Showing posts with label PRK Kajang. Show all posts
Showing posts with label PRK Kajang. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Berkempen Awal: Strategi Buat Kecoh Jika Anwar Tidak Layak Bertanding?




Biarpun PRK Kajang masih belum sampai ke peringkat penamaan calon, jauh sekali ditetapkan tarikhnya, PKR telah lama berkempen.  Boleh dikatakan parti itu telah mula berkempen sejurus selepas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.   PKR nampaknya begitu teruja dengan PRK ini memandangkan pemimpin nombor satunya akan bertanding di situ. 

Siang malam parti PKR berkempen lengkap dengan jadual ceramah di sekitar Kajang walaupun ia melanggar undang-undang pilihanraya.  Memandangkan, tempoh rasmi berkempen bagi PRK Kajang hanya bermula bulan hadapan, maka semua aktiviti kempen yang diadakan PRK pada masa ini adalah salah dari segi undang-undang. 


Mengikut Akta Perhimpunan 2012 bagi kesalahan perhimpunan awam, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau RM20,000 sekiranya membabitkan kanak-kanak.  

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya pula, sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000 akan kehilangan kelayakan bertanding. 


Malang bagi PKR kerana mempunyai pemimpin nombor satu yang mengaku serba pandai tetapi tidak tahu undang-undang.  Malah, keputusan PKR untuk mengadakan PRK Kajang dengan perletakan jawatan Lee Chin Cheh juga dibuat atas dasar tidak menghormati undang-undang. 

Pendek kata, keseluruhan proses PRK Kajang adalah bertentangan dengan nilai dan peraturan moral mahupun sistem yang digunapakai oleh manusia bertamadun.  PRK ini dibuat semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang mana adalah agak mustahil untuk dilakukan kerana nafsu Anwar tidak pernah puas. 

Hari ini, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sudah melanggar dan mempermainkan undang-undang serta mengenepikan soal moral sesuka hatinya.  Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri, tentulah beliau akan meletakkan dirinya mengatasi undang-undang dan tidak langsung terikat dengan apa-apa jua nilai moral lagi. 

Tindakan Anwar kali ini mungkin agak terlalu ‘gila’ untuk diterima oleh sekutu dan rangkaian PR yang lain.  Melainkan DAP yang memberi sepenuh sokongan kepada Anwar di Kajang, PAS nampaknya agak ‘segan’ untuk menyokong tindakan Anwar kali ini. Bagaimanapun, kita percaya, marah PAS tidak lama dan parti itu akan tetap akur kepada Anwar dan DAP akhirnya, sepertimana biasa. 

Tidak seperti PAS, Majlis Peguam dan BERSIH pula nampaknya agak tegas dalam menyatakan pendapat mereka mengenai PRK Kajang.  BERSIH mempersoalkan perletakan jawatan ADUN Kajang sesuka hati sebagai mengkhianati sistem dan kepercayaan rakyat. 

Majlis Peguam pula hari ini mempersoalkan kempen PKR yang telah berjalan sebelum tempoh berkempen.   


Menurut Presidennya, Christopher Leong, “semua pihak perlu mematuhi undang-undang pilihanraya yang memperuntukkan tempoh tertentu untuk berkempen”.  Jelas, kenyataan itu ditujukan kepada Anwar dan PKR. 


Nampaknya, Anwar telah sedikit ‘keterlaluan’ kali ini sehingga gagal mendapat sokongan Majlis Peguam dan BERSIH yang selama ini setia menjadi alat kepadanya.  

Mungkin keputusan Anwar untuk bertanding di Kajang dibuat dalam keadaan panik yang amat sangat kerana terpaksa menghadapi Dato’ Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwatnya. Namun, mungkin juga Anwar mempunyai strategi lain. 

Apapun, segalanya mungkin bila bercakap tentang Anwar. 


Oleh itu, jangan sekali-kali kita terkejut jika bukan Anwar yang bertanding di Kajang nanti kerana itulah berita yang didapati dari sumber dalaman PKR buat masa ini. 



Friday, January 31, 2014

PENYAKIT BERJANGKIT ANWAR KINI MELANDA RAFIZI

PKR yang kini telah popular dengan panggilan Parti Kangkung Rakyat telah memaksa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat.

Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

Jelas sekali, penyakit meraih simpati rakyat dengan airmata sengaja dijangkiti oleh Rafizi dari Ketua Umum mereka, Anwar yang suatu ketika dahulu juga digunakan oleh isterinya Wan Azizah.

Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.

Paling menarik dia turut mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa. Oleh itu langkah yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu.
             
Dalam erti kata lain, Rafizi akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial sebelum ini.

Persoalannya ialah, mereka sebelum ini bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.

Maka Rafizi sepatutnya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang telah dilemparkan selama ini. Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah berbohong kepada rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.

Kesimpulannya ialah, permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan ‘sarkas’ politik ini.

Ini kerana sekiranya kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu. Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan.

Blogger JebatMustDie juga tidak yakin dengan airmata Rafizi malahan beliau mencabar keikhlasan Rafizi agar di PRK Kajang meletakkan calon dari PAS atau DAP dan dengan ini rakyat tidak perlu menghukum PKR....

Cabaran ini akan berakhir pada 12pm 31 Januari 2014 GMT +8

Jika beliau gagal menamakan mana-mana calon dari DAP atau PAS, airmata yang mengalir dari Rafizi hanya sekadar drama dan penyakit jangkitan Anwar sedang menular!


 

Wednesday, January 29, 2014

WIKIPEDIA: INI SELANGOR ANWAR YANG PUNYA!!!

Sumber : Wikipedia

Jika Pakatan Pembangkang terutama DAP sangat berbangga dengan perlantikan Hannah Yeoh sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor kini mereka sekali lagi pasti berbangga dengan perlantikan seorang bekas banduan pertama yang telah dihukum penjara kerana salahguna kuasa sebagai Menteri Besar... oh Selangorku!

Wikipedia merupakan sumber utama rujukan pihak Pakatan Pembangkang dan yang pasti mereka percaya. Dengan maklumat di atas, apakah mereka akan menafikannya?

Jika benar, semua spekulasi samada tujuan Anwar bakal bertanding di PRK Kajang yang telah dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dengan alasan sama seperti Wan Azizah meletak jawatan iaitu untuk Anwar Ibrahim, berbekalkan maklumat wikipedia, tak perlulah diadakan pertandingan seperti yang disarankan dirinya sendiri...



Nampak bukan saja angkuh tapi 'confident'!!!

Maka kepada Khalid Ibrahim dan Faekah tak perlulah menepis-nepis lagi.

Kepada DAP dan PAS terus beri sokongan walaupun kerusi DUN yang dimenangi tidak dihormati Anwar dan PKR...

Lain kata, Anwar memang telah membuat persediaan rapi sehingga Wikipedia pun bersetuju bahawa... INI SELANGOR ANWAR YANG PUNYA!