Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperoleh oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR Dun Bukit Besi, Terengganu.
Selain itu, Abdul Hadi
juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian
penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500. Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi
memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Abdul Hadi dalam
ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen
pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI
MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja
haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila
meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.
Dia dipetik berkata,
parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut
meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan
tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.
Ekoran dakwaan tersebut,
Shamsul telah membuat satu laporan polis dan memfailkan saman bernilai RM2 juta
terhadap Abdul Hadi yang didakwa telah memfitnah nya.
Shamsul yang juga Ketua
Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui
firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi
di sini.
Plaintif ketika ditemui
berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya
menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau
mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Menurut Mohd. Shamsul
yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan
namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu
yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.
Pada 26 Jan yang lalu,
mahkamah telah memerintahkan Presiden Pas itu untuk memfailkan draf
pembelaan berhubung saman malu tersebut, namun Abdul Hadi gagal mematuhi arahan
yang dikeluarkan itu.
Ekoran dakwaan tersebut,
pihak polis sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan menggesa mana-mana pihak
yang mempunyai bukti atau maklumat berhubung calon PRU13 yang memiliki
rekod jenayah seperti penjualan pil kuda supaya tampil bagi membantu pihak
polis melakukan siasatan.
Persoalannya, mengapa
Presiden Pas itu senyap membisu berhubung dakwaan yang dilemparkan sebelum ini?
Sekiranya benar dia mempunyai bukti atau maklumat, mengapa ia tidak diserahkan
kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan? Mengapa Abdul Hadi membisu
seolah-olah TAKUT untuk membela diri terhadap kenyataan yang dilemparkan sebelum
ini?
Kesimpulannya mudah, kes
ini jelas membuktikan bahawa Presiden Pas itu sebenarnya penipu besar.
Walaupun mereka sering
mendakwa kononnya ingin memperjuangkan Islam, namun sebagai tokoh agama
ternyata Abdu Hadi terlupa, di dalam Islam menuduh mana-mana individu tanpa
bukti yang kukuh dan jelas adalah merupakan satu fitnah yang dikategorikan
sebagai dosa besar.
No comments:
Post a Comment