Sunday, February 23, 2014

SPAD TETAP BERSIKAP POSITIF WALAUPUN DITUDUH PIHAK LAIN...

BUKANKAH INI LAPORAN MIROS?


Pihak SPAD bertanggungjawab menjawab tuduhan Menteri Pengangkutan ke atas tragedi kemalangan Genting Highland yang pernah ditulis DI SINI. Berikut adalah ringkasan daripada Kenyataan Akhbar dari pihak SPAD;

1. Perhatian terhadap syor Kementerian Pengangkutan samada melibatkan proses atau  
    prosedur.

2. Punca utama kemalangan dikenalpasti iaitu kecuaian pemandu dan kelajuan tinggi.

3. Antara langkah pencegahan drastik yang ditekankan pihak SPAD terhadap pengusaha  
    bas; 
   a. Pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP Keselamatan) yang telah diwartakan  
       pada 20 Ogos 2013 
   b. Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di kawasan       
       tanah  tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013.
   c. Segala perkara yang termaktub dalam perkeliling dijadikan syarat pelesenan.

4. Siasatan dalaman - SPAD bertindak menggantung lesen pengendali Genting Highlands 
    Transport Sdn.Bhd pada 25 November 2013.

5. Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang dikeluarkan SPAD berdasarkan maklumat syarikat, 
    kelulusan JPJ dan pemeriksaan PUSPAKOM.

6. Penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara perlu mengkaji fungsi dan 
   tanggungjawab agensi-agensi berkenaan pengangkutan awam darat agar tidak bertindih.

7. SPAD mencadangkan supaya penstukturan semula agensi-agensi yang berkaitan dengan 
    lanskap keselamatan jalanraya di Malaysia.
KENYATAAN AKHBAR- SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

SPAD AKAN MENELITI LAPORAN AUDIT KEJADIAN KEMALANGAN BAS HENTI-HENTI DI KM35 JALAN GENTING HIGHLAND

KUALA LUMPUR: 20 Februari 2014- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) telah meneliti dan mengambil maklum hasil laporan audit kejadian kemalangan Bas Henti-henti di KM 3.5 Jalan Genting Highland yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan. Segala syor dan cadangan yang dikemukakan akan diberi perhatian sama ada yang melibatkan proses atau prosedur.

Selain daripada menjalankan tugas utama mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, S.P.A.D juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan agensi lain. S.P.A.D sentiasa bekerjsama dengan semua agensi yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam darat.

Punca utama kemalangan pada 20 Ogos 2013 adalah kecuaian pemandu dan kelajuan yang tinggi. “Human Factor” adalah salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pengusaha atau operator. Sehubungan ini, S.P.A.D telah mengambil langkah pencegahan drastik. 

Antaranya: 
Pekeliling mengenai pelaksanaan kod amalan industri (S.P.A.D ICOP Keselamatan) yang diwartakan pada 20 Ogos 2013 menyeru semua operator memberi penekanan khusus kepada segala aspek keselamatan, penyelenggaraan dan mengawal selia pemandu. 

Selain itu, Pekeliling mengenai keselamatan untuk pengendali bas bagi operasi di kawasan tanah tinggi yang telah diwartakan pada 9 September 2013 memberi penekanan khusus kepada pengurusan pemandu, pematuhan U.N.E.C.E Rule 66 / ADR (super structure), Rule 80 pemasangan tali pinggang keledar bagi semua kerusi didalam bas, pemasangan GPS dan pemasangan sistem keselamatan brek seperti “engine retarder” diwajibkan. 

Semua pengendali bas ekspress dan henti-henti diwajibkan untuk mematuhi segala perkara yang termaktub dalam perkeliling tersebut yang mana turut dijadikan syarat pelesenan. Ini merupakan langkah kawalan tambahan dan telah dijadikan syarat pelesenan yang telah dikuatkuasakan oleh S.P.A.D dengan matlamat menangani kelemahan-kelemahan aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali yang boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Pada masa yang sama, S.P.A.D telah menjalankan siasatan dalaman ke atas syarikat bas yang terlibat dengan kes kemalangan ini. Setelah meneliti secara terperinci segala aspek keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan syarikat tersebut, S.P.A.D telah menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn.Bhd pada 25 November 2013.

SPAD sentiasa mengemaskinikan segala proses dan prosedur berkaitan Surat Tawaran Kelulusan (STK) yang dikeluarkan berdasarkan maklumat syarikat atau individu, dan Permit Kenderaan yang mana hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan JPJ dari segi spesifikasi teknikal kenderaan dan surat kelulusan pemeriksaan PUSPAKOM. Spesifikasi teknikal ini merujuk kepada aspek kerangka kenderaan perdangangan/bas, jumlah penumpang berdiri dan duduk, kesesuaian kenderaan tersebut dilaluan yang diluluskan dan lain-lain perkara yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

S.P.A.D sentiasa menyambut baik segala cadangan Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam negara, termasuk cadangan untuk mewujudkan  Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara. Walaubagaimanapun, kajian menyeluruh harus dijalankan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawap antara agensi. Selain itu, SPAD juga ingin mencadangkan supaya penstukturan semula agensi-agensi yang berkaitan dengan lanskap keselamatan jalanraya di Malaysia dilaksanakan bagi memastikan transformasi keseluruhan industri ini dapat dijalankan.
Seandainya pihak Hishamuddin tidak berpuas hati dengan laporan SPAD, ini menunjukkan beliau juga tidak berpuas hati dengan laporan MIROS, JPJ, PDRM dan JKR kerana mereka ditugaskan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk menyiasat punca kemalangan.

Kepada Hishamuddin dan lembaga bebasnya... mohon umum kepada rakyat, sebenarnya apa punca kemalangan tragedi bas Genting Highlands mengikut Kementerian Pengangkutan?

No comments: