Thursday, August 14, 2014

2 HARI LAGI KE MUAFAKAT RAYA KOTA TINGGI ... APA ISTIMEWANYA?


Hanya tinggal 2 hari lagi warga Kota Tinggi akan meraikan Muafakat Raya bersama-sama YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor.

Tan Sri Muhyiddin  dan Dato Khaled Nordin dijangka hadir pada pukul 4 petang untuk bersama-sama meraikannya.

Disamping menghidangkan beberapa acara menarik, Muafakat Raya Kota Tinggi juga akan melancarkan program "Dakapan Gaza dan MH370 & MH17" di mana tabung gaza diedarkan sepanjang masa dan akan diserahkan kepada Media Prima pada malam tersebut. Tabung Gaza telah menyasarkan kutipan sebanyak 30 ribu dan pihak Yayasan Mesra telah mengesahkan menyumbang sebanyak 10 ribu.

Yayasan Mesra juga telah bermurah hati menaja hadiah pemenang keceriaan gerai sebanyak RM15,000 di mana terdapat 20-30 gerai makanan dari agensi-agensi kerajaan yang akan menghidangkan pelbagai juadah. Kesemua pemenang akan menyumbang semula kepada Tabung Gaza.

Kepada penderma yang bermurah hati untuk menghulurkan  lebih dari RM20.00 ke atas, mereka akan diberi mafla dan badge button.

Acara kemuncak hari tersebut akan dihidangkan dengan deklamasi sajak oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, Fazli Buyong. Selain itu, pengunjung akan dihiburkan seperti berikut pada malamnya oleh artis-artis berikut;


 

Jemputan ini bukan sahaja meliputi warga Kota Tinggi, malahan semua rakyat Johor khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang berkesempatan, kita bermuafakat raya di Kota Tinggi sambil beramal dalam Dakapan Gaza, MH370 dan MH17... 2 hari lagi!



Tuesday, August 12, 2014

LAGI BUKTI PR DI SELANGOR SEDANG TUNGGANG LANGGANG

Dah baca betapa tunggang langgangnya Pakatan Rakyat di Selangor dikerjakan Khalid Ibrahim? Jika tertinggal... ikuti DI SINI.

Baru beberapa jam setelah exco-exco PKR dan DAP dipecat, nampaknya mereka semakin tunggang langgang dan terlalu terdesak.

Mula-mula kenyataan ini keluar;


.... kemudian, setelah Ketua Umum bermesyuarat, ini pula arahannya;


DAP dan PKR akan pergi bekerja hadir mesyuarat exco kerana arahan parti masing-masing tetapi PAS diminta boikot mesyuarat exco pula?

Memang benarlah Pakatan Rakyat sedang menuju kehancuran. Kepada PAS, fikirkanlah nasib kamu sekelian. Sehingga bila Anwar dibenarkan campur tangan dalam urusan parti kamu? Bukan sekadar Anwar tetapi DAP juga nampaknya terus-terusan mengugut dan memandang rendah kemampuan PAS!

Semuanya terletak di tangan Sultan Selangor. Apakah setelah Tuanku menolak permohonan Anwar untuk menjelaskan kekecohan PKR dan seterus pemecatan exco-exco PKR dan DAP, maka Pakatan Rakyat di Selangor sedang menuju hari-hari akhir mereka?

Kita nantikan apa yang bakal berlaku esok pula...


BAGAIMANA KHALID BOLEH KEKAL SEBAGAI MENTERI BESAR?


Persembahan Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor... di antaranya;
Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. 
Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai MB Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Berikut adalah penjelasan dari PROF MADYA DR SHAMRAHAYU AB AZIZ adalah Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

  • Adakah dipecat dari parti politik menjadikan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri secara automatik hilang kelayakan dan wajib melepaskan jawatan? 
Dalam konteks undang-undang perlembagaan negara kita, seorang menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri layak dilantik dan kekal dalam jawatan sekiranya dia adalah seorang ahli Dewan dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan, bukan parti politik yang dia mendapat tiket atau menang pilihan raya.
 
Hakikat undang-undang di Malaysia, menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri akan kekal memegang jawatannya sehinggalah hilang kepercayaan majoriti AHLI DEWAN.  
 
  • Adakah keadaan ini dikira sebagai suatu "keadaan mendesak" (extraneous circumstance) yang memaksa menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri meletak jawatan atau meminta Sultan atau Yang di-Pertuan Agong membubar Dewan.
Hilang kepercayaan setakat keputusan mahkamah di Malaysia ini boleh berlaku dalam dua keadaan. 
 
Pertama, sekiranya ada undi tidak percaya secara formal dalam Dewan (Kes Stephen Kalong Ningkan) dan kedua, bila "keadaan mendesak" (extraneous circumstace) (Kes Datu Amir Kahar). 
 
Ada beberapa keadaan lain dalam konvensyen atau amalan perlembagaan, iaitu, kerajaan gagal mendapat sokongan meluluskan rang undang-undang penting; kerajaan gagal melaksana polisi penting dan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri gagal mendapat kepercayaan ahli dewan setelah meminta ahli Dewan menunjukkan kepercayaan mereka. 
 
  • Dalam kemelut Selangor, sekiranya dipecat parti politiknya adakah menteri besar masih kekal sebagai menteri besar?
Hakikat peruntukan undang-undang ialah, menteri besar akan hilang kelayakan sekiranya hilang kepercayaan ahli Dewan. 
 
  • Adakah dipecat parti politik MB menunjukkan hilang kepercayaan ahli Dewan? 
Jawapannya tidak. Sebab peruntukan undang-undangnya jelas, ahli Dewan dan bukan parti politiknya. 
 
  • Adakah keadaan ini menunjukkan "keadaan mendesak" seperti dalam kes Datu Amir Kahar? Ini memerlukan tafsiran undang-undang. 
Setakat mana dalam kes Datu Amir Kahar, Mahkamah mengambil maklum bahawa ahli dewan yang "lompat parti" dan mengurangkan jumlah kepercayaan kepada ketua menteri adalah keadaan mendesak. 
 
Oleh itu dalam kemelut di Selangor, saya lebih cenderung untuk menyatakan ia tidak termasuk dalam erti "keadaan mendesak" kerana tiada ADUN yang membuka mulut. Dalam keadaan di Selangor ini, menteri besar hilang sokongan parti politiknya, bukan hilang kepercayaan ahli Dewan.
 
 
Adakah menteri besar patut meletak jawatan? Adakah menteri besar patut meminta Sultan membubar Dewan? Adakah Sultan boleh mamanggil semua Ahli Dewan untuk menentukaan sama ada ahli Dewan masih ada kepercayaan kepada MB? Patutkah MB memanggil sidang Dewan dan meminta ahli Dewan menyatakan kepercayaan kepadanya? 
 
Atau adakah menteri besar boleh berdiam diri sehingga mendengar ahli Dewan membuka mulut atau mengambil tindakan menunjukkan kepercayaan kepada MB atau sebaliknya? 
Hakikat undang-undang, rakyat tidak mempunyai suara dalam lantikan atau kepercayaan kepada menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri. Lantikan dan kelayakan ditentukan melalui kepercayaan ahli Dewan yang dipilih rakyat. Pada awal lantikan Sultan yang menentukan kepercayaan dengan hemat baginda.
 
Oleh itu, hakikatnya sekarang, kerajaan pakatan rakyat di Selangor telah runtuh. Diruntuhkan PKR dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah menteri besar bebas yang tiada halangan dalam Perlembagaan selagi dia mendapat kepercayaan majoriti.
 
Selagi tiada undi tidak percaya selagi itulah Abdul Khalid boleh jadi menteri besar. Sultan tidak boleh pecat menteri besar selagi tiada undi tidak percaya. Dan Sultan tidak boleh bubar Dewan selagi tiada permintaan.
 

TAWAR MENAWAR EXCO SELANGOR DAP DAN PKR BERAKHIR

Setelah episod pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan seterusnya semalam Sultan Selangor telah perkenan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dalam parti bebas, Khalid telah memberi tempoh hingga 12 tengah malam tadi untuk exco dari DAP dan PKR membuat keputusan samada bersama beliau atau menentangnya.

Kini timbul satu lagi episod, Khalid telah membuat keputusan memecat kesemua barisan exco dari DAP dan PKR dan mengekalkan exco-exco dari PAS. Khalid juga telah dijadualkan bertemu mereka hari ini namun seperti biasa, DAP dan PKR tetap angkuh enggan bertemu beliau secara individu.

Mereka angkuh dan enggan bertemu Khalid tetapi pada yang sama dikatakan berada dalam keadaan tidak menentu dan tunggang langgang.

Bila waratwan tanya mereka, ada yang berkata tidak terima panggilan dan ada juga yang sempat perli MB tidak buat temujanji dan ramai juga berkata `no komen’. 

Yang pelik mereka akui ada menerima notis mengenai mesyuarat Exco esok pagi.

Apa yang nyata beberapa Exco dilihat resah dan keliru. 

Contohnya Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dari DAP tidak dapat bezakan lantikan kerajaan negeri sebagai exco dengan lantikan parti. Beliau beri alasan menghadirkan diri di SUK kerana mesyuarat berkenaan denggi dan sisa pepejal dan tidak sempat periksa panggilan telefon dan tiada berita atau pesanan dari SU bahawa ada pertemuan dengan MB tapi perjumpaan exco bersama MB esok ada pula.

Teng Chang Khim juga menafikan ada arahan letak jawatan dan pada masa yang sama beliau kata parti yang arahkan beliau terus bekerja dan arahan parti bekerja sebagai exco mesti dipatuh. Kelirunya dia sehingga tidak dapat bezakan antara arahan parti dan arahan kerajaan negeri.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping pula meninggalkan SUK pada jam 1 tengah hari berlagak seperti artis dengan jawapan 'No Komen' dan hanya melambaikan tangan.

Kesemua exco DAP dan PKR diarahkan oleh parti masing-masing supaya jangan bertemu Abdul Khalid secara individu, sebaliknya menyatakan pendirian berkumpulan pada mesyuarat exco esok.

Khalid hanya memerlukan sokongan empat Exco untuk meneruskan urusan pentadbiran negeri. 

Tanpa menunggu hari esok, hari ini Khalid telah pun menyatakan...


Monday, August 11, 2014

KHALID : I CAN LEAD SELANGOR WITHOUT PKR AND DAP

Kenyataan Khalid Ibrahim selepas pertemuan dengan Sultan Selangor untuk menjelaskan kedudukannya setelah dipecat dari keahlian PKR pagi tadi...



... berserta kenyataan rasmi;


Namun ini pula kenyataan balas dari PKR dan DAP;

... kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan. 

Dengan penolakan terbuka KEADILAN dan DAP, itu juga bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan dari 12 ADUN UMNO.


Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP mendesak supaya:

  1. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa. Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO;

  1. UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana yang didakwa oleh beliau. Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

KEADILAN dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA

Pengerusi DAP Selangor


11 Ogos 2014
 


Persoalannya, PKR telah pecat Khalid dan beliau bukan lagi Ahli PKR, maka apakah rundingan dan laporan kepada Pakatan terutama PKR diperlukan lagi?

Siapakah orang yang paling gembira sekarang?