Showing posts with label Reunion Island. Show all posts
Showing posts with label Reunion Island. Show all posts

Monday, August 10, 2015

PERSENDAKAN MH370 DAN CHARLIE HEBDO ULANGI SEKALI LAGI


Majalah jenaka Charlie Hebdo sekali lagi dikritik apabila baru-baru ini mereka mempersendakn mangsa MH370 dengan memaparkan di kulit majalah yang bertajuk 'Malaysia Airlines: Hope'. Lukisan sepasang tangan yang dikerat kelihatan terdampar di sebuah pulau sedang meraba-raba serpihan sepasang buah dada wanita manakala dua kartun di latar belakang seolah-olah gembira seolah-olah menyambut kemunculannya.

Lukisan kartun ini adalah untuk mengejek ke atas penemuan yang disyaki sebagai bangkai pesawat di Pulau Perancis Reunion, di Lautan Hindi, minggu lepas.

Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen mempersoalkan perasaan dan etika penerbitan majalah ini yang sepatutnya menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terdiri daripada 239 penumpang dan anak kapal MAS, dan tidak menganggap ia sama seperti sindiran yang selalu mereka lakukan.

Chai menyarankan penyokong yang berteriak "Je Suis Charlie Hebdo" yang membawa makna "Saya Charlie Hebdo' turut sama menyertai slogan ""Je Suis MH370 " disamping menggesa pihak berkuasa serta organisasi media di seluruh dunia untuk mengecam majalah tersebut apabila mereka menghina krew dan penumpang MH370.

Ibu pejabat penerbitan Charlie Hebdo di Paris sememangnya terkenal kerana menimbulkan kontroversi dengan lukisan kartun yang sering menimbulkan kemarahan. Pada bulan Januari tahun ini, mereka telah berhadapan dengan serangan maut di mana berpuluh-puluh termasuk ketua editor Stephane Charbonnier terbunuh berikutan karikatur Nabi Mohamad.

Lukisan kartun yang mengejek mangsa MH370 ini telah mencetuskan reaksi marah di kalangan pelayar Twitter yang antara lain menanggapnya sebagai biadap bukan sahaja kepada mangsa tetapi satu penghinaan terhadap profesion juruterbang. Terdapat juga yang menganggap lukisan di kulit majalah ini sebagai kejam dan ada yang menganggap cover majalah baru-baru ini sebagai kejam dan "biadap seperti biasa".

Penemuan flaperon  baru-baru ini yang terdapat di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa bahawa Boeing 777 adalah kapalterbang MH370 milik MAS, telah hilang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac tahun lalu.


Friday, August 07, 2015

#MH370 : DATUK LIOW - HALA TUJU PENCARIAN TETAP DI LAUTAN HINDI


Selepas pengumuman mengesahkan flaperon yang terdampar di Reunion Island Perancis adalah MH370 telah dibuat YAB Perdana Menteri DS Najib Razak pagi tadi, Menteri Pengangkutan DS Liow Tiong Lai yakin hala tuju pencarian adalah di kawasan Lautan Hindi.

Ini adalah berdasarkan kepada penemuan sebahagian daripada bangkai pesawat MH370 yang telah disahkan. Dari sejak awal setelah pengumuman DS Najib Razak tahun lalu untuk memutuskan pencarian dihentikan di Lautan Hindi hingga hari ini, misi pencarian yang memasuki fasa kedua melebarkan kawasan ke 60ribu kilometer lagi.

Pencarian sebelum ini sudah menjangkau 85 peratusdan dengan tambahan 60ribu km persegi dan ini bermakna pencarian akan meliputi 95 peratus kawasan Lautan Hindi dan ini akan terus berlangsung sehingga hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Pada masa sekarang, aset negara iaitu dua vessel berada di Lautan Hindi dan negara China telah berjanji untuk menambah vessel yang baru.

Mesyuarat di antara tiga negara iaitu Australia, China dan Malaysia di peringkat menteri di dalam masa terdekat sedang diusahakan untuk membincangkan langkah seterusnya. Walaubagaimanapun, ini juga bergantung kepada cadangan dan pandangan dari pasukan pakar yang menyiasat dari awal lagi.

Pihak Australia juga telah melaporkan bahawa drift pattern yang ada dalam Lautan Hindi Selatan ini memungkinkan flaperon ini dibawa ke kawasan Reunion Island.

Kerajaan Malaysia sangat bersyukur apabila di dalam keadaan yang sangat memerlukan sokongan, negara-negara seperti China, Australia, USA, Peranchis, United Kingdom dan lain-lain telah sentiasa berada di samping kita. Datuk Liow juga menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kumpulan penyiasat serta pihak berkuasa Perachis yang membuat keputusan untuk meneruskan proses penyiasatan dan pengesahan.

Di dalam membuat pengesahan ini, ia adalah berdasarkan kepada laporan pakar kita dari DCA, MAS dan pasukan penyiasat. Mereka telah sahkan serpihan itu dari MH370.

Pengesahan dari kumpulan penyiasat Malaysia berpandukan rekod penyelenggaraan MAS, 'seal' yang terdapat di flaperon telah disahkan pihak pakar penyelenggaraan MAS. Warna dan maklumat teknikal adalah penunjuk utama.

Kerajaan menghormati peraturan dan undang-undang Peranchis apabila mereka menghendaki setiap bentuk penemuan yang dijumpai di pantai Reunion Island perlu mematuhi protokol negara tersebut. Dikatakan beberapa lagi penemuan serpihan telah dijumpai di sekitar kawasan pantai Reunion dan kita perlu tunggu keputusan dari pihak berkuasa Peranchis yang kini telah dibawa ke makmal untuk pengesahan seterusnya.

Tiada kata-kata yang mampu dihuraikan ketika keluarga mangsa MH370 berhadapan dengan kesedihan yang dialami selama hampir satu setengah tahun. Penemuan bukti fizikal ini diharap akan membawa kepada kebenaran dan pengakhiran pencarian.

Datuk Liow juga mengulangi bahawa sejak diumumkan kehilangan MH370, keluarga dan waris mangsa telah mula membuat tuntutan pampasan dan segalanya diuruskan oleh pihak MAS dan di pihak kementerian hanya boleh membantu sekiranya diperlukan.
 

Monday, August 03, 2015

#MH370 : PERKEMBANGAN SIASATAN SERPIHAN PESAWAT DARI MENTERI PENGANGKUTAN


Misteri kehilangan MH370 bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia malahan ia pasti menjadi topi berita antarabangsa seandainya terdapat apa-apa perkembangan yang mampu membawa kepada sebarang penemuan baru.

Walaubagaimanapun, dunia telah memberi kerjasama penuh kepada Malaysia dalam misi pencariannya dan komitmen ini telah pun dinyatakan Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak tanpa henti-henti.

Terkini, dikatakan serpihan bangkai pesawat telah dijumpai di Pulau Reunion, Perancis dan masih menunggu pengesahan rasmi walaupun media antarabangsa ada yang telah mengesahkannya.

Namun, pihak Malaysia lebih mementingkan pengesahan dari pakar-pakar penerbangan tempatan dan antarabangsa demi menjaga hati waris MH370 yang telah lama menunggu jawapan. Sebagai kerajaan yang telah mengalami musibah ini, Malaysia amat berhati-hati di dalam membuat laporan dan diharap tidak ada pihak yang terus-terusan memberi harapan palsu kepada mereka lagi.

Kenyataan terkini dari Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai juga menyeru agar janganlah dibuat spekulasi ke atas penemuan terbaru sehingga mendapat pengesahan. Ringkasan kenyataan media beliau adalah seperti berikut;

1. Dalam melaksanakan proses analisa bagi mengesahkan serpihan pesawat MH370, Malaysia akan meminta kerjasama di pihak-pihak sekitar Pulau Reunion.

2. Beberapa pihak telah mengesahkan serpihan yang terdampar di Pulau Reunion adalah sebahagian dari pesawat Boeing 777.

3. Di antara yang mengesahkannya adalah pihak berkuasa Perancis dan syarikat pengeluar Boeing serta pasukan dari Malaysia.

4. Pihak yang bertauliah dari Malaysia, USA, China, Perancis dan Boeing akan turut mengesahkannya pada hari Rabu akan datang dan serpihan pesawat tersebut telah dibawa ke Toulouse pada 1 Ogos lalu.

5. Datuk Liow memohon agar proses penyiasatan ini berjalan lancar demi memberi jawapan kepada para waris yang telah lama menunggu.

6. Pihak kerajaan akan membuat kenyataan rasmi sejurus proses pengesahan telah lengkap.

Kenyataan Media Penuh;
2 AUGUST 2015
FOR IMMEDIATE RELEASE

MEDIA STATEMENT
BY YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT

Liow: Malaysia To Seek Help From Surrounding Territories

Malaysia's Department of Civil Aviation is reaching out to several aviation authorities in territories within the vicinity of Reunion Island in the Indian Ocean. This is to allow the expert to conduct more substantive analysis should there be more debris coming on to land, providing us more clues to the missing aircraft.

We know the flaperon has been officially identified as being part of a Boeing 777 aircraft. This has been verified by French authorities together with aircraft manufacturer Boeing, U.S. National Transportation Safety Board (NTSB) and the Malaysian team comprising the Department of Civil Aviation, Malaysia Airlines, and Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370.

Accredited representatives from Malaysia, the USA, China, France and Boeing will take part in the verification of the flaperon in Toulouse on Wednesday. The Boeing 777 flaperon arrived in Paris on 1 August 2015 and has been transported by road to Toulouse.

I urge all parties to allow this crucial investigation process to take its course. I reiterate this is for the sake of the next of kin of the loved ones of MH370 who would be anxiously awaiting news and have suffered much over this time.

We will make an announcement once the verification process has been completed.

[END]