Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

LAGI BUKTI PR DI SELANGOR SEDANG TUNGGANG LANGGANG

Dah baca betapa tunggang langgangnya Pakatan Rakyat di Selangor dikerjakan Khalid Ibrahim? Jika tertinggal... ikuti DI SINI.

Baru beberapa jam setelah exco-exco PKR dan DAP dipecat, nampaknya mereka semakin tunggang langgang dan terlalu terdesak.

Mula-mula kenyataan ini keluar;


.... kemudian, setelah Ketua Umum bermesyuarat, ini pula arahannya;


DAP dan PKR akan pergi bekerja hadir mesyuarat exco kerana arahan parti masing-masing tetapi PAS diminta boikot mesyuarat exco pula?

Memang benarlah Pakatan Rakyat sedang menuju kehancuran. Kepada PAS, fikirkanlah nasib kamu sekelian. Sehingga bila Anwar dibenarkan campur tangan dalam urusan parti kamu? Bukan sekadar Anwar tetapi DAP juga nampaknya terus-terusan mengugut dan memandang rendah kemampuan PAS!

Semuanya terletak di tangan Sultan Selangor. Apakah setelah Tuanku menolak permohonan Anwar untuk menjelaskan kekecohan PKR dan seterus pemecatan exco-exco PKR dan DAP, maka Pakatan Rakyat di Selangor sedang menuju hari-hari akhir mereka?

Kita nantikan apa yang bakal berlaku esok pula...


BAGAIMANA KHALID BOLEH KEKAL SEBAGAI MENTERI BESAR?


Persembahan Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor... di antaranya;
Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. 
Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai MB Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Berikut adalah penjelasan dari PROF MADYA DR SHAMRAHAYU AB AZIZ adalah Felo Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

  • Adakah dipecat dari parti politik menjadikan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri secara automatik hilang kelayakan dan wajib melepaskan jawatan? 
Dalam konteks undang-undang perlembagaan negara kita, seorang menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri layak dilantik dan kekal dalam jawatan sekiranya dia adalah seorang ahli Dewan dan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan, bukan parti politik yang dia mendapat tiket atau menang pilihan raya.
 
Hakikat undang-undang di Malaysia, menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri akan kekal memegang jawatannya sehinggalah hilang kepercayaan majoriti AHLI DEWAN.  
 
  • Adakah keadaan ini dikira sebagai suatu "keadaan mendesak" (extraneous circumstance) yang memaksa menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri meletak jawatan atau meminta Sultan atau Yang di-Pertuan Agong membubar Dewan.
Hilang kepercayaan setakat keputusan mahkamah di Malaysia ini boleh berlaku dalam dua keadaan. 
 
Pertama, sekiranya ada undi tidak percaya secara formal dalam Dewan (Kes Stephen Kalong Ningkan) dan kedua, bila "keadaan mendesak" (extraneous circumstace) (Kes Datu Amir Kahar). 
 
Ada beberapa keadaan lain dalam konvensyen atau amalan perlembagaan, iaitu, kerajaan gagal mendapat sokongan meluluskan rang undang-undang penting; kerajaan gagal melaksana polisi penting dan menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri gagal mendapat kepercayaan ahli dewan setelah meminta ahli Dewan menunjukkan kepercayaan mereka. 
 
  • Dalam kemelut Selangor, sekiranya dipecat parti politiknya adakah menteri besar masih kekal sebagai menteri besar?
Hakikat peruntukan undang-undang ialah, menteri besar akan hilang kelayakan sekiranya hilang kepercayaan ahli Dewan. 
 
  • Adakah dipecat parti politik MB menunjukkan hilang kepercayaan ahli Dewan? 
Jawapannya tidak. Sebab peruntukan undang-undangnya jelas, ahli Dewan dan bukan parti politiknya. 
 
  • Adakah keadaan ini menunjukkan "keadaan mendesak" seperti dalam kes Datu Amir Kahar? Ini memerlukan tafsiran undang-undang. 
Setakat mana dalam kes Datu Amir Kahar, Mahkamah mengambil maklum bahawa ahli dewan yang "lompat parti" dan mengurangkan jumlah kepercayaan kepada ketua menteri adalah keadaan mendesak. 
 
Oleh itu dalam kemelut di Selangor, saya lebih cenderung untuk menyatakan ia tidak termasuk dalam erti "keadaan mendesak" kerana tiada ADUN yang membuka mulut. Dalam keadaan di Selangor ini, menteri besar hilang sokongan parti politiknya, bukan hilang kepercayaan ahli Dewan.
 
 
Adakah menteri besar patut meletak jawatan? Adakah menteri besar patut meminta Sultan membubar Dewan? Adakah Sultan boleh mamanggil semua Ahli Dewan untuk menentukaan sama ada ahli Dewan masih ada kepercayaan kepada MB? Patutkah MB memanggil sidang Dewan dan meminta ahli Dewan menyatakan kepercayaan kepadanya? 
 
Atau adakah menteri besar boleh berdiam diri sehingga mendengar ahli Dewan membuka mulut atau mengambil tindakan menunjukkan kepercayaan kepada MB atau sebaliknya? 
Hakikat undang-undang, rakyat tidak mempunyai suara dalam lantikan atau kepercayaan kepada menteri besar, ketua menteri atau perdana menteri. Lantikan dan kelayakan ditentukan melalui kepercayaan ahli Dewan yang dipilih rakyat. Pada awal lantikan Sultan yang menentukan kepercayaan dengan hemat baginda.
 
Oleh itu, hakikatnya sekarang, kerajaan pakatan rakyat di Selangor telah runtuh. Diruntuhkan PKR dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah menteri besar bebas yang tiada halangan dalam Perlembagaan selagi dia mendapat kepercayaan majoriti.
 
Selagi tiada undi tidak percaya selagi itulah Abdul Khalid boleh jadi menteri besar. Sultan tidak boleh pecat menteri besar selagi tiada undi tidak percaya. Dan Sultan tidak boleh bubar Dewan selagi tiada permintaan.
 

TAWAR MENAWAR EXCO SELANGOR DAP DAN PKR BERAKHIR

Setelah episod pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan seterusnya semalam Sultan Selangor telah perkenan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor dalam parti bebas, Khalid telah memberi tempoh hingga 12 tengah malam tadi untuk exco dari DAP dan PKR membuat keputusan samada bersama beliau atau menentangnya.

Kini timbul satu lagi episod, Khalid telah membuat keputusan memecat kesemua barisan exco dari DAP dan PKR dan mengekalkan exco-exco dari PAS. Khalid juga telah dijadualkan bertemu mereka hari ini namun seperti biasa, DAP dan PKR tetap angkuh enggan bertemu beliau secara individu.

Mereka angkuh dan enggan bertemu Khalid tetapi pada yang sama dikatakan berada dalam keadaan tidak menentu dan tunggang langgang.

Bila waratwan tanya mereka, ada yang berkata tidak terima panggilan dan ada juga yang sempat perli MB tidak buat temujanji dan ramai juga berkata `no komen’. 

Yang pelik mereka akui ada menerima notis mengenai mesyuarat Exco esok pagi.

Apa yang nyata beberapa Exco dilihat resah dan keliru. 

Contohnya Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dari DAP tidak dapat bezakan lantikan kerajaan negeri sebagai exco dengan lantikan parti. Beliau beri alasan menghadirkan diri di SUK kerana mesyuarat berkenaan denggi dan sisa pepejal dan tidak sempat periksa panggilan telefon dan tiada berita atau pesanan dari SU bahawa ada pertemuan dengan MB tapi perjumpaan exco bersama MB esok ada pula.

Teng Chang Khim juga menafikan ada arahan letak jawatan dan pada masa yang sama beliau kata parti yang arahkan beliau terus bekerja dan arahan parti bekerja sebagai exco mesti dipatuh. Kelirunya dia sehingga tidak dapat bezakan antara arahan parti dan arahan kerajaan negeri.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping pula meninggalkan SUK pada jam 1 tengah hari berlagak seperti artis dengan jawapan 'No Komen' dan hanya melambaikan tangan.

Kesemua exco DAP dan PKR diarahkan oleh parti masing-masing supaya jangan bertemu Abdul Khalid secara individu, sebaliknya menyatakan pendirian berkumpulan pada mesyuarat exco esok.

Khalid hanya memerlukan sokongan empat Exco untuk meneruskan urusan pentadbiran negeri. 

Tanpa menunggu hari esok, hari ini Khalid telah pun menyatakan...


Wednesday, April 30, 2014

CATUAN AIR SELANGOR DIHENTIKAN HANYA SEMENTARA

Kita jangan lupa, sekarang ini berlangsung pilihanraya Parti Keadilan Rakyat dan yang kroniknya ialah perebutan di antara kem Azmin Ali dan kem Khalid Ibrahim.

Kita juga mengetahui, Khalid Ibrahim yang bersungguh merebut jawatan Timbalan Presiden apabila sepenggal lalu, ahli-ahli PKR sibuk mempersoal kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar yang tiada jawatan langsung di dalam parti. Kita semua ketahui, mana-mana menteri besar samada di dalam Barisan Nasional ataupun Pakatan Pembangkang, mereka yang dilantik sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri, lazimnya menduduki jawatan tertinggi di dalam parti masing-masing. Mengapa Khalid Ibrahim yang tiada jawatan di dalam parti boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pula?

Oleh kerana senario politik PKR ini, maka rakyat Selangor pula yang terpaksa berkorban dengan mengalami catuan air sejak dua bulan yang lalu.

Dikatakan kerajaan Selangor telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Air pada 29 April dan sidang akhbar yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama selepas mesyuarat telah dibatalkan kerana arahan MB.

Lebih memeningkan rakyat Selangor apabila pada awalnya Khalid Ibrahim, sebagai MB Selangor tidak berani keluar kenyataan samada catuan air di Selangor diteruskan atau dihentikan. Yang ada, hanya kenyataan dari Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim berkata, yang memaklumkan mulai Khamis pengguna air di kawasan terbabit dapat menikmati bekalan air seperti biasa.

Walaupun dilihat Pengerusi SPAN mendahului kenyataan MB Selangor, akhirnya kenyataan rasmi dari Kerajaan Negeri Selangor telah dikeluarkan beberapa minit yang lalu;
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini mengumumkan penamatan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa esok.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan penamatan catuan air itu dibuat kerana kerajaan negeri yakin usaha mengepam air bekas lombong dan hujan yang berterusan akan meningkatkan paras air di empangan. - UTUSAN ONLINE
Persoalannya sekarang, mengapa Khalid mengelak untuk membuat sidang media semalam? Apakah dengan diwaikili exco maka seandainya timbul krisis air sekali lagi maka Khalid akan terlepas dari dipersalahkan?

Walaubagaimanapun, berikut adalah kenyataan Khalid di blog beliau dan sama-sama fikirkan;
"... keputusan membatalkan perintah catuan ini akan dikaji dari semasa ke semasa."

"Kerajaan Negeri merayu agar semua rakyat mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah dengan menggunakan air hujan bagi aktiviti luar seperti membasuh kereta atau menyiram pokok."

Dengan kenyataan di atas, jelas dan pasti penamatan catuan air ini bukan bersifat kekal dan ia sebenarnya adalah untuk sementara sehingga selesai pilihanraya PKR nanti.

Dengan saranan Khalid agar rakyat Selangor juga disarankan supaya lebih kreatif dan berinovasi selain daripada  berjimat cermat, maka rakyat Selangor perlu memikirkan untuk mengambil langkah-langkah seperti gambar di bawah ini;



Friday, March 14, 2014

#PRKKajang : WAN AZIZAH CALON BONEKA… SERBA TIDAK TAHU!

 
Sempena Pilihanraya Kecil Kajang, Malaysian Insider telah memaparkan wawancara bersama calon PKR, Dato’ Seri Wan Azizah yang bertajuk ‘Kenapa Saya Menggantikan Anwar Sekali Lagi’.

Jika wawancara itu diharapkan dapat menaikkan imej Wan Azizah serta menarik sokongan terhadapnya, maka ia pastinya gagal sekiranya pengundi dapat berfikir dengan rasional.

Ini kerana Wan Azizah telah secara jelas menyatakan yang beliau sebenarnya kurang berminat atau ‘berat’ untuk aktif berpolitik setelah menyerahkan kerusinya di Permatang Pauh kepada Anwar.   Kenyataan ini jelas memperlihatkan sikap beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana terus menjadi Presiden parti walaupun pada hakikatnya beliau ‘sudah tidak ada hati’.    

Secara tidak langsung, Wan Azizah telah mengesahkan bahawa beliau hanyalah boneka dan tidak mempunyai fungsi apa-apa melainkan sebagai lambang penguasaan Anwar Ibrahim di dalam PKR.

Wan Azizah juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyangka yang beliau akan dicalonkan di Kajang.  Alasannya ialah beliau telah tidak terlibat dalam perbincangan memandangkan namanya disebut sebagai calon.  Kedua kenyataan ini jelas tidak konsisten atau bercanggah sesama sendiri.   Mana satu yang betul, iaitu beliau tidak tahu dan tidak sangka, atau beliau sebenarnya tahu?

Apapun, kenyataan ini mengesahkan bahawa Wan Azizah adalah seorang Presiden parti yang tidak tahu apa-apa sehinggakan pencalonan untuk Pilihanraya Kecil juga tidak dirujuk kepadanya dan bukanlah keputusannya.

Menurut Wan Azizah, objektif bertanding di Kajang ialah Putrajaya.  Strateginya ialah untuk memperlihatkan pentadbiran yang baik di Selangor sebagai bukti kelayakan PR untuk menjadi pemerintah.  Kenyataan ini memperlihatkan bahawa Wan Azizah mahupun PR langsung tidak punya apa-apa perancangan untuk Kajang.  Niat parti itu mengadakan PRK hanyalah untuk berpolitik dan menawan Putrajaya dan tidak sekali-kali melibatkan kesejahteraan rakyat Kajang.

Ini dibuktikan lagi melalui kenyataan Wan Azizah seterusnya iaitu bahawa beliau percaya akan mendapat sokongan orang-orang Melayu atas dasar ‘ketidakadilan’ keputusan mahkamah terhadap suaminya.  

Maka jelaslah,  Wan Azizah bertanding sekadar untuk meminta rakyat menyokong suaminya dan bukannya untuk berkhidmat kepada rakyat. 

Akhir sekali, Wan Azizah ditanya apakah beliau akan menjadi ‘pendamai’ antara Khalid dan Azmin?   Jawapan Wan Azizah ialah beliau tidak tahu.  Jawapan ini sekali gus menghancurkan terus kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Setiap jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Malaysian Insider di dalam wawancara ini hanya membuktikan bahawa beliau sememangnya tidak wajar dipilih sebagai ADUN.  Hakikatnya, tempat Wan Azizah adalah di rumah, sebagai seorang surirumah, sejak dari awal lagi.  Beliau tidak harus menjadi Presiden PKR dan tidak harus menjadi wakil rakyat bagi mana-mana kawasan pun.  Apatah lagi jika ingin menjadi Menteri Besar Selangor.

Selama ini Wan Azizah hanya mengikut sahaja arahan suaminya.  Beliau meletak jawatan bila disuruh, bertanding bila disuruh dan pastinya beliau tidak pernah memberi arahan dan tidak pernah membuat keputusan dalam urusan partinya.  Oleh itu, memilih Wan Azizah sebagai ADUN bukan sahaja tidak adil buat penduduk Kajang, tetapi juga untuk dirinya sendiri.

Wan Azizah tidak boleh memimpin kerana beliau sentiasa dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang akan memimpinnya sekiranya Anwar ke penjara nanti?


Thursday, March 06, 2014

APA HADIAH PENYOKONG PKR UNTUK KHALID?


Tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman dengan kerajaan persekutuan terus mendapat kecaman pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pakatan rakyat. Tidak cukup dengan itu, para pencacai PR turut mengambil kesempatan ini untuk menghentam Khalid dengan pelbagai kata-kata kesat, cacian dan makian... PENIPU, GILA DAN BASTARD!

Terbaru keputusan Khalid menerima pelawaan stesen televisyen TV3, untuk ditemubual semalam, dalam program Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU) air ini semakin menghangatkan keadaan.

Ini kerana pimpinan pembangkang sebelum ini sering menyelar dan meminta para penyokong mereka agar memboikot media arus perdana yang dikatakan sebagai tali barut BN/Umno.

Maka keputusan Khalid itu, sudah pasti memberikan satu gambaran hebat kepada mereka. Disebabkan itu juga, media-media sosial sejak malam tadi penuh dengan sumpah seranah pencacai PR yang marah dengan tindakan Khalid itu.

Khalid disifatkan sebagai penipu, dan gila kerana menggunakan media arus perdana untuk menerangkan kepada rakyat berhubung keputusan yang dibuat itu. Selain itu para pegawai Khalid turut dilemparkan dengan kata-cemuhan seperti ‘Bastard’ (anak haram) dan sebagainya.

Hanya kerana menerima pelawaan TV3 itu bagi menerangkan rational di sebalik persetujuan MoU, Khalid dikatakan telah bersekongkol dengan Umno untuk memburukkan pimpinan dan meranapkan parti Keadilan. Dia turut dikatakan bangang dan dilabelkan sebagai ‘trojan horse’ yang bakal menghancurkan PKR.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini antara yang lantang mengkritik Khalid serta mendesaknya agar segera memberitahu isi kandungan perjanjian tersebut. Malah Azmin turut mengatakan, Khalid tidak boleh berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk membuat perjanjian rahsia.

Selain itu, pimpinan Pakatan Rakyat juga turut menggesa agar Menteri Besar Selangor itu agar tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian awal dengan kerajaan pusat selepas termeterainya memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini.

Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2. Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Wednesday, February 26, 2014

KRISIS AIR DI SELANGOR : KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MENIPU!

Hak Rakyat? Khalid.. DAP, PKR, PAS tipu rakyat Selangor

Krisis air di Selangor bukannya berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebarang petanda. Sejak 2010 lagi kerajaan negeri telah diberi amaran oleh pakar akan terjadinya masalah air yang meruncing dalam beberapa tahun akan datang.
 
Malah, lebih dari itu, jalan penyelesaiannya telah pun dikaji dan dirancang jauh lebih awal dan hanya menunggu perlaksanaan sahaja.
 
Namun, malang bagi rakyat Selangor kerana telah memilih kerajaan dari parti yang lebih mementingkan politik dari pengurusan negeri dan rakyat.  Ketika amaran, kajian dan perancangan dibentangkan, kerajaan negeri menuduh ia hanya sebahagian dari mainan politik UMNO.  Kononnya, projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan pusat untuk menangani masalah bekalan air adalah berunsur kronisme dan bakal menyebabkan tariff air meningkat.
 
Sedangkan hakikatnya, Loji Langat 2 tiada kena mengena dengan tariff air kerana ia merupakan projek kerajaan pusat untuk kesejahteraan rakyat Selangor.
 
Kerajaan PR Selangor juga sebelum ini mendabik dada sebagai lebih arif tentang bagaimana untuk mengatasi masalah bekalan tanpa perlu merujuk kepada rancangan awal oleh kerajaan BN terdahulu mahupun kerajaan pusat, ataupun syarikat bekalan air yang dikatakan kroni UMNO.
 
Kononnya, kerajaan PR mampu mencari kaedah lain yang lebih murah dan praktikal. Sedangkan hakikatnya, kerajaan pusat telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor dan kerajaan negeri hanya perlu membina Loji Langat 2 sahaja.  Tentu sahaja kaedah ini sudah cukup murah.
 
Namun, ia tetap ditolak oleh PR dengan berbagai-bagai alasan politik.  Kini, setelah semakin lama pembinaan ditangguhkan, tentulah semakin meningkat kosnya.
 
Jika diimbas kembali sejak beberapa tahun dahulu, begitu banyak sekali ‘konon-konon’ yang dikemukakan oleh kerajaan Selangor bagi menepis isu air.
 
Selangor pernah mengumumkan yang kononnya kerajaan negeri akan memproses air lombong bagi menampung keperluan rakyat di mana harganya lebih murah berbanding Loji Langat 2.
 
Memetik sumber dari The Star pada 16 Februari 2012, Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, “kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air.  Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020."
 
Dalam satu kenyataan media dalam Selangorku.com, pada 21 Oktober 2012,  Tan Sri Khalid Ibrahim siap memberikan bukti kononnya Selangor tidak akan berhadapan dengan masalah air dalam masa terdekat berdasarkan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang meningkat sebanyak 55.43 peratus kepada 127.49 meter padu. 
 
Beliau kemudian berkata, “Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan.”
 
Tahun demi tahun berlalu, peringatan demi peringatan diberikan namun kerajaan negeri Selangor terus-terusan menafi yang krisis air akan berlaku dan  kadangkala mengaku pula ia akan berlaku tetapi tiada apa perlu dirisaukan kerana ‘kononnya’ kerajaan negeri mempunyai teknologi terkini yang lebih baik dan lebih murah untuk menangani krisis itu.
 
Akhirnya, 2014 pun tiba dan masih tiada apa-apa penyelesaian yang dicapai oleh kerajaan negeri.  Akibatnya beribu-ribu rakyat Selangor kini terpaksa menanggung sengsara ketiadaan air sehingga berminggu-minggu.
 
Pun begitu, kerajaan PR Selangor masih lagi enggan mengaku kebodohan dan kesilapan sendiri tetapi terus menerus menipu dengan menyalahkan syarikat bekalan air, kalau pun tidak menuduh krisis ini sebagai sabotaj dari kerajaan UMNO.  Hatta, sehingga ke hari ini juga, kita melihat kenyataan Menteri Besar Selangor terus menerus bersifat menipu kononnya bekalan air mencukupi sehingga 5 bulan lagi dengan cuba menyalahkan pihak syarikat bekalan air.
 
Hakikatnya, syarikat bekalan air hanya menyediakan khidmat rawatan dan pengedaran, tetapi masalah ketiadaan air adalah tanggungjawab kerajaan negeri.  Dengan kedegilan kerajaan negeri menerima bekalan dari Pahang melalui Loji Langat 2, maka mereka perlu mencari alternatif lain bagi memastikan bekalan mencukupi.  Di mana proses air lombong yang dijanjikan?   Di mana proses pembenihan awan atau apa saja yang kononnya mampu difikirkan? 
 
Jelaslah bahawa semuanya tipu belaka! 
 
Mungkin parti PR telah terlalu biasa hidup dengan cara menipu.  Oleh itu, walaupun telah menjadi kerajaan, mereka masih lagi membawa sikap menipu dan enggan bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku ke atas negeri dan rakyat di bawah pemerintahan mereka.
 
Persoalannya, selama mana sebuah kerajaan negeri boleh bertahan dengan cara menipu? Apapun, terpulanglah kepada rakyat Selangor sendiri untuk menentukannya.

Sunday, February 16, 2014

FOR THE SAKE OF THE PEOPLE - LETS VOTE!

It is the talk of the town, so be it within the political circle, the office or during 'teh tarik' among peers that Anwar is eyeing for Khalid Ibrahim's position and Kajang by-election is just his excuse and platform.

Whatever argument, theory or speculations that we heard and statement made by political leaders from both sides, rest assured that the power tussle within PKR has dragged Selangor voters restlessly.

At one point, the reason they voted Pakatan to maintain power in Selangor is due to Khalid Ibrahim's factor as the Menteri Besar and now the ambitious de facto came into picture with every political reason to be part of Selangor.

Azmin is seen as the 'troublemaker' who is well known as Anwar's blue eyed boy whose ambition is as high as his boss ie Anwar Ibrahim and it could be mightier. To run a state with Azmin's background and experience is questionable. Many doubts his credentials as a leader so be it in his party or as a corporate figure.

As for Anwar Ibrahim, he is simply an outsider for Selangor voters who gives the impression that his power-crazed is never ending. Selangor should look at the coming by-election in Kajang as Anwar's personal agenda and never the rakyat or the coalition or as claimed by Anwar's virgin sheep, Rafizi - A SAVIOUR ... ROTFLOL!

Nevertheless, PAS has reiterated endlessly that they are against Anwar should he is eyeing for Khalid's position. Should there be a transiiton for the post, their candidate will be the best to fit in since they represent more seats in Selangor.

It seems someone in blogsphere ie The Unspinners has taken the move to call for votes ... HERE


 
Lets cast and the latest result clearly shown Khalid is leading as compared to Anwar or Azmin, eventhough the 6th choice gains the popular votes.

So, speak up Selangor, its your state... your future... and do you actually need someone with personal interest to lead Selangor?


Saturday, February 15, 2014

REPEATED FIRM STANCE FROM PAS YOUTH AGAINST ANWAR

Pas Youth Center (DPP), once again reiterated calls for PKR de facto leader Anwar Ibrahim to pay no heed to eye Khalid Ibrahim's position even if he may win the coming Kajang by-election.

To Mohd Ismail Nasaei, its
Secretary Anwar can still assist the state government without having to ask Khalid Ibrahim's resignation.

Conciously, Anwar did indicated several times that the possibility exists for him to take over Khalid's position  even though he repeatedly termed it is as just another speculation. 

Recently, Anwar said this in his interview with Australia's Newsline...

"There is that possibility being considered now,"
"We do not discount the possibilityof a change of guard."

Anwar also mentioned that he had discussed with Khalid and aims to make Selangor as a model before an upward move to Putrajaya.
 
Later, when interviewed by the media recently, Anwar once again hinted he will helm the state and will discuss with Pakatan leaders.

Due to what was considered by Anwar as "speculation", some PAS leaders stood to their statements protesting against Anwar plan to take over premiership from Khalid Ibrahim in Selangor and construed the coming Kajang by-election as a waste of tax-payers money.

Not only that Anwar is eyeing for DAP's support but he is too sure that DAP will support his moves in total. Unlike PAS, they repeatedly voiced their stand to retain Khalid's position in Selangor despite any speculations or talks either from within the coallition.

Interestingly, there are efforts inviting Khalid to PAS if  PKR is serious to end Khalid's position.




But what happened today, could change Anwar's and PAS's stance to the maximum due to what I wrote ... here.


Sunday, January 19, 2014

GIATMARA ... YOU GET OUT SEBAB KHALID DAH ADA RANCANGAN!

Rupa-rupanya MB Selangor, Khalid Ibrahim lebih mementingkan keuntungan hasil RM mengatasi pendidikan rakyat Selangor terutama orang Melayu.

Selepas isu menolak pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah kerana tidak dilantik sebagai Pengerusi YBK dan gagal menjual tanah tersebut, kini target Khalid ialah pusat-pusat latihan GiatMara.

Pada pertengahan 2012, GiatMara ditutup di Merbau Berdarah, Sabak Bernam dan menuntut sewa bangunan hampir RM100,000 walaupun selama di bawah pentadbiran BN tidak pernah berlaku tuntutan sewa.

Kini, GiatMara di Taman Selayang Baru pula diarah tutup...

Tetapi kisah disebalik arahan Khalid Ibrahim ialah rupa-rupanya Kerajaan Pakatan Selangor telah ada rancangan untuk memberi tapak tersebut kepada sebuah syarikat yang dijangka memulakan operasi pada hujung tahun 2013. Syarikat terbabit ialah SR Technics yang menjalankan aktiviti penyelengaraan dan membaikpulih dalam industri penerbenangan.

Apa yang ditulis Agenda Daily, pendedahan yang dilakukan Dato Noh Omar dan syarat yang dikenakan Khalid ke atas GiatMara Selayang adalah sangat-sangat bercanggah dan di antaranya ialah;
 

  • Surat daripada Pejabat Tanah Daerah Gombak itu yang bertarikh 2 Disember memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) telah bersetuju dengan tiga perkara, iaitu supaya notis dikeluarkan kepada Giatmara Sdn Bhd  mengosongkan tapak dalam tempoh setahun sehubungan cadangan Kerajaan negeri untuk mengambil alih pusat latlihan berkenaan dan menjadikannya sebagai pusat latihan industri penerbangan.
  • Surat itu juga mendedahkan arahan MMKN supaya Pentadbir Tanah Gombak mengadakan perbincangan dengan SSIC Berhad berkaitan cadangan menawarkan tapak berkenaan kepada SR Technics.
  • Dalam surat itu juga Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diminta mengeluarkan tapak seluas satu ekar yang menempatkan bangunan dan mewartakan baki tanah seluas lebih kurang tiga ekar sebagai kawasan lapang. Manakala bangunan dewan hendaklah dikekalkan.

Di mana yang dikatakan Khalid bahawa kerajaan negeri Selangor akan bersedia menarik balik keputusan mengarahkan Pusat Giat MARA berpindah jika ia dapat menambahbaik prasarana dan latihan?

Banyak persoalan di sebalik isu ini yang boleh difaham rakyat. Antaranya;

1. Adakah pihak lain terutama DAP yang mendapat kerusi DUN Selangor terbanyak telahmenekan Menteri Besar?

2. Apakah dalam banyak-banyak tanah kerajaan negeri Selangor tiba-tiba fokus mereka jatuh kepada pusat yang melatih kemahiran kepada
bumiputra?

3. Apakah ini cara Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar seorang Melayu membantu bangsa Melayu lain di Selangor?

Walaubagaimanapun, ini bukan mesej sebenar Khalid Ibrahim tetapi mesej DAP kepada orang-orang Melayu di Selangor. Full Stop!