Saturday, February 15, 2014

ZAID CALON TAJAAN DAP DI #PRKKajang?

SARKAS di Kajang telah bermula. Selalunya apabila kita pergi ke pesta circus, pasti bermacam-macam pertunjukan dan permainan dihidangkan. Yang pasti ada pelbagai persembahan dari badutnya, silap matanya, pertandingan dan juga tawaran-tawaran hadiah yang pastinya menarik.

Setelah Anwar mencalonkan dirinya bertanding di PRK Kajang pada 23 Mac ini, maka bermulalah pesta circus di Kajang.

Kita ada lebih kurang 25 hari lagi, sebelum penamaan calon diadakan pada 11 Mac nanti. Sekarang kita telah pun menyaksikan persembahan sarkas di mana, Anwar bukan seorang sahaja yang berminat memainkan peranan badut utama tetapi ada lagi beberapa badut yang meunjukkan
minat menyertai sarkas ini. 

Di antaranya ialah anak muda yang menjadi mimpi ngeri Anwar, Yuktes Vijay serta Datuk Nalla yang mengaku menjaga Shamsidar untuk Anwar.

Kini, seorang lagi badut yang kita ketahui ada "personal vandetta" dengan Anwar iaitu Zaid Ibrahim.


Saya telah menerima SMS ini;

Salam rakan media..adalah dimaklumkan Dato Zaid Ibrahim akan mengadakaKn sidang media sebagaimana berikut: 16hb Feb 2014 di Sate ajang Samuri, jam 12 tgh hari. Kehadiran rakan2 media amat dihargai. Terima kasih.

Tanpa memberi alasan dan tujuan sidang media ini pun, dapat mengesahkan Zaid akan menawarkan diri sebagai calon bebas di PRK Kajang nanti.

DENDAM ZAID KEPADA ANWAR DAN AZMIN

Anwar memilih Azmin daripada Zaid ketika pemilihan PKR pada 2010 bagi jawatan Naib Presiden. Zaid telah kalah teruk di Sabah dan inilah puncanya Zaid meninggalkan PKR.

Dengan kata-kata Azmin yang ditujukan kepada Zaid ketika berkempan dalam pemilihan PKR 2010; 

“Jangan benarkan calon yang baru menyertai parti setahun lalu cuba merosakkan perjuangan 12 tahun kita,” - Malaysiakini
Bukan sekadar itu, di mata PKR Zaid telah mengecewakan mereka apabila gagal dalam PRK Parlimen Hulu Selangor serta tugas yang telah diberi oleh Khalid Ibrahim menangani isu Felda di Selangor.

Anwar pula yang senada dengan Azmin apabila berkata Zaid gagal memahami perjuangan parti.

Akhirnya, Zaid keluar dari PKR dan meninggalkan pesanan kepada Anwar dan Azmin;

“Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan perkara buruk atau yang tidak betul dalam parti supaya orang yang tertpilih itu akan dilantik mengisi jawatan tertinggi." 

Dengan nada yang lebih keras, Zaid berpesan;
"I would like to suggest if current party wants to move forward, Anwar and Azmi must go." - The Star

Kini, apakah dengan menawarkan diri sebagai calon bebas di PRK Kajang, Zaid ingin membalas dendam terhadap Anwar dan Azmin?

CALON BEBAS ATAU CALON TAJAAN DAP?

Helen Ang

Bagi sesiapa yang mengikuti arena politik tanahair, Zaid Ibrahim hari ini adalah jurucakap untuk DAP bermula dengan PRU 13 yang lalu setelah dikecewakan Anwar dalam PKR dan gagal dalam parti barunaya, KITA. 

Bermula dengan PRU13, Roketkini.com melaporkan Zaid adalah penasihat PR di Johor tetapi yang paling penting adalah kenyataan KitSiang;
“Saya juga berterima kasih kepada Zaid kerana berceramah menyokong pencalonan saya di Gelang Patah ketika berceramah di Taman Nusantara, Gelang Patah, malam tadi,” - Roketkini
... begitu juga kenyataan balas Zaid terhadap Kit Siang;


Walaupun Zaid menafikan menyertai DAP tetapi hanya berada di pentas DAP ketika berkempen untuk Pakatan di Johor? Dia dilantik sebagai penasihat PR tetapi hanya berkempen untuk memenangkan Kit Siang?

Hari ini jika Zaid berkata-kata, yang pasti DAP akan memberi laporan meluas.

Walaupun di portal berita pro-pembangkang menulis DAP menyokong Anwar bertanding di PRK Kajang tetapi harus diingat, DAP tidak pernah bersetuju jika Anwar bercita-cita merampas kerusi Khalid Ibrahim. Apakah dengan strategi gelap Anwar merampas kerusi MB, DAP tidak mampu membacanya dan akan berdiam diri?

Maka, Zaidlah satu-satunya alat yang perlu digunakan untuk menyekat hasrat rakus Anwar. Sungguhpun Zaid dikatakan akan bertanding atas tiket "Bebas", namun inilah peluang permainan politik DAP untuk meletakkan calon Melayu mewakili DAP di Selangor untuk jawatan MB, seandainya Zaid mampu menewaskan Anwar nanti.

Zaid dengan terang memperlekeh hasrat Anwar untuk merampas kerusi MB Selangor;
“Anwar might lose in Kajang and even if he were to win, what makes anyone think the Sultan will appoint him as the Menteri Besar?” - TheMalaysianTimes

Yakinlah, Zaid akan mendapat sokongan padu dari DAP berbanding Anwar dan pencalonan Zaid adalah permainan DAP untuk mengajar Anwar dan PKR bahawa... KERUSI MB DI SELANGOR ADALAH HAK MILIK DAP!

No comments: