh UBER dan GrabCar adalah semat-mata untuk meningkatkan industri ini ke satu tahap yang lebih baik dan sesuai dengan kehendak penumpang di masa ini. Terlalu banyak rungutan yang diterima samada dari penumpang tempatan mahupun dari pelancong luar negara terhadap perkhidmatan teksi.

Walaupun segala usaha kerajaan telah dilakukan untuk memperbaiki perkhidmatan teksi terutamanya sikap pemandu-pemandu teksi, ramai yang masih enggan berubah. Di samping itu, pihak SPAD juga telah mengenalpasti yang sistem pajak teksi juga telah banyak membebankan pemandu-pemandu teksi.

Namun setelah pihak SPAD memberi sedikit kelonggaran ke atas perkhidmatan UBER dan GrabCar, di mana mereka telah bersetuju mematuhi undang-undang sediada, ada pula pihak yang sedang menangguk di air keruh bagi menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan pemandu-pemandu teksi yang sememangnya terjejas pendapatan mereka.

Inilah luahan hati pemandu-pemandu teksi;
PERJUANGAN MERAPU OLEH IKHLAS MALAYSIA.

Saya menyifatkan usaha Presiden IKHLAS Malaysia untuk mengada sidang media berhubung pemandu Grab yang ditindas syarikat kapitalis sebagai satu perjuangan yang merapu, tidak berasas, dan mungkin boleh disifatkan mencari popularity murahan.

IKHLAS Malaysia seharusnya menyedari bahawa aktiviti pemanduan Uber dan Grabcar (kereta sapu) adalah aktiviti satu perbuatan yang salah disisi Undang-Undang, dan membahayakan pengguna.

Mereka (pemandu-pemandu kereta sapu) selama ini bukan sahaja telah menimbulkan huru hara didalam industri teksi, dan mmerendahkan martabat SPAD dan JPJ, malah mereka dengan jelas telah melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Saya berpendapat sepatutnya IKHLAS Malaysia menyeru masyarakat/rakyat mematuhi undang-undang, dan bukannya bersekutu dengan mereka mencabuli undang-undang, saya rasa IKHLAS Malaysia ni dah tak ada kerja lain nak dibuat, itu yang dok merapu.



BERHUBUNG PENINDASAN.

Selama ini yang ditindas adalah pemandu teksi yang sah, tetapi persoalannya, dimana IKHLAS Malaysia dalam membela nasib pemandu teksi yang sah?

IKHLAS Malaysia sewajarnya faham, selama ini tidak ada mana-mana pihak pun yang memaksa mereka (pemandu kereta sapu) menghambakan diri kepada syarikat kapitalis seperti Grab, dan Uber, sebaliknya mereka sendiri yang selama ini memghulukan tengkuk mereka dan membangangkan diri menjadi barua Grab, so untuk apa President IKHLAS Malaysia memperbodohkan diri mengadakan sidang media membela nasib mereka yang selama ini mencabuli Kedaulatan Perlembagaan Negara...?



KAMARUDIN BIN MOHD HUSSAIN
Pengerusi PERS1M
Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia

Sebagai rakyat, kita pasti inginkan perkhidmatan yang terbaik. Walaubagaimanapun, IKHLAS Malaysia tidak perlu menambah sakit di parut yang telah sediada di kalangan pemandu teksi ini. Ramai di antara pemandu teksi yang telah sedar dan cuma segelintir saja yang masih berdegil untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Bagi pihak kerajaan pula, tidak akan selama-lamanya dapat membela nasib pemandu teksi tetapi bagi mereka yang benar-benar ingin menyahut saranan SPAD, pasti mereka mampu bersaing secara sihat dengan perkhidmatan teksi UBER dan GrabCar.

 

No comments: