Biarpun
PRK Kajang masih belum sampai ke peringkat penamaan calon, jauh sekali
ditetapkan tarikhnya, PKR telah lama berkempen. Boleh dikatakan parti itu telah mula
berkempen sejurus selepas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan
jawatan. PKR
nampaknya begitu teruja dengan PRK ini memandangkan pemimpin nombor satunya
akan bertanding di situ.
Siang
malam parti PKR berkempen lengkap dengan jadual ceramah di sekitar Kajang walaupun
ia melanggar undang-undang pilihanraya. Memandangkan,
tempoh rasmi berkempen bagi PRK Kajang hanya bermula bulan hadapan, maka semua
aktiviti kempen yang diadakan PRK pada masa ini adalah salah dari segi
undang-undang.
Mengikut Akta Perhimpunan 2012 bagi kesalahan perhimpunan awam, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau RM20,000 sekiranya membabitkan kanak-kanak.Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya pula, sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000 akan kehilangan kelayakan bertanding.
Malang
bagi PKR kerana mempunyai pemimpin nombor satu yang mengaku serba pandai tetapi
tidak tahu undang-undang. Malah,
keputusan PKR untuk mengadakan PRK Kajang dengan perletakan jawatan Lee Chin
Cheh juga dibuat atas dasar tidak menghormati undang-undang.
Pendek
kata, keseluruhan proses PRK Kajang adalah bertentangan dengan nilai dan
peraturan moral mahupun sistem yang digunapakai oleh manusia bertamadun. PRK ini dibuat semata-mata untuk
memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang mana adalah agak mustahil untuk dilakukan
kerana nafsu Anwar tidak pernah puas.
Hari
ini, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sudah melanggar dan mempermainkan
undang-undang serta mengenepikan soal moral sesuka hatinya. Bayangkan jika beliau menjadi Perdana
Menteri, tentulah beliau akan meletakkan dirinya mengatasi undang-undang dan
tidak langsung terikat dengan apa-apa jua nilai moral lagi.
Tindakan
Anwar kali ini mungkin agak terlalu ‘gila’ untuk diterima oleh sekutu dan
rangkaian PR yang lain. Melainkan
DAP yang memberi sepenuh sokongan kepada Anwar di Kajang, PAS nampaknya agak
‘segan’ untuk menyokong tindakan Anwar kali ini. Bagaimanapun, kita
percaya, marah PAS tidak lama dan parti itu akan tetap akur kepada Anwar dan
DAP akhirnya, sepertimana biasa.
Tidak
seperti PAS, Majlis Peguam dan BERSIH pula nampaknya agak tegas dalam
menyatakan pendapat mereka mengenai PRK Kajang. BERSIH mempersoalkan perletakan
jawatan ADUN Kajang sesuka hati sebagai mengkhianati sistem dan kepercayaan
rakyat.
Majlis Peguam pula hari ini mempersoalkan kempen PKR yang telah
berjalan sebelum tempoh berkempen.
Menurut Presidennya, Christopher Leong, “semua pihak perlu mematuhi undang-undang pilihanraya yang memperuntukkan tempoh tertentu untuk berkempen”. Jelas, kenyataan itu ditujukan kepada Anwar dan PKR.
Nampaknya,
Anwar telah sedikit ‘keterlaluan’ kali ini sehingga gagal mendapat sokongan
Majlis Peguam dan BERSIH yang selama ini setia menjadi alat kepadanya.
Mungkin keputusan Anwar untuk
bertanding di Kajang dibuat dalam keadaan panik yang amat sangat kerana
terpaksa menghadapi Dato’ Shafee Abdullah dalam rayuan kes
liwatnya. Namun, mungkin juga Anwar mempunyai strategi lain.
Apapun,
segalanya mungkin bila bercakap tentang Anwar.
Oleh itu, jangan sekali-kali kita terkejut jika bukan Anwar yang bertanding di Kajang nanti kerana itulah berita yang didapati dari sumber dalaman PKR buat masa ini.
No comments:
Post a Comment