PKR
yang kini telah popular dengan panggilan Parti Kangkung Rakyat telah memaksa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli membuat
permohonan maaf secara terbuka bagi menagih simpati rakyat.
Melalui posting terbaru
di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan partinya itu, telah mengakibatkan
wang rakyat terpaksa digunakan bagi membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Tidak ada alasan
untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti
bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku
bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.
Jelas sekali, penyakit meraih simpati rakyat dengan airmata sengaja dijangkiti oleh Rafizi dari Ketua Umum mereka, Anwar yang suatu ketika dahulu juga digunakan oleh isterinya Wan Azizah.
Menurut ahli parlimen Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan
bagi meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang
bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya rakyat
khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di dalam PRK yang
bakal berlangsung kelak.
Paling menarik dia turut
mengakui wujudnya perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga mengakibatkan
mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa kecewa. Oleh itu langkah
yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan kerajaan PKR Selangor menerima
nasib yang sama ketika Pas memerintah Kedah pada penggal yang lalu.
Dalam erti kata lain,
Rafizi akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling
berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman sosial
sebelum ini.
Persoalannya ialah,
mereka sebelum ini bukan sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan
biadab mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno
dan BN.
Maka Rafizi sepatutnya
perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua ahli Umno di atas fitnah yang
telah dilemparkan selama ini. Kerana pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan
bahawa PKR selama ini bukan sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah
berbohong kepada rakyat bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.
Kesimpulannya ialah,
permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan taktik murahan demi menagih
simpati dan sokongan masyarakat yang jelas marah dengan permainan ‘sarkas’ politik
ini.
Ini kerana sekiranya
kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah kepada parti itu.
Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan bertanding bagi mewakili
PKR berkemungkinan besar akan menerima kekalahan yang memalukan.
Blogger JebatMustDie juga tidak yakin dengan airmata Rafizi malahan beliau mencabar keikhlasan Rafizi agar di PRK Kajang meletakkan calon dari PAS atau DAP dan dengan ini rakyat tidak perlu menghukum PKR....
Cabaran ini akan berakhir pada 12pm 31 Januari 2014 GMT +8
1 comment:
When he prettily shed those tears, i knew we're in for drama berat tahun ini. alahai
Post a Comment